Polis 'cemari' ulangtahun Pakatan Rakyat


Satu kekecohan berlaku sebentar tadi apabila polis cuba menyuraikan perhimpunan sambutan ulang tahun kedua, Pakatan Rakyat di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Lebih seribu penyokong yang menghadiri upacara berkenaan berang dan melaungkan slogan 'reformasi' sambil bertakbir.

Beberapa penyokong juga mencerca polis yang cuba mengagalkan ceramah yang sedang mereka ikuti.

Antara pemimpin Pakatan yang hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan naib presiden PAS, Mahfuz Omar.

Turut dijadualkan berucap pada malam ini ialah Ketua Umum, PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih 20 anggota polis bersama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tiba kira-kira jam 9.50 malam dan terus menyerbu pentas ceramah ketika naib presiden PKR, Azmin Ali sedang berucap.

Apabila melihat kehadiran polis, Azmin tidak membuang masa dan terus 'menyapa' mereka.

"Tempat yang kita kumpul malam ini dimiliki oleh kerajaan Selangor, bukannya Umno ataupun (Datin Seri) Rosmah Mansor. Ini tanah persendirian, pemiliknya adalah MB (Tan Sri) Khalid Ibrahim.

"Kita kumpul sini dengan aman, Umno jangan takut (kepada) rakyat, polis marilah berkawan dengan rakyat," katanya.

Ceramahnya kemudian ditangguhkan ketika jawatankuasa "Majlis Ulangtahun Pakatan Rakyat' berbincang dengan pihak polis.

Pada masa yang sama dua truk FRU yang dilengkapi meriam air juga kelihatan berada di Kelab Sultan Sulaiman ini.

Selepas perbincangan kira-kira 15 minit, ceramah berkenaan dibenarkan diteruskan tetapi orang ramai diminta berpindah ke dalam bangunan kelab.


Pasukan polis dilaporkan terus berada di sekitar kawasan bagi memantau keadaan.

Azmin kemudiannya meneru
skan ceramahnya di sebuah bilik yang sesak dengan penyokong Pakatan Rakyat.

Kira-kira jam 10.25 malam, Anwar tiba bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah.

Ketika ceramahnya Azmin mendakwa "tadi ada beberapa pemimpin dibelasah oleh polis".

Sumber: Malaysiakini


CiLiK©: Kita tak boleh salahkan Polis dan FRU, diorang ni makan gaji je. Tapi kesian dengan diorang datang tempat orang serbu lepas tu balik sebab malu kah kah kah... Siapa yang arahkan diorang ni ye?

4 Comments

  1. bagus2

    barula polish n FRU(fuck aR U) ade keje sket

    pastu naikla kes pecah rumah, rogol, ragut, samun etc

    wartawan n reporter umngok betambah keje skit..

    Thumb UP!!

    ReplyDelete
  2. pe keslh FRU ni?
    kacau jerrr...

    bkn de pn saje cari pasal huhuhu

    biarkn dia...nilh satu klemahan FRU yg lita leh nmpk huhuhu

    ReplyDelete
  3. Polis kat malaysia nie ialah proxy kepada knight of malta, kalau

    kat amerika dorg panggil CIA. Modus operasi cawangan khas, ISA, risik semuanya tiru CIA punya taktik kotor

    PERCAYA ATAU TAK SELURUH PENGGUNA HAND PHONE ATAU TELEPON UMAH/PEJABAT KITA DI INTIP OLEH PIHAK KERAJAAN!, DIORG PEDULI APA KALAU LANGGAR HAK PENGGUNA!

    ReplyDelete
  4. pok-ke

    polis/FRU dah tak tau nak menilai arahan nak ikot mna satu.
    KESIAN ..............angkara siapa?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan