Keputusan SPM pun nak dipolitikkan?

Ada satu kenyataan yang pelik di sini, kedua-dua calon SPM 2009 ini memperoleh keputusan yang cemerlang, Seorang pelajar berbangsa Cina Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak, Gladys Tan Yee Kim yang memperolehi 10A+, manakala seorang lagi berbangsa Melayu Habibah Hanan yang menjadi pelajar terbaik di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) apabila memperoleh keputusan cemerlang 15A termasuk 10A+ dalam peperiksaan diumumkan, semalam.

Sila lihat laporan akhbar tentang kedua-dua pelajar cemerlang ini, sila klik untuk membesarkan image.







Habibah Hanan bukan sahaja memperolehi 10A+ malah mendapat tambahan lagi 5A untuk mata pelajaran lain menjadikan semuanya 15A, tetapi mengapa pelajar 10A+ yang diumumkan sebagai pelajar terbaik?

Malah di dalam petikan akhbar di atas, tiada langsung nama Habibah disebut sebagai antara pelajar terbaik. Berikut petikan yang dimaksudkan.

Beliau turut mengumumkan sembilan lagi pelajar terbaik SPM 2009 iaitu Grace Kiew Sze-Ern dari SMK Perempuan Seri Aman, Petaling Jaya, Selangor; Khadijah Ahmad Jais dari SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan; Akmal Hidayat Sabri dari SMK Derma, Kangar, Perlis dan Syamilah Mahali dari Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.


Pelajar lain termasuk Lee Wei Ling dan Corrine Gunn Huey Min dari SMK Taman Melawati, Selangor; Nur Syuhadah Muhamad dari SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan; Lai Yin Kwin dari SMK Tinggi Melaka, Melaka dan Hu May Khei dari SMK Convent, Taiping, Perak.

Apa sebenarnya yang dah terjadi? Adakah kerana pelajar itu dari Kelantan? Atau terdapat hal-hal lain yang tidak melayakkan beliau diistiharkan sebagai pelajar terbaik 2009? Beliau (Habibah) memperolehi 10A+ dan juga 5A, bukan sahaja dapat 10A+ malah dapat lagi tambahan 5A, sedangkan pelajar terbaik yang diumumkan hanya mendapat 10A+.

Tolong jelaskan sesiapa yang tahu mengapa? Kerana berita ini kelihatan pelik. Takkan isu SPM pun nak dipolitikkan kot?

CiLiK©: Penin...... penin......

21 Comments

  1. pilihan raya kat sarawak dah dekat..macam2 cara nak amek hati org sarawak..ni bkn saja membuatkan rakyat membenci puak kerajaan yang bongkak ni, malahan balasan akan diberi pru nanti

    ReplyDelete
  2. bukan sebab dia dtg dr negeri PR, tapi sebab dia dibawah kelolaan YIK

    ReplyDelete
  3. harap penyokong UMNO boleh tolong jawab...

    ReplyDelete
  4. ak ingt habibah tu xdpt top 10 student mayb sbb dia tu 15 A tu A biasa.rupanya 10 A+.sedihnya bila kejayaan bangsa melayu tidak diiktiraf kerana dia dari kelantan,kata umngok depalah pembela melayu.bangsa sndri berjaya x diiktiraf kerana dtg dr elantan.celakalah umngok....

    ReplyDelete
  5. salam..pda pendapat sy ini bkn soal politik..4 person 2 select as a best student 1 of the view that they need 2 fullfill is must got straight A's in SPM..so for last year 2009, the new grade have been used so to choose the best student that person must got all A+ in SPM..so sbb 2 habibah xde dlm list..memg Kementrian Pelajaran wat cm2...if tgk past2 year pny list pown sme..best student msty dpt straight A1..sory kalau pendapt sy salah...salam...

    ReplyDelete
  6. mmg la straight A1 kwn..thn ni wt stail la plak grade nye...habibah DR KLNTN tu straight 15A+ tu..A+ smuanye markah 90 keatas..yg cina serawak tu 10A+ JERRRRR.. mane yg ptut jd best student sbnrnye??? mstila habibah tu kn..kerajaan mmg cmtu..ske tgk org yg bwh pemerintahn dia jer..mane keadilan di situ??? habibah tu org melayu, islam plak 2.. bile bangsa sndiri cmerlang x di iktiraf..adoi2..

    ReplyDelete
  7. Benar ke? bagai mana pula dgn pelajar terbaik 2007
    Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2)

    tidak mendapat straight A tapi jd pelajar terbaik... yg org susah tu...

    sebelom tu pon mcm tu gak... jd ape yg tak kena?

    ReplyDelete
  8. umno memang bangsat!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  9. Kamen Rider Black~13 March 2010 at 21:51

    Ni yang berjaya diabaikan..mcm mana plak yg keputusan die hancur? ade kan diorg diberi peluang kedua? pembelaan? @ adakah diorg akan berakhir jd Mat Rempit..?

    ReplyDelete
  10. Sorry, nampaknya ada antara kita yang salah faham...
    BEST student SPM yang diumumkan hanya untuk sekolah di bawah KPM sahaja...sekolah SAR dan MRSM tidak dikira...kalau difikr logik, takkanlah seorang pelajar MRSM pun yang tak dapat best students...Dan memang dasar KPM hanya iktiraf pelajar di bawah kelolaannya saja.

    ReplyDelete
  11. tlg cek kat maahad tahfiz pulai condong... 14a+ tebaik yang 10a+ tu bersepah tp tak ambik kira sbb bawah kelolaan YIK

    ReplyDelete
  12. entahlah ini yang menyebabkan bangsa kita sentiasa lemah...bukan kerana apa..kerana semua benda di politik kan...bila asas ilmu dipolitikkan maka percapaian pun turut di politikkan...akhirnya bangsa kita tang tu gaks tak pi kemana-mana

    ReplyDelete
  13. mungkin minah tu dpt 10A+ dgn markah yang lagi tinggi..mungkin semuanya 100% ke? sangka baiklah sekali sekala..abis citer..

    ReplyDelete
  14. la, korg xbace penjelasan Cikgu Miz ke? ape nk politik plak. lgpn setahu aku sbgai ex-SBP, bukan nilai A+ shj, kokurikulum, kepimpinan pn ambk kira. cube tgk n kaji betul2 dulu pengumuman pljr terbaik ni cmne. lgpn kn nk wat dasar pelajar terbaik not just based on exam orientation. kpd fanatic2 ni xpyh la nk maki2 UMNO plak tetibe, rasional sikit buleh?
    yg aku tgk, si cilik yg politikkn bnde ni.

    ReplyDelete
  15. btul la tu, kn dasar kerajaan tetapkn 10 subjek maximum utk SPM tahun lepas..bdk ni best student sekolah2 under KPM je. kalau nk diikutkn brp ramai dpt 10A+, xkn sume nk diumum as pljr terbaik?

    die evaluate kokurikulum + kepimpinan jgk..ni la dasar "not exam orientation" yg kerajaan tgh usahakn..len kali ambik tau sikit dasar kerajaan, jgn jd katak bwh tempurung..

    kalau nk suro Nik Aziz umumkn la, nnt kalau kerajaan yg umum die kate 'lembu punye susu, sapi dpt name plak'. pastu "celako, celako, celako BN"..ni bkn isu politik. si cilik da salah phm, xpun mmg die saje nk politikkn isu ni.

    ReplyDelete
  16. tulah..aku rasa jom kita pakat2 suruh dia buat kenyataan bahawa "SAYA NGAKU DAH TERSILAP.....TIMA KASIH ATAS INFO ANDA"..

    SOKONG???

    ReplyDelete
  17. salam,
    memang pelajar yg bukan dari KPM tak akan masuk senarai. same cam kat skolah saye (skolah agama swasta). kalau ikut ranking boleh dapat top 3. tp, sbb bukan under KPM, ianya tak masuk senarai. so, ramai la orang luar yg tak tahu kualiti skolah agama bukan kerajaan nih. hmmm...

    ReplyDelete
  18. Hahahaha...ape benda la pasal ni pun nak gaduh. Lain kali siasat dulu weyyy

    ReplyDelete
  19. kertas SPM tu kan dikelola, dibuat oleh KPM, apsal tak iktiraf lak. lain la kalu calon tu umur dah lebih, kalu 17, 18 tahun tu patutnya kena iktiraf la

    ReplyDelete
  20. mungkin yang 15 tu bukan subjek teras kot...thats why kot dorg x pandang...that just my point of view lar..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan