Wednesday

BN roboh rumah rakyat Sabah




Jika Israel merampas tanah rakyat di Palestin dan merobohkan rumah penduduk di negara itu, situasi sama hampir berlaku di Sabah apabila kerajaan negeri mahu merampas tanah dan bakal merobohkan puluhan rumah rakyat tempatan di Perkampungan Tradisional Melayu Lupak Meluas, dalam kawasan Parlimen Batu Sapi, Sandakan Sabah menjelang April ini.

Tanah yang berkeluasan lebih 30 ekar itu mula didiami penduduk berkenaan sejak tahun 1970-an lagi yang kebanyakannya bekerja sebagai buruh, peniaga dan nelayan.

Perkampungan yang majoriti penduduknya beragama Islam itu mula dibangunkan sejak lebih tiga dekad lalu yang sehingga kini penduduknya melebihi 3,000 orang.

Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Batu Sapi, Tuan Haji Hamzah Abdullah berkata, aduan yang diterimanya dari penduduk terbabit yang kebanyakannya Bumiputera Islam mendapati tanah itu telah digazetkan oleh kerajaan negeri pada tahun 2002.

“Tanah ini telah digazetkan sebagai Tanah Rezab Anak Negeri di bawah Seksyen 78 (1) dan (3) Ordinan Tanah Negeri Sabah 2002 dan terletak kira-kira 10 kilometer dari Pusat Bandar Sandakan.

Sepatutnya, pemaju dan kerajaan negeri menghormati hak rakyat dan bukannya bertindak merampasnya,” katanya kepada erapakatan.com ketika dihubungi.

Beliau turut mengecam kerajaan negeri yang berbangga dengan slogan bosnya, Najib Razak, kononnya 1Malaysia tetapi pada masa yang sama menafikan hak rakyat untuk mendapatkan jaminan keselamatan malah sanggup mengusir mereka.

“Apa gunanya 1Malaysia kalau Rakyat di ‘Hulu’kan Pencapaian di’Tamak’kan,” tambahnya, yang turut bersama penduduk berkenaan mengadakan bantahan secara aman awal Mac lalu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk terbabit terus berusaha, bersabar dan bermunajat kepada Allah swt agar cita-cita jahat BN itu digagalkan kerana doa orang yang dizalimi mudah dimakbulkan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah itu turut berjanji akan menjadikan agenda itu sebagai salah satu agenda penting untuk diselesaikan sebaik Pakatan Rakyat menawan Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Konvensyen Pertama PR di Shah Alam pada 19 Disember lalu antara lain menekankan bahawa Tanah Adat Orang Asal di Sabah dan Sarawak mesti dipertahankan dan pada masa yang sama menghentikan serta-merta penindasan ke atas rakyat khasnya di kawasan Pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.

Selain itu, PR turut mencadangkan agar khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyat dengan memperuntukkan royalti 20 peratus daripada pendapatan petroleum mereka.

Parlimen Batu Sapi ketika ini diwakili oleh BN, Chong Ket Wah, di mana majoriti pengundinya merupakan Bumiputera Islam iaitu lebih 60 peratus daripada 26,000 lebih pengundi.

Berikut ialah ANTARA rampasan tanah terhadap rakyat Sabah akhir-akhir ini. (Sekadar menyebut beberapa kes walaupun jumlah sebenar lcukup banyak)

8 Disember 2009 : Kira-kira 90 penduduk Kampung Pogun dan Babaig, di Penampang, mengadakan demonstrasi aman membantah tindakan pihak tertentu melakukan upacara pecah tanah projek pembangunan tanpa sebarang notis kepada mereka yang mana majlis itu dijangka dirasmikan Ahli Parlimen (MP) BN bagi kawasan Penampang, Bernard Dompok.

25 Disember 2009 : Lebih 3,000 penduduk dari 10 buah kampung di Kota Marudu mendesak kerajaan negeri segera menyelesaikan masalah tuntutan tanah bertindih antara penduduk kampung tersebut dan dari sebuah pemaju.

26 Januari 2010 : Kira-kira 400 penduduk daripada 75 keluarga di Kampung Kiulu Baru dan Silik Silikan, Membakut diarah berpindah tanpa diberi pampasan walaupun menetap di situ sejak 30 tahun lalu.

Syarikat yang beribu pejabat di Kota Kinabalu itu turut memberi amaran kepada penduduk terbabit supaya segera berpindah atau menghadapi tindakan tegas, termasuk tindakan undang-undang jika enggan berpindah.

30 Januari 2010 : Sejumlah 18 daripada 24 hektar tanah penduduk yang diusahakan dengan tanaman kelapa sawit sejak 1995 di kampung Ulu Tongod, Beluran, Sabah didakwa dipindah milik kepada individu lain pada tahun 1997 walaupun mereka telah memohon terlebih dahulu daripada pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Sabah sejak tahun 1992.

Penduduk turut mendapati individu tersebut tidak mengusahakan tanah itu sebaliknya menjualkannya kepada sebuah syarikat swasta.

18 Februari 2009 : Seramai 400 penduduk berketurunan Iban di Rumah Panjang Kampung Iban, Ulu Merotai, Tawau hilang punca pendapatan apabila tanah seluas 728.4 hektar yang mereka duduki sejak 32 tahun lalu dipaksa untuk dikosongkan.

Tiga unit polis mengawal keadaan di kawasan berkenaan iaitu FRU, Pasukan Gerakan Am (PGA), PORU, termasuklah daripada Jabatan Perhutanan sendiri untuk berdepan dengan bantahan rakyat yang tertindas.

Penduduk itu mentangkan tiga kain rentang yang tertulis ‘Jangan Musnahkan Periuk Nasi Kami, Jangan Biarkan Kami Mengemis Di Bumi Peladang Sendiri’, ‘Inikah Konsep 1Malaysia? Beruk Di Hutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan’ dan juga ‘Mana Janji Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.


CiLiK©: Dah pakai penasihat yahudi, tu yang perangai macam Yahudi


EmoticonEmoticon