Calon BN Hulu Selangor pernah jadi pengundi Hantu



Exco kerajaan Selangor, Xavier Jayakumar pada ucapannya di sebuah ceramah malam semalam mendakwa P Kamalanathan sebagai pengundi hantu di parlimen Sungai Siput.
Sungai Siput merupakan kubu kuat MIC yang dipegang oleh presiden parti itu, Datuk Seri S Samy Vellu sejak sekian lama sebelum ditumbangkan oleh Jeyakumar Devaraj dari PSM pada pilihan raya umum 2008. Ahli dewan undangan negeri Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dari PKR juga membuat dakwaan yang sama dalam twitter dengan mengemukakan nombor MyKad Kamalanathan (kiri). Mesej twitter itu berbunyi: “Mengemparkan! Dr Xavier baru mendedahkan bahawa Kamalanathan adalah Pengundi Hantu di P62 Sungai Siput. Semak sendiri 651018-10-XXXX". Malaysiakini menjalankan semakan melalui laman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan nombor yang dibekalkan dan mendapati Mykad itu milik seseorang yang bernama P Kamalanathan, yang merupakan pengundi di parlimen Sungai Siput dan juga dewan undangan negeri, Jelong. Menurut data SPR alamat Kamalanathan adalah di Heawood Garden, dan dia mengundi di Simpang Tiga.
Xavier (kanan) kemudiannya memberitahu Malaysiakini bahawa Kamalanathan tinggal di Rawang,dan alamat di MyKadnya tertera alamat di Rawang itu. Beliau sekarang adalah calon BN bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor. "Saya fikir jika seseorang ingin menjadi ahli parlimen beliau harus berprinsip dan bertanggung jawab berhubung apa yang dilakukannya sebelum ini. “Ini menujukkan bahawa beliau seorang yang tidak boleh dipercayai dan sanggup membelakangkan undang-undang.” Malaysiakini menghubungi P Kamalanathan untuk penjelasannya tetapi beliau berkata akan menjelaskan perkara itu pada masa yang sesuai. "Saya sedang fokus pada pilihan raya Hulu Selangor, saya mahu berjumpa pengundi dan bermesra dengan mereka. Saya tidak akan komen sekarang. "Saya akan komen pada masa yang sesuai. Saya terpaksa menghadiri mesyuarat sekarang. Selamat tinggal.”

Untuk kepastian anda boleh menyemak sendiri di sini http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/daftar.aspx

7 Comments

  1. lor... yeke??? mmg wujud lah pngundi hantu nie....

    ReplyDelete
  2. OWHHHHHHH INILAH RUPA HANTOO RAYA YANG SELALU DI DENGAR TAPI TAK PERNAH JUMPA!! PATUTLAH TAK DER SAPA JUMPA KAT UNI SEBAB ADA MAGIC JADI HANTU RAYA SEKRANG INIE MACHA SUDAH NAIK SATU CALIT JADI HANTOO P/RAYA!!

    ReplyDelete
  3. sesungguhnya org yg melakukan politik sebegini yang membuatkan negara menjadi huru hara.. pemimpin yang baik akan menyebabkan rakyatnya baik..manakala pemimpin yg buruk mcm beruk,mybabkan rakyatnya menjdi buru.. kita sbgai rakyat yg kononya mempunyai hak sbg pengundi,ditipu sebenarnya.. kita dimanipulasi oleh kerajaan juga sebenarnya..dikongkong!! pilihan bukan di tgk kita sebenarnya.. hurm

    ReplyDelete
  4. BILA SATU2 PIHAK GILA KUASA INILAH AKIBATNYA.. JIKA NAK BERTUKAR PEMERINTAH, SEMUA RAKYAT PERLU DIBERI KESEDARAN DAN BANGKIT.. KALAU 50:50 MEMANG KALAH LA SEBAB DEPA ADA HANTOO BELUM MASUK POS.. MALAYSIA HANCURR JIKA PRU13 BN MENANG LAGI.. LAGI BANYAK PENINDASAN AKAN BERLAKU..

    ReplyDelete
  5. aku duk palestine lg bgs.. Bleh gak berjuang.. ni berjuang tuk parti ja.. melaga-laga ssama islam.. papepn politic is rubbish.. senang2 malaysia jd negara komunis lg bagus...

    ReplyDelete
  6. bongkar

    17 april - penamaan calon
    25 april - hari undi
    bn menang majoriti 1725. wtf ???


    check ic ni kat
    daftarj . spr . gov . my / daftarj /
    651018106495
    ahli parlimen jd pengundi antu ?? wtf???

    ReplyDelete
  7. eh..die pengundi kt hulu selangor tu ke??kalo bkn..mungkin la kn die pengundi kt area seperti tertera tuh..ade die ckp die pengundi kt hulu selangor tuh??ade die ckp??ade die undi mase pilihanraye tuh??

    hahahahahahahhahahahahahahahaha...such a shit here..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan