kritikan terbuka Zulkifli Nordin kepada DAP




Malam tadi dalam satu rancangan perbincangan di TV3, Yang Berhormat Zulkifli Nordin Secara terang terangan meluahkan rasa kebenciannya kepada Parti DAP yang disifatkan oleh beliau sebagai 'duri dalam daging' di dalam pakatan rakyat. Kenyataan itu dijangka akan mengundang kontroversi hebat di dalam pakatan rakyat. Dari satu sudut mungkin dilihat bahawa YB Zul memberikan kritikan pedas kepada 'ally' nya, dan ini pastinya mengundang krisis dalaman yang lebih buruk kepada pakatan rakyat. Tambahan lagi musuh politik pakatan rakyat dan media kerajaan seperti TV3, RTM dan lain-lain dilihat mendapat ruang untuk memanipulasikan kelebihan melalui ruang yang dibuka oleh pihak lawan.

Namun setiap keburukkan pastinya datang dengan kebaikkan, begitu juga dengan kebaikkan yang sentiasa diiringi dengan keburukkan. Peluang ini sekiranya dikelolakan secara positif, dilihat sebagai masa yang sesuai untuk pihak UMNO PAS dan Keadilan untuk bersatu demi kemaslahatan rakyat disamping memulaukan sahaja golongan yang hanya tahu berpolitik.

Namun andai kata fenomena ini diteruskan dengan isu ini dijadikan batu asah untuk menajamkan keris kebencian UMNO dan Barisan Nasional terhadap pakatan rakyat, pastinya timbul isu baru perbalahan antara dua musuh ketat ini. Pastinya keluar istilah-istilah baru untuk mencerca antara satu sama lain, perkara ini pastinya berlarutan berbulan-bulan lamanya. Mangsa keadaan pula pastinya kami rakyat yang ibarat timun dihantuk durian, kamu semua memang celaka! kami undi kamu menjadi pemimpin kami supaya kamu naikkan taraf hidup kami! Bela nasib kami yang saban hari melalui saat-saat sukar menjalani kehidupan di bumi bertuah ini. Tetapi kamu semua sibuk dengan politik, gila kuasa! rebut negeri sana rebut negeri sini! Satu hari akan datang hari kamu jatuh terjelepok di atas lantai, penuh dengan kehinaan kerana mendustakan amanat rakyat yang tidak meminta selain pembelaan....

Kami dah muak! muak! muak! hak ptuih!!!


Free Smileys!
Bahagian satu



Bahagian dua



Bahagian tiga



Bahagian empat



1 Comments

  1. Bersatu memang menjadi elemen penting keutuhan negara dan bangsa. Tetapi perbalahan diantara parti2 melayu Islam tidak boleh dijadikan semata2 alasan lemahnya pemerintahan dan jatuhnya bangsa itu selama mana tidak diluar batas undang2.

    Selama ini umno memerintah dengan sistem parlimen yang mengizinkan adanya pembangkang. Selama ini pembangkang bertindak mengikut apa yang diizinkan lunas undang2 dan demokrasi. Maka tidak boleh disalahkan sistem itu punca lemahnya pemerintahan.

    Pembangkang tidak ada langsung campur tangan dalam menentukan dasar negara melainkan usul pemerintah mendapat kurang 2/3 undi dalam parlimen. Dalam erti kata lain apa pun dasar umno untuk melayu tetap berjalan seperti yang mereka mahukan. Buruk atau baik tetap berjalan tanpa ganggu gugat pembangkang yang hanya mampu menyuarakan saja pandangan.

    Maka kegagalan sesuatu dasar dalam mengutuhkan bangsa perlu dikaji kepada dasar itu sendiri dan cara perlaksanaannya. Bukan kerana banyaknya politiking sesama parti melayu islam.

    Malah adakalanya perbalahan politik boleh membawa kebaikan kerana jika dibiarkan pemerintahan satu parti maka iainya tidak sihat.

    Janganlah cuba menutup kebejatan dan penyelewengan umno sehingga menjadikan kebangkitan semangat rakyat menolak mereka sebagai punca lemahnya melayu.

    Melayu tidak lemah dengan dasar demokrasi banyak parti tetapi lemah kerana semaraknya kepimpinan tidak amanah, penyelewengan, kepentingan diri, rasuah dan sebagainya yang dimonopoli oleh parti pemerintah selama ini.

    Jika umno betul perjalanannya, amanah, adil, tidak menyeleweng dalam membantu bangsa sendiri, maka PAS dan PKR pun tidak mendapat tempat dalam hati orang melayu.

    Dan yang paling penting ialah sebagai orang islam, umno masih berfahaman sekular mengenepikan agama dari dihayati sungguh2 dalam pemerintahan. Tanpa agama, melayu tidak kemana2.

    Apakah umno sudah mengukuhkan ketuanan melayu dengan meletakkan syarat seorang perdana menteri itu mesti orang melayu islam dalam perlembagaan?

    Jika DAP dikatakan duri dalam daging PR maka apakah MCA, MIC dan banyak parti2 lain dalam BN tidak menjadi duri dalam daging juga kepada pemerintahan umno?

    Hanya bezanya duri dalam BN itu tidak kelihatan durinya.

    Fikir2kan lah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan