Anwar Minta Agong masuk campur

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menulis kepada Yang Di-pertuan Agong untuk memohon Seri Paduka menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya membatalkan kontrak Apco dan juga kontak-kontrak lain yang mempunyai kaitan dengan agen Israel.
"Surat berkenaan dihantar kepada Agong petang ini," katanya di parlimen.

Anwar juga menekankan kepentingan menamatkan kontrak dengan Apco kerana jika tidak ia akan menjejaskan imej negara dan mengancam keselamatan Malaysia.

Sementara itu, Anwar juga mendedahkan minit mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bertarikh 11 Ogos 2008 yang memetik kenyataan pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengakui kemungkinan Isreal mempunyai akses kepada maklumat negara.

Pada mesyuarat PAC itu bagi membincangkan prestasi Khazanah Nasional, Azmi melahirkan kebimbangan beliau bahawa maklumat rahsia kerajaan mungkin bocor kepada pihak lain. Berikut petikan mesyuarat itu: Pengerusi: Ha! Perolehan baru ini melibatkan Israel. Ini amat menakutkan kerana orang ramai mempunyai akses kepada semua maklumat kita. Israel bekerja dengan Amerika dan mereka yang melaksanakan sistem keselamatan kerana mereka ingin tahu mengenai semua pihak di seluruh dunia.

Berdasarkan maklumat itu, Anwar menggesa polis untuk meneruskan siasatan. "Saya tidak lihat bagaimana Umno boleh terlepas dengan kekalutan Apco ini,” katanya.

CiLiK©: Dulu sibuk nak kaitkan Anwar dengan yahudi! Sekarang dah kena kat batang hidung sendiri kah kah kah! Mengata orang sendiri lebih!!



13 Comments

  1. bongkar! nyah kau yahudi laknat!

    ReplyDelete
  2. negara kita negara berdaulat.. kita patut sendiri jaga.. bukan orang asing.. mereka tiada hak..

    ReplyDelete
  3. sokong hidup santai....
    Dah lah orang asing! yahudi pulak tu....

    ReplyDelete
  4. Ceh Abg Nuar konon....hahahahaaha...

    ReplyDelete
  5. yahudi tu biawak darat,yg umno pula lintah darat,elokla tu jadi kawan,lama lama kita ni jadi mangsa biawak2 ni.wahai umat islam sejagat yang dinamakan kalifah dunia jagalah agama kita dan janganlah sesekali kita bersekongkol dgan puak yahudi seperti dinyatakan didalam alQuran.Biarlah kita jadi umat islam yang gagah mempertahankan maruah agama.ingat biar kita merana didunia mempertahankan agama suci dari kita menerima HUKUMAN DIAKHIRAT. Wasaalam............

    ReplyDelete
  6. Zaman Mahathir sudah guna syarikat yahudi utk pilihanraya ; Sacthai n Sacthai. Kini diguna APCO pulak. Inilah puak yg Tuhan dedahkan bahawa depan org beriman mereka kata mereka beriman juga tapi dengan geng2 syaitan mereka, mereka kata mereka olok2 aje beriman.

    Sekongkol dgn yahudi bermakna sekongkol dgn pembunuhan terhadap Palestin bermakna sekongkol dengan musuh Allah. Dah wajib menentang puak sekongkol dengan musuh Allah ini.

    Zulkifli Nordin mana? Inilah masa nak tunjuk berprinsip kuat Islam konon. Org bukan Islam nak guna perkataan Allah kau marah, org Islam sekongkol dengan musuh Allah kau join pulak. Kau lah musang yang baru saja lepas membuka baju berbulu ayam sebab kau takkan tahan rimas dengan baju berbulu ayam itu.

    Tak kemana, kalau dah najis tu akhirnya ke longkang jugak.

    Betul tak?

    ReplyDelete
  7. Kamen Rider Black~9 April 2010 at 09:34

    LICIK: Ceh Abg Nuar konon....hahahahaaha...

    Komen yg x ilmiah langsung...

    ReplyDelete
  8. Oiii LICIK itu jer ke yg mampu ko komen dah nyata UMNO itu APCO & APCO itu UMNO masih nak mencacai lagi ke @ ko pun keturunan yahudi jugak ke ... sekarang ni melayu UMNO akan jadi meLAYUhudi ... kah kah kah

    amusza

    ReplyDelete
  9. dasar melayu unmo bobohhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  10. lantak le deme weh!betui ke ni>>>>kome getik sangat dengan yahudi.tapi togok juga minuman yang dah tau deme punya,nganga mulut nengok filem deme punya!! ghentikan le weh!!!

    ReplyDelete
  11. hehehehe...ceh abg nuar...hehehehehehe....

    ReplyDelete
  12. Abg nuar kat sebelah rumah aku memang pandai masak. Apasal Licik? Hang pun nk rasa masakan dia ka?

    -En Zam-

    ReplyDelete
  13. butiran debub
    SELAMAT PAGI BOSKU AYO MARI DATANG DAN BERGABUNG BERSAMA KAMI DI WWW S128AGEN COM
    KAMI MENYEDIAKAN PERMAINAN MENARIK YANG DAPAT ANDA MAINKAN
    - SPORTSBOOK
    - SABUNG AYAM { HOT GAME }
    - TEMBAK IKAN
    - TANGKASNET { HOT GAME }
    AYO MASIH BANYAK LAGI GAME YANG KAMI SEDIAKAN
    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 0878-6720-2559

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan