Maulidur Rasul : UMNO bodohkan rakyat

CiLiK© ada membaca tulisan seorang sahabat yang mendedahkan fakta isu perarakan Maulidur Rasul yang dikatakan dibatalkan di Pulau Pinang.jika dilihat akhbar-akhbar Melayu sangat suka memainkan isu sebegini.

Jika sebelum ini isu kalimah Allah diperbesar-besarkan, kali ini isu Maulidur Rasul.

Selagi mana umat Islam menjadi umat yang jahil, pemalas untuk mengkaji Islam melalui sudut wahyu, selagi itulah umat Islam akan diperbodohkan oleh umat Islam yang lain dan bukan Islam sudah pastinya.

Oleh kerana kemalasan mengkaji Islam, dan kejahilan yang teramat sangat, kita melenting apabila isu nama Allah timbul. Disebabkan kejahilan, dan sudah dibiasakan bertaqlid buta kepada tradisi datuk nenek, kita melenting apabila isu perarakan Maulidur Rasul dibatalkan timbul.

Umat Islam terus diperbodohkan. Kita jadi sensitif kepada isu-isu yang tidak patut diperbesarkan, tetapi kita membiarkan banyak masalah akidah umat berleluasa.

Di sini CiLiK© pastekan satu tulisan seorang sahabat yang membongkar isu sebenar di sebalik pembatalan perarakan Maulidur Rasul:

Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar sikap Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana membatalkan perarakan Maulidur Rasul Peringkat negeri seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar perdana. Sekadar ingin memetik pandangan ini yang menyatakan:

"Sambil mempersoalkan tindakan itu Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan Pulau Pinang terutama Ketua Menterinya, Lim Guan Eng nampaknya mula mempraktikkan satu sikap baru iaitu mereka enggan mendukung cita-cita serta hasrat yang membabitkan kepentingan umat Islam."

CiLiK© jadi terpinga-pinga dengan kenyataan ini. Sejak bila perarakan Maulidur Rasul menjadi satu "kepentingan umat Islam"? Lebih memeranjatkan lagi kenyataan dari bekas Perdana Menteri dalam Malaysia Insider yang ingin saya petik sebagai berkata:


"Abdullah (gambar), yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), berkata tindakan membatalkan perarakan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan negeri mengandaikan perarakan itu akan menjadi sesuatu yang tidak baik, membawa keburukan serta menyebabkan pergaduhan.

"Pandangan sebegitu tidak sepatutnya ada dalam fikiran kerajaan negeri sebab Maulidur Rasul adalah sambutan yang tiap-tiap tahun diadakan, perayaan yang aman dan tidak menjadi perayaan yang mencetuskan apa-apa yang tidak baik," katanya kepada pemberita di IKIM di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini."

Kemudian Dr Mohd Puad Zarkashi pula dipetik sebagai berkata:

"Maulidur Rasul adalah satu sambutan yang amat penting bagi umat Islam, untuk mengingati Rasulullah (SAW). Jikalau mereka mahu membatalkannya kerana takut akan terjadinya demonstrasi, maka ia adalah satu pandangan yang amat sempit," katanya kepada Bernama di Rengit hari ini.

CiLiK© merasakan sekiranya benar kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini, ia bukan satu yang pelik. Ini kerana dalam rekod Sambutan Maulidur Rasul ketika di zaman Barisan Nasional memerintah juga tidak menganjurkan perarakan.

Dari tahun 2003-2005 rekod JAIPP menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mengajurkan perarakan Maulidur rasul.

Mungkin Pak Lah lupa bahawa ketika itu beliau merupakan Perdana Menteri dan negeri kelahirannnya ini tidak menganjurkan perarakan maulidur rasul.

Pada tahun 2003 sambutan Maulidur Rasul diadakan di Sekolah Menengah Teknik Bukit Minyak, SPT tanpa perarakan Maulidur Rasul. Pada tahun 2004 sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Dewan Muhibbah, Sungai Dua Butterworth, Seberang Perai Utara tanpa perarakan.

Pada tahun 2005 sambutan Maulidur Rasul diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaaan Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan tanpa perarakan.

Kenapa sekarang apabila kerajaan negeri khabarnya tidak menganjurkan perarakan menjadi isu pula? Ia jauh lebih pelik kerana kini UMNGOK tanpa sebarang keraguan akan menggunakan apa juga isu semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.

Semalam EXCO Agama Pulau Pinang melaporkan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai niat untuk tidak mengajurkan perarakan maulidur rasul tetapi akan meneruskan perarakan tersebut.

Ketua Menteri ketika di dalam ceramah pula mencabar Timbalan Perdana Menteri itu untuk ikut serta dalam perarakan maulidur rasul yang akan diadakan nanti.

Sekiranya pihak kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul sekalipun itu bukan sesuatu yang perlu dihebohkan. Ini kerana Maulidur Rasul bukan sekadar perarakan! Perasaan cinta dan kenal rasul tidak terbit hanya dengan berlarak ke hulu ke hilir.

Tetapi yang menjadikan kita mencintai rasul adalah apabila kita mengenali rasul, memahami dan mengambil pengajaran (ibrah) dari perjuangan ar-Rasul.

Untuk pengetahuan, kerajaan Pulau Pinang pada tahun ini akan mengajurkan satu majlis ilmu khas untuk menimbulkan perasaan cinta kepada rasul dengan Majlis Bacaan Kitab Sirah selama 2 hari. Kitab yang akan digunakan adalah Syamail Muahamad karangan Imam Turmizi.

CiLiK© jarang ingin melahirkan kekecewaan. Tapi kali ini CiLiK© ingin menyatakan dengan jelas perasaan kecewa terhadap rakan-rakan yang kononnya bersama berjuang untuk menegakkan sunnah.

Tidak sedikit pun CiLiK© mendengar atau membaca kenyataan keras dari rakan-rakan yang menolak pandangan jumud dari pihak Pak Lah, Dr Fuad ataupun Muhyiddin Yassin mengenai perarakan maulidur rasul. CiLiK© ingin tegaskan di sini bahawa perjuangan dakwah sunnah tidak boleh berpihak kepada mana-mana pihak.

Jika keberanian menegur hanya untuk sesetegah kelompok maka tidak berguna lagi kita mengatakan kita mengikut jejak langkah Salafus Soleh. Berapa ramai di kalangan mereka tegas dengan pendirian dan ada dikalangan mereka yang menemui syahid hanya kerana ketegasan mereka mempertahankan apa yang mereka yakini sebagai kebenaran.


CiLiK©: Bagaimana pula dengan ketiadaan perarakan di Johor, Pahang,dan Perlis? Pemimpin UMNO nak tadbir negeri ala Hong Kong jugalah ye? Ketandusan isu sampai hilang akal keh keh keh

5 Comments

  1. biasa la tu... pmbangkang wat smua xkena, ada je nk jd kan isu. klo dorg je yg btol. hahaha

    ReplyDelete
  2. Alah ini baru satu... banyak lagi yang lain-lain....

    ReplyDelete
  3. den tak tau apo nak dikhobarkan kek anak badawi seorang ni,apak ahli kitab,malahan keturunan yang berkitab kitab seado adonyolah tapi camno paklah buleh selekoh konar baring dari kitab kitab tu.ini pasti sidajal umno puyo habuan yang berliplap,manakan tidak dah terkono liplap liplap terus lelap dan golap ilmu dibuek kek anak badawi ni.paklah cubolah buek sesuatu sebelum kitab kiri kanan tu dah tak berliplap lagi.

    ReplyDelete
  4. I know the story behind this..^^
    Ehem2..sbb sya ni org Penang...Mak sya yg ceta dia dgr dar sorg ustz ni aka org pas..
    Sbnrnya mcm ni Guang Eng tu x kata XNAK BUAT...tpi dia cuma BINCANG aka tanya2 org2 islam(pas).Lebih kurang mcm ni..
    "Tahun ni, kita nk buat maulidur rasul ka? Atau xnk wat? Macam MANA???"

    Dia hanya mengadakan perbincangan ngn org islam..Sbb dia mana tau hukum hakam islam....betul la kan? kena tnya yg lebih arif..
    So dia bincang2 la dulu..media ni yg PUTAR BELIT.....Buat kesimpulan terlebih dahulu..
    haish..GERAM dengar!! sbb ramai org akan percaya..LAGILAH GERAM!!

    ReplyDelete
  5. Lim Guan Eng mengkagumi Khalifah Umar Abdul Aziz. Tidak pernah kita dengar nama itu keluar dari mulut pemimpin umngok.

    Pemimpin DAP pernah berucap menggunakan ayat Quran. Ini dianggap umngok sebagai menghina Islam. Penggunaan nama Allah oleh Kristian juga menjadi kemarahan umngok. Ketika ulamak mereka Harunsani mendedahkan ribu2 umat Islam murtad, tidak pula umngok melenting. Zulkifli sudah tentulah senyap aje.

    Sebelum dapat habuan, berjuang dalam isu murtad. Selepas dapat habuan oleh umngok yang telah mengoncang iman Zul, bercakap menghentam saudara sendiri. Tanpa rasa malu bercakap depan TV berlatarbelakangkan bendera PAS dan PKR. Nak kena saman ke kerana bertindak peribadi tapi menggunakan bendera parti.

    For me lah, Zul ni dah kena air 'holy water' kot sebab berjuang atas nafsu dan emosi, bukan ilmu dan iman. Please remove your kopiah, umngok wont like it.

    Actually aaa, umngok ni membela atau menghalang orang kepada Islam?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan