Thursday

Selamat Datang Katak BN




TAMPARULI 18 Feb [3.00 pm] - Seorang Bekas Timbalan Menteri Persekutuan, Datuk Kalakau Untol (di dalam foto) mengumumkan perletakkan jawatan beliau hari ini dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) serta keanggotaannya di dalam Barisan Nasional (BN). Beliau telah mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB), juga sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), pada satu sidang akhbar di sini hari ini. Kalakau, 55, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Buruh pada tahun 1986 hingga 1990 dan merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) negeri selama 12 tahun sejak 1985.

Dengan perletakan jawatan dan keanggotaan dalam BN tersebut, beliau juga mengumumkan keputusan untuk melibatkan diri dan menyokong dasar-dasar kumpulan Pakatan Rakyat, seterusnya membantu mereka menyebarkan penjelasan ke seluruh negeri Sabah di dalam usaha merakyatkan dasar Pakatan Rakyat untuk mendepani Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

Sedang sibuk puak-puak Be End membicarakan hal Zahrain Hashim dan beberapa ekor katak PKR yang lain, Be End menerima tamparan yang cukup hebat kali ini apabila Negeri talian hayatnya yang terakhir sudah menunjukkan tanda-tanda keretakkan. Dengan kemasukan pemimpin terbabit, maka sudah pasti semakin besar harapan untuk Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara, usaha ini juga akan menjadi semakin mudah. Lihat sajalah selepas ini Be End pasti tak senang duduk macam cacing kepanasan.

Berikut sumber berita dari Bernama sila klik untuk membesarkan imej.



CiLiK©: Mendung gelap belum pasti hujan kan turun apa pun selamat datang kepada KataK BN selamat bekerjasama, tahniah kerana membuat pilihan bijak.

1 comments so far

isk3 klu blh jgnla guna istilah "katak" untuk dia ni..yes mmg dia melompat tp dari keburukan ke arah kebaikan...beza dgn zahrain tue...harap maklum..anyway tahniah ye sbb mahu mempertahankan yang hak..


EmoticonEmoticon