Tuesday

Agong murka kepada siapa?




Tertarik CiLiK© untuk mengulas tentang titah Tuanku Mizan di sidang parlimen hari ini. Salah satu isi kandungan titah Baginda ialah berkenaan "media baru". Ape ye makna "media baru" ni? Dalam English media baru = New media, definisi dalam wikipedia kata, the emergence of digital, computerized, or networked information and communication technologies in the later part of the 20th century. Alah senang cerita internet ni lah yang dimaksudkan dengan media baru tu.

Dipetik dari Malaysiakini Tuanku Mizan memberi amaran dan bertitah menggambarkan bahawa media baru dilihat bukan media yang bebas. Malah Baginda menjelaskan bahawa banyak fitnah dilakukan oleh media baru.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa dukacita baginda terhadap pengabaian kebebasan yang dilakukan oleh media baru pada ucapannya ketika merasmikan Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 .

Seri Paduka bertitah “fitnah, pembohongan dan pemesongan fakta masih berterusan” dengan rujukan terhadap kandungan media baru.

“Semua pihak yang terlibat perlu sedari, tiada agama yang merestui tindakan sedemikian. Kami menggesa mereka supaya menghentikan segera perbuatan itu,” titah baginda.

Tuanku Mizan juga mahu tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang bertanggung-jawab tetapi tidak menamakan pihak berkenaan.

Selain amaran kepada media baru, baginda juga meningatkan semua pihak agar tidak menyalah gunakan kebebasan bersuara.


Baginda dilihat murka dengan keadaan ini, persoalannya siapakah media baru yang dimaksudkan itu? Media apakah yang tidak bebas itu? Kalau dilihat di negara ini, media arus perdana yang menjadi sumber utama rakyat malaysia tentulah Utusan dan Berita Harian. Kerana ia dibaca oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira ideologi politik untuk mendapatkan maklumat semasa dan terkini.

Maka sumber utama berita Rakyat Malaysia ini semestinya atau sepatutnya adalah sumber yang bebas bukan? Tetapi adakah berita-berita dari media arus perdana ini bebas? Atau sebaliknya? Anda fikirlah sendiri.

Bagaimana pula dengan harakah? Adakah tuanku juga marah kepada Harakah? mungkin juga, kerana Harakah juga dilihat tidak bebas kerana ia adalah lidah rasmi PAS. Jadi media baru manakah yang dimaksudkan oleh baginda? CiLiK© rasa baginda pastinya merujuk kepada media-media yang utama, Harakah juga sumber berita yang agak terkenal di internet. Jadi apa pendapat anda? Media mana yang dimaksudkan oleh Baginda Tuanku? Anda fikirkanlah sendiri. Apa yang pasti Allah dan baginda yang tahu kepada media mana Baginda maksudkan itu.

Sungguhpun begitu CiLiK© pasti Tuanku Mizan tidak akan suka dengan penasihat media baru yang digunakan oleh Najib. Anda sedia maklum Najib melantik perunding Yahudi sebagai penasihat media barunya rujuk sini Bukti Najib bersekongkol dengan Yahudi

Dipetik di website Yahudi itu sendiri, Kerajaan Najib mengekalkan APCO untuk membantu di dalam menilai keupayaan kerajaan berkomunikasi melalui "media baru". APCO juga membantu kepimpinan baru Kerajaan Malaysia (Najib) menyampaikan maklumat tentang pembangunan terkini kepada negara luar menggunakan komunikasi berstrategi

One of the first clients of APCO’s new office will be the Malaysian government, which is retaining APCO to assist in evaluating its capabilities to communicate through new media. APCO will also assist the Malaysian government’s new leadership by sharing recent developments in strategic communication undertaken by governments in Europe, North America and Africa. Separately, APCO will be providing support in Washington, D.C., to Malaysia’s ambassador to the United States.

Jadi penggunaan penasihat yahudi di dalam menguruskan "media baru" najib ini sangatlah mencurigakan. Apa perlunya Najib sehingga menggunakan perunding Yahudi untuk menguruskan media baru? Adakah Najib memerlukan strategi-strategi tertentu untuk menyampaikan kebenaran kepada rakyat? Ataupun najib perlu memanipulasikan media baru untuk kepentingan dirinya?

CiLiK©: Tuanku Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di Malaysia pasti akan menjalankan langkah-langkah tertentu bagi menghalang penggunaan perunding Yahudi oleh si Bijan ni, kita tunggu dan lihat.....

11 comments

aku rasa media baru yg dimaksudkan adalah internet @ lebih tepat lagi laman2 blog.......ni cuma pndgn peribadi aku je =)

aq rasa media baru nie.media akai x pas..akal pendek senang cta..

saya nak sebut satu aje. teks ucapan Yang Dipertuan Agong disediakan oleh pejabat Perdana Menteri dan bukan pihak Istana.

kemungkinan di tujukan kepada kedua2 pihak...umno dan pakatan rakyat..sebagai Yang Dipertuan Agong baginda mesti belaku adi..jadi tdak perlu kita mengagak samada Yang Dipertuan Agong menyebelahi mana-mana parti politik...

aku rs Yang Di-Pertuan Agong tujukn kpd kedua2 pihak..even teks disediakn oleh pjbt PM. sbb kandungan kedua2 proksi ni kkdg membawa byk keburukan dan byk mengandungi fakta salah dan rekaan.

sokong wan, Agong xperlu sokong mane2 pihak, beliau ttp diatas mengikut perlembagaan hatta Lim Guan Eng jd PM sekalipun..

tulah korangg..lebih2 sgt ..dah agong marah

Agong puji najib..CILIK tak nak post ke? hari tu sultan kedah puji azizan..post kat sini.

Al Maunah dituduh menentang YDP Agung maka mereka dihapuskan. Agaknya tersedak YPD Agung yang dulu kerana Al Maunah dikaitkan dengan Baginda. Dengan beberapa laras rifle, logik ke hendak menentang YDP Agung? Anwar juga dituduh Zulkifli Nordin mendakwa YDP Agung bersetuju jika PR menang dan membentuk kerajaan.

YDP Agung adalah Ketua Agama Islam. Yahudi adalah musuh Islam. APCO adalah yahudi yang diupah umngok. Maka ini bermakna umngok tidak menghormati YDP Agung sebagai Ketua Agama Islam.

Umngok juga boleh dianggap menentang YDP Agung kerana mengupah APCO membantu mereka. PDRM bermakna Polis DIRAJA Malaysia. Bukan Polis Umngok Malaysia. Menggunakan khidmat APCO dalam agensi Polis DIRAJA Malaysia juga suatu penghinaan kepada YDP Agung kerana ada perkataan DIRAJA dalam makna PDRM.

Umngok sedar tak apa yg mereka dah buat ni? Ini kes berat.

Betul tak?

KEMBALIKAN SEMULA HAK PEMERINTAHAN KERAJAAN NEGERI YANG DI RAMPAS OLEH TUN MAHATHIR

KEMBALIKAN SEMULA PEMERINTAHAN SULTAN2 MELAYU YANG DI RAMPAS OLEH PENJAJAH BRITISH

HAPUSKAN SISTEM YANG SEDIA ADA SEKARANG KERNA KITA TIDAK HARUS TUNDUK/DIKUASAI KEPADA SISTEM REKAAN PENJAJAH TETAPI KITA SENDIRI YANG HARUS MEMBENTUK SISTEM NEGARA KITA DAN MENGUASAINYA.

HIDUPKAN KEMBALI ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU!!!

ALLAH HU-AKHBAR!

This comment has been removed by the author.

Macam mana nak wujudkan kembali kegemilangan Kesultanan melayu kalau sultan2 melayu yang ada pada waktu ini tak gemilang..

Zaman dahulu setiap raja2 melayu yg mahu diangkat menjadi sultan wajib hafal Al- Quran, anak2 raja dilantik menjadi Qadhi dan hakim.. Sekarang ni sape raja2 melayu yang hafal Al-Quran..?? Hafal lirik2 lagu karaoke adalah.. dan lagi satu hafal nama2 artis perempuan yang boleh dijadikan calon isteri ke dua atau yang ketiga atau boleh dijadikan gundik...

wakaka...!!! tak habis2 bangsa melayu ni berangan sgt nak tgk tertegaknya kembali kegemilangan serta keagungan Raja2 melayu..
hehehe...!!! tak masuk akal langsung..

Bila Artis2 eropah dan amerika yang sexy dan lucah di bawa masuk buat persembahan di negara kita.. Mana pergi Raja2 melayu?? menapa tak buat persidangan tergempar melarang kegiatan mungkar tersebut...??? mengapa tuanku ( tuan kepada UMNO / merangkap boneka UMNO ) ni tak marah dan tak halang..??
jawapannya cuma ada satu jerr... macam mana nak halang.. kaum kerabat2 dan anak2 raja pun ramai yang datang nak menonton aksi sexy dan lucah arti2 barat tersebut... duduk tempat first class lagi fuyooo... best betul.. semuanya free pastu boleh bergambar dgn atris yang sexy2...

Sebab tu sama jer raja2 melayu dgn raja2 arab.. raja arab pun gemar tgk artis barat yang sexy2 dan lucah.. sebab tu negara2 arab tak mampu bangkit menentang Yahudi dan amerika sebab raja2 mereka semuanya BARUAH yahudi dan amerika..

Sudah2 lah mengharapkan raja2 melayu akan membawa umat melayu kepada era kegemilangan bangsa melayu macam zaman dahulu kala...

wakakakaka.....
wakakakaka.....
wakakakaka.....

* Sudahlah labu...henti2kanlah berangan.. sampai 7 keturunan pun tak akan gemilang bangsa melayu ni.. sebab Raja2 dan sultan2 melayu semuanya tak gemilang pun.. yang ramai asik dok menyilang Artis pompuan jerr...


EmoticonEmoticon