Thursday

Apa lagi nak diharap pada UMNO?




P
arti tonggak utama di dalam Barisan Nasional atau nama singkatan popularnya Be End yang telah memerintah Malaysia lebih lima puluh tahun ini dilihat tiada lagi harapan, bukan lagi tempat rakyat khususnya kaum Melayu bergantung harap. Kenapa


2-Rasuah di dalam UMNO terlalu berleluasa malah secara terang-terangan dilakukan, tolong siapa-siapa bangkang kenyataan nih. Ada sesiapa yang boleh bangkang yang pemimpin UMNO ni makan rasuah?!

Lima puluh tahun bukan satu masa yang singkat, kalau lima puluh tahun tak berjaya, apa nak diharap pada lima tahun akan datang? Sudahlah agama tak mahu diutamakan, perjuangan orang diperlekehkan, perjuangan bangsa yang dibangga-banggakan juga gagal dilaksanakan. Apa lagi nak diharap pada UMNO? Pastinya tiada harapan.....

Nak tunggu apa lagi? Tak payahla tunggu ape-ape lagi buatlah ape-ape yang patut....



4 comments

Biasalah CiLik. nanti diorang kata, "at least kita ada billionaire org Melayu". Hapraknya alasan. Duit entah2, duit rakyat yang digunakan

1. Pas pernah kuarkan statement sesaper bersekongkol ngan orang bukan Islam adalah kafir..barisan alternatif terdiri daripada Pas Pkr and Dap..DAP Islam?

itu tidak menggunakan Islam sebagai senjata politik?

2. PKR, DAP ,PAS is not corrupted with bribery and stuff. They clean. LOL. What are you, 10 years old? and dont give me all the b*llshit stuff saying they bribe not as much as BN. Crime is still a crime. Grow up.

3. At least dat 50 years, other races still on our radar. Dont ever say that Ananda and Robert become the top men because BN do nothing to Malays. They achieve on their own. Melayu jer tak nak bangkit. That including me. We have the opportunities but we dont strike it. Dont blame it on the govt. U r funny.

The first thing happen when Anwar got out from ISA is the rise of HINDRAF..and he supported it. Please tell me on what way, does that help us Malays.

p/s: sorry for my rojak bahasa..its just fun this way. I just want to speak my thoughts. Sorry if it hurt your feelings in any way.

hebattttt.......bersama kita membawa umno ke muzium negara.

1. Pas pernah kuarkan statement sesaper bersekongkol ngan orang bukan Islam adalah kafir..barisan alternatif terdiri daripada Pas Pkr and Dap..DAP Islam?

itu tidak menggunakan Islam sebagai senjata politik?

KOMEN JAKA :

Soal hukum ini telah melalui proses hujah yang panjang para ulamak dulu dan sekarang. Tidak blh semudah satu ayat saja sudah menjadi mandatori. Sila rujuk kitab atau ulamak lah.

Kalau PAS bersalah kerana sekongkol dengan kafir, maka sama lah BN pun.
__________________________________________________________

2. PKR, DAP ,PAS is not corrupted with bribery and stuff. They clean. LOL. What are you, 10 years old? and dont give me all the b*llshit stuff saying they bribe not as much as BN. Crime is still a crime. Grow up.

KOMEN JAKA :

Siapa kata PR clean? Tapi PR memang mengalami proses 'cleansing' terhadap katak2 yang telah berjaya dipancing BN. Akhirnya kita akan dapati PR akan berjaya meminimumkan rasuah. Kalau nk compare dengan BN dan umno , umno jauh lebih hebat dari segi rasuah.

Masa Anwar TPM dulu dia yang cuba membersihkan umno dengan fail2 rasuah pemimpin umno. Tetapi ternyata umno terlalu pekat dengan akidah rasuah maka dia terpelanting keluar dengan fitnah liwat.

Cuba fikir kenapa Zahrin katak tua tu boleh melompat banyak kali dalam masa yang terdeakt. Adakah kerana prinsip? Hahahah prinsip tahi kucing. Sudah tentulah pasal kepentingan diri.

_____________________________________________________________

3. At least dat 50 years, other races still on our radar. Dont ever say that Ananda and Robert become the top men because BN do nothing to Malays. They achieve on their own. Melayu jer tak nak bangkit. That including me. We have the opportunities but we dont strike it. Dont blame it on the govt. U r funny.

KOMEN JAKA :

Apa guna radar kalau isi kosong. Melayu ketinggalan dalam semua aspek kecuali hiburan dan rasuah umno. Dalam diam2 bawa orang melayu masuk hutan kursus BTN hasut konon melayu terancam oleh Cina. Dah 52 tahun memerintah, kenapa masih terancam? Itu tanda tak layak memerintah.

Sepatutnya orang Cina yang masuk hutan kursus BTN sebab mereka terancam dengan kekuatan orang melayu. Pelik lah, apa lagi yang nak dipertahankan umno ni tak tau la.

Ingat, dalam umno mencanang membela melayu, dalam masa itulah melayu terancam dan tergadai, bukan kerana PR atau Anwar.

_______________________________________________________

The first thing happen when Anwar got out from ISA is the rise of HINDRAF..and he supported it. Please tell me on what way, does that help us Malays.

KOMEN JAKA :

Hindraf itu satu tamparan kepada MIC kerana tak bela orang India yang susah. Hindraf marah kepada umno dan kerajaan British kerana meninggalkan mereka di Tanah Melayu.

Tapi kini kata2 hikmat Hindraf iaitu Makal Syakthi telah mendafatar menjadi parti ppolitik dan bersama BN, kenapa tak marah? Umno ni memang lah otak lemah.

_________________________________________________________

p/s: sorry for my rojak bahasa..its just fun this way. I just want to speak my thoughts. Sorry if it hurt your feelings in any way.


KOMEN JAKA :

Disini anda membuktikan yg anda bukan pejuang melayu sejati. Dah tahu tak pandai english, gunalah bahasa melayu sepenuhnya. Inilah topeng dan perangai umno....tak habis2 dengan sifat lain dihati lain dimulut dan lain diperbuatan.

Bahasa rojak bukan hurt my feelings tapi mencemar martabat bahasa melayu yang tinggi itu. Ternyata kaulah talibarut penjajah. Hahaha

Betul tak?


EmoticonEmoticon