Friday

Hujan turun semasa solat Istisqa




Tertarik CiLiK© dengan berita dari Malaysiainsider. Kagum dengan ketokohan Tok Guru, memohon hujan dengan solat hajat bersama rakyat. Kalaulah rakyat seluruh Malaysia seperti ini alangkah indahnya....

KOTA BARU, 12 Mac – Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan,

Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.

Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.

Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.

Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”.

sila klik untuk membesarkan image.




CiLiK©: Alhamdulillah inilah cara hidup Islam yang diajarkan Nabi Muhammad semoga terus dijadikan contoh dan diamalkan di negeri-negeri yang lain. Islam lengkap meliputi segala aspek, ikutlah Islam PASTI BEROLEH KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. Mengapakah UMNGOK dan Be End terus menentang pemimpin seperti ini?

22 comments

Peminat MiLo SuaM delete 12 March 2010 at 16:14

Subhan Allah, tuhan tunjuk sikit je tu...
Itulah kuasa doa...

Subhannallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar!

Allah baru je tunjuk sedikit kuasanya pada kita. Syukur Ya Allah. Syukur.......

biler la ali rustam nak wat mcm nie...jadi tok imam kitorang..dah tahap duduk kat gurun dah nih...:D

Alhamdulillah "inilah cara hidup Islam yang diajarkan Nabi Muhammad" semoga terus dijadikan contoh dan diamalkan di negeri-negeri yang lain. Islam lengkap meliputi segala aspek, ikutlah Islam PASTI BEROLEH KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. Mengapakah "UMNGOK dan Be End" terus menentang pemimpin seperti ini?

--------------------------

"inilah cara hidup Islam yang diajarkan Nabi Muhammad SAW"

"UMNGOK dan Be End"

Kenapa bukan UMNO dan BN? Inikah cara hidup Islam yang diajarkan Nabi Muhammad SAW?

"Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam." kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

sebak hati ini

kt perak, lumut time g solat jumaat hujan jgk..

Subhannallah..

PIS(Parti Islam Semalaysia) delete 12 March 2010 at 19:47

ALHAMDULILLAH..AMIN..

DAH LA TU..TAKKAN BENDA2 MCM NI PUN NAK KOMEN KAITKAN POLITIK GAK..

SUBHANALLAH...

Dulu berita kata kerajaan belum bercadang nak buat benih hujan.nak buat solat minta hujan lagilah tak bercadang.

woohhh...umno tak bole terima nih...mesti dia kata black magic lah,apa lah...asalkan fitnah...

Inilah contoh tauladan yg baik utk dijadikan ikutan kepada pemimpin meLAYU/Islam yg lain. Ketokohan TGNA tidak boleh diragui lagi ciri-ciri keislaman yg beliau tonjolkan amatlah dikagumi...

amusza

PIS(Parti Islam Semalaysia) delete 13 March 2010 at 11:28

APA PUNYA MINDSET LA..ASAL ORG TEGUR JE..MESTI ORG UMNO..APALAHH..TAK BOLEH TEGUR LANGSUNG...

HEHEEHE LAWOKKSSS

HEHEHE

Mindset PIS pun lemah apa. X sedo diri ngok. Wakakaka

Tetapi dalam kes wali selipar ini agak pelik, hujan turun sebaik sahaja nik ajis baru membaca Al-Fatihah, wahh nampaknya doa nik ajis lebih mustajab dari doa Rasulullah, weii bio betul yop, tapi rahsia sebenarnya ramai yang tak tahu, sehari sebelum bermulanya solat hajat itu, pihak jabatan kaji cuaca telah melakukan pembenihan awan di sekitar kawasan kota bahru, malah melalui email kengkawan di kelantan memberi tahu, sejam sebelum solat hajat itu pun pembenihan awan telah dilakukan, ini korang boleh cek sendiri dengan pihak jabatan kaji cuaca.

bkan masalah hujan ke xhujan, yg penting niat untuk melakukan something mesti dahulukan allah.. x kisah mane pemimpin pon, klu niat btol ,insyaALLAH rakyat selamat...

kan elok begini pemimpin bersama rakyat sama2 solat sunat, di samping berusaha seperti pembenihan awan, tak perlu diungkit jika faham ayat ini 'berdoa dan berusaha', seharusnya menjadi contoh kepada mana2 pemimpin agar memilih teladan yg baik semasa memimpin.

hati2 dengan penyamar yg mendakwa diri mereka muslim tetapi mencaci umat islam lain sedang beribadat.

umno kata nasib jer... sbb nik aziz dh tgk ramalan cuaca...

subhanallah,,,,
sgt terharu,,sesungguhnye ALLAH S.W.T sangat menyayangi setiap ciptaannya..

Selepas ini buat solat hajat pula supaya Banjir tidak lagi melanda di negeri Kelantan...

kalau Allah xnk kasi hujan turun, ko bubuh la benih ke baja ke xkan nye turun hujan, igt semua kejadian hak Allah, jgn taksub dgn kuasa manusia sahaja, kita hanya berusaha mengikut sunatullah

sembahyang dalam awan gelap mana tak hujan nya.

yang penting kita yakin dgn kuasa Allah SWT...
bubuh la byk mne benih ujan pn..byk mner awan mendung pn...klu Allah SWT x bg..xkn hujan pnyer..
itu sume dgn izin dan kuasa Allah SWT...
jgn kter yakin bhwasanya klu kite letak benih hujan, confirm ujan lepas ni...itu blh mmbawa kpd syirik krn kita yakin benih tu y akan bawa hujan bknnya Allah SWT...

alhamdulillah ambil lah tauladan daripada ikhtiar mereka. Syabas tahniah. teruskan usaha mulia.
sampai qiamah ada je komen liar daripada mrk yg sakit hatinya.

bubuh benih ikhtiar zahir kita sptmana kalau lapar kena makan. solat istisqa' tu amalan baginda yg pastinya menyukakan Allah. w.pun tidak turun hujan setelah solat, namun tetap mrk yg melaksanakan berjaya di sisi Allah kerana telah mengamalkan sunnah Nabi saw. hujan yg turun tidak semestinya kita telah berjaya mungkin gagal dan tidak disenangi Allah kerana praktikalnya sidak menurut kehendak Allah dan rasulnya trutamanya bab niat.

Ya Allah kurniakan afiat dan lanjutkan usia Tuan Guru Yang Mulia amin serta umat islam diseluruh dunia khususnya di Kelantan

LICIK berkata...

Tetapi dalam kes wali selipar ini agak pelik, hujan turun sebaik sahaja nik ajis baru membaca Al-Fatihah, wahh nampaknya doa nik ajis lebih mustajab dari doa Rasulullah, weii bio betul yop, tapi rahsia sebenarnya ramai yang tak tahu, sehari sebelum bermulanya solat hajat itu, pihak jabatan kaji cuaca telah melakukan pembenihan awan di sekitar kawasan kota bahru, malah melalui email kengkawan di kelantan memberi tahu, sejam sebelum solat hajat itu pun pembenihan awan telah dilakukan, ini korang boleh cek sendiri dengan pihak jabatan kaji cuaca.

________________________________________________

saudaraku.....ketahuilah bahawa Allah swt pemberi segalanya yg terbaik.....saudara percaya hujan ni hanya disebabkan pembenihan ka.....? benih hujan pon atas izin allah swt.....istiqfarlah saudara....takut kalau-kalau lafaz saudara ini boleh menjatuhkan aqidah saudara......


EmoticonEmoticon