Pilihan Raya Kecil kali ini di Perlis



KANGAR, Menteri Besar Perlis telah mengesahkan menerima surat perletakan jawatan Adun MCA Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn, jam 3 petang semalam. Datuk Seri Md Isa Sabu berkata pihaknya sedang merayu agar Adun tersebut menarik balik perletakkan jawatannya itu dan beliau menyatakan keyakinan tiada Pilihan Raya Kecil, PRK akan diadakan.

Adun itu dikatakan berbuat demikian apabila digugurkan dari jawatan exco Negeri Perlis



berita dari Malaysiakini

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.

Yazid mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

azlanDalam suratnya itu, kata beliau, Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta.

"Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," katanya.

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.

Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.

Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Ch. Beliau juga merupakan setiausaha MCA Perlis.

Mengulas lanjut, Yazid berkata kedudukan Yip belum diputuskan lagi "dan masih dalam pertimbangan saya".

"Kita minta beliau bertenang dan memikirnya semula (keputusannya itu)," tambahnya.

Ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di DUN Titi Tinggi, Yazid berkata: "Saya tak tahu kata apa, terserahlah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). SPR yang akan tentukan," katanya





CiLiK©: Jentera PR rapatkan saf Lawan tetap lawan!

2 Comments

  1. Sabar...

    Kenapa excited sgt ni...

    hmm..tak jadi pun..

    hehe

    ReplyDelete
  2. kabel
    SELAMAT PAGI BOSKU AYO MARI DATANG DAN BERGABUNG BERSAMA KAMI DI WWW S128AGEN COM
    KAMI MENYEDIAKAN PERMAINAN MENARIK YANG DAPAT ANDA MAINKAN
    - SPORTSBOOK
    - SABUNG AYAM { HOT GAME }
    - TEMBAK IKAN
    - TANGKASNET { HOT GAME }
    AYO MASIH BANYAK LAGI GAME YANG KAMI SEDIAKAN
    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 0878-6720-2559

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan