Friday

Siapa mintak tangguh? Anwar atau mahkamah?






Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini secara rasmi diberitahu bahawa Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor mendalangi pertuduhan fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Karpal Singh membuat kenyataan berani itu selepas Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah enggan mengundur diri walaupun dituduh berat sebelah dalam beberapa keputusannya.

Zabidin menangguhkan perbicaraan ke 25 Mac, walaupun dibantah oleh Karpal yang mahu prosiding diteruskan.

Namun Zabidin menolak bantahan berkenaan dan berkata Anwar boleh mengambil masa untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan beliau untuk terus membicarakan kes itu.

Dalam silang hujah di antara hakim dan peguam, Ketua pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abiden mengesahkan bahawa mahkamah dan pejabat Peguam Negara tidak menyalahkan Anwar atas sebarang kelewatan berhubung perbicaraan itu.

Mahkamah Tinggi kembali bersidang pagi tadi dengan hakim Mohamad Zabidin menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan atau berbohong sebagaimana yang didakwa oleh Karpal Singh.

Justeru Mohd Zaibidin berkata beliau akan terus menghakimi perbicaraan ini.

Keputusan beliau sudah dijangka tetapi yang mengejutkan ialah apabila Zabidin kemudian menangguhkan kes perbicaraan kepada 25 Mac atas alasan Anwar perlukan masa untuk memfailkan rayuan terhadap keputusannya ini.

Penangguhan itu dibantah oleh Karpal yang menegaskan pihaknya tidak mahu lagi perbicaraan dilengah-lengahkan setelah wujud unsur-unsur Perdana Menteri dan isteri terbabit dalam kes berkenaan.

Beliau menegaskan pihaknya sudah bersedia untuk menyoal balas saksi utama dan pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Di luar mahkamah, Anwar menghuraikan bagaimana institusi keadilan Negara diperalatkan untuk melengkapkan agenda perdana menteri dan isteri bagi menjatuhkan beliau dan melemahkan gagasan Pakatan Rakyat.

"Ini kita bicara mengenai proses undang-undang yang saksama dalam hukum seperti yang ditegaskan Karpal tidak ada asas tapi kita melibatkan campurtangan Perdana Menteri Najib dan Rosmah dengan memperalatkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail teruskan dengan pendakwaan ini dan sebab itu kita tegaskan mesti ikut hukum dan jangan mempermainkan untuk memenuhi cita politik mereka,”katanya.

Najib mengakui menemui Saiful di rumahnya beberapa hari sebelum beliau membuat laporan polis mendakwa berlakunya pertuduhan berkenaan pada Jun 2008.

Saiful juga disahkan berjumpa dengan pegawai kanan Najib semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Anwar berkata Najib dan Rosmah harus dipanggil sebagai saksi pada perbicaraannya namun permohonan itu belum mendapat persetujuan mahkamah.

Karpal sebelum itu menuduh hakim Zabidin berlaku tidak adil apabila enggan bertindak atau mencela Utusan Malaysia atas dua laporan yang dikata berasaskan bukti reka cipta dan bukan sebahagian daripada keterangan mahkamah.

“Dia mengatakan tidak ada asas atas pertuduhan saya ke atas di abahawa dia pembohong. Oleh itu ini adalah perkara yang harus diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

“Biar Mahkamah Rayuan putuskan, bahkan Hakim enggan menundurkan diri dan kita lihat keputusan Mahkamah Rayuan dan perbicaraan perlu ditangguh sehingga Mahkamah Rayuan membuat keputusan,”katanya.

Dalam pada itu Pengarah Strategi PKR Tian Chua pula mencurigai kesediaan hakim Zabidin menangguhkan perbicaraan semata-mata untuk membolehkan Anwar menfailkan permohonan ke Mahkamah Rayuan.

Menurut beliau, penangguhan itu akan memberi kelebihan kepada pengadu mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Kalau ada rayuan ikut undang-undang, dia boleh terus untuk soal Saiful ,pandangan saya ialah kerana kalau Saiful ini disoal sekarang, banyak masalah akan timbul. Kalau betul kita menang dalam mahkamah rayuan, hakim ini ditukar peguambela ada peluang untuk pemeriksaan balas sekali lagi sebab hakim baru, mungkin inilah takutnya Saiful nanti ceritanya akan berbeza”

“Sebab itulah saya lihat mereka tidak ada keinginan untuk meneruskan perbicaraan sekarang,”katanya.- TVS




CiLiK©: Alamak nak kena Hafal script baru nih kah kah kah....Tangguh ni isu ke tuan-tuan? suka hatilah Anwar ke Mahkamah nak tangguh yang sibuk pukul canang jadikan isu tu buat ape? ha sekarang mahkamah pulak tangguh kenapa tak cakap mahkamah takut nak bicarakan Anwar? keh keh keh

26 comments

Kita tengok lepas ni puak UMNGOK nak mainkan isu ape pulak? Isu tangguh dah tak boleh dijadikan isu lagi keh keh keh....

isu karipap... are you okay? hahahahahahahahahahaha

lepas ni pr.. pkr/pas/dap akan tersungkur,
pati yang tiada kualiti..../kredibiliti...

Yang akan naik selepas ini ialah parti UMNO RASUAH wakakaka

apa nak jadi dengan kita sekarang..apa faedah kita gaduh2 pasal politik tapi ekonomi kita cina tetap pegang.apa gune bertekak sesama melayu tetapi cina jadi no.1 kaya dalam malaysia ape nak jadi pasal isu sosial jika tiada ketegasan undang2 dalam malaysia pikir la sket

Milo Suam = spin doctor, pandai2 putar cerita....maklumlah anak murid Al-Juborey (dengan izin pinjam kata2 Mat Sabu)

Bengong betul la Pakatan Rakyat ni.

Selama ni dah berdozen kali Anwar mintak tangguh kes, mahkamah benarkan atas dasar keadilan.

Now bila mahkamah bagi penangguhan untuk bagi peluang kepada Anwar untuk merayu ke atas keputusan mahkamah, pulak dah mahkamah pula yang dikatanya diperalatkan! Apa ni?!!! Semua serba salah. Anwar je la yang betul camtu?

Karpal Singh lagi satu bengap... jgn nak tipu public la wei... mahkamah rayuan tolak sebab hujahan karpal tu melibatkan question of fact... laporan HKL tak boleh diterima pakai macam tu sahaja selagi the maker of the report tak mengesahkan laporan yang dibuatnya itu... pihak pendakwaan pun berhak untuk cross-exam pembuat laporan tu dulu bukan boleh main terima jek.

Tian Chua lagi satu...sudah-sudahlah wei... jgn nak buat spekulasi kat sini... kalau tukar hakim sekalipun tak semestinya saiful nak kena cross balik. Hakim yang baru boleh terus sambung bicara. Ini yang dikenali sebagai part-heard case.

PR ni memang double standard! Celako celako celako! (seperti kata Tuan Guru Nik Aziz)

sokong anonymous feb 19, 10.27 am

tulah nak gelak bila org pakatan try berhujah ikut sedap kepala lutut dan selipar jamban. blajar dululah wei UNDE-UNDE sebelum menyalak. orang tuli tak mau belajar selok belok undang2 memang mudah dikeparatkan oleh AI dan karpal singh nieh!

nak tau kebenaran, baca undang2 kaitan dgn isu nie. anda pasti jumpa jwpnnya. itu cabaran! bukaklah minda tu, dari asyik telan buta tuli apa yg AI suap kat korang.

Takutlah pada Allah, kalau terus-terusan begini sampai bila kita tak kan maju. Tiada topik lain ke nak bincang selain liwat, fitnah, gaduh, khianat dsbg.ingatlah jika ALLAH turunkan bala semua orang akan kena.........

Hahaha inilah geng2 Puak Umno baling batu sembunyi tangan... nama pon tak berani taruk... kalau kalah debat boleh lari sambil nangis keh keh keh......

Habis tu nama Si CiLiK tu nama betul yang mak bapak kau bagi masa kau lahir dulu ke? Bodoh...

Si CiLiK© <---nama ni jadi penanda diri
bila CiLiK© bercakap orang tahu org yang sama,
so kalau anonymous sape pulak? haha

what da fuck u asking??..
Mahkamah malaysia shit MotherFuckerss!!
Najib Fuck JuborShyFool!!
Najib Fuck JuborZabidin!!
Najib Fuck JuborGaniPatail!!

betul2 da parah pemikiran pengikut anwar ni.korg teruk ditipu oleh anwar yg cerdik tu.lepas melengahken mahkamah,pandai betul de pusingkn kesalahan tu kt mahkamah kononnya mahkamah yg tangguh tapi de(n karpal) bantah.FUH!!mmg la pengikut2 nmpk pemimpin dorg baik dan mahkamah serta kerajaan ni teruk giler.rupenye ditipu abis oleh anwar ni.korg mgkn xperasan mcmne de tggh kn kes ni.mmgla hakim tggh kn sbb nk bg keadilan kt anwar tu wat rayuan.kang xbg,cakap xadil,tp bile bg de xnk kononnye de xnk tggh lg.adus..kot korg nk tau,yg mule kn tggh ni,anwar side.bile sampai peluang untuk giliran pembelaan dan soal si saifl pada 2 hari selepas saiful punye hujah,karpal xgunekan peluang tu.tp de pindahkn pandangan org ramai ke atas utusan yang kononnye menghina dan memburukkn anwar.pastu bile hakim xlayan,de mintak hakim undur diri.nmpk jelas dorg try tggh kn.npe xters je soal saiful.isu utusan tu bukak la lepas perbicaraan liwat ni tamat.bkn xboleh pon.tp bile da tggh sampai seblan cmni(seperti yg dirancang)dorg da ade idea nk tye si saiful tu,barula dorg ckp mhkamah yg tggh kn sedangkn Anwar's team da xsggp lg tggu..kot korg xperasan lg,xtaula...

Kenapa pula hanya penyokong Anwar yang nampak Anwar tu baik. Adakah anda nak kata pemimpin pemerintah tu baik lah sangat. Kalu anda nak penyokong Anwar terima yang Anwar tu meliwat. Terimalah dulu kenyataan pembunuh At-Tantuya. Satu meliwat.. Satu membunuh.

Kalau hati dan ikiran dah buta, susah jadinya. Dah terang lagi disuruh, Karpal minta diteruskan. Tapi Mahkamah suruh tunngu keputusan Mahkamah Rayuan...

ayinms | February 25, 2010 12:43 AM

kita bukan katakan bahawa DSAI atau mana2 pemimpin parti pembangkang itu baik.. tapi pembangkang itu adalah sebuah alternatif kepada apa yang kita ada sekarang

adakah kerajaan sekarang cukup baik? itu persoalannya..

kalau di negara lain, yang kerajaan yang korup, amalan nepo dan kroni pasti dah digulingkan sejak awal2..

sekarang dah 50tahun..

Persoalan:

1.Kenapa dalam kes ni,Michael Danby dan geng2nya seramai 50 orang dari Australia yang sokong pertubuhan gay kat sana,secara terang-terang suruh mahkamah gugurkan hukuman kat anwar?

2.Mana anwar dapat dana banyak sangat? Aku cuba track back pertubuhan-pertubuhan yang menyokong anwar.Aku banyak buat kajian sendiri.Aku baca sumber dari kerajaan dan pembangkang.Kenapa? Sebab tuhan bagi aku akal,aku cari fakta dan guna akal aku untuk berfikir.Sebab aku tak suka disuapkan oleh satu pihak secara membuta tuli.Hasilnya,KENAPA pertubuhan-pertubuhan yang memberikan dana kepada Anwar ni didokong oleh tokoh berpengaruh yahudi? Apa yahudi ni mahu sebagai balasan? Ini yang aku mula menyampah dengan Anwar dan Khairi Jamaludin.Ya,kJ dari umno.

3.Kenapa anwar sibuk melobi dirinya sendiri di US di hadapan hartawan-hartawan yahudi? Kenapa Anwar mintak tolong US dalam kesnya masa bersembunyi kat kedutaan turki dahulu? Keluar ja dari kedutaan turki,US terus bagi amaran kepada kerajaan malaysia.Apa ni? Anwar ni anak belaan US ka?

4.Raja Petra bersembunyi di London.Tempat persembunyian bukan main mewah.Sapa taja? Kalimullah? Sapa Kalimullah tu? Ejen singapura? Kalimullah ni berjaya menyusup masuk zaman abdullah badawi dulu.

5.Anwar kata dia tak mengamalkan kronisme..nepotisme...bla bla..dan selalu kutuk umno jika pemimpin umno lantik anak bini @ sedara mara dalam jawatan.Persoalannya...apa jawatan isterinya dalam parti? Apa jawatan anaknya dalam parti?

6.Macam mana dengan kenyataan karpal sendiri "no more delaying tactics?".Bagaimana dengan kenyataan salah seorang kenyataan seorang lagi peguam PR di luar mahkamah yang mengatakan "peguam dibayar untuk menangguhkan perbicaraan." pergilah kaji.Pergilah cari.Maklumat banyak di internet.


Kaji semua pertubuhan yang sokong anwar.Kaji sejarah diorang kepada dunia.Tengok apa sumbangan pertubuhan-pertubuhan ni kepada kemusnahan dunia islam.

Akhir sekali,tolonglah....lihatlah kes ini secara global.Ada banyak musuh islam di luar sana cuba untuk ambil kesempatan.Tak perlu la PR berbangga dengan pertolongan orang-orang luar ni.Masing-masing nak ambil peluang.

Milosuam,kau banyak buat research kan?Masa research tu,bebaskan minda 'mindset' untuk sokong pembangkang.Aku biasakan aku untuk tidak menyokong mana-mana pihak.Sebab jika aku taksub atau sokong mana-mana pihak,aku akan buta hati,buta fikiran.

Tuhan bagi aku akal,jadi aku tak akan dengar secara membuta tuli.

Cuba lihat thailand.Kita terlalu pikirkan hak rakyat.Kuasa rakyat.Sekarang cuba tengok.Demonstrasi tak habis-habis.Bandar kena tutup.Sapa yang rugi? Kita cuma perlukan pemimpin yang tahu untuk memimpin.Bukan pemimpin yang jadi boneka kepada negara lain.Jika hendak pikir rakyat,sampai kiamat tuntutan tidak akan habis.Kita cuma perlukan pemimpin yang tegas.Aku juga benci rasuah dalam umno.

Tapi,dalam ulas isu,tak perlu berat sebelah.Macam dalam post ni,kenapa anda tidak bangkitkan berpuluh-puluh tangguhan yang dilakukan oleh pihak anwar?

Kita selalu nampak dari jauh.Orang kata,hamid karzai boneka US,pemimpin Fatah boneka US.tAPI,di Malaysia? Sapa yang jelas menjadi boneka US?

Oh ya,btw,jika anda selalu kata anonymous ni pengecut ke apa...sy cabar anda...dedahkan muka anda.Saya cabar ja,kalau tak berani tak apa.Tak perlu cabar saya balik sebab saya tak kondem sesapa.

Kalau boleh jawab soalan saya tu..jawablah.Kalau tak boleh jawab,simpan dalam hati,fikir masa tenang.Anda bertanggungjawab dengan tulisan saudara.Saya sekadar bertanya.Tak perlu spin semula soalan atas tu.Hanya jawab.

Diharap,perbincangan ilmiah dapat dilakukan tanpa ada caci maki.

Salam.

Anonymous 26 feb.
Saya tak sokong mana-mana, baik Anwar mahupun hakim-hakim atau Saiful. Yang saya persoalkan adalah bukti baik Sodomy 1 atau Sodomy 2. Buktinya tak masuk otak langsung. Janganlah kerana Anwar buat begitu dan begini kita aibkan dengan kes yang dilaknat. Percuma amal ibadah kita. Sekiranya Anwar seorang yang beriman alangkah beuntungnya dia didunia dan akhirat.

bleh confirm ke anwar tue balaci negara yahudi....
adakah disebabkan pergaulan dier dgn negara sekian2 bleh menunjukkan dier tue balaci....?????salah ke bkwn dgn us lebih baik rse dikhianat....bangsa lain drp bangsa sendiri......btol x??????
pk blik dan renung2kn
kes perak sper yg wt rampasan kuasa...
mana hak rakyat...????
mner demokrasi yg dijanjikan....

Kalau yakin sangat ape yang korang cakap tu betul dan sahih, mengapa tak pergi lapor aje sebagai saksi dimahkamah. Cakap berdegar2 semue berdasarkan 'hearsays'.

kepada saudari/saudari yg postkan komen pd February 26, 2010 8:46 PM

potong...potong..potong.potong..potong.Sudahkan anda potong??Kini tibalah masa anda potong saja perkhidmatan internet kat umah anda .Malas nak baca komen anda yg penyokong tegar BN tapi menyamar macam tak support mana2 parti politik dengan tarik nama KJ yg sememangnya dibenci oleh 1 Malaysia punya rakyat.

eh, anonymous yg memihak pd PR xkene bantai plak dgn Si Cilik? yg pro-BN je kene? owh..keadilan..
c'mon, homoseksual bkn perkara terpencil di Malaysia..n sume golongan berkemungkinan terlibat..termasuk Anwar.

sebenarnye bicara pun x gune..kalah DSAI kalah, die kate mahkamah berat sebelah..kalau menang, die kate Keadilan terbukti n BN jahat.. either way, die tetap akn tuduh BN..betul x?

Bini Anwar ada jawatan dalam parti sebab bini dia yang MULA2 asaskan PKR. Anak dia pulak ada ciri2 sebagai pemimpin. So biarlah. Ko nak ada jawatan jugak ke?? Ok bukak parti sendiri.

____abah kau____

Kalau Anwar agen luar, boneka, maka tentulah hari ini dia mendapat laluan mudah untuk menggantikan Mahathir. Takkan yahudi nak biar boneka dia jatuh begitu saja. Sudah tentu umngok akan dikenakan tindakan dan tekanan.

Apakah pemimpin umngok tidak pernah berjumpa dan berurusan dengan pemimpin US atau lain2 kuasa dunia? Maka itu juga boleh dikaitkan mereka dengan 'agen' negara tersebut.

Kalaupun Anwar agen asing, bukan caranya menjatuhkan beliau dengan fitnah liwat 2 kali. Buktikan secara jelas dan berani macamana Siddiq Ghouse ditangkap kerana jadi agen KGB. Tapi Mahathir masih tidak puas hati dengan fitnah liwat 2 yang diberi kebebasan mahkamah oleh Pak Lah. Maka anak didik yahudinya meneruskan dengan Liwat 2 supaya 'cover' Liwat 1.

Ini bukan caranya untuk menghukum seorang 'agen' yahudi. Kalau Anwar itu 'munafik' kerana menjadi agen yahudi maka Mahatihr dan umngok semuanya fasik kerana berusaha sungguh2 untuk membuktikan Anwar liwat demi kepentingan politik. Sedangkan gejala homoseks dalam masyarakat, seorang umngok pun tidak ambil kisah.So jangan bermunafiklah konon benci dengan 'moral' Anwar itu.

Tuduhan liwat bukan cara yang sah dan syarie untuk menyelamatkan negara dari seorang yang dituduh agen 'asing'.

Persoalan yang panjang di atas oleh Anonymous(tulis nama la lain kali senang nak hujah) adalah semata2 persoalan yang ditimbulkan untuk menimbulkan keraguan. Tidak pula diberi jawapan yang sah bahawa memang Anwar mengadap yahudi kerana ada bukti dia agen yahudi.

Kalau aku lalu didepan kedai judi dan berhenti kerana berjumpa dengan kawan lama, adakah aku sah kaki judi?

Kalaulah umngok ini bebas dari pengaruh yahudi dan US, sudah tentu mereka menerima tekanan daripada barat. Sedangkan Osama Laden diburu hingga ke lubang cacing. Pemimpin Hamas dibunuh. Tetapi pemimpin umngok boleh memerintah dengan aman dari semua itu. Kalau nak kenal umngok ni sama macam Mahmud Abbas saja di Palestin tu. Boleh bercium dengan yahudi sedangkan rakyat mati dibunuh hari2.

Kalaupun umngok bukan anak didik yahudi, sedikit sebanyak mesti ada juga darah sebagai anak tiri yahudi. Anak tiri yang kurang cerdik kerana semua perancangan dapat dihidu oleh orang2 melayu Islam yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah dalam mendedahkan kebenaran.

Salah satunya ialah dengan saluran MiloSuam inilah. Aminn.

Betul tak?

hahaha...penjelasan anda terbaik jaka...

Anon 27 Feb 12:46>>>

berdasarkan persOalan yg anda timbulkan, sy x rasa anda buat research dgn mindset yg bebas, tp seolah2 mindset anda adalah "ak nk kOrg tau yg blogger ni berat sebelah!".....

sO, anda guna ayat yg agak tersusun kOnOnnya anda bebas, walhal anda mmg berniat nk membangkang blogger nh...heh


EmoticonEmoticon