Siapa pembunuh Altantuya?

buku siapa pembunuh altantuya


Seorang penulis buku menggunakan nama Chegu Bard tampil dengan sebuah buku bertajuk misteri di sebalik pembunuhan Altantuya yang dijangka akan menjadi antara buku terlaris di pasaran. Menurut penulisnya, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin, sebelum menulis buku ini beliau sudah memikirkan risiko dan kemungkinan yang bakal dihadapi apabila terbitnya buku tersebut.

Jawapan kepada pembunuhan Altantuya Sharibuu akan diketahui umum pada hujung minggu hadapan apabila buku 'Siapa Bunuh Altantuya' diedarkan kepada umum. Buku ini disifatkan mampu merungkai misteri dan membuat rakyat berfikir kebenaran disebalik kisah pembunuhan yang menjadi isu panas negara kebelakangan ini.

Beliau juga tidak menafikan yang buku ini bakal mendapat sekatan di dalam penerbitannya, lantaran itu buku ini akan dipasarkan melalui kaedah selain kaedah konvensional dan pelbagai strategi akan diatur untuk memastikan proses penjualannya dapat berjalan dengan lancar.

Adakah buku ini benar-benar dapat menjawab persoalan-persoalan berkenaan isu Altantuya?
Sama-sama kita nantikan penerbitannya yang dijangka pada hujung minggu hadapan dimulakan dengan cetakan sebanyak 3000 unit.

6 Comments

  1. Tak payah tunggu keputusan mahkamah.. aku dah tahu apa akan jadi "anwar akan kena sumbat lagi dalam penjara atleast lagi 5 tahun'. mahkamah tak boleh pakai.. sbb tu hukum Islam yg paling adil.. datangkan 4 saksi kalau tidak yg menuduh dikira Qazaf. betapa Allah dah maklum perangai busuk Manusia kalau hatinya busuk dan imannya kurang. buka ALBAQARAH ayat 30. malaikat tak setuju Allah ciptakan manusia sbb manusia boleh jadi 'makhluq perosak' dan menumpahkan darah. Allah tak jawab persoalan malaikat itu melainkan dengan jawapan veto sebagai tuhan 'Aku tau apa aku buat'. dalam pada sama Allah mewujudkan had dan undang2 iaitu menuduh zina dan liwat kena datangkan 4 orang saksi. MAU LAWAN TUHAN KA. lalu Allah beri ancaman lagi 'sesiapa yg tidak berhukum dengan hukumku maka mereka adalah orang fasiq, munafiq dan kafir'. So, mudah je kesimpulannya sesiapa yg mengaku MUSLIM kita tak susah dalam menilai kes Anwar. yg susahnya bagi mereka yg masih dalam kekafiran. mereka bingung n keliru.

    ReplyDelete
  2. Semuga buku ini menjadi bahan penting mengenia isu yg diperkatakan. Menjadi bahan sejarah untuk anak cucu mengetahui tok nenek mereka di zaman ini.

    Yang penting kesediaan menghadapi apa saja sekatan penerbitan buku ini. Kalaupun penulis nya akan disekat, biar buku nya terus menyear seantero dunia. Kalau kaedah cetak tidak memadai, kaedah virtual perlu ada. Kalau secara fizikal susah disimpan, secara cyber masih langit terbuka luas tanpa sempadan.

    Gunakan semua kemudahan itu asalkan yang busuk mesti didedahkan.

    Betul tak?

    ReplyDelete
  3. LICIK (ulat buku)29 April 2010 at 16:36

    kalau buat buku yg akan pengaruhi org ramai supaya bersangka buruk tu tak eloklah.Harap2 tak de fitnah dlm buku itu.

    ReplyDelete
  4. licik tapi selalu kena tipu13 June 2010 at 10:00

    licik:tu la masalah dengan org melayu kita.....baik tak bertempat....kononnya nak ajak org bersangka baik....sebab tu lah ramai org melayu yg kena tipu skim cepat kaya dan skim rasuh pilihanraya....bersangka baik kononya.....pada aku...tu semua bullshit....biar lah buku tu nak tulis apa pun...kita judge sendirila....jgn sampaai orang lain ambik kesempatan terhadap org yang kononnya bersangka baik dan berpemikiran positifnya......sedarlah melayu.....banyakkan membaca malaysia kini ye.....

    ReplyDelete
  5. Pejuang Kebenaran27 March 2011 at 08:48

    orang yg paling besau gambonye tu la pembunuhnya...juga perogol bersiri part-timenya..altantunya adalah perempuan simpanannya...mereka tahu kebenarannya, tapi menyorokkan dan cuba memusnahkannya, dengan mewujudkan bukti yang penuh kepalsuannya...Inilah kebenarannya...

    "Sepandai2 kera bergayut, tergolek dok ketanah jua.."

    jgn perbongokkan pemikiran kami lagi...Insaflah sebelum sakaratul maut menghampiri..sesungguhnya kematian itu pastt..tiada siapa yg dpt lari..

    ReplyDelete
  6. Pejuang Kebenaran27 March 2011 at 08:50

    orang yg paling besau gambonye tu la pembunuhnya...juga perogol bersiri part-timenya..altantunya adalah perempuan simpanannya...mereka tahu kebenarannya, tapi menyorokkan dan cuba memusnahkannya, dengan mewujudkan bukti yang penuh kepalsuannya...Inilah kebenarannya...

    "Sepandai2 kera bergayut, tergolek dok ketanah jua.."

    jgn perbongokkan pemikiran kami lagi...Insaflah sebelum sakaratul maut menghampiri..sesungguhnya kematian itu pasti..tiada siapa yg dpt lari..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan