Saturday

1,400 Ahli PPP masuk PKR




Seramai 1,400 ahli Parti Progresif penduduk di seluruh Parlimen Kuala Langat membuat keputusan meninggalkan parti itu secara beramai-ramai dan menyertai KEADILAN kerana hilang kepercayaan terhadap Barisan Nasional.

Langkah itu mengakibatkan kesemua 17 cawangan PPP di Kuala Langat terpaksa dibubarkan.

Penyertaan itu diketuai Timbalan Pengerusi Bahagian PPP Kuala Langat Muniandy Alagamalai, dua Naib Pengerusinya B.

Balasubramaniam dan S. Sellasamy, Setiausaha Bahagian Radha Krishnan Nallusamy, Bendahari G.Anbalagan, Ketua Pemuda S. Joseph dan Ketua Wanita P.Palasakty.

Kepimpinan bekas PPP Kuala Langat menyerahkan borang keahlian KEADILAN kepada Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid dalam satu majlis ringkas dua hari lalu.

Abdullah Sani berkata kemasukan beramai-ramai ahli PPP terbabit menangkis dakwaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menyatakan bahawa KEADILAN "bakal gulung tikar" dengan isu beberapa Ahli Parlimennya yang berpaling tadah."Ini menunjukkan kemelut kepimpinan dalam Barisan Nasional dengan menyaksikan penghijrahan beramai-ramai ahli PPP untuk menyertai KEADILAN kerana mereka yakin Pakatan Rakyat sahaja yang boleh membela nasib rakyat dan keprihatinan mereka terhadap kes Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurut Abdullah Sani keputusan tersebut juga membuktikan bahawa ahli PPP terbabit telah hilang kepercayaan terhadap BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga berkata tindakan itu membuktikan bahawa isu lompat parti yang berlaku dalam KEADILAN baru-baru ini tidak sedikit pun menjejaskan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap KEADILAN malahan sebaliknya berlaku.

"Tindakan ini menangkis kenyataan Rais Yatim dan saya ingin memberi mesej kepada beliau bahawa dua atau tiga ahli KEADILAN keluar parti, 2,000 atau 3,000 lagi akan masuk ke dalam parti ini," tegasnya.

Setiausaha PPP Kuala Langat, Radha Krishnan ketika dihubungi berkata beliau bersama ahli-ahli PPP terbabit membuat keputusan itu kerana prestasi yang ditunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Kami telah mengikuti perkembangan Pakatan Rakyat di Selangor selama setahun lebih dan kami melihat perkembangan yang sangat bagus yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat,"ujarnya.

Menurutnya ahli PPP turut hilang kepercayaan terhadap parti itu yang kononnya parti pelbagai kaum, tetapi meminggirkan kaum India.

"Barisan Nasional gagal menunaikan janji untuk membantu masyarakat India di Kuala Langat terutama dalam isu melibatkan peneroka India di Pulau Carey yang tidak dapat ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri terdahulu. Ia bukan hanya melibatkan orang India, tetapi juga masyarakat kaum asli,"katanya.

Katanya ahli PPP merasa kecewa dengan parti itu dalam pelbagai isu kepimpinan dalam Barisan Nasional, isu sekolah dan bahasa Tamil serta isu jawatan kerajaan yang tidak dibuka penyertaan kepada masyarakat India.


CiLiK©: Perang sudah bermula, kita tunggu pula Utusan Meloya, Berita Hairan dan sekutu-sekutu mereka menafikan berita ini. Seperti yang CiLiK© katakan sebelum ini, Semakin ramai ahli PKR lompat parti semakin ramai rakyat bukan melayu akan menyokong PR sila rujuk sini UMNO gali kuburnya sendiri keh keh keh... Selamat tinggal BN PRU 13

7 comments

hahahaha umno nak sorok muke kat mana lg...kat jubur saper lgla diorg nak main sorok2 ni....

kebenaran pasti datang...politik kotor..by by

hampeh di katak

aku sokong keadilan...sekali pun anwar kamu 'sungai buluh kan' aku tetap benci sangat sangat ngan umno walaupun aku tetap ahli umno yang di bayar yuran ku

my preediction 4 the coming general eleection is BN will be losing
N. sembilan , Melaka ,and Terengganu while they might gain back Kedah or Selangor Pinang will be a hot stage while the remaining states will remain as they are

1400 itu kalau dalam Utusan Meluat akan jadi 140 orang PPP masuk PKR.

Tapi 14 orang PKR keluar parti dan masuk umngok akan ditulis dalam Utusan Muntah sebagai 14000.

Patutlah negara kehilangan ketirisan berjuta2 wang rakyat. Rupanya umngok tidak pandai kira2. Patutlah Mahathir hendak jadikan subjek matematik dalam bahasa inggeris, supaya melayu akan lebih bodoh matematik.

Kata Haji Bakhil,"budak2 tidak boleh pegang duit banyak2 sebab dia tidak tahu kira". Maksud Hj Bakhil tu ialah orang yang tidak tahu kira2 macam umngok itu ialah BUDAK-BUDAK !

Budak-budak main guli
Main guli diwaktu rehat
Sungguh umngok otaknya tidak berisi
Tidak habis2 dengan fitnah Liwat

umngok ngn bee end memang xde isu langsung..bila dah mula rasa tercabar mulalah nak mainkan isu perkauman... memang sengal pak jib nih ngn menteri2nya... - hairi


EmoticonEmoticon