Sunday

Undang-undang mempersoal serban tetapi membela Sikh



Dipetik dari Harakahdaily

TUMPAT, 10 Mac: Mahkamah Majistret Tumpat semalam menangguhkan perbicaraan membabitkan lima pelajar Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah, Pondok Banggol Naim, Pasir Mas yang dituduh menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar semasa ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya di Kampung Geting pada 27 April 2008 lalu.

Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat menangguhkan kes tersebut esok, pukul 11.00 pagi.

Pada prosiding membela diri hari ini, mahkamah mendengar keterangan saksi yang diberikan Mudir Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah, Tuan Guru Awang Yusuf , 61.

Kelima-lima pelajar semasa ditahan kira-kira pukul 12.00 tengah malam itu adalah dalam perjalanan pulang dari menghadiri upacara sembahyang jenazah di Masjid Jar pukul 10.00 malam sebelum menghadiri ceramah Israk Mikraj di Surau Geting, Tumpat.

Mereka ialah Adli Ab Halim, Afizul Mohamed, Ahmad Hafidz Saari, Che Mohd Nor Che Soh dan Mohd Azam Mohd Arifin.

Mereka dituduh di bawah Kaedah 4 (motosikal topi keledar keselamatan) 1973 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 338/87) yang dibaca bersama Seksyen 128 (1) Akta yang sama.

Peguambela Amir Syafiq Venkadesh Narayanan ketika ditemui di luar mahkamah berkata, kelima-lima pelajar yang ditahan polis itu semuanya menunggang motorsikal dengan masing-masing membawa pembonceng.

Menurutnya, semua penunggang itu tidak memakai topi keledar tetapi sebaliknya hanya memakai ‘serban’ dan berjubah putih.

“Di bawah undang-undang, ada pengecualian di mana seseorang itu tidak perlu memakai topi keledar semasa menunggang motorsikal. Mereka itu ialah (golongan) ‘Haji’, ‘Hajjah’, ‘Lebai’ dan ‘Sikh’. Namun dalam undang-undang itu tidak dijelaskan apakah yang dimaksudkan dengan ‘lebai’, yang (undang-undang itu) terpakai sejak digubal oleh Parlimen.

“Justeru mengikut Kamus Dewan (Edisi Ketiga) dinyatakan bahawa; “Seorang ‘lebai’ itu (ialah) orang yang tahu tentang agama, orang yang mengerja sesuatu yang bersangkutan dengan agama Islam’. Itu saja definisi. Oleh itu, mengikut definisi di sini (adalah) terlalu luas, sesiapa pun boleh digolongkan dalam golongan ‘lebai’, dan untuk membuktikan seseorang itu ‘lebai’ adalah susah,” katanya.

Katanya, kelima-lima OKS (orang kena saman) itu mendakwa bahawa mereka tergolong dalam golongan 'lebai'.

Pendakwaan terhadap kes tersebut telah selesai dan kelima-lima pelajar itu kini dipanggil untuk membela diri.

“Sekarang kita cuba buktikan (bahawa) mereka itu ‘lebai’ dan belum ada apa-apa keputusan lagi (dibuat) oleh kerana perbicaraan kes ini belum selesai,” katanya.

Cuba lihat petikan ini dari berita di atas,

“Di bawah undang-undang, ada pengecualian di mana seseorang itu tidak perlu memakai topi keledar semasa menunggang motorsikal. Mereka itu ialah (golongan) ‘Haji’, ‘Hajjah’, ‘Lebai’ dan ‘Sikh’. Namun dalam undang-undang itu tidak dijelaskan apakah yang dimaksudkan dengan ‘lebai’, yang (undang-undang itu) terpakai sejak digubal oleh Parlimen.

Undang-undang ini telah digubal di parlimen membenarkan golongan Sikh untuk tidak memakai helmet, sedangkan serban juga lebih kurang sama. Jadi di sini jelas undang-undang yang digubal mempersoalkan serban (sehingga perlu dibicarakan) tetapi membela Sikh. Harap boleh diperbetulkan



Serban Sikh, kalau nak suruh diorang ni pakai helmet memang tak muat :P

CiLiK©: Rasanya ini bukan isu politik tetapi perlu diambil peduli kerana berlaku sedikit diskriminasi terhadap agama rasmi Islam di Malaysia ini.

25 comments

Tentera Islam berperang pakai helmet. Tak pakai serban.

Tentera Islam mane tu?
Apalah org cerita pasal undang-undang
dan helmet ko cerita perang...

Apasai!!!kamu tak suke Singh ke???

Haha UMNO punye stail suka putar belit
dan timbulkan isu perkauman... ade ke cilik
n beri tahu yang dia tak suka singh?
Gila org kat atas aku nih.... (^_^)

Ainul,,ainul...tu yg komen anonymous knp tak pasal2 UMNO yg kena..tak baik tuduh2 dosa..
korang ni dah mcm USA dan Osama. ada je apa hal mesti Osama..bagus lah tu.

Bagus lah pemimpin pembangkang "brainwash" korg sampai mcm tu sekali.

ada satu kisah . Di suatu petang nabi memanggil kambing2nya untuk masuk kedalam kandang.. kesemua kambing2 tersebut mengikut arahan baginda.. Ianya disaksikan oleh sahabat, seraya itu sahabat memuji baginda kerana kesemua kambing2 baginda menurut perintah. Tapi Nabi membalas balik dengan mengatakan... Aku tidak mahu umat-umatku menjadi seperti kambing2 tersebut. Hanya mengikut segala apa yg aku lakukan tanpa berfikir.. ( waulahualam )

Kesimpulan : Memang Serban itu Salah satu cara pemakaian Nabi. Tapi kita Sebagai Orang Islam hendaklah menggunakan akal untuk Membezakan Keadaan dan situasi. Misalnya Zaman nabi dulu menggunakan unta. Kelajuan unta ini andai kata kita jatuh dr unta kecederaan kepala adalah kurang berisiko. tetapi klu menunggang motor ? pikirlah sendiri.. Itu sebabnya Nabi x mahu kita jadi seperti kambing2 baginda.

just my 2sen pendapat

orang pakai serban naik moto mana boleh bawa laju...mmg mcm ada diksriminasi kat sini...sepatutnya sesiapa saja yg pakai serban bawa moto dikecualikan daripada pakai helmet...polis yg tahan budak2 ni mcm tak tau undang2 ja....apasal la pulak nak tafsirkan org tu lebai ka, haji ka, padahal semua singh tak kira guru ka, anak murid ka boleh????

This comment has been removed by the author.

kemalangan boleh berlaku dgn banyak sebab. klu kita berhati2 dan bawak perlahan.. kita mungkin akan di langgar pula dari belakang.
Jadilah sebagai Muslimin Yg menggunakan Akal. Diskriminasi atau tidak bukan persoalannya.. Kita sebagai Muslimin Haruslah menunjukan Bahawa Islam Itu Mudah dan menitik beratkan aspek Keselamatan.. Jadi dalam Aspek ini.. Adakah kita mahu Mengikut Kamus dewan untuk mendapat tempat dan kedudukan dgn Sikh atau kembali kepada apa yg Telah Nabi katakan pada sahabat tentang perihal Kambing2 Baginda.. Waulahualam...

Sokong BTR..hujah bernas..aku setuju.

ni bukan crite perang la ngok.... skang ni crite psal helmet, singh n serban je.... so,xpyh la nk msukkan penggunaan akal ke ape lg..klau bijak, kite back to the main topic k...
mmg la rase cm bodoh sbb singh x kne saman tp yg serban kne saman plak... klau nk saman, saman je la dua2. klau xnk saman, xpyh la saman dua2. lg pun, undang2 dh tulis sume tu dpt pengecualian kot bro...jgn jd bodoh dgn ketaksuban politik.point psal serban, nk kait2 dgn osama plak. hadey la.. wat a malaysian...

elo brader...jgn bukak isu kambing makbing tu sume bebal..
org cerita pasal undang2 yg mcm ade ke arah berat sebelah..aka xmembela org Islam..kalau nak cite pasal perang ke ape ke, org singh pn perang pakai helmet besi.tu bkn masalahnye bangang weh..
helmet tu mmg pntg utk keselamatan..org persoalkan skang pasal ade klausa 'haji,hajjah,lebai n sikh' tu..knape dorg awt camtu? dah tau helmet pntg, jgn buat klausa camtu..kan ke sng..sume kene pakai helmet..masalahnye die dah buat, tp mcm berat sebelah..tu lah main point kite utk dibincangkan..bodoh x paham bahase la korg ni.

"ada satu kisah . Di suatu petang nabi memanggil kambing2nya untuk masuk kedalam kandang.. kesemua kambing2 tersebut mengikut arahan baginda.. Ianya disaksikan oleh sahabat, seraya itu sahabat memuji baginda kerana kesemua kambing2 baginda menurut perintah. Tapi Nabi membalas balik dengan mengatakan... Aku tidak mahu umat-umatku menjadi seperti kambing2 tersebut. Hanya mengikut segala apa yg aku lakukan tanpa berfikir.. "
Hadis dr mna? Siapa periwayat? Kitab hadis mana?
-nk tau sbb xtau

dari dahulu lagi telah difahami lebai adalah orang yang pandai tentang ugama tetapi belum lagi menunaikan fardu haji.biasa nya mereka ini telah berumur bukan nya masih muda lagi.jadi adalah agak ganjil jika mereka yang masih muda mengaku mereka lebai.
saya ingin ceritakan penyalah gunaan lebai ini - pada suatu hari dua orang hamba Allah ini ingin pergi kesatu tempat menaiki motorsikal tetapi hanya ada satu helmet..bagaimana nk selesaikan masaalah.. salah seorang dari mereka rupanya memang ada bawa kain yang bolih dipakai untuk buat serban....jadi di pakainya lah kain itu.menyamar jadi pak lebai. tak ditahan polis katanya..fikir2 kan lah sendiri

dari dulu juga difahami lebai ini adalah orang yang tahu tentang ugama tetapi ada diantara mereka ini yang kurang kecerdikannya hingga menjadi bahan penglipur lara dan kadang2 dijadikan bahan ejekan.dari sini lah timbulnya cerita lebai malang..adakah adik2 yang segak dan cerdik pandai ini ingin menjadi lebai malang!!! fikir2 kan lah sendiri.

dari dulu juga difahami lebai ini adalah orang yang tahu tentang ugama tetapi mereka ini hanya memakai "ketayap" di kepala atau pun dipanggil "lebai" di sesetengah tempat.ini adalah kerana mereka belum pergi menunaikan haji kemekah.itulah sebabnya orang dulu dulu yang memakai "ketayap" atau "lebai" ini akan menolak bila orang memanggil dia "haji" dan biasanya akan menolak jika di suruh mengetuai pembacaan do'a di sesuatu majlis jika terdapat orang yang bertitle haji dimajlis itu.
Saya berpendapat tafsiran yang digunakan semasa digubal diparlimen dalah menjurus kepada kriteria sebenar seorang lebai yang difahami dari dulu iaitu mereka ini adalah golongan yang berumur yang tahu tentang ugama..bukan nya golongan muda yang tengah belajar ugama. jadi pada pendapat saya ini bukan satu diskriminasi terhadap ugama. harus di ingat bahawa bagi kaum sikh berserban adalah budaya mereka yang mana ianya wajib dipakai olih mereka,kita hidup didalam negara berbilang agama dan bangsa...fikir2 kan lah.

Sahlah undang2 itu ditulis oleh mereka yang jahil dan sekular. Sepatutnya disebutlah istilah serban ke yang melindungi kepala dan sebagainya.

Prinsipnya ialah untuk melindungi kepala jika jatuh, itu saja. Tidak perlulah nak saman yang tunggang motor pakai serban tetapi yang penting beri kesedaran pentingnya helmet yang telah diakui mencapai sesuatu tahap keselamatan. Sudah tentu helmet ini lebih kuat daripada kain untuk melindungi kepala.

eorang sikh yang pentingkan keselamatan tentu lebih suka pakai helmet daripada serban dia. Tapi masalahnya serban sikh panjanggggggg sangat dan jarang2 dibuka. Macamana ekk? Terserahlah kepada mereka.

Sama macam Mahathir tafsir ulamak lah."Seorang tua yang ada ilmu agama, dihormati dan tidak menyebelahi mana2 pihak". Hahahahaha. Dia ingt ulamak ni macam referee bola ke.

Betul tak?

Jadi xde orang muda yg ckup pngetahuan agama utk dipanggil lebai?
Mengapa bila berbicara bab Islam anda tidak setuju manakala selain Islam boleh sahaja?
Mengapa ceramah maulidur rasul anda berjaga-jaga dan sebolehnya jgn ada sebab "takut kutuk kerajaan" tapi bila konsert Britney Spears atau Inul yang terang2 dedah aurat buat maksiat jika terpaksa dibatalkan anda marah suruh adakan jugak?
Mengapa bila poligami anda melenting tapi simpan perempuan xpe?
Mengapa kita boleh bertoleransi dengan Sikh yg blainan agama sedang dengan sesama Islam tidak?
Sedarlah anda selepas penjajahan Inggeris anda telah jatuh dalam kawalan Yahudi..dulu kini dan selamanya..
Cuba fikirkan...

hmmm,nak kata apa pun x guna,dah polis ada kuasa nak tahan.so len x pakailah helmet.Ala bukannya susah,buka jer serban tu kejap,pastu pakaila balik.tak dosa pun kalau buka serban tu,pasal org sikh tu,lantak ahh.Nak buat mcm mana?Dah kita ni rakyat biasa,tak berkuasa....

imam muda@ulamak muda boleh dikira lebai tak??keh3

kalau ikutkan, betul la komen nombor satu, zaman nabi dulu ada pakaian besi, ok la tu, dah ada kaedah yg lebih baik gunakanlah, helmet tu kan much more better dari serban ... nabi sendiri kebiasaannya melilit serban, bukannya sepanjang masa berserban, kalau serban tu wajib, kita dah tgk masyaikh2 dekat masjidil haram dan masjidin nabawi tu lilit hari2 time solat fardhu, tapi diorang biasanya pakai gutrah je kan...(dont ever relate my fact with wahabisme)...kalau ikutkan maqasid nya pun, kalau pemerintah dah tak bagi tu kita kenalah ikut, patuh, dan tak de pulak dalam klaus tu dia menghina islam kan...dont be too rigid...islam itu mudah, tak susah (tapi jgn dipermudah2kan)...

aku x fhm la knp bila ada orang tegakkan agama Islam, masih ada org Islam sndri yg nak tegakkan yg bathil... ape pnya turrr daa... ade ke bleh ckp zaman nabi pkai unta la... dah tau serban 2 sunnah nabi.. knp korang ni bebal sgt haa...

Aduh... Pastu takka nak balut kepala ngaku singh plak. Ini memang diskriminasi terhadap org Islam. Kalau buat undang2, buat untuk smua. Nk bg crite riwayat, bagus! Bagi skali dgn perawinya.

وقل لعبادى يقولوا التى هى احسن ان الشيطان ينزغ بينهم ان الشيطان كان للانسان عدوا مبينا

Dan katakanlah kepada hamba-hambaku, hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar) sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesunguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu : Al-Israk ayat 53


EmoticonEmoticon