Saiful Bukhari buat laporan Polis atas ugutan bunuh di facebook


KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan sebentar tadi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini kerana kerana menerima ugutan bunuh melalui Facebook.

Laporan itu dibuatnya jam 12,25 tengah hari tadi. Anda boleh lihat sendiri screenshot ugutan bunuh tu dilakukan oleh seseorang yang tidak bertanggung jawab di halaman peminat Anwar Ibrahim di facebook. Seorang pengguna facebook bernama Anaz Zahari menulis seperti berikut:

"Kepada rakan2 sekalian... sape2 yg mengenali ataupun berjumpe dgn Saiful Bukhari azlan di mana2 saja, anda diwajibkan membunuh beliau dgn apa cara sekalipun demi keamanan manusia sejagat..."

Persoalannya adakah benar ada orang nak membunuh Saiful Bukhari? atau sekadar suka-suka? Sekarang ni tak boleh silap sikit, salah tulis sikit adalah yang nak report kat Polis. Macam budak-budak main depan halaman rumah kita, salah sorang budak dalam ramai-ramai tu ade yang tak tahan gurau kaki mengadu kat bapak dia. Hahaha....


Free Smileys!

1 Comments

  1. Hahaha Macam budak-budak syaipol nih ape pon gud luck!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan