Saturday

Ketua Polis Berbohong di Mahkamah



Keterangan palsu Musa mengenai kelulusan akademiknya




PETALING JAYA: Ahli Parlimen Subang R Sivarasa hari ini membuat laporan di Balai Polis Damansara Utama, di sini terhadap keterangan palsu Ketua Polis Negara Musa Hassan yang mendakwa beliau (Musa) mempunyai kelulusan Ijazah Undang-Undang.

"Musa telah melakukan kesalahan jenayah dengan memberi keterangan palsu kepada mahkamah berhubung kelulusan akademiknya," kata Sivarasa yang turut diiringi oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat berkata, "apa yang dibuat oleh Musa adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 191 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 193 Kanun yang sama."

Menurut beliau, Musa mendakwa beliau memiliki Ijazah Undang-Undang ketika memberi keterangan bersumpah dalam satu pembicaraan kehakiman iaitu dalam perkara Pendakwa Raya melawan Anwar Ibrahim dalam Wilayah Persekutuan Perbicaraan Kes No: 45-48-98 dan 48-49-98 pada 14 Disember 1998.

"Pada hal, beliau sendiri ketahui bahawa beliau hanya memiliki kelulusan ‘Diploma in Law’ (diploma biasa) sahaja dan tidak pernah memiliki Ijazah Undang-Undang daripada mana-mana Universiti dalam atau Luar Negeri," katanya.

Sivarasa berkata, "kenyataan palsu Musa ini bersifat material kerana ianya mempengaruhi kredibiliti dan keboleh-percayaan peribadi beliau dalam pembicaraan kehakiman ini.

"Adalah munasabah untuk menganggap motif Musa memberi kenyataan palsu sedemikian adalah untuk melonjak secara perdayaan kredibiliti dan keboleh-percayaan dirinya di kaca mata Hakim berkenaan ketika memberi keterangan dalam pembicaraan kehakiman tersebut," tambahnya.

Menurut beliau, kenyataan beliau ini bercanggah dengan keterangan beliau dalam kes Pendakwa Raya melawan Datuk Ramli Yusuf di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah pada 25 Jun 2009.

"Selaku saksi Pendakwa Raya, Musa berkata, kelulusan profesional saya ialah ‘Diploma in Law and Management Studies’ apabila disoal -balas oleh James Tsai, peguambela Datuk Ramli," kata beliau.

Berdasarkan kenyataan yang bercanggah ini maka jelas beliau tidak mempunyai kelulusan Ijazah Undang-Undang seperti yang diberikannya dalam kes Pendakwa Raya melawan Anwar Ibrahim pada 14 Disember 1998.


CiLiK©: Alamak macam mana nih? Ketua Penguatkuasa undang-undang iaitu Ketua Polis Negara pun suka tipu-tipu ka? Haiya!

5 comments

Hanya orang tak bermaruah sanngup buat begitu. Menipu dan rasuah ada lah lumrah hidupnya. berbohong di mahkamah adala perkara kecil bagi nya

Alah relekla.. biasalah tipu2 ni...
kalau tak menipu sampai sanggup angkut
tilam ke hulur ke hilir mana nak jadi Ketua Polis negara...

kalau tak tipu mana ada cerita lagi,itu sebab kena tipu baru cerita jadi panjang.

APA LA MUSA NIE, YANG PEGAWAI2 KANAN POLIS MELAYU DOK USUNG BETINA BUKAN MUHRIM MASUK HOTEL YANG POLIS PUNYE KAT KL TUE DAH TAU SAMA2 SUBAHAT PULA BUAT TUTUP MATA TELINGA AJER, SERBU TEMPAT PELACUR TAPI PEGAWAI SENDIRI BERZINA DENGAN PELACUR, MCM GINI HANCURLAH AKHLAK DAN SUMPAH YG KORANG IKRAR MASA PEGANG JAWATAN, BAIK CABUT AJE LAMBANG ALLAH MUHAMMAD KAT BAHU TU BUAT MENCEMARKAN KESUCIAN NAMA ALLAH DAN RASULNYA. HARAPKAN POLIS JAGA UNDANG2 RUPANYA POLIS YG LANGGAR UNDANG2 DAN HUKUM UGAMA.

Ala tipu sikit je. Baru cerita nampak menarik....


EmoticonEmoticon