Tuesday

Timbalan Perdana Menteri perasan bagus




Tertarik CiLiK© untuk mengulas serba sedikit kata-kata Tan Sri Muhyidin Timbalan Perdana Menteri Malaysia di dalam satu laporan khas di dalam Utusan Malaysia. Beliau nampaknya terlalu perasan dengan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional, kononnya Barisan Nasional sahajalah yang pandai memerintah. CiLiK© tak nafikan mungkin tak semua kata-kata beliau adalah salah, kerana buat masa ini CiLiK© memang tak dapat nak buktikan semuanya salah. Tetapi ada juga ucapan beliau yang terang-terang bohong dan perlu didedahkan supaya rakyat tidak terkeliru.

Petikan dari Utusan Malaysia

Beliau mengulas laporan khas Utusan Malaysia hari ini bahawa pakatan pembangkang gagal melaksanakan pembangunan berkesan dan menunaikan janji selepas dua tahun berlalunya pilihan raya umum.

Menurut laporan khas itu, sepanjang dua tahun memerintah Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, tiada kesepakatan di kalangan parti yang menganggotai pakatan itu sehingga menyebabkan berlakunya kepincangan yang meruncing dalam pentadbiran di ketiga-tiga negeri berkenaan.



Ayat ini menunjukkan pembohongan yang ketara kerana beliau mengatakan kononnya ketiadaan persepakatan menyebabkan berlaku kepincangan yang meruncing dalam pentadbiran ketiga-tiga negeri Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinag dan Selangor. Jelas sekali bohong, apa yang CiLiK© tahu, kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan Ustaz Azizan telah menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan sehinggakan mendapat pujian Sultan. Malah Sultan menyeru kerajaan Pusat untuk mengambil pendirian yang sama dengan pentadbiran negeri Kedah.

Jadi, di mana buktinya ketiga-tiga negeri pakatan rakyat berlaku kepincangan yang meruncing? Jelas sekali Timbalan Perdana Menteri perasan bagus, di samping menipu rakyat kononnya hanya Barisan Nasional dan kepimpinan Najib yang membawa pembangunan terbaik. Sudahlah, berhentilah mengarut, berhentilah menipu rakyat, Negeri Sabah kubu kuat Barisan Nasional adalah negeri paling miskin di Malaysia, mana kamu nak taruk muka?

Ucapan Sultan Kedah kepada MB Kedah:

"Beta merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Memanda Menteri Besar kerana berjaya menerajui pentadbiran negeri dengan jayanya, dan telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada para pelabur, syarikat-syarikat swasta dan khususnya kerajaan persekutuan. Semua projek-projek telah dibantu agar siap seperti yang dirancangkan. Inilah pendekatan yang wajar dicontohi demi menjamin kesejahteraan rakyat dengan penuh keadilan. Beta berharap, kerajaan persekutuan juga akan mengambil pendirian yang sama apabila mempertimbangkan apa-apa urusan yang berkaitan dengan kerajaan beta"

Ini bukti pujian daripada Sultan Kedah yang diberikan kepada Pentadbiran Negeri Kedah di bawah Ustaz Azizan Pakatan Rakyat. Sila klik untuk melihat video.




CiLiK©: Sudahla Be End, rakyat semua dah celik, penipuan-penipuan kamu dah tak laku lagi, bersiap sedialah untuk jadi pembangkang Malaysia. Semakin hari rakyat semakin muak dengan penipuan demi penipuan kerajaan. Kami tak pilih kamu untuk menipu kami!

7 comments

bagus... Somoga kita tergolong2 di kalangan org2 yang beriman..

gud job!!...hehehe

tp aku risau ape yg die ckp 2 org yg xtaw gne internet nih main dengar je~

kite yela taw~

keji lah cara umno tutup minda2 rakyat

Tulah kita cubalah buka
minda rakyat... semoga semua sedar...
Yang penting PRU13 BN kasi
Tumbang...
penat dah asyik kena tipu je.....

men ternet pon kene tapis gak yang mana betol ker salah..ni kalau fakta carca merBa bek xyah nk berangan menang PRU ke 13...rakyat boleh pk la yg mana baik buruk.bkn semua yg PR buat betol n yang BN buat betol..fikir2 kan

Tu lah jadi nya bila spesis yang jahil dan bongkak menjadi 'the so called pemimpin' (TPM). Bila dah 'desperate' mula bercakap tak tentu hala macam orang gila.


EmoticonEmoticon