Azean tak percaya anaknya mengedar dadah



KUALA LUMPUR, 12 Mac [8.00 pm] - Aktres veteran popular, Azean Irdawaty tidak percaya bahawa anaknya, pelakon terkenal Benjy atau nama sebenarnya Khaeryl Benjamin terlibat dengan sindiket pengedaran dadah. "Yang Kak Yan tak faham macam mana dia (Benjy) ditangkap di rumahnya di Segambut tetapi kemudian dibawa ke sebuah rumah di Kepong di mana ada bahan-bahan yang dikatakan makmal mini memproses dadah," katanya. Portal berita dalam talian dan akhbar hari ini menyiarkan laporan tentang seorang pelakon popular yang pernah memenangi anugerah pelakon terbaik dan juga anak kepada aktres veteran terkenal kini ditahan reman kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000. Aktor berusia 31 tahun itu ditahan di kondominium mewahnya di Jalan Segambut pada Khamis. Dalam serbuan tersebut, polis menemui makmal memproses dan membungkus dadah. Pelakon itu dicekup bersama teman wanitanya berusia 24 tahun di tempat meletak kereta di kondominium tersebut pada pukul 2.30 pagi Khamis setelah polis mendapat maklumat daripada orang ramai. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang ketika dihubungi berkata, pelakon itu ditahan reman selama tujuh hari mulai Jumaat di Balai Polis Bukit Jalil bersama teman wanitanya. Hasil siasatan ke atas kedua-dua suspek didapati mereka positif syabu. Difahamkan pelakon tersebut sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun, telah disahkan positif methamphetamine ketika melakukan ujian air kencing.



Artis tersebut mungkin akan berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori. Dalam pada itu, Azean, 60, mendakwa, anaknya sering kehabisan wang dan kerap meminta pertolongan daripadanya jika menghadapi masalah kewangan. “Masalahnya, Benjy selalu pokai dan kerap minta tolong dengan saya walau untuk bayar duit rumahnya atau duit belanja untuk ke pasar,” Tambah pelakon filem Talentime, Waris Jari Hantu, Anak Mami Kembali dan Baginda itu, dia pelik bagaimana akhbar boleh menyatakan anaknya itu mampu menjual dadah terbabit sehingga beratus-ratus ribu ringgit nilainya. Dia juga mempersoalkan penglibatan anak lelaki tunggalnya itu, sedangkan mengikut maklumat yang diketahui, mereka yang mengambil bahan-bahan terlarang itu fizikalnya kurus dan hiperaktif. “Macam mana surat khabar kata dia boleh jual sampai beratus-ratus ribu. Kereta pun dia tak ada. “Lagipun Kak Yan ‘Google’ (di Internet) orang kalau ambil benda itu kurus dan hiperaktif sedangkan Benjy gemuk, suka tidur. Selain itu, dia sering menghabiskan masa di kolam pancing pagi, petang, siang dan malam,” katanya.

CiLiK©: Memanglah tak kurus sebab dia mengedar. Biasanya pengedar tak isap Dadah kot.

20 Comments

  1. wal'iyazubiLlah

    akta 39B tu. alamat ke tali gantung klu sabit kesalahan. moga Allah memelihara kita drpd melakukan aktiviti2 cmni.

    ReplyDelete
  2. amek syabu ni tak semestinya badan kurus.. dadah jenis psikotropik ni biasanya tak menguruskan badan berbanding ganja, kanabis dan yang asal dari bunga popi.. ni la buktinya tak ada siapapun akan kebal dengan dadah.. semua kita berisiko.. so, amek la iktibar.. JAUHI DADAH DAN DADA..
    msg dari din penang

    ReplyDelete
  3. azean irdawaty bwk2 la istighfar, trima kenyataaan.. Tuhan dah bg kt awak byk petunjuk kt muka bumi ni.. bertaubatlah... (pakai la tudung, Allah masih sygkan awak tu yg dia bg balasan 'cash' kat muka bumi ni)

    sendiri pikir la beb!

    teguran utk kita sesama insan..saling ingat-mengingati..

    ::GagakRibut::

    ReplyDelete
  4. gagakribut,

    setahu saya, azean sudah memakai tudung :) janganlah menuduh hanya dengan melihat entri yang dipaparkan :)

    benji ni, no komen..pandai buat pandai tanggung.. :)

    NE

    ReplyDelete
  5. tunggu ajelah perjalanan mahkamah nanti.kalau dpt lawyer power bleh la putar belit .kalu pakai lwyer tepi jalan alamat 39b lah.gantung sampai mati

    ReplyDelete
  6. Salam...Sabar aje lah Kak Yan dan banyakkan sembahyang hajat...Insya'ALLAH jika anak Kak Yan tu tak buat menda tu...dia akan lepas dan begitulah jika sebaliknya

    ReplyDelete
  7. kita jgn buat apa2 andaian. Dia belum terbukti bersalah.

    Mcm kes abg anwar berahim, kalau kita buat andaian yang dia bersalah mesti ramai yg marah..::))

    ReplyDelete
  8. ntahlah....
    x tau nk komen apa
    tp aku tetap nk komen gak...
    sb aku peminat kak yan..
    dia tu mg hebat dalam seni lakonan..
    knp lah si benji ni jd mcm tu..
    dunia2..

    ReplyDelete
  9. ibunurin..
    entah..susah nk cakap....tp andaikan klu terjadi pada keluarga kite mcm mana laa rasanya yer...itulah yg dirasai oleh kak yan...moga2 kite dijauhi dari segala bala..AMIN...kepada kak yan moga tabah menghadapi ujian ini....

    ReplyDelete
  10. kurang hukum2 agama?
    kejap je kan hidup ni..da tau bile nk mati
    tkutnye

    ReplyDelete
  11. dunia mmang cam nie..... klu blum sabit kesalahan kta mac x leh nak wat apa2 andaian kak yan just doa je k.....
    pilih yg terbaik.....

    ReplyDelete
  12. terkejut bukan kepalang bila dapat bite tu..memang xsangka lgsung yg benjy terlibat..dia memang sorg pelakon yg bagus sama mcm mama dia..kita xblh nk hukum dia buta2 cm tu..biar undang2 wt keje dorang..yg penting kita sama2 doakan smga sume tu xbtl dan mudah2an Kak yan lebih tabah dan berdoa KepadaNYA..berkat doa ibu,insyaAllah kebenaran akan terbongkar jua..byk2 bersabar..jaga diri..

    ReplyDelete
  13. mintak la tolong ngan UMNO... depa kan Juara Rakyat...
    Pasti menang la...hahaha





    bos jahat...

    ReplyDelete
  14. bagi saya, itulah kasih sayang seorang ibu kepada anak... macam mana busuk anak tu pon, ibu x kan nk buruk2kan anaknya depan org lain... Peliharalah kasih sayang dari seorang ibu seperti susahnya ibu berkorban utk kita... Semoga Allah menunjukkan segala hikmah disebalik kejadian yang menimpa..

    ReplyDelete
  15. ala k.yan nie pandai berlakon nak cover line la tue, apa taknya abih duit derma org masa dia sakit dia sedekah pd ben-joy beli brg dapur nak buat dadah, bela awek, keta awek lg...tu la org ramai skg hati2lah nak derma pada golongan artis, lpas ni ada sesapa plak nk derma pada salem, jamal,(beli kaset/cd tue serupa bagi kat diorg duit supaya dpt isap dadah lagi la tuuue), asik kelua masuk pusat serenti tak abis2

    *nasihat utk k.yan lepas nie jgn nak main2kan hukum2 ugama cam dulu, kan dah dpt balasan

    ReplyDelete
  16. Halo semua.. saya penggemar Azean Irdawati dari Jakarta, rindu mau melihat lakonan anda di TV. semoga anda sekeluarga tabah menghadapi cobaan dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT.. amin..

    ReplyDelete
  17. kak yan huii..pakaila tudung agar nampak lebih manis..

    ReplyDelete
  18. udahlah k.yan wei,"RUMAH KATA PERGI KUBUR KATA MARI".insaf2lah tak yahlah nk berlakon lg..tak kanlah polis tu saja2 nak tuduh benjy pengedar dadah.bukti dah ada terima sajalah kenyataan k.yan..

    ReplyDelete
  19. lihat lah duniaaaa....

    ReplyDelete
  20. elehh siap ada kilang mini buat dadah lagi tapi tgk yg kena dakwa...miliki dadah! kahkahkah kalu kat china ni bersepai kepala kene tembak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan