Gerakan nak keluar BN? Elok sangatlah tu


Seperti yang CiLiK© paparkan dalam entry yang lalu, UMNO menggali kuburnya sendiri kerana beria-ia memainkan isu perkauman dan kalimah Allah. Ini kerana parti itu dilihat membuatkan kaum Cina dan India hilang tempat mengadu kerana Parti yang selama ini membela nasib Cina dan India seperti MCA dan MIC telah menghampakan mereka ditambah dengan konflik dalaman kedua-dua parti itu, rujuk sini Umno gali kuburnya sendiri.

Sebelum ini kita lihat ahli dari Parti komponen Be End, Parti Progresif Penduduk (PPP) seramai 1400 keluar Be End beramai-ramai menyertai PKR rujuk sini 1,400 Ahli PPP masuk PKR. Kali ini nampaknya ada petanda bahawa Parti Gerakan pula akan meninggalkan Be End.

Berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin, dipetik dari MerdekaReview


Maruah hanya boleh dikembalikan dengan keluar Barisan Nasional, demikianlah pandangan Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin, sambil menambah "kini masa terbaiknya untuk Gerakan keluar dari BN."

"Seandainya (keluar BN) selepas PRU, atau ketika gambar Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) dikoyak, maka akan dituduh sebagai tindakan yang didorong emosi, atau bagaikan kacang lupakan kulit. Saat-saat itu bukanlah masa terbaik untuk meninggalkan BN," katanya.

Beliau menyambung, "Kini, setelah dua tahun bertenang, dan sudah jelas keadaannya, maka perlulah kita meninggalkan BN secara berstrategi. Alasannya, senario tidak berubah, BN juga tidak berubah. Sudah tiba masanya untuk tinggalkan BN."

Demikianlah kata-kata yang diluahkan oleh Lim Si Pin ketika mengetuai rombongan lawatan ke pejabat Sin Chew Daily, pada 3 Mac yang lalu. Walau bagaimanapun, ini hanyalah "pandangan peribadi" Lim Si Pin, yang enggan dipetik atas kapasiti "Ketua Pemuda Gerakan".


CiLiK©: Sokongan Bukan Melayu kepada Be End dan UMNO semakin merosot, kita tunggu dan lihat. Dijangka lebih ramai lagi akan meninggalkan Be End. Sepatutnya Parti rasist ni dah lama ditinggalkan.

6 Comments

  1. Wah ini sudah bagus....
    gerakan jangan fikir-fikir lagi
    terus je tinggalkan BN....

    ReplyDelete
  2. Jangan cakap saja....bikin satu kali kita tengok macamana rupa paras puak-puak umno tu nanti.......mesti meleleh hingus punya...

    ReplyDelete
  3. elok lah tu buang yg keroh ambil yug, jernih PR tu umpama suci
    dalam debu.

    ReplyDelete
  4. SEDAR2 LA..SESAMA UMAT ISLAM BERTELAGAH MEMFITNAH..KAFIR LAKNATTULLAH KETAWA MELIHAT GELAGAT UMAT ISLAM BERTELAGAH ...SYAITAN DAN IBLIS JUGA SEDANG KETAWA KERANA BERJAYA MENJALANKAN MISINYA...INSAFLAH WAHAI UMAT NABI MUHAMMAD SAW....

    ...SYA YG IKHLAS

    ReplyDelete
  5. OMONO LU BANYAK JAHAT LOOO

    APET

    ReplyDelete
  6. Syaitan juga ketawa bila UMNO besekongkol dgn Yahudi Laknatullah menubuhkan 1 Malaysia yg di ceduk hampir 90% dari 1 Israel..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan