Ketua Pemuda Penyokong PAS mati ditembak


TELUK INTAN, 15 Mac: Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Siva Pandian mati ditembak di hadapan kedai mencuci kereta miliknya di Langkap, sebentar tadi.

Dua das tembakan dengan satu mengenai kepala dan dada mengakibatkan beliau mati di tempat kejadian jam 3 petang tadi.

Difahamkan, suspek menaiki motosikal datang ke kedainya lalu melepaskan tembakan.

Polis pada waktu ini sedang berada di tempat kejadian, manakala mayat mangsa belum dialihkan.

Sumber Malaysiakini

Pengerusi Kelab Penyokong Pas Cawangan Langkap, hari ini ditembak mati di kedai mencuci keretanya di Jalan Chui Chak, Langkap, di Ipoh.

Pada kejadian jam 3 petang itu, lelaki yang dikenali sebagai Sivapandian itu, ditembak oleh dua lelaki dari jarak dekat.

Ia dipercayai angkara dua lelaki bermotosikal yang disyaki pembunuhan upahan yang mendekati mangsa dan terus melepaskan tembakan.

8 Comments

  1. gle la skang..dh cm men game hitman lak..

    ReplyDelete
  2. kita minta Polis menjalankan siasatan menyeluruh..kes ini kes serius dan merupakan satu isu nasional kerana melibatkan keselamatan rakyat..

    pada yang ada ditempat kejadian ataupun melihat kejadian,diminta tampil untuk membantu polis menjalankan siasatan...

    kami mengharap penjenayah yang terlibat dan konco-konconya akan ditangkap dan diadili sewajarnya..hukuman yang setimpal sepatutnya dikenakan pada penjenayah tersebut..

    ReplyDelete
  3. da mcm politik kat filipina je?
    mane dtgnye senjata 2..

    ReplyDelete
  4. pistol ni dari gudang tentera kot.apa nk herannya,enjin jet yg besar pn boleh hilang.inikan pula pistol yg boleh sorok dlm seluar..

    ReplyDelete
  5. may his soul RIP..

    ReplyDelete
  6. Sigh, Musa Hasan kena berhenti cepat. Kalau x berhenti, turun lagi 25 anak tangga cam dulu. Penjenayah berleluasa skrg, bom leh terlepas, dan etc2. Makin lama, makin takut aku duduk Malaysia...

    ReplyDelete
  7. style kerja SB nih. spot n shoot, left...

    ReplyDelete
  8. Dah..jgn nak spekulasi mcm2..

    mindset..pathetic...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan