Arak percuma di Negeri Melaka


Alamak ni ape cerita pulak ni? Sebelum ni CiLiK© ada post tentang segelintir pemimpin UMNO yang kaki arak dan judi menurut seorang MP PKR di parlimen, rujuk sini Segelintir pemimpin UMNO kaki arak dan Judi, kali ini ada pulak iklan Arak percuma di negeri Melaka. Hai Kerajaan negeri Melaka tak ambik apa-apa tindakan ke? Kata negara Islam?

KUALA LUMPUR : PAS negeri Melaka menuntut penjelasan Ketua Menteri Melaka, merangkap Pengerusi BN negeri, Mohd Ali Rustam berhubung iklan yang memaparkan Arak Percuma di negeri itu.

Ketua Penerangannya, Sofi Wahab berkata, pihaknya memandang serius berhubung iklan itu yang jelas memaparkan iklan melampau yang secara terang-terangan merupakan maksiat dan bertentangan dengan nilai Islam dan adat budaya masyarakat Islam di negara ini.

Menurutnya, walaupun kawasan itu merupakan majoriti Cina, namun berdasarkan gerakan turun padang yang dilakukan PAS negeri sebelum ini jelas mendapati puluhan muda-mudi Melayu memasuki pelbagai Kelab Malam di kawasan itu tanpa segan silu.

“Tinjauan PAS sebelum ini mendapati kawasan tersebut dipenuhi pelbagai Kelab Malam yang bukan sahaja pekerjanya terdiri daripada Orang Melayu, tetapi pengunjungnya juga berbangsa Melayu.

Itu, semasa kami melawat tanpa adanya iklan, bagaimana pula dengan iklan tersebut yang jelas menawarkan Arak percuma,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com.

Beliau diminta mengulas berhubung satu iklan yang dipaparkan oleh sebuah laman blog di Kijang59.blogspot.com

Iklan itu tertera perkataan ‘Free Beers Tomorrow, Shirts and Shoes Required, Bra and Panties Optional, yang dipasang di Taman Melaka Raya’.

Sehubungan itu, PAS negeri menggesa kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) segera mengambil tindakan tegas berhubung insiden itu yang disifatkannya tidak sepatutnya berlaku.

“Kain rentang Program Pakatan Rakyat sering direntap dan dimusnahkan walaupun diletakkan di kawasan premis Pejabat PAS, DAP atau PKR.

Namun, kain rentang seperti di itu (mempromosikan arak secara terang-terangan) tiada siapa yang kacau malah seolah-olah digalakkan pula.

Apakah kain rentang Pakatan Rakyat lebih bahaya dari kain rentang yang mempromosikan arak secara terang-terangan itu?,” soalnya sambil menjelaskan sejumlah 393 anak luar nikah dilahirkan sepanjang tahun lalu.

9 Comments

  1. Kalau kwsan majoriti Cina,bentang banner dengan tulisan cina.Biar golongan majoriti cina tu saja paham.Lain kali tulis arahan supaya,"umur21 kebawah dan beragama Islam dilarang masuk premis ini",dan bouncer club jangan bagi org Islam masuk ke premis mereka.Ini wajib dilaksanakan oleh pengusaha pusat hiburan,sebagai tanda hormat pada umat Islam dan negara Islam.Itupun kalau pemerintah nak sangat Arak dan maksiat haram tu mesti ada kat negeri dia.Kalau tak nak buat ape yg patut..

    ReplyDelete
  2. sokong lg umnngok be end..sape sughoh

    -tumpang lalu-

    ReplyDelete
  3. Laut ditambak untuk menyuburkan tempat maksiat, kasino, arak dan judi.Itulah pemerintahan sekular. Ketua Menteri dok sibuk melancong ke luar negara menghabiskan duit rakyat, mungkin juga duit hasil judi

    ReplyDelete
  4. sepatut nya tak payah la tuntut penjelasan.buat je bantahan atau demonstrasi jalanan.baru la betul nak buat amal makruf nahi mungkar.kalau kena tangkap ke apa ke sifat kan sahaja sebagai dugaan.tapi mana berani nak ambil risiko!!!nanti ada yang takut dibuang kerja....ada yang tak makan dirumah!biasa la cakap bedegar degar..

    ReplyDelete
  5. cian umno selalu di maki hamun...

    ReplyDelete
  6. melaka akan diisytihar negeri maju oktober ini. negara maju berteras kemaksiatan seperti banner tersebut.

    selepas melaka jatuh di tangan portugis, nampaknya kini potugis dan belanda yang pakai songkok hitam dan bernama AliKetamAlbuquaque memerintah dan melaksanakan pengisian serupa dan sesuai dgn telunjuk zionist, dajjal dan iblis.

    melaka bakal mendapat bala, jika tiada yang berani menentang kemungkaran begini.

    ReplyDelete
  7. anak bajau:
    tu lah..kesian umno selalu kene maki dgn penyokong2 pembangkang fanatik yg x tau pape ni..org umno ade x nk balas caci maki dr pembangkang ni??sila lah..jgn malu2 dan segan2..sama2 kita maki each other..slamat org cina dan india..budha,hindu dan kristian..

    ReplyDelete
  8. apakah aku harus ke sana
    SELAMAT PAGI BOSKU AYO MARI DATANG DAN BERGABUNG BERSAMA KAMI DI WWW S128AGEN COM
    KAMI MENYEDIAKAN PERMAINAN MENARIK YANG DAPAT ANDA MAINKAN
    - SPORTSBOOK
    - SABUNG AYAM { HOT GAME }
    - TEMBAK IKAN
    - TANGKASNET { HOT GAME }
    AYO MASIH BANYAK LAGI GAME YANG KAMI SEDIAKAN
    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 0878-6720-2559

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan