Faktor kekalahan PR di Hulu Selangor

Oleh kerana Cilik sibuk 2 3 hari ni, maka cilik cilok je artikel ni dari blog greensaff.blogspot.com

Kekalahan PR pada pilihanraya ini adalah disebabkan beberapa faktor. Walaupun terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan kepada kekalahan ini, namun saya memilih untuk mengulas lima faktor ini sahaja.

1.Felda

Ini merupakan antara faktor utama kekalahan PR kepada BN pada PRK kali ini. Seperti yang kita sudah sedia maklum, kawasan felda yang merupakan kawasan Melayu adalah kubu kuat UMNO. PKR banyak kalah dengan undi Melayu.

PR masih gagal untuk mengimbangi BN di kawasan felda. Jika diperhatikan, jentera BN memang berkubu di kawasan felda dari awal hinggalah habis kempen. Mereka jaga felda ini sebaik mungkon dariapada dimasuki PR. Banyak aktiviti kempen mereka berlegar di kawasan felda.

Kelewatan PR memasuki felda melalui ANAK untuk menjanjikan pembelaan warga felda dilihat gagal menarik warga setempat. Nik Aziz, Khalid Ibrahim dan Anwar sendiri mengepalai jentera PR untuk menggempur felda pada satu majlis anjuran ANAK bersama generasi felda. Namun mereka sedikit terlewat. Mungkin kelewatan masuk itu sebahagian daripada strategi, namun ia strategi yang gagal.

ANAk cuba menembus dominasi BN di Felda

Kelawatan itu menyebabkan warga felda gagal menerima maklumat tentang apa yang diperjuangkan PR untuk warga felda. Hasilnya, PKR yang awalnya mendahului ketika undi dalam peti undi di kawasan Cina dikira, akhirnya tersungkur apabila peti undi di kawasan Melayu felda dibuka.

2. BN Tabur Wang

Kekalahan ini disebabkan jutaan ringgit telah dibelanjakan di Hulu Selangor terutama untuk warga Felda. Selain daripada peruntukan RM 32 juta untuk projek perumahan, BN telah menjanjikan RM90 juta untuk projek persimpangan bertingkat Sungai Buaya.


Najib di Felda sungai Buaya


Seramai 100 peneroka Felda Sungai Buaya juga telah dijanjikan RM50,000 sebagai pampasan tanah. Mereka telah diberikan RM1000 tunai.

Selain itu, empat buah sekolah turut dijanjikan termasuk 2 sekolah cina. Projek mengatasi masalah peparitan tidak ketinggalan daripada disuap BN kepada pengundi untuk memancing mereka. Itu belum dikira projek-pojek mi segera seperti turapan jalan, baiki rumah dan sebagainya.


Najib menghadiahkan basikal kepada anak warga Hulu Selangor


Ratusan juta ringgit yang melimpah ke Hulu Selangor ini sedikit sebanyak mengaburi mata rakyat. Pertimbangan yang dibuat pada hari mengundi banyak dipengaruhi oleh duit yang ditabur itu.

3.Isu kempen

Jika diperhatikan, BN seawal hari penamaan calon lagi menyerang PR dengan mencalar kredibiliti calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dengan isu arak. PR sejak itu berada di kedudukan defensif.

Peluru APCO yang digunakan PR untuk menyerang BN dilihat kurang berjaya menarik perhatian pengundi. Rata-rata pengundi kurang terkesan dengan isu tersebut walaupun isu ini dicanang pada setiap ceramah PR.

Pengakuan Zaid berkenaan arak juga mempengaruhi undi Melayu. Masyarakat Islam tidak boleh menerima amalan tersebut walaupun Zaid telah menyatakan beliau telahpun bertaubat daripada melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Walaupun BN mengurangkan penggunaan isu peribadi di pertengahan kempen (disebabkan bimbang akhlak mereka dikait sama) , namun rakyat telahpun terkesan dengan isu tersebut. Imej Zaid yang dilabel ’liberal’ juga membimbangkan pengundi Melayu.




Isu nasional PR yang banyak menggunakan dilihat kurang berjaya. Walaupun PRK ini merupakan kerusi Perlimen, namun isu tempatan seperti masalah penduduk felda, masalah perparitan, masalah jalan dan isu tanah peneroka dilihat lebih releven bagi masyarakat tempatan.

Berbanding dengan PRK sebelum ini, PR berada di kedudukan ofensif. Dan terbukti kedudukan ofensif ini berjaya memenangkan PR.

4.Faktor situasi semasa

Pilihanraya ini diadakan ketika PKR dirudum pelbagai masalah ahlinya yang melompat parti. Empat orang Ahli Parlimen mereka yang keluar parti dalam masa yang hampir sama telah memberi imej yang buruk kepada PKR selain daripada beberapa Adun mereka yang telah keluar sebelum itu.

Pada waktu hampir tiba pilihanraya, Adun Bakar Arang pula mengumumkan keluar parti. Selain itu, Bendahari PKR cabang Hulu Selangor, Dr. Halili Rahmat yang juga mencatat nama dalam senarai keluar parti. Rentetan situasi ini, satu tamparan hebat telah diberi kepada PKR. Selain daripada mempunyai nama besar di Hulu Selangor, Dr. Halili adalah merupakan doktor pribadi Anwar.


Dr. Halili mengumumkan masuk UMNO


Di samping itu, beberapa orang ahli parti yang keluar parti sewaktu kempen berlangsung juga (Pemuda selangor, Kelantan dan Wanita Perak) sedikit sebanyak memberi impak negatif. Walaupun rakyat mengetahui mereka ini mungkin dibeli, namun rakyat melihat PKR gagal dalam menjadikan ahli mereka yang mempunyai integriti dan kredibiliti.

Jadi, amat payah untuk rakyat memilih seorang wakil rakyat daripada parti yang sebegitu. Mereka tidak mahu wakil rakyat mereka mengulangi perkara yang telah dilakukan oleh MP-MP sebelum ini.

5.Jentera pilihanraya tidak padu seperti sebelum ini

Jentera yang padu sememangnya amat penting untuk melawan gerombolan BN yang serba-lengkap. BN turun menggunakan semua kekuatan yang ada. Dari pihak media, SPR, jabatan-jabatan kerajaan hinggalah kepada menteri-menteri kabinet dan Perdana Menteri mereka turun berkampung di Hulu Selangor.

Jadi, PR harus bersedia dengan jentera yang padu bagi mempertahan Hulu Selangor. Namun, apa yang dilihat adalah kurangnya kesepakatan dalam team PR.

Pada awalnya, PKR seakan ingin melakukan semua kerja menggempur Hulu Selangor secara bersendiri, kalau adapun, hanya sedikit yang diberi kepada Pas dan DAP. Semacam mereka tidak tahu, PKR tidak akan menang tanpa bantuan rakan-rakan PR.

PAS umpamanya, adalah amat berpengalaman dalam pilihanraya, serta mempunyai kekutatan ahli yang ramai serta rela berkorban demi jemaah. Namun, PAS hanya digunakan setelah serangan bertali arus BN tidak mampu disanggah PKR. Bila PKR lemah dek keluarnya Dr Halili dan macam-macam masalah, barulah kalut mencari PAS.

Selepas beberapa hari berkempen, barulah PAS menurunkan kekuatan sebenar. Daripada 2000 orang, kepada 7000 orang. Namun, agak terlambat untuk menggerakkan jentera ke seluruh Hulu Selangor yang mana kawasannnya lebih besar dari Melaka.

Ini dibuktikan dengan tiadanya kempen PR di beberapa buah perkampungan Melayu yang jauh sedikit ke pedalaman. Usahkan kempen, bendera dan poster juga tidak kelihatan. Bila tinggal dua tiga hari sebelum pengundian, barulah ada kelihatan bendera-bendera PKR.




PR harus ingat, mereka harus meyakinkan rakyat bahwa mereka adalah gabungan yang padu. Tapi, jika pada waktu piliharaya kecil begini, kebersamaan dalam PR sewaktu dalam kempen sukar dilhat, bagaimana rakyat akan meyakini PR?

Contohnya, Zaid dibiarkan kempen bersendiri untuk berjumpa penduduk tanpa diiringi pemimpin Pas mahupun DAP. Manakala setelah PKR diumum kalah, tiada seorang pun wakil PAS bersama Zaid ketika beliau berucap menenangkan penyokong di Stadium Mini Kuala Kubu Bahru.


Majlis selepas kalah


Kesimpulannya, kekalahan ini bukanlah sesuatu yang harus diratapi, namun ia adalah peluang untuk pimpinan dan ahli-ahli PR bermusabah diri masing-masing. Check balik apa yang dijanjikan pada PRU lepas yang belum ditunaikan. Padukan kerjasama Pakatan, dan rancang strategi bagaimana untuk mengadapi BN pada PRU akan datang.

Insyaallah, Putrajaya on track. Tiada apa yang perlu dikesalkan bila terlepas Hulu Selangor. Pahit kekalahan ini akan ditebus dengan kemanisan kemenangan PRU 13. Takbir.


Klik link gambar Berikut untuk analysis yang lebih mendalam mengenai kekalahan PR di Hulu Selangor

23 Comments

  1. aih....dulu bukan main lagi bangkang pembinaan putrajaya.kata membazir la...apa la...


    last-last...ke putrajaya jugak nak dituju ye...hahaha...macam orang gila talak dah.

    standard pembangkang la...serba-serbi BN buat tak kena.keh kehkeh..



    JILATT BALIK....JILATTT...JILATTTTT....

    ReplyDelete
  2. ala, dah kat ctu la pusat pemerintahan yang Bn nak bina sangat ngan duit rakyat dulu, klu PKR menang terpaksa la pegi situ gak, xkan la nak bazirkn duit lagi nak buat pusat pemerintahan baru semata-mata sebab ego. pikir2kn la. xperlu nk jilat2. ngeeeeee

    ReplyDelete
  3. gila talak ini adalah memang kerja umno...umno masih lagi bengong, bodoh tak habis2..masih lagi tak ngaku hampa dah pebangkang di selangor...standard pembangkang terlalu baik kalau dibanding..dengan umno ..dah kat situ pusat pentadbiran negara..tak kan nak pi kampung hang pulak.....

    ReplyDelete
  4. Jentera PR harus memperbaiki saf

    ReplyDelete
  5. org bijak mentafsirkan maksud ambil putrajaya adalah mengambil alih pemerintahan. orang bodoh pula x sedar2 lg mereka dah nyawa2 ikan.. dah tak lama dah. kita tak akan bodoh utk robohkan,tp bodohnya orang yg tak berfikir waktu nk binanya..

    ReplyDelete
  6. Ada benar juga kata2 tasyreef,,dah kalah perbaiki la..buat pe nak bising2 macam menyalak kat bukit..if PR rasa UMNO ni bengong ke bodoh ke ape..PR kene la buat sebaliknya,,jangan jadi macam dorang..lagi korang bising keluarkan kata maki..korang pon sama jugak tunjuk teladan tak molek..relax2 sudah..

    -kebenaran-

    ReplyDelete
  7. 2 la padahnyer pilih zaid ibrahim jadi calon...sume org malaysia dah tau perangai die..kenapa orng yng brjuang tubuhkan pkr semasa era refomasi xdipilih!!! kenapa zaid br join pkr yg dipilih!! orng lain xbagus ke???...iyu pasal ramai ahli pkr makin ramai yg kuar...trmasuk aku..

    ReplyDelete
  8. ko nk kluor lantak ko la....nyemak je...

    ReplyDelete
  9. Yang benar pasti menang..

    ReplyDelete
  10. Bila dah kalah, lbh baik muhasabah diri dr duk tudung jari pd org semata2.

    ReplyDelete
  11. Anak beranak 100 peneroka Felda Sungai Buaya yg makan rasuah rm1,000 tu cane ar agak nyer yer..dah r dtipu sejak hampir 20thn dulu,sanggup ditipu umngok be end lg tu..haha,kita tgk n lihat baki rm49,000 dijanjikan sebagai pampasan tanah dpt ker x. Syarikat y beli tanah tu dlu pun da lingkup..ni be end nak byr dgn per,bayar dgn pnderitaan rakyat len r woi..jaga2,harga barang n len2 akan nek lg..

    ni r,bangsa malaysia y penting perut sdr..

    ReplyDelete
  12. asyik2..bantai org Felda...kang org Felda terus menyampah dgn korang baru padan muka..

    ReplyDelete
  13. PR mmg mcm ni
    ada aje fitnah yang ditaburkan bila BN menang
    bila BN menang jek, angkat isu petrol, harga barang
    kalau PR menang, apa jek yg PR bleh buat?
    sebar fitnah memanjang

    ReplyDelete
  14. dulu Anwar sibuk heboh isu 16 Sept konon 30 ahli parlimen nk lompat. last2 sume org kena tipu. skg tgk apa dah jd, satu demi satu parlimen yg kuar. sape seterusnya bakal kuar, tgu n lihat nt. jelas PR ni bermslh..

    ReplyDelete
  15. salam... kenapa ya kempen di malaysia tidak dibuat berdebat secara ilmiah?bukankah ia menjimatkan dan memberi kesan yang mendalam.jadi tak adalah isu-isu fitnah, menyerang peribadi calon ..

    ReplyDelete
  16. buat Anonymous | April 28, 2010 7:12 AM
    kalau buat debat ilmiah,mmg bungkus habeh la geng UMNGOK ni.ali rustam dgn mp pasir salak ckp mcm budak2 ja aku tngk dlm mlysiakini.pastu,geng depa ni halau pulak geng mlysiakini.takut kantoi kempen tahap budak2..

    depa letak chua soi lek si pornstar,kita letak LGE.tngok sapa lebih bela melayu,sapa lebih sembah melayu

    ReplyDelete
  17. ngok la orang-orang yg pangkah BN ny..hidup nak kejar duit jer dh tu duit yg xelok jer..apa la nasib anak2 depa dok mkn duit gelap..mgkin skrg xnmpk lg impak dier..xpe..kte tgu jer nant...

    ReplyDelete
  18. faktor de factor ialah

    1.calon pkr iaitu dato z........kureng sesuai, maap lerrr

    2.mcm biasa setiap kali pilihanraya masing2 pakat main duit, paling kemarok benor sampai belanja juta2 ialah be-end sebab gilakan kuasa.

    ReplyDelete
  19. Selepas menang di Hulu Selangor, keluar berita Najib bagi RM3 juta pada Sekolah Cina Rasa sebagai bukti BN tunai janji pilihanraya.

    Sepatutnya 'menunai janji' tidak menjadi berita kerana ia adalah lumrah dan perkara biasa bagi manusia yang sihat.

    Maka berita itu boleh dibaca sebagai betapa peliknya 'menunaikan janji' itu kepada umngok sehingga menjadi berita. Kerana 'tidak menunai janji' telah menjadi lumrah pada umngok.

    ReplyDelete
  20. www.mediafire.com/?s01n08bbp3li7k9

    ReplyDelete
  21. Your experienced cosmetic dentist will սse a variety ߋf methods tߋ help yoս achieve
    the smile of your dreams. Fսrthermore, circulation іs improved on undergoing a
    successful vein treatment. Τhе end reѕults can be аs temporary oг permanent
    ɑs ƴou desire.

    Alsօ visit my webpage; varicose veins causes of feet swelling

    ReplyDelete
  22. Celebs shoսld leave the plastic Barbie doll lοok to stars of adult films аnd reality TV.
    Ƭhегe aге ɑ lot оf people thаt struggle understanding Һow they aгe ǥoing tо be wise аbout the way
    they get ready for plastic surgery. It ρrovides
    natural moisture ѡhich prevents tɦe skin from formation of aging signs in the future.



    Αlso visit my homepage :: bad varicose veins pictures

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan