Bukti kukuh Kelantan berhak mendapat royalti


Belum selesai dengan isu royalti Kelantan. Liat betul kerajaan nak bagi royalti kepada rakyat Kelantan. Inikah yang dinamakan Rakyat didahulukan di dalam slogan satu Israel? Ops satu Malaysia... kali ni dikatakan dah ada bukti kukuh untuk rakyat Kelantan memperolehi hak mereka, apa agaknya kerajaan Najib nak pusing lepas ni ye? Takut sangat Kerajaan Kelantan maju, rakyat Kelantan bukan rakyat Malaysia ke? Semoga rakyat terus menentang BN....

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Surat Petronas kepada kerajaan negeri Terengganu dan perjanjian di antara Petronas dengan Menteri Besar Kelantan antara dua dokumen penting yang mampu menyangkal alasan tiga batu nautika untuk tidak memberi bayaran royalti kepada Kelantan.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub berkata, penemuan bukti terbaru itu merupakan hujah yang kukuh untuk dibawa ke Parlimen, bagi memperjuangkan hak rakyat negeri Kelantan.

"Saya telah dapat beberapa penemuan baru selepas Parlimen ditanguhkan akhir tahun lepas dan kita tetap tidak bersetuju sama sekali dengan jawapan Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri tentang isu tiga batu nautika dan di sini saya telah membawa dua dokumen penting," katanya yang juga naib presiden PAS.

Petronas dalam suratnya kepada kerajaan Terengganu bertarikh 16 September 1978 menjelaskan bahawa anggaran bayaran royalti minyak petroleum iaitu sebanyak RM3.2 bilion disebut sebagai bayaran royalti dan tidak menyebut langsung mengenai isu di luar tiga batu nautika.

"Kalau isu tiga batu nautika itu dipertikaikan dan di Terengganu itu memang melebihi tiga batu nautika dan dalam surat petronas kepada pegawai kewangan negeri Terengganu menyebut dengan jelas bahawa anggaran bayaran royalti minyak petroluem 3.2 bilion.

Ini disebut sebagai bayaran royalti. Tidak timbul sama sekali tentang bayaran wang ehsan, isu tiga batu nautika, ataupun isu untuk menafikan fakta mana-mana telaga yang dijumpai di luar pantai,," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.

Mengenai perjanjian di antara Petronas dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasir yang dibuat pada 19 Mei 1975 pula katanya juga tidak disebut mengenai isu tiga batu nautika.

"Sekiranya kita meneliti keseluruhan perjanjian itu tidak langsung menyebut tentang isu tiga batu nautika.

"Di sini jelas memperuntukkan bahawa Petronas sebagai balasan kepada apa yang dikatakan keistimewaan mengenai petroleum yang diletak hakkan pada petronas ialah dengan ini dimeterai. Tidak timbul langsung soal tiga batu nautika, tapi yang penting selagi mana ia diletakkan dalam perairan tersebut," jelasnya.

Namun malangnya usul beliau mencadangkan Dewan Rakyat membincangkan isu berkaitan hak negeri Kelantan dan negeri-negeri lain dalam Malaysia untuk mendapatkan royalti petroleum yang dihantar pada 10 Mac lepas, telah ditolak Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi.

"Ini sebenarnya hujah yang kuat untuk saya bawa usul ini ke Parlimen dan untuk dimasukkan sebagai usul tergempar bagi meyakinkan Parlimen bahawa jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri dalam perbahasan yang lalu aadalah sama sekali tidak menepati syarat-syarart peundangan dan perjanjian yang telah ditandatangani di antara Petronas dan kerajaan negeri," katanya.

Beliau memberitahu, Pandikar menolak usul tersebut atas alasan ianya tidak perlu disegerakan.

Namun tegasnya, penolakan usul itu tidak akan mematahkan semangat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk terus membawa isu itu ke Dewan Rakyat.

"Usul ini ditolak sebab tidak perlu untuk disegerakan. Namun kita berjanji sebagai ahli parlimen akan terus membawa topik ini sebagai topik yang penting dalam perbahasan titah diraja dan semua daripada kami akan mengambil bahagian," katanya.

Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri dalam sesi Dewan Rakyat yang lepas berkata, Kelantan tidak berhak mendapat royalti petroleum kerana telaga minyak terletak di luar tiga batu nautika dari perairan negeri.

CiLiK©: Dulu masa PAS perintah Terengganu sibuk beriya-iya nafikan hak Terengganu untuk dapat royalti, Bila BN perintah dapat pulak royalti? Ini penipu punye kerja.....

14 Comments

  1. terengganu masih wang ehsan walaupun BN kembali memerintah..

    ReplyDelete
  2. Kita tengok apa pula sandiwara Umno kali ini..

    ReplyDelete
  3. Terengganu telah mendapat royalti pada tahun 2008

    ReplyDelete
  4. LiciK Jgn nak tunjuk bodoh ko kat sini
    baca nih....
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1214&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm&arc=hive

    ReplyDelete
  5. licik tuh tak baca utusan..kerja asyik nah backup be end jerrr...tapi sebb dah kena pukau ngan moto& dakyah umngok tuh yg jadik buta mcm tuh...hahahahaha

    ReplyDelete
  6. tq..aku bodo..hehe

    ngaku salah..tak mcm org tu..? tak nak ngaku2

    ReplyDelete
  7. Dah ngaku salah, diam la.

    ReplyDelete
  8. elehh...baik kan aku...

    salah ngaku jelah...

    tak mau bodoh sombong..

    ReplyDelete
  9. apela...siapa yg percaya TERENGGANU dah dpt ROYALTY???...siapa yg percaya mang bangang...klo dah dpt sangat...kenapa Meteri Besar Terengganu sekarang...Dato Ahmad Said Sokong Kelantan Claim Royalty???...Dan beliau mintak sokongan dari Rakyat Kelantan & Terengganu Utk Tuntut Hak Mereka...Cube Dengar Sindang Dewan Undangan Negeri Terengganu Bersidang...yg terengganu dpt Replika Cheque aje...kesian rakyat malaysia yg malang ditipu oleh arus perdana yg berat kepada kemungkaran...tiada siapa yg peduli...dah macam perbuatan baik pulak menipu dikhalayak ramai...ape punye malangla rakyat malaysia yg celik tp bangang...dibodah2kan oleh mereka yg menghalalkan kemungkaran utk terus mencintai dunia...

    ReplyDelete
  10. org kelantan bodoh...

    ReplyDelete
  11. yg lagi bodo, komen xletak name ngan link, penakut la bodo! ko bace utusan uatpe,bodo! da tau utusan tu utusan nerake. bodo! kn da kena berbaris2 bodo! sbb ko bodo, bodo!

    ReplyDelete
  12. Anak Jati Kelantan9 November 2010 at 17:58

    org kelantan bodo..?
    aku org kelantan.. aku bodo ke..?
    awak tue cerdik pandai sgt ke.....

    ReplyDelete
  13. wang ehsan ke, wang cash ke, royalti ke...perjanjian kata bagi kat kerajaan negeri, JKKK tu kerajaan negeri ke?

    ReplyDelete
  14. Aku sebagai salah seorg warga Kelantan takan halal wang royalti jika tidak dibayar kepada kerajaan kelantan utk disalurkan kepada rakyat..
    Bukan aku srg saje, ramai lagi.. Cuba banyangkan org yang tak menghalalkan ini tapi dah meninggal dunia tanpa menghalalkan hak mereka....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan