Pemimpin Belanda hina Al-Quran


LONDON 6 Mac – Pemimpin anti-Islam Belanda, Geert Wilders mengutuk kitab suci al-Quran di dalam Dewan Tinggi Britain, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat di dalam bangunan pentadbiran itu serta mencetuskan protes di luar Dewan bagi melahirkan tanda kemarahan.

Sebelum ini Wilders pernah menghina Nabi Muhammad dengan menyifatkan baginda sebagai ‘orang gasar dan fidofilia’.

Wilders menayangkan filem 15 minit Fitna kepada kira-kira 60 orang semalam, termasuk beberapa orang bangsawan dalam bilik jawatankuasa Parlimen. Filem tersebut mengaitkan al-Quran dengan keganasan, tentangan terhadap homoseksual dan penindasan wanita.

Di luar Dewan, kira-kira 200 penunjuk perasaan mengejek dan melaungkan ‘Samseng fasis keluar dari jalan-jalan raya kami’. Polis juga bergelut dengan penunjuk perasaan yang cuba menyekat jalan raya bagi menghalang demonstrasi aktivis penyokong Wilders, Liga Pertahanan England daripada menghampiri Parlimen.

Ahli politik berambut perang itu kemudian berucap kepada media Britain dengan memetik kata-kata Thomas Jefferson, George Orwell dan merujuk kepada Pindaan Pertama dalam Perlembagaan Amerika Syarikat (AS).

“Saya percaya Islam adalah agama yang ganas dan bahaya, namun saya tidak memushi penganutnya,” katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, Wilders mahu seluruh Eropah mengharamkan pendatang beragama Islam kerana didakwanya membawa ideologi fasis.

Lawatan itu dan kontroversi yang menyelubunginya, melonjakkan imej Wilders menjelang kempen pilihan raya umum yang akan dihadapi Parti Kebebasan pimpinannya.

Parti itu menunjukkan prestasi baik pada pilihan raya kecil minggu ini dengan memenangi sebuah bandar dan berada di tempat kedua di sebuah bandar lain.

Wilders berkata, dia mungkin menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya pada 9 Jun ini dan akan menutup semua sekolah orang Islam, menghentikan pembinaan masjid baru malah mengharamkan al-Quran. – AP

7 Comments

  1. astagfirullah......wilders laknatullah............!!

    ReplyDelete
  2. Kalau ikut pendapat saya,

    Kebanyakan pemimpin menganggap Islam itu bahaya kerana Islam mengikut kaum. Lihat gambar itu betul2, "RACIST NOT WELCOME" menunjukkan pemikiran sebenar mereka tentang Islam.

    Di Malaysia, pemimpin Umno berjuang Melayu Islam sahaja, bukankah itu dikira racist dan mendiskriminasi kaum lain yang beragama Islam juga? Dan ia seolah2, jika contohnya kaum Cina adalah Islam secara automaticnya dia orang melayu? Mana boleh!! Islam meliputi semua kaum bukan Melayu sahaja!!!

    Ideologi Umno harus dihapuskan, dan kita perlu bersatu sebagai UMAT ISLAM (BUKAN MELAYU BERAGAMA ISLAM). Letakkan Agama Islam diatas, dan buktikan mereka kita bukan orang RACIST (WALAUPUN DARI MULA KITA BUKAN RACIST, tapi ada pihak meletakkan Kaum diatas agama mereka sendiri).

    Islam itu Indah, Islam itu Mudah. Tak perlu memudahkan sesuatu yang mudah. Apapun, umno yang berjuangkan Melayu Islam sahaja, mesti dihapuskan.

    ReplyDelete
  3. yea btul 2~..

    mereka juz salah anggap dan salah paham sahaja~
    mereka tidak mendalamai kehidupan seorang muslim
    itu yg kita perlu tunjukkan supaya mereka dapat memahami dan mengetahui bahawa islam itu mudah dan bertoleransi

    oleh itu pemimpin islam yang berakal sempit patut dijatuh kan
    contoh nye umngok~...islam 4 all
    not islam is only for malays~

    now they thought like dat whos 2 blame?

    ReplyDelete
  4. pemuda umno xnak berdemo ke? hahahhaa

    ReplyDelete
  5. xbrani nk demo punya...bn/umno
    kata britain silap2 gaduh ngn britain pulak huhuhu

    ReplyDelete
  6. Anon 4:28 AM
    pemuda umno xnak berdemo ke? hahahhaa
    ===>>> Kalau Geert Wilders atau kroni2 dia huloq sikit sbnyk ..dia ok je..leh je demo no problem...bagi je skrip demo..kalau x tak tau nak kata apa plak masa demo...nak demo suroh suroh pijak pala babi pun bleh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan