Sunday

Kuman halus sampai kat Laos boleh nampak



Tadi CiLiK© terbaca berita di Bernama tentang seorang rakyat Malaysia seorang peniaga yang sudah 10 bulan ditahan di penjara Laos tanpa sebarang pendakwaan. Peniaga itu dikatakan mangsa penganiayaan apabila meringkuk dalam penjara di Laos selama hampir 10 bulan tanpa mengetahui sebabnya. Lihat laporan berita berikut, sila klik untuk membesarkan image,







CiLiK© turut bersimpati dengan peniaga tersebut kerana dizalimi. Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd Khairun Aseh memberi jaminan Pihak Pemuda UMNO akan memberi pembelaan yang terbaik dalam kes ini supaya dapat dibuktikan kepada kerajaan Laos bahawa Omar tidak bersalah. Tindakan ini harus dipuji kerana mereka menentang kezaliman. Tetapi jangan lupa pula dengan penahanan tanpa perbicaraan yang dilakukan di Malaysia, jangan kuman halus sampai ke Laos boleh nampak tapi Bangkai Dinosour atas katil sendiri tak terhidu busuknya. Kalau Pemuda UMNO benar-benar nak menentang kezaliman, tentanglah juga kezaliman di negara kita ni juga.





CiLiK©: Sedih mengenangkan nasib tahanan ISA yang di tahan bertahun-tahun lamanya tanpa hak membela diri, hanya pada Allah mereka mengadu.

4 comments

alololo...ciannyaaaa...

Sedih mengenangkan nasib tahanan ISA
yang ditahan bertahun-tahun tu... Zalimnyelah kerajaan
ni... tahan 2 3 bulan lepas tu lepaskanlah..
ataupun kenakanlah dakwaan... diorg pun manusia juga...

milo...pi panggil anur berahi balik malaysia.

dok melilau kat luar negara sana buat apa ntah.Aku bagi undi suruh buat kerja dalam negara.Bukan pi dok berdempek dengan penyokong yahudi dengan penyokong pertubuhan gay kat sana.

pi panggil dia balik cepat.

panggil.

apalah,, isa ni xkejam ke?? tapi hukum hudud di bilang kejam plak,,, ish2..


EmoticonEmoticon