Zulkifli Nordin dipecat dari PKR


(Malaysiakini)
Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada PKR hari ini.

Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Agungnya Saifuddi Nasution Ismail pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali, Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub, Ketua Penerangan Latheefa Koya dan Pengarah Strategik Tian Cua turut hadir. Bagaimanapun, ketua umummnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak turut serta dalam sidang media tersebut.

Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.

Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

'Kesalahan berulang-ulang'

Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.

Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak dan menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, kes Zulklifi tidak kena mengena dengan isu kalimah Allah.

Dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR selama kira-kira 3 jam setengah, Saifudin menjelaskan, keputusan terhadap Zulkifli dibuat secara sebulat suara selepas mempertimbangkan pelbagai aspek, termasuk kesan "kesalahan yang berulang-ulang" yang dilakukannya dan kesannya terhadap parti.

Saifuddin berkata, surat bagi memaklumkan keputusan tersebut akan dimaklum kepada Zulkifli pada Isnin ini melalui pelbagai surat, faks dan e-mel.

Menurut Saifuddin, Zulkifli disabitkan bersalah kerana membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS Khalid Samad dan ekoran kenyataannya yang dibuat dalam sebuah wawancara di TV3 sebelum ini, antarnaya berbentuk serangan terhadap dasar dan pendirian parti serta kemampuan Pakatan Rakyat.

Kulim diselia Gobalakhrisnan

Saifuddin berkata, selepas tempoh rayuan tamat, sekiranya rayuannya ditolak, PKR akan mendesak ahli parlimen kontroversi itu mengosongkan kerusi parlimen kawasan tersebut kerana kemenangannya sebelum ini diperoleh atas tiket PKR.

Ditanya tindakan PKR sekiranya Zulkifli enggan berbuat demikian, Saifuddin hanya berkata, beliau yakin, sebagai ahli parlimen yang bertanggungjawab dan faham nilai integriti dan kewibawaan, beliau akan akur pada desakan tersebut.

Sementara itu, katanya, PKR juga menugaskan pemimpinanya menjaga kebajikan kawasan di mana wakil rakyat mereka berpaling tadah.

Beliau menambah, wakil rakyat Padang Serai N Gobalakhrisnan selepas ini akan ditugaskan menjaga kawasan Kulim-Bandar Baharu. Awar di Nibong Tebal, Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) ditugaskan di Bayan Baru dan Dr Lee Boon Chye (Gopeng) di Bagan Serai.

Sementara Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini sejurus selepas keputusan tersebut diumumkan enggan mengulas lanjut kerana bercadang mengadakan sidang media khas mengenai perkara itu lewat petang ini.

5 Comments

  1. hahaha..memang lah kena pecat kerana lantang menegakkan agama islam..org yg lain terkial2..takut kena pecat,takut poster kena pijak, takut macam2, agama pun tergadai..azan sudah xboleh, sambutan maulidur rasul xboleh, tulisan jawi nk mansuh, perkataan Allah dlm Bible (mengelirukan org pada masa akn dtg..ingt balik objective utama Freemason)..lepas ni apa lagi diorang nak???nk jadi kan kristian agama rasmi Malaysia pulak???pergi mampus, org islam xkan duduk diam pada masa tu, kecuali org2 yg sunyi sepi bila kena tegor dgn puak2 DAP

    ReplyDelete
  2. Artikel ini dipetik dari website ZULKIFLI NORDIN
    SEDEKAH UNTUK ZULKIFLI NORDIN.

    Tahniah kepada PKR. Bila Zul dipecat, Melenting bukan main. Di sini saya turunkan beberapa fakta kepada pembaca umum dan Zul sendiri untuk berfikir.

    Fikirlah Zul, adakah anda hanya menang dengan undi ISLAM? Dibawah ini, saya sertakan analisa dan pola pengundian pada PRU12 di Kulim Bandar Baharu.

    PARLIMEN P18 BANDAR BAHARU KULIM

    Jumlah Pengundi Berdaftar : 52127 orang

    Melayu Cina India Dll
    % Pengundi layak/kaum 69.47 18.6 11.76 0.18
    Jumlah pengundi yg layak 36210 9695 6129 93
    % keluar mengundi/kaum 72 91 81.5 62.1

    Jumlah Undi 39949
    Undi Diperolehi /Parti
    PKR 22255

    BN 16672

    Majoriti 5583

    Undi Rosak 1022

    Analisa yang mengundi/kaum

    Melayu CINA INDIA DLL
    Jum pengundi yg mengundi 26071 8824 4996 58 39949
    % sokong PKR / kaum 44 85 75.5 57
    Jum Undi Tolak UR 25221 8671 4981 54 38927
    PKR 11097 7370 3758 30 22255
    BN 14124 1301 1223 24 16672
    Undi Rosak (UR) 850 153 15 4 1022

    26071 8824 4996 58 0 39949

    Jumlah Undi Diperolehi oleh PKR
    MELAYU 11097 BEZA
    BUKAN MELAYU 11158 61
    Jumlah 22255

    Catatan: Kemenangan Zulkifli Nordin di Kulim Bandar Baharu adalah sedekah daripada para KAFIR.

    Amat jelas sekali, kemenangan Zul di P18 adalah kerana sedekah dari para KAFIR. Statistik tidak akan berbohong.. Saya akui mungkin terjadi ralat margin dalam kadar 1%. Itu adalah fakta.Kalau tidak percaya, cubalah cari balik slip keputusan dan kehadiran pengundi dari setiap kawasan/peti undi. Orang Melayu/islam yang menyokong PKR,bukan Zul hanya 44%.Kaum Cina 85% dan India 75%. Malahan, tengoklah sendiri jumlah undi yang diperolehi PKR dari Melayu dan Kafir.Lebih banyak undi dari kafir berbanding Islam

    ReplyDelete
  3. Jadi, soalan saya untuk Zul,

    1. Pernahkah kamu memperjuangkan isu kemanusiaan sejagat? Pernahkah anda bangkitkan isu tentang masalah yang dihadapi oleh Kafir di kawasan anda selama 2 tahun ini?

    2. Adakah ini Jihad cara baru? cara Zulkifli Nordin? Menang dengan Undi KAfir kemudian khianati dan pijak kepala para kafir dan juga para pengundi Islam yang telah mengundi kamu / PKR.

    3. Apakah sumbangan kamu kepada manusia sejagat selama 2 tahun ini? Menceroboh Majlis Bar council. Membawa usul pindaan akta yang berkaitan dengan Islam. Adakah bagi anda manusia sejagat bermakna hanya islam? Kalau begitu, semasa mengemis untuk undi menjelang PRU 12 dulu, anda patut katakan, “Saya tidak perlukan undi para Kafir.” Tidak pernah saya dengar kata-kata begitu.

    4. Siapa pengkhianat? Kamu atau PKR atau para penyokong PKR yang telah mengundi kamu? Siapa yang telah khianati amanah yang diberikan Amanah diberikan kepada PKR, kerana prinsipnya dan bukan kepada Zul yang tidak berprinsip. Kalau anda tidak setuju dengan prinsip PKR:Keadilan untuk semua, anda patut menolak tawaran bertanding dulu. Ini tidak, jawatan nak, prinsip parti tidak boleh ikut.

    5. Adakah kamu layak ungkitkan isu, hak asasi manusia? Kamu tidak pernah hormati hak asasi bukan islam ( setahu saya yg kafir ni Nabi Muhamad amat menjaga hak asasi org2 kafir terutama org2 yahudi dalam negara islam madinah ) kerana ianya tuntutan yg wajib dalam agama islam. bagaimana dan kenapa anda salahkan semua pihak? Kamu berhak mempertahankan agama kamu tetapi bagaimana dengan hak bukan islam untuk mempertahankan hak mereka? bukankan terdapat ayat2 al-quran yg menyatakan "aku dgn urusan agama ku dan kamu dgn urusan agamamu" ( surah al-kafirun ) Nampaknya kamu sendiri yg menolak ayat2 dari kitab Al-Quran, so bagai mana kamu menyatakan yg kamu ini pejuang agama islam..??.

    6. Sebagai peguam anda tidak dapat membezakan antara, kes disiplin dengan kes agama? Andalah satu-satunya peguam yang mengatakan, kamu berhak memilih hakim yang akan mengadili kes anda. Adakah mahkamah syariah membenarkan anda memilih hakim yang akan mendengar kes anda?

    7. Kamu katakan bahawa, orang islam (adakah ianya kamu seorang sahaja) kecewa dan marah kerana seorang hakim bukan Islam mengadili kes isu penggunaan perkataan Allah’. Kamu katakan sepatutnya seorang hakim islam yang patut mendengar kes tersebut. Andainya benar, seorang hakim islam mengadili kes tersebut dan keputusannya sudah pasti berpihak kepada islam: Bagaimana dengan perasaan orang kristian?Bukankah mereka juga ada perasaan marah dan kecewa dan dimalukan dan dihina? Inikah nilai manusia sejagat mengikut kamus anda? Bagaimana kamu ingin menerangkan pendirian kamu tentang kalimah Allah terhadap bukan islam jika kamu yg telah dijemput dengan baik untuk berbincang masih terus-terusan berdegil. Adakah kamu Zulkifli berfikir hanya kamu sahaja yg benar2 islam di dalam PKR? Bagai mana dgn islam Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Saifudin Nasition, Ustadz badrul Amin dan ramai lagi para cendikiawan islam dalam PKR? Adakah kamu seorang sahaja yg menjunjung Al-Quran? Bandingkan taraf keislaman serta iman kamu dgn Para Ulama dalam PAS? Adakah mereka semuanya firaun? Apakah kezaliman yg telah mereka lakukan terhadap Makhluk tuhan yg lainnya? Islam itu universal sifatnya, hanya kamu sahaja yg masih duduk di bawah tempurung Perkauman sama seperti UMNO, MCA, Gerakan dan MIC.

    ReplyDelete
  4. Ingatlah wahai Zulkifli.. Telah terbukti di dalam sejarah bahawasanya Nabi muhamad sendiri sanggup merendahkan diri menemui ketua2 negara serta ketua2 agama bagi berhujah tentang kerasullannya, tetapi kamu Zul, dgn segala kesombongan kamu menolaknya secara terbuka undangan para panel bukan islam bagi mendengar hujah kamu berhubung isu kalimah Allah ( mulia sgt kah kamu jika dibandingkan dgn Nabi Muhamad ) ? Kamu sebenarnya Zulkifli tidak sanggup dan tidak mampu berhujah dgn bukan islam tentang kalimah Allah, bukankah ni menunjukkan kamu ini tidak cerdik dalam bidang agama kamu serta memalukan seluruh umat islam di malaysia dan di dunia ini.. selama ini pejuang2 islam seluruh dunia sanggup turun ke mana2 sahaja forum dan debat di antara islam dan kristian, tetapi amat malang sekali bila mana kamu yg kononnya pejuang agama islam yg dijulang oleh penyokong2 UMNO menikus serta mati akal utk berhujah dgn bukan islam terutama dgn golongan kristian..

    8. Anda pernah kata:

    http://www.malaysiakini.com/news/123551 kamu akan meletakkan jawatan.Tengoklah sendiri.Sungguh mengharukan.Tetapi hakikat amat berbeza dengan kenyataan?

    9. Saya tidak pentingkan jawatan? Betulkah begitu? Kenyataan pertama yang kamu keluarkan, “SAYA TIDAK AKAN MELETAKKAN JAWATAN” pelik tetapi benar. Bukan ni munafik namanya.. ini kah ciri2 org islam yang ingin kamu tonjolkan..??

    Banyak yang boleh saya katakan tentang kamu tetapi cukuplah.

    Saya pernah berkempen untuk PKR di Kulim,oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk:

    KAMI PARA KAFIR YANG TELAH MENGUNDI ZULKIFLI NORDIN, YANG PERNAH DATANG MENGEMIS UNTUK UNDI KAMI, DENGAN INI SEDEKAHKAN JAWATAN MP KULIM BANDAR BAHARU KEPADANYA.

    Saya kata ‘sedekah’ kerana para kafir suka bersedekah, tidak kira, dalam bentuk, wang ringgit, tenaga dan masa TANPA mengira, agama, bangsa , keturunan atau status. Hanya UMNO sahaja yg tak terdaya utk bersedekah sebab sumuanya kaki rasuah, pecah amanah, duit zakat dan tabung haji dirembat, tanah wakaf pemimpin UMNO sapu juga.

    Anda mungkin akan jadi jutawan, anda mungkin seorang peguam tetapi sedekah yang telah kami berikan tetap sedekah.Walau, seekor anjing datang ke rumah, para kafir akan mencampakkan sesuatu untuk anjing tersebut.

    Untuk zulkifli nordin,Zahrain,Tan,Ibrahim, Hee, dan para katak yang lain, kami campakkan mereka jawatan MP.
    Ingatlah bila anda semua kelangkah ke dalam Parlimen atau DUN, status anda adalah sebagai seorang PENGEMIS.

    Saya tak tahu, sama ada halal atau haram duit elaun MP, elaun jutaan dan laina2 yang anda terima tetapi PENGEMIS TETAP PENGEMIS, walaupun anda seorang bergelar JUTAWAN.

    ANDA BERMARUAH? BAGAIMANA DENGAN KAWAN-KAWAN ANDA. ZUL.?
    SIAPA YANG JADI BAPA AYAM?

    Tulisan saya ini tidak bermaksud menyinggung perasaan mana-mana orang islam yang benar-benar memperjuangkan agamanya. Saya menghormati Nabi Muhamad sebagai mana umat islam mengimani Nabi Isa. Saya hanya mengutuk manusia yang menggunakan agama sebagai topeng mereka.

    ReplyDelete
  5. AMAT TIDAK LOGIK ZUL DIUPAH UNTUK MENGADAKAN SURAT AKUAN BERSUMPAH NAJIB UNTUK MENGAKU TERLIBAT DENGAN KES ALTANTUYA. Sebab ? Bodoh sangat ke Najib hendak mengaku bersumpah begitu? Surat akuan bersumpah sekarang ini sudah tidak ada nilai, boleh ditukar ganti akuan itu sepuluh kali sehari.

    AMAT TIDAK LOGIK ZUL KATA DIUPAH 'YANG BOLEH MENGONCANG IMAN' UNTUK KERJA TERSEBUT. Sebab? Buaknkah Zul berjuang bersama PR, mengapa perlu diupah? Upah ni hanya untuk orang yang tidak sama perjuangan tetapi perlukan khidmat orang tersebut. Contohnya Zul diupah 'hingga boleh meruntuhkan iman' untuk belot kepada PR oleh UMNO. Contoh sajaaaa.

    Keduanya Zul ini amat bahaya kerana memang ada satu nilai duit yang boleh meruntuhkan iman dia. Kalau PR upah RM20J dia masih pertahan iman. Tiba2 UMNO upah RM21J, hancur lebur iman Zul. Contoh sajaaaaaaaaaaa.

    KEPADA SEMUA KATAK PURU YANG MELOMPAT DAN MEMBACA TEKS STANDARD DI PARLIMEN UNTUK MENGHENTAM PR DAN KETUA PEMBANGKANG DAN ISINYA BERSUNGGUH2 MHENDAK MEMBERSIHKAN PM DARI ISU ALTANTUYA, diucapkan selamat berbahagia. Rakyat akan perhatikan kehidupan anda selepas ini. Sudah tentu anda akan menjadi 'the rich and famous' selepas melompat-lompat. Sementara bernafas, enjoylah puas2. Walaupun ku tahu hati dan jiwa anda tidak pernah bahagia, sentiasa resah gelisah tidak tenang selepas ini.

    Kita pantau cara kehidupan mereka selepas ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan