Keputusan Mahkamah satu petanda buruk



Keputusan Mahkamah tinggi semalam yang mengesahkan Dato Zamry sebagai kekal menjadi Menteri Besar Perak dilihat sebagai satu anjakan baru yang bakal memberi impak besar di dalam senario politik tanah air.

Sistem perundangan Malaysia seolah-olah sedang mengalami evolusi berperingkat memandangkan keputusan itu secara jelas menggambarkan mahkamah merestui kaedah rampasan kuasa di dalam memperolehi kerusi bagi memerintah negara ini.

Nampaknya terbuka satu lagi ruang bagi golongan yang tamakkan kuasa untuk bermuslihat. Kalau dahulu kita sedia maklum untuk memerintah negara ini, sesebuah parti perlu mendapat sokongan dari majoriti rakyat, atau dengan kata lain sebilangan besar penduduk di negara ini atau sesebuah negeri bersetuju untuk memilih mana-mana parti menjadi pembela nasib mereka.

Namun begitu, selepas peristiwa yang berlaku semalam, satu cara lagi dilihat dapat dilakukan untuk memegang tampuk pimpinan negara tanpa melalui demokrasi yang kononnya disanjung di negara ini iaitu menggunakan sistem kehakiman.

Apa yang disifatkan sebagai petanda buruk di sini ialah, CiliK© bimbang di masa hadapan golongan tertentu yang tamakkan kuasa akan menggunakan pelbagai taktik kotor yang lebih hebat lagi untuk mencabul sistem demokrasi sewenang-wenangnya apabila gagal mendapat mandat yang diperlukanan bagi memegang tampuk pemerintahan.

Cuba anda bayangkan, pada pilihanraya akan datang akan wujud senario calon yang bermuka-muka, yang sentiasa bersiap sedia untuk menjalankan rancangan buruk mereka untuk mencabul demokrasi.



CiliK© bimbang fenomena calon-calon dari pihak lawan menyelinap masuk ke dalam sesebuah parti dan berpura- pura menjadi pendukung parti tersebut, namun apabila sampai saat genting yang diperlukan dia bertukar menjadi seekor katak. Kemudian pentadbiran terus berjalan tanpa mengadakan semula pilihanraya seperti yang berlaku sekarang.





Bagaimana pula dengan hak rakyat di dalam memilih calon berdasarkaan parti? Adakah ini yang dinamakan demokrasi? Bukankah di sini jelas menunjukkan, satu-satunya hak memilih yang diberikan kepada warganegara dicabul secara terang-terangan? Sekiranya perkara ini terus dibiarkan, CiliK© yakin, bukan sahaja negara kita akan diketawakan oleh mata dunia, ekonomi negara juga akan turut merudum kerana hilangnya kepercayaan pelabur dengan kestabilan politik negara.

3 Comments

  1. eleh...

    masa anwar cakap kata ada calon dari BN nak sertai PR...TAKDA pulak geng PR ni kecoh-kecoh.

    kena calon BN tu tak jadi lompat ke PR..BARU nak bising2 kata katak la..apa la...

    apa punya pegangan la PR ni...tak untung kat korang...main kutuk ja.kena idung sendiri..melalak bukan main.

    merepek sungguh.

    Aku bukan PAS..aku bukan BN.cUMA AKU NAIK MENYAMPAH TGK ORANG YANG TAK KONSISTEN.

    ReplyDelete
  2. masa anwar ckp 2 bkn nye jd pon~
    lagi pon kata2 anwar itu ingin menunjukkan tampuk pimpinan pak lah da x kuat lagi...hasil nye pak lah mengundur diri~

    nk lompat bukan nye senang cho~
    nk lompat lompat la~
    tp pasti proses mengambilan kuasa itu mengikut perlembagaan~
    tapi adun yg lompat mcm katak nih kot maen suke je lompat~
    lompat jauh lak 2...sedar2 ade blakang najib dalam press conference...ape cite nih?

    so, pham2 la~
    skang nih kes~
    org perak nk blik hak memilih pemimpin...2 gune nye mengundi~
    penat2 beratur~
    sedar2 mahkamah plak yg sebuk duk atas kusi ketuk tukul kayu pilihkan...bahalul btul~

    ReplyDelete
  3. Anonymous | February 26, 2010 8:44 AM

    eleh...

    masa anwar cakap kata ada calon dari BN nak sertai PR...TAKDA pulak geng PR ni kecoh-kecoh.

    kena calon BN tu tak jadi lompat ke PR..BARU nak bising2 kata katak la..apa la...

    apa punya pegangan la PR ni...tak untung kat korang...main kutuk ja.kena idung sendiri..melalak bukan main.

    merepek sungguh.

    Aku bukan PAS..aku bukan BN.cUMA AKU NAIK MENYAMPAH TGK ORANG YANG TAK KONSISTEN
    ________________________________________________________________

    JAKA :

    Kalau kita mendengar orang kata dia tidak menyebelah mana2 pihak maka percayalah bahawa orang itu membohong semata2. Dalam hatinya ialah umngok.

    Kalau ada orang kata kalau PAS atau PKR memerintah sama saja macam umngok, akan rasuah juga, maka percayalah yang berkata itu gerenti org umngok.

    Kalau ada orang telinganya tiba2 jadi merah apabila kita bercakap mengenai politik dan menyokong PR, maka percayalah bahawa orang itu adalah umngok.

    Dan kalau ada orang yang sangat gemar kepada liwat dan seks bebas maka percayalah yang orang itu adalah umngok. Mereka telah kena badi akibat tuduhan fitnah liwat selama 10 tahun ini . Selama 10 tahun ini hanya liwat lah yang diajar oleh umngok kepada rakyat.

    Mana patut lebih dimenyampah, pemfitnah liwat selama 10 tahun atau orang yang dianggap tidak konsisten? Mamat umngok ni pun sasau, bila masa PR kata calon BN YANG TIDAK JADI LOMPAT KE PR DIKATAKAN KATAK ?

    Yang dimaksudkan katak ialah calon2 PR yang telah dibeli yang melompat keluar menjadi Bebas konon tapi dalam hati penuh dengan katak umngok. Itu baru katak.

    Ohye, satu lagi ciri2 umngok ialah buat kenyataan tanpa guna fikiran, mereka guna liwat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan