Sister in Islam (SIS) menghina Islam


Tindakan Jabatan Penjara merotan tiga perempuan Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram dianggap satu diskriminasi terhadap wanita.

Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican berkata memandangkan beberapa isu syariah berhubung perlaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari Dewi Shukarnor yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.

“Dengan melaksanakan hukuman itu, secara tidak langsung, ia menggambarkan kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan umum, katanya

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram).

Hukuman berkenaan dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini..

SIS menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk segera bertindak bagi mengatasi masalah yang timbul akibat hukuman merotan itu dan juga kes Kartika.

Kerajaan juga, menurut beliau perlu mengkaji semula sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap merotan sebagai hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan memalukan.

“Kajian juga menunjukkan merotan bukan hukuman yang efektif bagi menjamin kesalahan jenayah seksual atau keganasan tidak akan berulang,” katanya.

Inilah jadinya bila Islam tak dijiwai. Perangai sekor-sekor dah macam Cilaka, Hukum Islam diketepikan dan dihina, hukum manusia diagung-agungkan. Siapa ahli-ahli SIS nih? Menggunakan nama Islam untuk menghina Islam, jahat mengalahkan Yahudi!!

CiLiK©: Celakalah ke atas kamu SIS dan ahli-ahlinya!

13 Comments

  1. Apo kato ULAMA-ULAMA UMNO mithali tentang isu ini..Adakah masih membisu seribu bahasa??????

    ReplyDelete
  2. Kita tunggu ape kata diorang.....

    ReplyDelete
  3. x tau plak apa diorang kata...kita pun nak tau apa ulama-ulama parti lain cakap..

    ReplyDelete
  4. Ulama skang pun dh berparti2 ke? Alamat nk mampos! Pstu Yahudi gelak je tengok kebodohan sebilangan umat Islam yang bgaduh sesama sendiri.

    ReplyDelete
  5. sebab ada ulama bodoh yg mengekor umno..

    ReplyDelete
  6. Dari isu Murtad dulu, kenyataan SIS tak boleh dipakai. . Alhamdulillah gerak hati ini benar... Siapa sebenarnya di sebalik SIS ni yer. Keterangannya tak pernah melambangkan mereka ni menjiwai Islam yang sebenar.

    ReplyDelete
  7. Sepatutnya SIS dari dulu lg kene haramkam,memalukan je,dah la pkai nama islam,baik tukar kpd sister 1 malaysia. Kalau nk suruh haramkan hukum hudud pun xde org kisah.. Bertaubatlah,jgn di pertikaikan hukum ALLAH S.W.T..

    ReplyDelete
  8. tahnye..leh mnimbulkan slh fhm je makhluk2 dlm sis nih..tolonglah ban

    ReplyDelete
  9. Anonymous | February 21, 2010 8:36 PM
    Ulama skang pun dh berparti2 ke? Alamat nk mampos! Pstu Yahudi gelak je tengok kebodohan sebilangan umat Islam yang bgaduh sesama sendiri.
    __________________________________________________________

    JAKA JAWAB :

    Bukan masalah ulamak berparti, tetapi masalah adanya ulamak suk. Istilah yang diguna dalam Al Quran merujuk kepada ulamak jahat. Bukan jahat liwat tetapi jahat kerana menjual kebenaran dan ajaran agama demi pangkat, darjat, jawatan, kebesaran, perut, dunia dan takut kepada pemerintah.

    Tidak timbul soal Islam gaduh sama Islam. Yang bergaduh ialah kerana satu kenal Islam dan satu jahil Islam malah sekongkol dengan APCO.

    Ulamak melayu yang benar boleh berbaik dengan ulamak arab, turki, afrika, belanda yang benar dan betul fikrahnya. Tidak semesti sebangsa. Gerakan Islam dari serata dunia berbilang bangsa dan negara boleh bersatu dalam perjuangan kerana adanya kesatuan akidah.

    Yang menjadi masalah ialah ulamak yang senget bertembung dengan ulamak yang benar, sudah tentulah dilihat sebaghai 'Islam gaduh sama Islam'.

    Hakikatnya bukan Islam gaduh sama Islam tetapi Islam gaduh dengan munafikin, musyrikin dan fasikin.

    SIS - Sisters in Secularism. Dalam pada hukuman sebat diatas pun masih belum mengikut Islam sepenuhnya pun SIS sudah melatah, kalau betul2 ikut Islam, rasanya SIS terus jadi Sisters in APCO.

    ReplyDelete
  10. sis kat msia nie jadi besar kepala sebab diorg punye backup paderi besar mahathir mason psycho!, diorg pandai mainkan sesuatu isu sebab sengaja dan hendak populariti walupun di kutuk!

    ReplyDelete
  11. mengaku sister in islam,..tapi,menentang ajaran islam..nak cakap skolah x tinggi,smpai universiti..tapi,buat sesuatu xpakai otak.orang kafir tidak hormat pada org islam,mencaci org islam.hakikatnya,camne diorg nak hormat kite sebagai org islam.sedangkan org islam yg mengaku islam xhormat dan menjaga kesucian agama.bubarkan aje sis..sbb x bawa kebaikan pada agama islam&umat islam.

    ReplyDelete
  12. Menolak hukum Allah (Hudud) samela dengan menolak Agama Allah (Islam). Jadi bahan bakar api neraka la gamaknye.....

    ReplyDelete
  13. Sorry to say this, but Sisters In Islam adalah "agen" pihak-pihak yang nak menjatuhkan Islam. Buktinya...kata-kata mereka sendiri menunjukkan betapa jahilnya mereka dalam Ilmu agama itu sendiri. Jika kurang arif tentang sesuatu isu, rujuklah pada yang pakar. Negara kita bukannya negara Jahiliah yang takde Mufti, Ulama, Ustaz, dan sebagainya. Tetapi memang hairan bin pelik bila SIS lebih gemar berhujah mengikut logik akal mereka yang berteraskan fahaman Barat. Contoh seperti kes artis seksi Jeslina Hashim kena tangkap dengan JAIS di club malam. Patutnya SIS yang bangga membawa nama Islam, menyokong kerja-kerja JAIS yang "amar makruf, nahi mungkar". Tapi disebaliknya, Jeslina pulak yang diberi sokongan padu oleh SIS.

    SIS, tolonglah buangkan perkataan ISLAM pada pertubuhan korang ni. Gantikan saja dengan dengan nama Sisters 1Malaysia ke, Sisters for All Malaysians, ke...ape-ape je lah asalkan korang semua tak kaitkan dengan "ISLAM". Maaf cakap, luaran korang sendiri pun takde ciri-ciri wanita Islam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan