Utusan tolak tulisan bekas mufti Perlis



Ahkbar Mingguan Malaysia hari ini menolak tulisan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung kaedah menangani pandangan ulama, untuk kolum mingguannya.

Penolakan terhadap tulisan berjudul 'Ulama dimuliakan atau disucikan?' itu dibantah bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dalam laman sosial Facebook kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Mengulas perkara itu, Shahidan yang juga anak murid Dr Asri mendakwa, penolakan tersebut dibuat kerana akhbar itu takut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Shahidan juga mempersoalkan tindakan Jakim yang didakwanya mahu 'gam' Dr Asri.

Sementara itu, Dr Mohd Asri ketika dihubungi mengesahkan penolakan terhadap tulisannya itu.

Bagaimanapun, beliau enggan berspekulasi lagi berhubung sebab-sebabnya.

“Pada saya itu biasa sahaja, saya hendak tengok dulu apa seterusnya (berlaku pada tulisan yang akan datang),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Diminta menjelaskan intipati tulisan itu, Dr Mohd Asri menjelaskan, beliau menyatakan pendapatnya bahawa pandangan ulama bukanlah sesuatu yang suci, justeru ia boleh sentiasa dinilai.

Bagaimanapun, penyarah agama yang terkenal dengan kelantangannya itu, menegaskan bahawa pandangan ulama, walaupun bukan suci, ia masih perlu dihormati.

Berikut screenshot Syahidan Kassim di dalam Facebook, sila klik untuk membesarkan image.



CiLiK©: Dah memang kerja utusan membodek kerajaan, biasalah. Ulama yang tak setuju dengan kerajaan pasti kena 'gam'. Nak jadi ulama kerajaan kena bodek kerajaan baru masyuk, boleh dapat dato' dapat Tan Sri macam tak biasa pulak huh!

5 Comments

  1. PIS(Parti Islam Semalaysia)9 March 2010 at 01:23

    ALAH 2 X 5 JE...KALAU ULAMA YANG TAK PRO PAS BOLEH KE TULISAN MASUK HARAKAH???HEHEEHHE LAWOKSSS

    ReplyDelete
  2. Encik PIS cakap dengan bukti ye
    kalau setakat nak mengarut mencarut
    anjing pun pandai keh keh keh...

    ReplyDelete
  3. PIS(Parti Islam Semalaysia)9 March 2010 at 11:04

    alah 2 x 5 je..ngaku je lah..

    NAKED TRUTH TAK YAH NAK NAFI..NANTI KITA NAMPAK BODOH JE..

    ReplyDelete
  4. PIS(Parti Islam Semalaysia)9 March 2010 at 11:34

    BILA AKU MENCARUT? HANG MAIN TUDUH CILIK..TAK DE WIBAWA TUL LAH KAU NI..BAIK MINTAK MAAF...

    ***NAKED TRUTH PAHAM KE CILIK? TAK PAHAM PI TGK KAMUS...HEHEHEHEHEHEH LAWOKSSSS

    ReplyDelete
  5. Dr Harun Din...dulu selalu keluar tv, bila masuk PAS terus terpinggir dari media arus perdana. Bekas Imam Masjid Negara Ust Taib Azzammudin pun sama. Dr Hassan Ali pun sama.

    Tulisan ulamak tak pro PAS bukan tak diterima dlm Harakah tapi kebanyakannya tidak ada wibawa. Dan mereka pun tak mahu tulisan mereka masuk Harakah nanti umngok marah sebab dituduh pro PAS.

    Walhal ramai penulis bukan Islam dan ulamak luar negara pun mendapat tempat dalam Harakah. Hanya orang yang tidak baca Harakah saja yang buat andaian agak-agak macam tu.

    Ramai umngok takut baca Harakah kerana takut 'akidah' umngok mereka tergugat. Mereka sungguh sayang kepada 'agama' nenek moyang mereka dan tidak akan tukar walau apa sekalipun terjadi. Hidup berlandaskan nostalgia bukan bersedia untuk hijrah mencari kebenaran. Tapi majlis maal hijrah merekalah yang paling meriah. Kesiaaaaan

    Betul tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan