Wednesday

2000 Orang Asli menyerang Putrajaya




Lebih 2,000 Orang Asli kini di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri yang berkaitan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.

Kira-kira seribu lagi kini berada di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.

Mereka bersiap sedia untuk berarak tetapi dihalang berbuat demikian oleh anggota polis yang bertugas sekitar kawasan itu.

Bagaimanapun setelah perbinacngan kira-kira 15 minit, pihak polis memberi jaminan untuk membenarkan lima orang wakil Orang Asli untuk menghantar memorandum berkenaan.

Keputusan itu disambut dengan pekikan "boo" oleh Orang Asli.


Polis juga meminta Orang Asli supaya tidak berarak dan mempamerkan kain rentang serta sepanduk mereka.

Kumpulan itu bagaimanapun akur untuk tidak menghalang laluan ke JPM dan berkumpul di bahu jalan.


Pada perhimpunan ini, orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang yang antaranya berbunyi “ Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati”, “ Jangan Hapuskan Akta Kami” dan “Iktirafkan Wilayah Adat Kami”.

Ada juga Orang Asli yang memakai pakaian tradisional mereka.

Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.

Seorang koordinator POASM, Jenita Engi berkata, perhimpunan itu adalah untuk menyuarakan bantahan kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung kandungan dasar berkenaan memandangkan rundingan dengan JHEOA awal bulan ini, gagal membuahkan hasil.

Dasar tanah tersebut disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini sebagai cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara.

Perhimpunan hari ini adalah perhimpunan kedua seumpamanya, selepas mereka mengadakan satu demonstrasi di hadapan pejabat JHEOA di Gombak pada 24 Februari lalu.

21 comments

wah,org asli skg x cam dlu bebbbb...hahah..
sumpit je jubo najib 2....kakkakakahhhhh

org asli da de internet...

da pandai wat blog, create akaun fb...

dan org asli da bleh buat driff...

elok pegi sumpit rosmah tu..

Alahh..benda boleh bawak bincang ..saja je ade org nak mengapi2..mcmlah kerajaan tak bela langsung org asli..ini semua taktik terdesak..political mileage jer ni..

Tak perlu dtg ramai2..sapa sponsor bas semua tu yek?

nak guna org asli la pulak..mcm2..

ekk...elehhhhhh..

Kamen Rider Black~ delete 17 March 2010 at 18:07

LICIK: nk gune org asli??? org asli tu nk tuntut hak diorg...bagus la ade org sponsor bas...kalo diorg x perjuangkan hak diorg, sape lagi yg nk perjuangkan hak diorg?? Nak harap Be End....Be End in is the one in the 1st place that make the Orang Asli organized a demo...


LICIK....still wanna lick ur master shoes?

eleh, kalu UMNo bwk org asli pg bantah ape kt Selangor etc, ko kate UMNO mengapi2..same je korg.
so ok la dorg tuntut hak, tp lau tuntut hak via UMNo xpyh la tuduh api2 plak..dorg pun rakyat Msia..

Piraahh...
mmg nak guna org asli..ada muslihat..tgk pun dah tahu.

entah2 org asli naik bas ingatkan nak buat rombongan melawat pjaya..alih2 kena himpun lak tgh2 panas..

ohh..lupa JHEOA semua tu kan PAS yang buat..

sori la..lupa.

Kamen Rider Black~ delete 17 March 2010 at 23:21

hai....bkn shj tanah rizab melayu berkurang sbb UMNGOK...skrg tanah org asli pon nk kebas??

"mmg nak guna org asli..ada muslihat..tgk pun dah tahu"
boleh melihat yek...tap hati ko buta ;)

"entah2 org asli naik bas ingatkan nak buat rombongan melawat pjaya..alih2 kena himpun lak tgh2 panas.."
Kalau diorg kne tipu...xkan la diorg bwk sepanduk..bawak poster..

http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=44453
http://www.malaysiakini.com/news/126760
http://misaimerah.blogspot.com/2010/03/orang-asli-kena-tipu-mara-ke-putrajaya.html
http://malaysiakini.com/news/126787

Tgk pon dah tau ;P ...diorg dtg nk berdemo, bkn dtg sbb kne tipu pasal rombonga..

Jgn tunjukkan kebodohan anda. CILIK :)
BODOH ;)

Kamen Rider Black~ delete 17 March 2010 at 23:24

Opss...sori...nk tulis "LICIK" sebenarnye...sowi CILIK (-_-")>

heheh...

haha aku pun pelik gak apesal aku yg bodoh ekeke
takpe2 hal kecik je tu....(^_^)

hahaha..ekekekek..

tuhan pun lindungi aku dr makian...itulah niat baik tuhan syg.

tulah CILIK jgn tunjuk sgt kebodohan.

lawak betullah.

piraahhh..bawak sepanduk tu ada lah berapa percent...yg lain dok gelisah bila nak pegi melawat ni..

dahla tu..lepas ni gilah cari bangla ke vietnam ke plak..wat demo. janji nampak kecoh..

Kamen Rider Black~ delete 18 March 2010 at 00:09

tuhan?...kenapa x guna kalimah "ALLAH nk lindung aku dr makian"...Bkn main x bg kaum lain pakai...tp sendiri x nk pakai..


Aiyo....LICIk, ko dh tunjukkan kebodohan ko lagi...ko tau x yg Be End bg pendatang haram kat Sabah/Sarawak n bg diorg myKad...Pas x wat camtu, tp Be End yg buat...

Jgn Be End daftar mykad utk Kawan2 Bangla n vietnam ko sudah~ kapish...


CILIK: thanks ;)

hahahahaha..
org yang berhati mulia dilindungi tuhan dari makian...

dan makian itu terkena pada org yg sepatut di maki.

hehehehehe...tq kamen.

Kamen..
dah la pi balik..
dah la curi duit mak pegi cc..

hishh budak2 sekolah skrg ni..tak tau la apa nak jadi

Kamen Rider Black~ delete 18 March 2010 at 00:18

LICIK: Aiyoo....nk lari dari topik nampaknye....dh x mampu berhujah lg ke?

Kamen Rider Black~ delete 18 March 2010 at 00:29

LICIK: sori ye adik...Aku ni dah kerja :) ...
Kalo xde point nk berhujah, x payah la post komen2 yg kebudak2an...nampak sangat perangai yg x matang tu :)

Gerakan Mansuh Taib Mahmud delete 18 March 2010 at 01:36

:) takde kelibat PERKASA hahhaa.. mana la tau berahim ali nak join skali.. hahhaahhaaha

Tahniah la jika orang asli dapat apo yd di pinta...Aku harap ORANG MELAYU juga berhak mendapatkan kembali tanah rizab yang hilang..Berdasar pada perlembagaan 50% harus di kekalkan sebagai tanah rizab..Jika ini di abaikan..dikhuatiri kita akan jadi pelarian seperti Melayu P.PINANG..fikir-fikirkan lan..Apo bilo harga tanah melambong tinggi....P.PINANG sebagai bukti...Jangan dah terhantuk baru nak tengadah...ya ALLAH selamatkan UMAT MELAYU UMNO/PAS/PKR dari PEMIMPIN yang KHIANAT

licik da xde hujah.. pemikiran org2 umno nie

Orang asli sudah tidak boleh diperbodoh2kan lagi...

Yang masih boleh diperbodoh ialah umngok hahahahaha

ade jgk org bangang mcm licik ni ye....
hahahaha...


EmoticonEmoticon