UMNO pinang Zulkifli Nordin



Ketua Umno bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, mempelawa Zulkifli Noordin yang dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menjadikan Umno sebagai platform untuknya terus berkhidmat kepada rakyat.

"Memandangkan YB Zul (Zulkifli) sudah tidak percayakan lagi hala tuju dan prinsip PKR, beliau boleh menjadikan Umno sebagai platformnya bergerak untuk berkhidmat kepada rakyat seperti yang sudah dijalankan Umno selama ini", katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Beliau juga berkata, pemecatan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu itu menjadi bukti jelas bahawa PKR tidak membenarkan proses demokrasi berjalan di dalam parti pembangkang itu.

"Pendirian parti ini untuk menyelesaikan masalah besar hanya ditentukan oleh beberapa kerat pemimpin yang mementingkan populariti dan kepentingan jawatan mereka saja," katanya.

Zulkifli yang dipecat semalam berkata, beliau mahu menjadi Ahli Parlimen Bebas untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

CiLiK©: Kalau Zulkifli Nordin merasakan UMNO membawa perjuangan Islam yang sebenar dipersilakan. Secara peribadi CiLiK lebih suka Zulkifli Nordin menyertai PAS.

10 Comments

  1. lebih baik jd bebas kalau xboleh nk ikut keputusan parti..tiada kesetian..

    ReplyDelete
  2. Zulkifli Noordin~~ Jangan join UMNO sudahlah. If you join for money, I'm gonna hate you forever!!!!!!1

    ReplyDelete
  3. Pas? Org pas pun xkelapaq la

    ReplyDelete
  4. hmmm... perjuangan Islam mendenya
    kalau masuk UMNGOK?!!!

    ReplyDelete
  5. PAS--->PKR---> Bebas@UMNGOK@PAS??

    Mane 1 pilian dihati..?? Kalo ade isu terus shj ke media tanpa dibawa dlm parti, jd bebas je la, boleh jadi mcm bapak katak, ibrahim ali......@ join je UMNGOK yg sedang mengutip org mcm anda...~kapish

    ReplyDelete
  6. Ko baru ja saman Khalid Samad ...pas tu nak join PAS.....x malu ka...

    ReplyDelete
  7. baik dia masuk parti makkal sakthi..nak gak tngk zul pakai baju oren

    ReplyDelete
  8. Rupanya bukan melayu saja mudah lupa, orang gelap tak berapa melayu macam Aziz Sheikh Fadzir pun mudah lupa. Rupanya bukan melayu yang mudah lupa tetapi org umngok lah yang mudah lupa.

    Demokrasilah sangat umno tu apabila Anwar dipecat daripada umno dengan sangat hina dan zalim. Adakah Anwar pernah buat apa Zulkifli buat pada PR dan PKR? Adakah Anwar pernah bercakap menghentam parti sendiri dalam TV musuh berlatar belakang bendera UMNO macam pengkhianat Zul ni buat?

    Berambuslah kau pengkhianat masuk tempat yang sesuai dengan kau! Apa punya tangkal lah kau pakai.

    ReplyDelete
  9. Sepatutnya saudara zulkifli berbincang dahulu bersama dengan Ulama sebelum melakukan apa2 kenyataan dan pandangan... bagi saya... apabila saudara zulkifli melakukan tindakan yag beliau lakukan sekarang ni, cuma akan memudharatkan parti dan diri sendiri.. ini soal pendirian dan perjuangan.... saudara zulkifli boleh berbincang dengan tok guru, dan ulama... kerana saudara zulkifli mmg arif mengenai sola agama... kadang2 saya pun mendengar jgk penjelasan beliau dalam hal2 keagamaan. saya harap lepas ni saudara zulkifli lebih matang dalam melakukan apa2 tindakan....

    ReplyDelete
  10. zol nordin...kalau hampa jumpa ulak & zol nordin...hampa katok zol tolol ni dulu bagi mampuih...zol ni jenih naga berkepala manusia...dia makan kawan...nak pancing naga ni senang saja...umpan RM atau pangkat...dia ni gila lebih gila dari babi hutan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan