Perbincangan PAS-UMNO - wayang PAS menaikkn imej?


beberapa hari lepas Lala difahamkan Dato' Nik Aziz menyatakan hasrat kesediaan utk duduk semeja berbincang dgn UMNO dlm hal2 agama. Lala menyokong penuh atas hasrat mulia Nik Aziz berkenaan, utk kemaslahatan umat Islam dan seterusnye Melayu di Malaysia ini. malah, idea perbincangan antara PAS - UMNO ini bukanlah sesuatu yg baru.

tetapi berdasarkan cadangan2 mengenai perbincangan serupa yg hanya hangat2 tahi ayam yg akhirnya gagal, Lala merasakan ini hanyalah taktik PAS utk menjelma dlm kancah politik negara. selama ini dilihat bhw isu2 politik hanya dimainkn oleh DAP dan PKR, PAS merasakan dirinye hnyalah pemain simpanan dlm Pakatan Rakyat. umum mengetahui byk dakwaan bhw PAS hanyalah parti tumpangan dlm PR yg lebih didominasi oleh konco2 Anwar dan Lim Kit Siang.

jadi Nik Aziz mengambil inisiatif utk memastikan bhw PAS tidak ketinggalan utk mewarnai politik tanah air sebelum rakyat sedar akan kelesuan dan kelemahan parti tersebut dlm Pakatan Rakyat. ia hanyalah salah satu taktik menarik kembali perhatian rakyat kpd PAS, yg selama ini memberi lebih perhatian kpd PKR dan DAP.


bukan itu shj, belum pun jemputan rasmi kepada UMNO dibuat, telah wujud bibit2 percanggahan dlm PAS ttg isu ini. terbaru Hadi Awang menyatakan parti itu akan berbincang bukan shj berkenaan agama, malah politik, ekonomi dan keselamatan negara. kenyataan ini disanggah oleh Nik Aziz yg mahu hanya isu agama dibincang dgn UMNO.


mengapakah Nik Aziz menentang pendapat Hadi Awang? Lala merujuk kembali kepada krisis dalaman PAS pada pemilihan parti yg lepas berkenaan kerajaan perpaduan dgn UMNO. Nik Aziz menentang keras idea berkenaan yg dibawa oleh Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa sehingga beliau mendesak kedua2 tokoh berkenaan keluar parti.

Nik Aziz sebenarnye takutkan akan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. beliau bimbang pengaruhnye akan berkurangan pd Anwar dan Lim, juga dikalangan pengikut2 PKR dan DAP. adakah kerana sayangkan kedudukan beliau skrg dlm Pakatan Rakyat beliau menolak sesuatu yg boleh membawa kebaikan kepada umat Islam dan Melayu di Malaysia? maka Lala berpendapat mmg benar Nik Aziz takutkn Anwar dan Lim. kadangkala dilihat Nik Aziz seperti ditambat leher oleh kedua2 pemimpin PKR dan DAP ini. maka utk menutup sikap hipokrit berkenaan, isu kerajaan perpaduan itu ditutup (dicover) dgn menuduh UMNO sebagai dalang krisis PAS berkenaan (mcm biasalah..)

dan dlm perkembangan terbaru mengenai perbincangan PAS - UMNO ini, Lala tidak terkejut jikalau idea ini akan menjadi hangat2 tahi ayam seperti yg terdahulu, dan sebagai penutup, sekali lg UMNO akan dituduh bertanggungjawab menggagalkan idea tersebut..
kali ini diharap Nik Aziz betul2 ikhlas, istiqomah dan bersungguh2 mahu merealisasikn idea perbincangan PAS - UMNO berkenaan tanpa tekanan dr bos2 besar beliau dr PKR dan DAP.


7 Comments

  1. tak payah tunggu keputusan mahkamah.. aku dah tahu apa akan jadi "anwar akan kena sumbat lagi dalam penjara atleast lagi 5 tahun'. mahkamah tak boleh pakai.. sbb tu hukum Islam yg paling adil.. datangkan 4 saksi kalau tidak yg menuduh dikira Qazaf. betapa Allah dah maklum perangai busuk Manusia kalau hatinya busuk dan imannya kurang. buka ALBAQARAH ayat 30. malaikat tak setuju Allah ciptakan manusia sbb manusia boleh jadi 'makhluq perosak' dan menumpahkan darah. Allah tak jawab persoalan malaikat itu melainkan dengan jawapan veto sebagai tuhan 'Aku tau apa aku buat'. dalam pada sama Allah mewujudkan had dan undang2 iaitu menuduh zina dan liwat kena datangkan 4 orang saksi. MAU LAWAN TUHAN KA. lalu Allah beri ancaman lagi 'sesiapa yg tidak berhukum dengan hukumku maka mereka adalah orang fasiq, munafiq dan kafir'. So, mudah je kesimpulannya sesiapa yg mengaku MUSLIM kita tak susah dalam menilai kes Anwar. yg susahnya bagi mereka yg masih dalam kekafiran.

    ReplyDelete
  2. Saya minta maaf, saya tidak berapa setuju dengan pendapat Lala tentang TGNA. Sebagai seorang rakyat Kelantan, saya mengenali TGNA sebagai orang yg ikhlas. Mustahil dia hendak bertindak sedemikian semata-mata untuk menaikkan nama PAS. Jangan cepat menilai keperibadian seseorang itu tanpa mengenali orang tersebut. Mungkin perbincangan tersebut gagal kerana sebab2 lain.

    ReplyDelete
  3. btol 2.. sy pon kurang stuju dgn pndapat lala.. TGNA ada sebab yg boleh memberi faedah kpd rakyat.. buktinya, tiada masalah dlm pemerintahannya d kelantan.. wlaupun klantan ngeri yg kurang perbelanjaanyer. tp krajaan negeri menggunakan perbelanjaan tersebut secara max utk membantu rakyat..

    ReplyDelete
  4. kenapa tuduh TGNA mcm tu???mungkin tu pendapat kamu lala...n aku rasa ramai gak sependapat ngna kamu ni....aku xkisah pon kalau DSAI nk jadi PM klu PR menang...warga PAS pon aku rs sama, kenapa nk bina jurang diantara TGNA n DSAI...TGNA xsepenakut tu, Beliau join PAS masa DSAI masih dlm UMNO lg....

    ReplyDelete
  5. weh lala, celako mu! hina ulama !

    ReplyDelete
  6. Ya Allah jadikan lah Lala seekor lala. Amiiinnnnn

    ReplyDelete
  7. jangan pakai cakap tnpa slidik baik dan buruknye dahulu..!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan