Ku Li: Dato Seri Nizar Masih MB Perak


Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri."Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat-melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini."Perlembagaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun."

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

"Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram.

4 Comments

  1. memang cari penyakit KULI ni..
    ape2 pun memang satu kenyataan yg sangat berani...
    tahniah...

    ReplyDelete
  2. KULI skunk lebih bersikap keterbukaan...dia nampak sape salah sapa yg benar....syabar KULI.....

    ReplyDelete
  3. Sokong pendapat Ku LI....hanya usul t.percaya sidand dewan sja yng boleh menentukan

    ReplyDelete
  4. Setuju anak jati kl,kenyataan yg sangat berani dari KU Li,tapi berani beliau ada hadnya juga,tidak sepatah ayatpun beliau menyentuh Mahkamah,bagi mengelakkan kecaman beliau Menghina Mahkamah. Ini cerita lama,Sama samalah kita tunggu PRU13,Rakyat Perak PASTI AKAN Kembalikan Pemerentahan Kepada Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan