Azmin dan Saiful siapa lebih benar?

Tadi CiLiK© ada terbaca di Harakah daily tentang pengakuan Mohamed Azmin Ali timbalan ketua Keadilan bahawa beliau pernah diugut untuk mengaku diliwat oleh Anwar Ibrahim, sekiranya tidak mahu mengaku beliau akan dikenakan tahanan ISA selama dua puluh tahun. Sewaktu itu beliau di bawah tahanan Polis pada 16 September 1998.

“Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” katanya pada ceramah isu semasa di padang Majlis Daerah Machang malam tadi.

Ini dia petikan berita itu, Sila klik untuk membesarkan imej:



Persoalannya sekarang, adakah Azmin bercakap benar? Ataupun sengaja mengada-adakan cerita (fitnah) terhadap Polis dan Kerajaan Be End? Hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu. Namun begitu sekiranya difikirkan, adakah Azmin sengaja menggali lubang kuburnya sendiri? Beliau sendiri sedia maklum bahawa kenyataannya pasti akan mendapat liputan luas dari media-media pembangkang dan mungkin jua media arus perdana. Sekiranya beliau bercakap bohong, bukankah pihak Polis dan kerajaan boleh mengenakan pelbagai tindakan ke atasnya?

Kalau kita lihat, Saiful yang beriya-iya bersumpah mengaku beliau telah melakukan perbuatan yang sangat terkutuk (nabi tak mengaku umat). Kemudian mencabar Anwar juga untuk bersumpah, Saiful terus-terusan menggunakan Nama Allah dan ayat suci Al-Quran untuk menunjukkan dia di pihak yang benar. Dia juga tampil di mahkamah dengan dahi yang hitam (double spot) seolah-olah "kuat sembahyang" tetapi, Saiful jelas sekali pemfitnah besar DSAI melalui bukti-bukti dari perbualannya dengan Papagomo seperti yang didedahkan sebelum ini.

CiLiK© sendiri yang membuat printscreen dari email papagomo yang berjaya digodam oleh "Hacker halimunan" itu. CiLiK© langsung tidak mempunyai niat mencari padah mengada-adakan cerita untuk memfitnah Saiful dan Papagomo kerana sedar mereka bukan calang-calang orang, mereka disokong oleh "lembaga besar di belakang".


Jadi di sini dapat dilihat dua individu yang berbeza, Saiful meraih sokongan rakyat dengan fitnah dan taktik-taktik jahat, manakala Azmin juga meraih sokongan rakyat dengan menggali lubang kuburnya sendiri, Siapakah yang lebih condong kepada kebenaran? Azmin atau Saiful dan Papagomo?

CiLiK©: Sumpah pemfinah, nak percaya ke? Si kaki fitnah Say FooL dan Papagomo memang berani, sangat berani.... bersiap-siaplah menerima azab Allah.

13 Comments

  1. Polis malaysia pun dah jadi
    bangang!!!

    ReplyDelete
  2. kenapa polis x tahan azmin???

    kalau itu fitnah??

    betol ke fitnah ke main2 ke..

    same je... kena tangkap jgk..

    ReplyDelete
  3. nape nk bwk citer lapok Azmin? ni jelas usaha nk memburukkn pimpinan kerejaan persekutuan skrg..
    ok, cube post pandangan blog ni ttg isu YBK n UiTM Serendah di selangor.

    ReplyDelete
  4. saiful ngn papgomo tggu ms je nk kna bunuh dgn KERAjaan ni..

    ReplyDelete
  5. Yang Korang Beria Benci Kan Kerajaan BN Kenapa?
    Korang Tak Tahu Ke yang Anwar Mintak Sokongan Luar Boleh Membawa Malaysia Kearah Kehancuran Atau Dijajah Semula.. Korang Tahu TAk.. Korang nk ke malaysia jadi macam palestin atau korang nk malaysia dijajah..

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni, kerajaan sekarang DAH TAK BETUL. Tu yang penting, buang BN ambik BA. Habis citer.

    BN skrg korup. Tapi yang sokong BN ramai yang buta melihatnya

    ReplyDelete
  7. kengkadang jiran aku pangggil aku awie27 February 2010 at 22:47

    Malaysia merdeka atas nama je...memang Malaysia dh lame tergadai dh....tanah malaysia pon dh ade yahudi yg bli...ape boleh buat..dh ramai suke dh anggap x de ummno malaysia x maju..sape tah ajar...

    ReplyDelete
  8. saya setuju dgn "kekadang jiran aku panggil aku awie". tanah malaysia pun dah banyak yg tergadai. Buat apa peningkan kepala fikirkan hal mereka.. lebih baik kita fikirkan tentang isu lain yg lebih berfaedah. Lihat sajalah berapa banyak tesco di malaysia ni yg diketahui dimiliki oleh yahudi. kopitiam2 yg diragui status kehalalannya. Apakah yg kerajaan kita buat ? Diorg kata ada 2 jer yg halal.. tapi mcmana dgn yg lain dimana jika kita lihat 90% pelanggannya adalah dikalangan melayu Islam. Tidakkah kita risau.. ??? Cerita2 di tv skang ni pun banyak yg menjengkelkan. Asik2 hiburan yang tidak mendatangkan faedah. Raja lawak lah.. gangstar lah.. terjah lah.. semua ini pembaziran. Minda kita ni telah dijajah sebenarnya. Kasihan...

    ReplyDelete
  9. woi kamarul..

    kalau dah umngok tu..memg dasar manusia buta dan tuli

    ReplyDelete
  10. Kamarul | February 26, 2010 8:04 PM
    Yang Korang Beria Benci Kan Kerajaan BN Kenapa?
    Korang Tak Tahu Ke yang Anwar Mintak Sokongan Luar Boleh Membawa Malaysia Kearah Kehancuran Atau Dijajah Semula.. Korang Tahu TAk.. Korang nk ke malaysia jadi macam palestin atau korang nk malaysia dijajah..
    _______________________________________________________

    JAKA :

    Kefahaman kamarul adalah ditanam oleh umno kepada penyokong2nya. Sebagai org umno sudah sampai masanya otak jangan disimpan dalam tempurung kepala. Setiap perkara perlu dianalisa dan dikaji secara halus bukan main ikut-ikutan apa yang dikatakan pemimpin anda.

    Apa dimaksudkan dengan bantuan luar yang Anwar minta? Duit? Pengaruh? Campur tangan? Kalau duit sebagai sebuah negara memang ada membuat pinjaman luar diantaranya bank dunia. Semua negara membuat pinjaman seperti ini. Apa masalahnya?

    Isu Anwar minta IMF dulu. Dikatakan akan menyebabkan negara terjajah semula. Semasa gawat Mahathir pun telah buat pinjaman bnak dunia dan jepun. Dia tidak setuju IMF kerana IMF mensyaratkan pengurusan wang mesti dipantau. Ini menghilangkan peluang untuk 'bail-out' kroni2 yang tertiarap kerana kejatuhan ekonomi.

    Adakah nilai pinjaman IMF yang dicadang Anwar sangat membebankan negara atau berpatutan? Kenapa tak kaji perkara ini?

    Mengapa takut negara dijajah? Apakah sekarang negara bebas merdeka sepenuhnya? Hakikatnya tidak ada negara yang bebas sepenuhnya dari unsur penjajahan kuasa dunia. Negara yang cuba bebas sepenuhnya dari pengaruh kuasa dunia akan menerima nasib seperti Iraq dan Afghanistan.

    Malaysia juga hakikatnya tidak bebas sepenuhnya. Kita tetap terpaksa tunduk kepada kuasa sistem politik kuasa dunia. Terpaksa berbaik2 dengan kuasa dunia.

    Adakah Anwar akan meminta tolong kuasa luar untuk merampas Malaysia? Ini hujah dangkal. Kuasa dunia tidak perlu kepada penjajahan fizikal selagi kita masih dilihat tunduk kepada sistem mereka.

    Sebagai kuasa dunia sehebat US pun tidak akan menyerang sesuka hati sesebuah negara selagi tidak mendapat sebab yang lunak yang meng'halal'kan pencerobohan itu. Ini kerana sejahat mana sekalipun mereka, tetapi akan menjejaskan pengaruh dan 'nama baik' mereka di mata dunia. Senang cerita ; orang jahat yang hendak buat jahat tapi masih hendakkan nama yang baik.

    Apa yang penting kuasa dunia mahukan dunia ini tunduk kepada sistem mereka, perdagangan, politik dan dasar2 luar. Mereka dan kita juga berkepentingan diantara satu sama lain.

    Adalah suatu cerita kartun jika membayangkan Anwar itu pergi jumpa kuasa dunia dan berkata' "Tuan, tolong saya tuan, umno menzalimi saya, saya minta tuan serang dan jajah sajalah Malaysia ini, saya sakit hati sangatlah pada umno ni tuan".

    Dan kalau benar kuasa dunia hendak menjajah kita secara fizikal mereka tidak perlu menggunakan Anwar, hari ini pun armada laut mereka boleh datang menyerang dan minggu depan terjajahlah kita kepada mereka, kecuali tidak dizinkan Allah.

    Apakah umno ini tidak boleh dijajah dan mempertahankan kemerdekaan secara mutlak? Hahahhahaha. Mungkin APCO boleh jawab?

    Adakah kemasukan APCO, tergadainya Singapura dan hilangnya Batu Putih(mata) disebabkan pemerintahan Anwar? Yang pasti semasa pemerintahan umngok kan?

    Betul tak?

    ReplyDelete
  11. bile BN bkuasa la byk tanah di malaysia tergadai.. lelagi di johor, byk tanah dh jd milik singaporean.. so lg 30 tahun johor blh jd jajahan singapore.. hidup UMNGOK..

    ReplyDelete
  12. Kamarul | February 26, 2010 8:04 PM

    Yang Korang Beria Benci Kan Kerajaan BN Kenapa?
    Korang Tak Tahu Ke yang Anwar Mintak Sokongan Luar Boleh Membawa Malaysia Kearah Kehancuran Atau Dijajah Semula.. Korang Tahu TAk.. Korang nk ke malaysia jadi macam palestin atau korang nk malaysia dijajah..


    *****

    si kamarul ni buta hati dan buta mata kot. dia tak sedar ke yang pemimpin kesayangan dia (BN) sendiri terang2 mintak bantuan APCO (tentera Yahudi yang terang2 pernah menyerang orang Islam). lagi bahaya daripada apa yg dilakukan oleh anuar. APCO bile2 mase je boleh korek rahsia negara dan boleh selidik macam mana nak rosakkan negara kita dalam diam2.

    takkan itupun takleh fikir?!!!...

    ReplyDelete
  13. morning bos ku ayuk di coba bergabung di agen kami yang proses deposit dan withdraw nya sangat cepat hanya butuh 2 menit saja
    www s128agen org / www s128agen com,
    - sabung ayam ( hot game )
    - sportsbook
    - tangkasnet ( hot game )
    - tembak ikan
    - ANA poker ( New Games )
    ayo join segera dan daftar kan akun kalian bersama kami , karena kami masih punya banyak games menarik untuk kalian semua
    mainkan :*
    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 0878-6720-2559

    siaful

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan