Friday

Kenang Jasa UMNO di Selangor




Mungkin ramai yang sudah lupa dengan jasa UMNO, dan Jasa Khir Toyol semasa memerintah Negeri Selangor. Mereka telah membuat perkara besar semasa memegang tampok pemerintahan Negeri Selangor, sebelum dirampas oleh Pakatan Rakyat pada Pilihanraya yang lalu.

Jadi Hari ini CiLiK© nak bagi video bukti Jasa besar Barisan Nasional semasa memerintah di Selangor dulu. Anda lihat dan nilailah sendiri lihatlah betapa mulianya Kerajaan Barisan Nasional suatu masa dahulu. Rakyat yang bodoh kerana menolak Barisan Nasional. Barisan Nasional ni pembela rakyat! Mengapa kita harus tolak mereka? Mereka takkan biarkan rakyat hidup susah, takkan biarkan rakyat ditindas oleh siapa pun. Barisan Nasional dan Khir Toyol tidak pernah membiarkan rakyat ditindas! Merekalah Juara Rakyat!

Jom kita kenang Jasa besar kerajaan Barisan Nasional semasa memerintah Selangor satu masa dahulu. Buatlah pilihan yang bijak pada PRU ataupun PRK akan datang! Pilihlah pemimpin yang memperjuangkan nasib rakyat! Untuk mengingati semula jasa besar Kerajaan Barisan Nasional di Selangor, Sila klik video berikut.






CiLiK©: Usah Perjudikan Masa Depan Anda! Teruskan Menyokong Barisan Nasional! Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan!

7 comments

ya betul tu!!!

Wawasan 2020!! Islam Hadhari!!! 1Malaysia!!!

Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan!

sungguh byk ye jasa bn di selangor...heheheheeh...

Kamen Rider Black~ delete 27 March 2010 at 01:10

Byk jasa...tu yg bole buat banglo juta2 tu...

Gaban Baja Coklat delete 27 March 2010 at 04:37

Calah tu slogan 1Ulat M'sia,
Poket Didahulukan, Projek Diutamakan.

Inilah penghargaan untuk rakyat yg mengundi BN jangan lupa undi pengkianat ini lagi yaa...amusza

undilah kami be-end sebab kami takder duit jadi kami gadai tanah anda pada tokey besar, kalau kami menang kami berjanji akan merobohkan rumah2, surau, dan kami bersumpah demi 1m'sia akan mengepong kawasan kg anda macam tangkap penjenayah, sapa lawan kami taruk dlm lokap! jgn main2 tau sebab kami ada tuan penasihat zionis tau, tak caya tanye toyol eh toyo..

1MALAYSIA KEBANGGAAN KITA!!! JUMAAT, 1 OKTOBER 2010:Dato' Seri Najib Tun Razak mengingatkan kehilangan kuasa memerintah Barisan Nasional (BN) boleh mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat. Link: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/10/1/mstar_berita/20101001092440&sec=mstar_berita


EmoticonEmoticon