Mengapa fairus tidak mahu bersihkan namanya?

Sebaik sahaja Fairus Khiruddin mengumumkan penyertaannya kepada UMNO, satu kenyataan dari Timbalan Presiden, KEADILAN DR. Syed Husin Ali yang menyifatkan bekas timbalan Ketua Menteri itu sebagai liabiliti kepada parti tersebar di internet. CiLiK© sendiri mendapat kenyataan itu dari seorang rakan di Facebook. lihat screenshot di bawah (klik untuk membesarkan image)




Namun begitu timbul satu persoalan, mengapa Fairus yang dahulu dikatakan meletakkan jawatan kerana ingin melanjutkan pelajaran, tetapi kini keluar parti malah menyertai UMNO? Bukankah seperti ada yang tidak kena? Kalu dilihat dari kenyataan Syed Husin di atas, bukankah sangat memalukan Fairus?

Mengapa tiba-tiba Fairus ingin keluar parti? Dari segi logik dari dahulu lagi, keputusan untuk Fairus meletakkan jawatan sebagai timbalan ketua menteri kerana ingin melanjutkan pelajaran jelas sekali tidak masuk akal. Cuba anda bayangkan sekiranya anda sudah mempunyai karier yang baik, sebagai timbalan ketua menteri adakah anda ingin melepaskan jawatan itu sekadar ingin melanjutkan pelajaran? Adakah pelajaran anda akan memberikan anda karier yang lebih baik? Jelas sekali ada sesuatu yang tak kena.

Kalau CiLiK©, bodohlah semata-mata nak sambung pelajaran sanggup tinggalkan jawatan menteri dan sambung pelajaran melainkan ada tukaran yang lebih menguntungkan atau sekurang-kurangnya sama dengan apa yang telah diperolehi.

Satu lagi persoalan timbul, dalam temuramah Fairus dengan Malaysianinsider.com, beliau mengatakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden KEADILAN itu sudah dijangka. Bagaimana fairus boleh menjangkakan isu "pampasan" ini? Melainkan perkara ini memang benar berlaku. Berikut petikan dari Malaysianinsider.com (Sila klik untuk membesarkan image)




Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan terhadap PKR dan Syed Husin, Fairus berkata beliau tidak akan memikirkan perkara itu kerana ada agenda yang lebih besar untuk dilaksanakan selepas menyertai Umno.

Satu lagi persoalan, mengapa Fairus tidak mahu membersihkan namanya tetapi memilih untuk tidak memikirkan sebarang tindakan terhadap PKR? Jelas sekali Fairus hanyalah seorang yang kecewa, dan keluar dari PKR kerana apa yang diinginkan tidak dapat dipenuhi. Sudahla jawatan dilepaskan, apapun tiada lagi, pengaruh juga hilang, apa lagi yang boleh dibanggakan oleh Fairus? Tetapi ada satu lagi kuasa padanya untuk membalas dendam iaitu dengan menyertai UMNO. Sekurang-kurangnya dapatlah melepaskan perasaan terbuku di hati.

CiLiK©: Tak dapat pukul dengan tangan dapat bagi bau kentut pun jadilah.

2 Comments

  1. biorla kat die...

    janji duit masyuk!!!

    betol tak peross??? oi peros btol x?

    wakakakaka

    ReplyDelete
  2. Ingat rakyat ni semua bodohla
    istikharah konon... taiklah....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan