(Harakah Daily) - Majoriti rakyat Kelantan menolak pemberian wang ehsan oleh kerajaan Pusat bagi menggantikan bayaran royalti petroleum terhadap negeri itu.
Dalam satu kaji selidik yang dibuat Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan berhubung tuntutan royalti negeri itu, 80.8 peratus atau 5,721 dari 7,077 responden tidak bersetuju menerima wang ehsan berbanding royalti.
Manakala 1,023 atau 15.5 peratus sahaja bersetuju dengan tindakan kerajaan pusat tersebut.
Berhubung tindakan kerajaan negeri menuntut royalti pula, 95.1 peratus dari jumlah keseluruhan responden menyokong tindakan kerajaan negeri dan hanya dua peratus tidak bersetuju manakala 2.8 peratus lagi memberikan jawapan tidak pasti.
Sekiranya, tuntutan royalti tidak mampu diselesaikan melalui meja rundingan, 83.2 peratus atau 5,886 dari responden bersetuju tuntutan tersebut dipanjangkan ke mahkamah.
Ketua Pegawai Penyelidik PKS, Zainal Abidin Hussin ketika merumuskan hasil kajian itu berkata, rakyat Kelantan sememangnya menyokong dan bersama kerajaan negeri dalam menuntut hak royalti tersebut.
"Rakyat Kelantan bersama kerajaan negeri dalam usaha menuntut hak royalti seperti termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum (1974).
"Ini juga satu referendum rakyat negeri dan mereka menolak kaedah kerajaan pusat yang menukar royalti kepada wang ehsan," katanya.
Kaji selidik tersebut dibuat merangkumi sepuluh jajahan iaitu Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.
Responden pula adalah berumur 21 tahun ke atas mewakili pelbagai latar belakang kerjaya termasuk kakitangan kerajaan pusat, kerajaan negeri, swasta dan bekerja sendiri.
Kerajaan pusat sebelum ini mengumumkan akan memberi wang ehsan RM20 juta kepada Kelantan berbanding RM 2 bilion royalti yang dituntut kerajaan negeri itu.
80.8% tidak bersetuju wang ehsan adalah warga yang ada maruah,9.2% yang masih berharap pada wang ehsan ini adalah dari golongan yang lemah fikiran dan telah terbiasa hidup cara penagih kehidupan umno.
ReplyDeleteini lah yang terjadi kalau terlalu taksub.. sampai duit sendiri pun dinafikan... oh ahli ahli UMNGOK!!
ReplyDeletenak bagi duit byk2 buat ape..nak jaga toilet pun tak boleh. Islam itu kebersihan, jagalah kebersihan. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/index.php/malaysia/53677-ng-kelantans-public-toilets-dirty
ReplyDeletetandas kotor boleh dibersihkan hati kotor siape yg tahu..
ReplyDeleteAnonymous | March 14, 2010 4:18 AM
ReplyDeletenak bagi duit byk2 buat ape..nak jaga toilet pun tak boleh. Islam itu kebersihan, jagalah kebersihan. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/index.php/malaysia/53677-ng-kelantans-public-toilets-dirty
_______________________________________________________________
JAKA :
Tinggi sungguh KPI kerajaan PAS Kelantan kerana hanya tandas kotor saja yang dapat didedahkan oleh umngok. Tahniah TGNA dan Dato Husam Musa.
Hanya pengkhianat melayu Islam saja yang berkata buat apa duit banyak untuk kelantan. Bukankah kelantan itu dibawah pentadbiran orang melayu Islam, rakyat kelantan ramai melayu Islam.
Mungkin yang berkata begitu adalah agen yahudi yang bekerja dengan APCO agaknya.
Sungguh pandai menyatakan kebersihan itu adalah ajaran Islam. Menuduh liwat 1 dan liwat 2 tu ajaran Islam ke? Jadi buat apa duit royalti diambil oleh kerajaan umngok pusat kalau masih berkempen isu liwat2. Bukankah itu menyalahi ajaran Islam?
Kecualilah yang menulis merasakan umngok memang bukan parti Islam tetapi adalah cawangan parti yahudi, maka apapun yang umngok buat adalah dianggap bebas daripada hukum2 agama dan akhlak Islam.
Betul tak?
setuju sangat dengan JAKA
ReplyDeletePost a Comment