Zulkifli Nordin merajuk tarik diri sebagai peguam Anwar


Tulisan ini diambil dari blog Zulkifli Nordin, pada mulanya rasa terkejut gak, tapi biasalah Zulkifli ni tengah sedih, merajuklah dia....

PEGUAMBELA & PEGUAMCARA ADVOCATES & SOLICITORS PEGUAM SYARIE

Ruj. Kami : DSAI/MTSWP/QAZAF
Ruj. Tuan : MTSWP-14100-099-0012-2010

Selasa: 23 Rabi’ul Awal 1431 / 09 Mac 2010

Pendaftar
Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekuatan
Jalan Damansara
Kuala Lumpur Fax: 03-22740136/ POS

Tuan

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH W.P
PERMOHONAN NO: 14100-099-0012-2010
DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM –v- SHAMSUDDIN BIN HUSSAIN DLL

Perkara diatas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa berdasarkan kedudukan mutakhir yang sedia dimaklumi, saya tidak bersedia meneruskan perwakilan mewakili YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim bagi kes permohonan di atas. Saya dengan ini memaklumkan menarik diri dan terhenti daripada mewakili dan/ atau bertindak sebagai peguam syarie YB Dato’ Sei Anwar Bin Ibrahim berkuatkuasa serta merta.

Dilampirkan sesalinan Borang MS 8 untuk tindakan lanjut pihak tuan. Oleh itu, saya pohon kebenaran pihak tuan untuk kemaafan tidak hadir pada sebutan kes ini yang dijadualkan pada hari Rabu 24 Rabi’ul Awal 1431 / 10 Mac 2010.

Sekian untuk perhatian dan tindakan lanjut pihak tuan.

Yang benar

(ditandatangani)
Zulkifli Bin Noordin

s.k
1. Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi
2. Tetuan Zainul Rijal & Associates
3. YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
BORANG MS 8

AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
(Seksyen 38)
________________________________________________________

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
DI WILAYAH PERSEKUTUAN DI KUALA LUMPUR

PERMOHONAN NO: 14100 – 099 – 0012 – 2010

ANTARA

DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM …PEMOHON

DAN

1. SHAMSUDDIN BIN HUSSAIN
Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan

2. DATO’ HJ. CHE’ MAT BIN CHE’ ALI
Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

3. MEJAR JENERAL DATO’ HJ. JAMIL KHIR BAHAROM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri …RESPONDEN

NOTIS PENARIKAN DIRI PEGUAM SYARIE
Kepada Pendaftar
Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

AMBIL PERHATIAN BAHAWA saya ZULKIFLI BIN NOORDIN Peguam Syarie bagi Pemohon Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim diatas dengan ini menarik diri dan terhenti menjadi Peguam Syarie yang bertindak bagi Pemohon yang tersebut di dalam prosiding yang disebut di atas.

Bertarikh pada 22 Rabi’ul Awal 1431 bersamaan 09 Mac 2010

(ditandatangani)
………………………
(Peguam Syarie)


Kepada:

1. Peguamcara Pemohon Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi

2. Kepada Responden-Responden melalui Peguamcaranya
Tetuan Zainul Rijal & Associates




NOTIS ini dikeluarkan ZULKIFLI BIN NOORDIN daripada Tetuan Zulkifli Noordin & Associates di Tingkat 7, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur



CiLiK©: Alamak Zulkifli ni dah start ikut perangai UMNGOK dah. Cakap berbelit-belit kejap terus jadi peguam, ni last-last minit tarik diri pulak. Hampeh merajuklah tu!

4 Comments

  1. Dia msh trauma lg tu, biaqkn dia brsndirian kakakaka

    ReplyDelete
  2. Kamen Rider Black~9 March 2010 at 21:29

    Trauma apenye..ceh...
    mmg patot pon die tarik diri....dlm keadaan skrg, die mmg x seswai jd peguam anwar..juz my 2 cents..

    ReplyDelete
  3. em betul gak kata kamen rider,
    kang tak pasal2 dia khianat DSAI lagi
    haru jadinya....

    ReplyDelete
  4. Dia tarik diri sebab PKR hanya tawar imbuhan yang 'boleh mengoncang iman' saja sedangkan umngok menawarkan 'imbuhan yang telah menghancur leburkan iman' perjuangan dia.

    Dia dah takde kredibiliti dan mungkin dah jadi liabiliti dalam PR, so goodbye lah. Cuma sebelum meninggalkan PR tu, tolong tinggalkan kupiah putih sekali sebab umngok tentu phobia dengan kopiah tu.

    Kepada Zul, semuga berbahagia dengan orang baru yang secocok dengan anda. Datang mu tidak menambah, hilang mu tidak merugikan. Kau hanya melukut ditepi gantang.

    Hati2 dalam umngok kerana Almarhum Ust Fadzil pernah menasihati Anwar sebelum dia masuk umno dulu supaya berhati2 kerana walaupun umno menghentam musuh2 politiknya, namun jika mereka berbalah sesama mereka, itu lebih teruk lagi.

    Nasihat Almarhum lagi bahawa jika tidak kena gayanya ente(Anwar) akan dijatuhkan dari dalam dan bukan orang luar umngok yang menjatuhkan ente. Ternyata yang menjatuhkan Anwar bukan setakat orang dalam umngok tetapi bos dia sendiri yang minat dengan pasukan kriket yahudi itu.

    Betul tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan