Monday

Amy search sudah banyak berubah tahniah!



(Harakahdaily)
PETALING JAYA, 1 Mac: Ikon rock tanah air, Amy Search menjadikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ikon ulama kerana mempunyai sikap kesederhanaan dalam kehidupan.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menyatakan demikian bagi menjawab pertanyaan pensyarah kanan UTM, Dr Azhar Yaacob sebagai pengerusi pada majlis forum yang bertajuk ‘Islam Untuk Semua’ anjuran Masjid Kota Damansara, dekat sini, malam tadi.

Turut menjadi ahli panel pada forum yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 itu ialah pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani.

Baginya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama yang amat dihormati dan mudah didampingi yang pernah menjemputnya ke Kelantan untuk menyampaikan ceramah kepada golongan muda.

Pendapat beliau itu turut disokong oleh bekas penyanyi kumpulan rock, Ringgo yang menghormati pendirian Menteri Besar Kelantan itu sebagai ulama.

Beliau turut membuat persembahan pada majlis tersebut dengan menyampaikan sebuah lagu berunsur Islam.

Sementara itu, Amy juga menyeru golongan ulama supaya mendampingi artis bagi mendorong ke arah yang lebih baik.

“Saya harap ulama, ustaz-ustaz dampingi kami (artis), tanpa ulama tegur kami, kita mungkin lalai,” ujarnya.


CiLiK©: Semoga lebih ramai artis akan tertarik dengan Perjuangan Islam, artis juga ada tanggungjawab dakwah melalui saluran mereka sendiri lebih-lebih lagi di dalam menarik golongan muda kepada Islam.

8 comments

Tahniah amy... mcm nilah baru rawk!!!

Otai rock agogo 60an pun sokong PAS..
A Rahman Hasan...

Wardina pon dah sokong PAS gak....

Hape... lah korang sibuk2 sangat amy dgn ringgo sokong nik aziz..
Org PAS ni suka cari publisiti murah lah..

Maya karin sokong Khairy jamaluddin org umno tak sibuk2 pun..

Shah Rukh Khan cium dan peluk sambil gesek-gesek nenen Rosmah yg beso macam buah kelapa sawit kat rancangan Felda tu org UMNo senyum jerr.. diorang tak sebok2 pun macam org PAS..

yg peliknye, anak dia si nabila minum arak... mohon Amy insafkan anaknya...

Umngok yang mengaku parti melayu islam pun sokong yahudi dan ketua pengganas dunia.....apa nak heran.

PERKASA pun mula2 hendak mencemar duli menjemput seorang sultan melayu untuk bersama mereka tetapi selepas kecewa mereka heret orang tua yang pernah memotong kuasa raja melayu pulak sokong mereka... demi melayu.

bukan mudah hendak mendidik org,yg mahu menerima alhamdulillah,yg tidak mahu terus lah dia di dalam kesesatan..iman taqwa suma kita kene cari dan amalkan sendiri,yg tidak mahu,tunggulah azab/balasan dari Allah.

Tahniah saudara Amy dan lain2 artis yg dibuka pintu hatinya supaya kembali kepada kehidupan bersyariat...dgr2 "Paris Hilton" pun dah masuk Islam.. bagus betul cerita2 begini...tapi mengapa ya kebanyakkan org2 yg telah berada pada tahap Glamour dikenali dunia seperti Mike tyson(Peninju),Md Ali(peninju),Yusof Islam (Rockers),Michael Jackson...,, artis2 dimalaysia seperti Aznil Mustapa (pelakun sebagai"Ali setan",Noor Kumalasari dan yg top2 lainnya juga Rockers2 juga dimalaysia..boleh mendapat hidayat.., apakah Rahsianya..??? Ini memang kerja Allah.! tapi Apakah penyebabnya,asbab musababnya.....

Alimshaari


EmoticonEmoticon