Mohsin dirasuah untuk jadi katak?


Dipetik dari Suara Keadilan

Ketua Cabang PKR Bagan Serai Md Nasib Rahim berkata sikap Mohsin yang keras hati dan tidak boleh menerima teguran yang diberikan kepadanya jelas menunjukan bahawa beliau akan mengikut langkah Ahli Parlimen Bayan Lepas Datuk Seri Zahrin Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng yang mengambil keputusan yang sama.

"Apa yang berlaku hari ini ibarat seperti anjing yang buruk kepala sudah dikutip orang dan dipinang oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Beliau bukan sahaja mempunyai masalah disiplin, malah juga mempunyai masalah kewangan sehingga menyebabkan beberapa projek ternakan lembu dan kambing yang diusahakanya banyak terbengkalai," kata Nasib sewaktu ditemui dalam satu sidang media di Pusat Khidmat PKR Bagan Serai.

Tambah Nasib, disebabkan masalah kewangan dan kepentingan peribadinya Mohsin nekad meninggalkan parti yang telah menaikkan beliau sebagai Ahli Parlimen di kawasan itu.

Disoal mengenai bibit-bibit hubungan Mohsin dengan Umno dan BN, Nasib memberitahu Mohsin pernah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Zahid Hamidi tanpa pengetahuan parti.

Namun beliau percaya perjumpaan ini berkemungkinan untuk urusan tawaran harga yang akan diberikan oleh BN sekiranya beliau keluar dari PKR.


Sumber: Harakah Daily

IPOH, 3 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tindakan yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri sekiranya terdapat sebarang unsur rasuah yang mendorong tindakannya keluar parti.

Naib ketuanya, Salman Haji Saleh juga mendesak Mohsin meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen kerana telah mengkhianati mandat rakyat memilih Pakatan Rakyat sebagai wakil mereka dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.

Beliau turut melahirkan rasa yang amat kecewa dengan tindakan Mohsin mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi dan menjadi wakil rakyat Bebas serta merta.


Alasan Mohsin keluar parti kerana isu kalimah Allah nampaknya terlalu dangkal, benarkah selain Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah? Siapa lagi jahat orang-orang kafir atau syaitan? Kenapa tidak dihalang penggunaan kalimah Allah oleh syaitan sejak berjuta tahun dahulu? Kesimpulannya isu ini tidak mencapai kata sepakat di kalangan ilmuan dan pakar-pakar Agama Islam (sila betulkan sekiranya saya silap). Jadi alasan Mohsin memang tak masuk akal, jadi kita perlu tahu apa alasan yang sebenarnya.

Persoalan yang timbul di sini ialah, mengapa Mohsin bertemu Najib, Pak Lah dan Zahid tanpa pengetahuan parti? Kalau membincangkan isu negara atau kawasan, logiknya pastilah perlu diketahui parti. Tak tahulah kalau atas urusan peribadi...

CiLiK©: Sekiranya apa yang dikatakan Nasib adalah benar, harap SPRM melakukan tindakan yang sepatutnya. Tiada bukti Mohsin dirasuah, tetapi ada keraguan untuk dikaji. Di dalam hal ini CiLiK© memilih untuk berkecuali takut jadi finah...

8 Comments

  1. katak lagi...

    hari tak hujan pon byk katak menjadi2 ye...

    katak ni teringin nk ada rumah baglo 7 tingkat...

    sport car super car bini 4...

    mati nanti kapan la dengan duit ringgit malaysia...

    ReplyDelete
  2. katak2 nie, wat jd umpan mancing pon best nue...

    pika~chu............

    ReplyDelete
  3. sebab panas la katak2 2 melompat...

    ReplyDelete
  4. maaflah, pasal malas nk daftar heheheheh, pasal penggunaan kalimah Allah ni, sbnrnye boleh. kalu anda nk tahu, kristian di eropah ngan amerika mengatakan kalimah 'Allah' itu sebagai 'moon god' iaitu tuhan bulan pada zaman arab jahiliyah, mereka memfitnah islam utk mengatakan umat islam menyembah tuhan berhala pada zaman arab jahiliyah. Dan di negara kita org kristian pun nk guna kalimah 'Allah' sebagai tuhan, ni dah menunjukkan ajaran mereka dah x berapa betul. di barat kata Allah adalah tuhan bulan tapi disini kata Allah adalah Jesus, mmg bgus ak, umat kristian ni dah mcm x brape betul, sini kata lain, sana kata lain. biarla diorang guna nama Allah, diorang mcm gali kubur sendiri gak. tapi mesti bersyarat, buku islam haruslah ada penanda dan buku kristian pun ade penanda dia bg org x terkeliru...... wallahualam.........

    ReplyDelete
  5. kenapa ramai sgt katak?
    kalau seekor dua tu logik jugak la...
    penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan islam tidak diperkenankan oleh Sultan, ianya bertujunan bagi mngelakkan berlakunya salah faham dan pemesongan akidah, jgn xtahu mereka giat nk jatuhkan agama kita..Perang salib xpernah berakhir,
    lihat la siri Arrival..

    ReplyDelete
  6. ye la tu.

    Mamat tu tak masuk BN pun.Jadi parti bebas.Ko yang fitnah ni ada bukti ka? Kalau ada bukti letak kat sini.Tunjuk transaksi akaun bank ka,bukti pemnayaran ke,gambar diorang berjumpa ke,apa ka.

    Kalau setakat cakap ja macam ni,aku pun boleh kata Firaun masa tengah lepak tengok piramid dibina dulu,bersembang sambil pekena Milo Suam.

    Kes chua jui ming masuk PR tu,kira katak jugak? Kalau keluar dari PR..cop katak...kalau masuk PR?

    Gila la bias.Anwar Berahi jugak yang mulakan game lompat-lompat ni.Bukan main meriah kata 30 ahli parlimen akan menyertai PR.Habuk pun tarak!....Last-last tengah parlimen sibuk bersidang sekarang,dia boleh lompat pegi jumpa al-gore.hahahaha..

    tinggal la anak-anak katak dok backing anwar berahi kat parlimen.

    Merepek sungguh.macam kartun.


    Dollllll....milo suammmmm satuuuuu!!!! kurang gula!

    ReplyDelete
  7. Katak hanyalah untk mereka yang lompat parti daripada PR kepada BN kerana sudah tentu BN berada diposisi yang boleh beri duit, boleh berkuasa dan boleh manipulasi semua benda.

    Yang lompat ke PR tidak katak kerana ternyata mereka tidak dijanjikan kelebihan apa2 selain daripada berjuang untuk rakyat, tiada rasuah dan kepentingan diri. Hanya mereka yang tidak katak dan pejuang saja yang tahan dalam PR.

    Harap jelas semua mengenai istilah katak ni. Ada baru ni...KATAK PURU iaitu sekumpulan katak yang bercakap di parlimen membaca teks yang ditulis umno hahahahahaa

    ReplyDelete
  8. Katak2 puru ni tak masuk BN sebb malu2 kucing lagi kecuali Fairuz sebb terdesak sangat 'nak pegi belajar' hahahahahaha. Belajar lompat kot.

    Dia org tu malu2 dulu. Sebb keluar PKR konon kerana prinsip. (prinsip tahi kucing). Kalau masuk umno cepat2 nnti org tanya dulu keluar umno kenapa (Zaharin)? Adakah dulu keluar kerana prinsip juga. Dah tu masuk balik umno kenapa lak?

    Untuk mengelak perangkap inilah maka mereka masuk BEBAS. Tapi sikit masa lagi masuk umno juga akhirnya.

    Tapi dlm pilihanraya belum tentu jadi calon BN. Sebab? tentu org BN marah kerana mereka tidak pernh belot tk dpt jadi calon. Tiba2 katak puru lak yg tk tentu pendirian dicalonkan.

    Katak2 ni diguna untuk lemahkan PR je , bukan memberi faedah lain pada BN. Tengok Ezam sudahlah. konon nak dedah pasal Anwar, habuk pun takdak. Rugi umno beli Ezzam....tk guna satu sen.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan