Friday

Gambar terakhir adik Aminulrashid Bersama saksi utama



Berbaju kuning : Arwah Aminulrasyid. Yang memegang phone : Rakan beliau (saksi malam tersebut). Keterangan gambar : Ini adalah gambar terakhir Allahyarham pada malam tersebut, sebelum menemui ajal dalam insiden yang telah meragut nyawanya akibat ditembak oleh Polis. Baju yang sama juga dipakai arwah ketika kejadian tersebut


SHAH ALAM, 29 April — Rakan Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati polis di Seksyen 11 di sini Isnin lalu, ada memohon maaf kepada keluarga mangsa kerana tidak dapat membantu kawannya ketika insiden meragut nyawanya.

“Saksi ada datang berjumpa saya dan meminta maaf kerana tidak dapat melindungi anak saya,” kata Norsiah Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid.

Saksi itu yang hanya dikenali sebagai Azam ada bersama Aminulrasyid (gambar) dalam kereta yang mereka naiki tetapi meninggalkan tempat kejadian semasa insiden.

Azam menemui Norsiah di rumahnya Isnin lalu. Norsiah tidak dapat ingat masa pertemuan mereka.

Menurut Norsiah, dia hanya dapat memeluk Azam sebagai memohon maaf.

Dia tidak mahu mengatakan hasil perbualan kerana tidak mahu Azam, yang merupakan saksi utama kejadian, diganggu.

Menurut Norsiah, saksi merupakan kawan baik kepada arwah sejak dari sekolah rendah lagi.

“Saksi dan anak saya merupakan kawan baik anak saya sejak dari sekolah rendah lagi.

“Lagipun kedua-dua mereka aktif dalam sukan seperti bola sepak dan olahraga,” kata Norsiah kepada The Malaysian Insider hari ini.

Norsiah berkata, hubungan allahyarham dengan keluarga saksi juga amat rapat seperti keluarga sendiri.

“Arwah baik dengan keluarga saksi begitu juga dengan jiran-jiran di sini.

“Kadang-kadang arwah akan ke rumah kawan-kawan untuk makan ataupun bermain,” katanya lagi ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 11 di sini.

Azam juga berusia 15 belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11 manakala Allahyarham Aminulrasyid merupakan pelajar SMK Seksyen 9.

Azam telah memberi keterangan kepada polis kira-kira tiga jam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi Isnin lalu Aminulrasyid berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya itu melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis berhampiran dengan rumah mereka.

Aminulrasyid, anak bongsu daripada lapan beradik dilaporkan terkena tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis peronda apabila dia disyaki cuba mengundurkan kenderaan yang dipandunya untuk melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya.

Norsiah berkata, kerana tidak mahu melukakan hatinya arwah sanggup berhenti daripada bermain bola sepak untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran.

“Tahun ini arwah akan menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan arwah mahu memperoleh 8A kerana tidak mahu kecewakan saya.

“Arwah juga cakap mahu berhenti bermain bola buat sementara waktu kerana hendak memberi tumpuan terhadap pelajaran.

“Selain itu, arwah juga bercita-cita untuk menjadi angkasawan seperti angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shukor,” katanya.

Dalam pada itu Norsiah memberitahu, sebelum kejadian malang yang menimpa arwah, anaknya itu ada berkelakuan pelik sama ada di sekolah ataupun rumah.

“Hari Khamis lalu, sekolah arwah ada membuat latihan praktikal bagi cara-cara memandikan jenazah dan Aminulrasyid dengan sukarela meminta untuk menjadi jenazah.

“Selain itu, arwah juga ada bersalaman dengan kawan-kawan semasa di sekolah sebelum pulang.

“Di rumah pula arwah menjadi lebih manja dengan saya dan keluarga selain kadang-kadang akan termenung, sebelum ini tidak pernah berlaku,” katanya.

Allahyarham dikatakan sempat bergurau senda dan menyakat anak saudaranya pada malam sebelum kejadian.

CiLiK©: Baju kuning ini jugalah yang akhirnya dipenuhi darah akibat kesan luka tembakan di belakang kepalanya.

60 comments

TEMBAK BELAKANG KEPALA? INIE TAKTIK CIA !!

ada orang bergambar ke sebelum pergi menyamun? nampak sangatla akhbar dgn pulis menipu~

tak munasabah. waras ke polis yg menembak masa tu? ada senjata pastu simply tembak ker?

..._...|..__________ __________, , ) ____
....../ `---___________---- _____|] ......
...../_==o;;;;;;;;__ _____.:/
.....), ---.(_(__) /
....// (..) ), ----"
...//___// Meh sini aku nak tembak
..//___// Musa Hassan punya cucu pulak!
.//___// Pastu aku nak letak parang dalam spender
cucu die.....

Kenapa aku kata kedua-dua budak ini takkan reti guna parang:

- Muka innocent,
- Tangan nampak lembut,
- Budak bandar,
- Budak moden (fesyen rambut); masuk kampung jumpa ayam kambing dia buat perrak, mesti dia kejar nak rasa macam mana kejar ayam itik.
- Budak ni kalau nak angkat parang dia takkan larat, apatah lagi kalau nak menghayun parang untuk menyamun.
- Muka macam ni penyamun? Muka nak disamun ada la.

Kalau macam ni lah rupa budak tu, polis kau jangan nak autalah dengan parang, kalau dengan pisau lipat 20 sen pun aku tak percaya.

p check air kencing polis yg tembak tu...
isap dadah ke dorg nih..
-black-

dalam kes ni nmpak seperti polis salah tanggapan, berprasangka buruk dan bertindak diatas situasi terhadap arwah (al-fatihah). polis menjalankan tugas iaitu bertindak diatas situasi oleh kerana tindakan arwah (al-fatihah) yg tersangat mencurigakan dan membahayakan keselamatan awam.

Bg saya punca hanya satu iaitu keberkesanan institusi kekeluargaan dan berkait rapat dengan model ekonomi bercorak barat. da menjadi satu lumrah bdk2 muda sekarang terlalu bebas dan manja. Kenape mereka anak2 muda terlalu bebas.? Ini terjadi kerana masa 8 jam bekerja tidak dapat menanggung kos sara hidup lagikan hidup selesa. Sekurang-kurangnya kerja mmerlukn 14 jam atau lebih baru boleh menampung kos sara hidup dari segenap aspek. Cukup ke masa yang selebihnye utk rehat dan mengambil berat sedalamnye karenah anak-anak? Malangnye tidak cukup. dan logik jika ibubapa / penjaga tidak terlalu mengambil berat soal tahap pergaulan / sosial anak-anak mereka. pada mereka janji pandangan mata kasar mereka semua elok2 sahaje spt. tangungan makan minum, duit poket, tmpat berlindung mencukupi sudahlah

Oleh kerana itu kita tidak boleh sesekali menyalahkan penjaga mereka. ini semua terjadi kerana kita hidup didalam alam moden milinium yang serba materialstik. mmg hampir2 nilai murni manusia masakini hilang dek kerana terlalu ghairah dalam mengejar status hidup yang lebih selesa. ini sudah menjadi satu kewajipan bagi ibu/bapa penjaga mendapatkan keselesaan bagi anak-anak mereka. kerna zaman kini semua memerlukan amaun simpanan utk masa depan anak-anak dan diri sendiri…

Sebenarnya semua terjadi kerana masyarakat kita tidak betul-betul memainkan peranan sebagai khalifah. Dengan mengikut jenis ekonomi yang bergantung pada nilai sehelai kertas. Kelakarlah kita sanggup memperbodohkan diri oleh kerana nilai yang ditentukan orang lain.

Salahkan jika dapat menstruktur semula corak pendapatan dan pembahagian nilai suai dengan peranan? Terlalu dalam, sepatutnya model ekonomi kita sepatutnya tidak perlu ekslusif..

Kita rizabkan harta sesebuah Negara keatas setiap warga yang lahir mengikut nisbah tertentu. Seronok tak kalau kita tak perlu buat apa-apa untuk memperolehi pendapatan? Sudah tentu kita ada masa untuk mengasuh dan menerap nilai-nilai murni kekeluargaan… kita kentalkan system barter (pertukaran) untuk menambah nilai seseorang dalam masyarakat. Kita darjahkan mereka yang bersungguh menjadi peranan penting masyarakat. Wajibkan dan bahagikan peranan setiap mesyarakat dengan peranan masing-masing mengikut kebolehan. Kerana peranan berikutlah yang mengesahkan anda warga Negara dan mengesahkan anda sebagai rakan kongsi rizab. Tetapkan nilai setiap material ekonomi dengan kadar tenaga dan masa. Dan akhirnya jenayah sifar saya pasti dapat dijaminkan.

http://www.facebook.com/pages/Musa-Hassan-Sila-Letak-Jawatan-Rakyat-Telah-Bersuara/117063881655269?ref=ts

HE SHOULDN'T BE SHOT TO DEATH, MORON !

aku nk tnya satu je, ape yg bdk 15 thn bt bw kete xda lesen pkl 2 PAGI!!! ???

SALAM,
PEMBETULAN ...ITU BUKAN SAKSI UTAMA ..... SILA AMBIL PERHATIAN

SHAH ALAM

tolong delete gambar ni. bimbang keselamatan saksi terancam. tak kisah lah saksi utama ke saksi sampingan ke

apesal musa hasan yang kena??? DIA YG TEMBAK KE????
ape kejadah budak 15 TAHUN BAWAK KETE.. PUKUL 2 PAGI???
owh anak saye terrer br form 3 boleh drive dah...
yang nampak POLIS PASTU LARI APESAL???
klu die undur langgar polis tu TAKPE kan sbb tu risiko polis..
cam tu x yah ade polis la kat malaysia nie..
mak bapak kan boleh jaga n didik anak2 depa..
muke nampak baik.. so mesti la die BAIK kan..
muke polis nie sume macam nak makan orang.. misai berpusing2.. mesti la polis yang jahat kan..

diorg ni suka salahkan polis
tapi bile diorg susah, kena rompak, polis gak diorg cari
sbenarnya hal kecik je, tapi bile org yg xde kaitan kena brainwash ngn parti pembangkang ni la jadi nya

Polis boleh dipersalahkan kerana mereka sepatutnya professional.

Kenapa sampai hari ini ayahpin tidak daapt dikesan pun? Mana pergi anggota tentera yang kata jual rahsia negara? Mana pergi orang yang hilangkan dokumen asal mengenai hak milik Pulau Batu Putih hingga tergadai pulau itu pada Singapura? Kenapa Kugan boleh mati dgn kesan luka banyak di tubuh badan? Anwar ditumbuk dlm cubaan bunuh beliau oleh KPN sendiri.

Kenapa seorang guru mengaji dipersalahkan apabila dia merogol anak murid perempuan dia? Mengapa jasa dia mengajar mengaji tidak diambil kira untuk menjadikan kes rogol dia kecil saja?

Inilah hujah bengap orang umngok. Polis dan semua jabatan kerajaan tidak boleh buat salah semua mesti zero defect. Jika bersalah memang perlu dipersalahkan. Jasa mereka tidak boleh menghalalkan kecuaian mereka.

Ini bukan brainwash pembangkang. Ini isu sebab belum kena kat keluarga engkau. Bukan adik engkau yang mati. Bukan makwe atau nenek kau yang kena tembak. Itu pasal jadi bengap tidak boleh berfikir sebagai orang bertamadhun. Itu sebab pemimpin umngok rasuah pun kau rela kan kerana jasa mereka terlalu besar hingga halal bagi mereka curi sikit2 duit rakyat.

Pergi belajar lagi sebelum buat kenyataan. Macam orang tak sekolah kau ni.

kau tahu tak berapa banyak dibelanja untuk menjadikan polis dan semua agensi kerajaan professional dalam kerja mereka. Untuk apa? Supaya semua berjalan betul dan setiap kesalahan mesti diambil tindakan.

Jika pembangkang tak marah/tak brainwash pun, tindakan tatatertib sediada dalam jabatan kerajaan itu pun sudah satu hukuman yang membawa maksud pihak kerajaan sendiri tidak rela anggota mereka melakukan kesalahan. walaupun sekali, walaupun kecil. Apasal lak kau kata pembangkang brainwash. Kau tu yang kena brainwash umngok.

Kalau cara kau berfikir tu digunapakai, apasalah polis rasuah sikit, rogol seorang indon, makan rasuah RM100, pukul orang sikit2 sedangkan jasa mereka setinggi gunung banyaknya. Jasa mereka mempertahankan Bukit Kepong pun tidak dapat dinilai dengan kesalahan kecil2 mereka selama ini.

Begitu ke cara kau berfikir wahai bengap umngok?

aku sokong hujah jaka..... bijak2... mcm ni lah....

saya malas sgt nak amik tau psl bende ni mule2 n sbnrnye, sy kesian kan arwah. tp lepas tgk gambar kat atas tu, sy x syak yg aminul mungkin juga salah. saya kenal rakan dlm gambar tu.. name die haykal.. saya pernah ajar dia dan dia mmg soerg pelajar yg bkn setakat nakal tetapi agak merbahaya.. die slalu main dgn gunting dlm kelas dan sangat kurang ajar terhadap cikgu2 serta rakan sekelas. die dan rakan2 pernah main 1 "game" dlm kelas di mana mereka akn menghentikan pernafasan rakan2. bile perkara tu cikgu report pada PK HEM dan mereka dimarahi, mereka marah balik dan maki cikgu itu. haykal ni juga dikenali sbg pelajar yg sering membuat cikgu2 nya menangis dgn kenakalan die yg melampau. setiap kali rakan2 sekelas yg lain merayu pada cikgu2 utk tukar kan die ke kelas lain, tak ade ape yg dpt dilakukan kerana ibu bapa nya tak percaya yg die ni jahat dan mengatakan bahawa anak nya pandai dan berhak duduk dlm kelas itu.

mak bapak patut di kenekan tindakan!!!

anak mati salahkan orang lain!!

patut reda dan sedar kesalahan sendiri!!

pehal brainwash pembangkang plak...

atau maksud ko polis ni berat sebelah kat BN ke???

korang ni klu nk bagi komen boleh x korang pikir dulu pakai otak korang tu..jgn pakai kepala lutut..kematian atau pembunuhan adik aminul perlukan pembelaan...korang yang xberhati perut ni sesuka hati ja nk cakap ni salah mak bapak arwah...sapa korang nk ckp mcm tu?...korang kenal mak bapak arwah ker?...mungkin mak bapak korang pun xdidik korg dengan baik pasal tu korang jd sangat biadap dan xberhati perut...kpd yg nk sokong sgt PDRM tu xyah la nk bela lebih2...satu malaysia dah tau polis kita mmg dh lama corrupt....semakin korg bela polis2 gila nih...semakin menyampah rakyat kt polis ni.....semoga kes adik aminul ni memdapat pembelaan yang seadilnya....al-fatihah...

perh ni lebih ni . ni bkn saksi lah !!!!!!!! ni gmbar dulu . reporter ckp skarang . ape benda ni !

Bodoh la sial org yg ckp bdk tu slah . kau bdoh otak cam babi la sial ! agak2 la wey , anak kau bgos sgt ke ? lgi sekor plak ckp yg bdk saksi tu salah , bdk jahat ar pe arr . kau agak2 ar nk ckp tue ! otak kau letak mane huh bodoh! kau nk bela polis pahal . dh mmg polis salah ! dia yg g tembak budak tue asl . cba kau pikir , tk logik ar if polis kata dia tertembak ! siap letak parang smua . kau dh bwat salah ngaku je arr . tanggung ar sendiri ! ish , amirulrasyid kawan aku nie ! agak2 ar doe ! aku knal dia , perangai dia tk mcm yg korang pikir . dia dh la famous tk kan ar dia nk wt kerje gle !

"kalo famous je xkn wat keje gile"?
kalo aku kata ko bodoh mesti ko marah kan?
tapi ko mmg bodoh

"perangai dia tk mcm yg korang pikir"
ko ni sapa? ahli keluarga dia ke?
camne ko leh tau setiap perangai dia? ke ko ni ade kuasa mcm tuhan boleh tahu smua isi hati dan perbuatan manusia?

biar la polis buat siasatan. kita tunggu je la jwpn sebenar

sbb yang kene 2 anak orang kaya kan.. cube anak penoreh getah yang kene.. ade ke nak dapat pembelaan segala bagai nie?? lagi kene kutuk ade kot.. weh klu xde polis kat malaysia nie.. mmg dah x wujud la malaysia ni weh... bukan la sokong sangat polis nie tapi agak2 la kan.. pasal die sorang semua polis kene.. polis pon cam ko jaka manusia biase..

kite bukan hidup habis kat dunia nie jek weh.. kite jumpe kat alam satu g.. Dia yang kat atas tu nampak semua.. lagi satu korang ingat klu korang anta anak sampai kelas sekali pon korang pasti ke lepas korang balik tu die akan stay sampai sek abis??? pegi la dok sehari kat sekolah baru korang tau... kengkadang muke baik cam malaikat depan mak bapak.. depan cikgu macam ***** jek..


lagi satu ko kawan die.. entah2 ko pon same jek ngan die.. klu ko kate die jahat makne nye ko jahat gak la kan.. so ko kate la die baik.. dengan tu ko pon kire budak baik gak ar kan..

eh tak yah la cakap org jahat.kita ni mcm baik je la sangat.sedar sikit ble ckp tu.tak de manusia yang sempurna.semua org pernah wat kesalahan.kau pun mesti ada wat salah kan.cuba kalau anak kau kena.mesti kau maki habis2 polis,entah2 sampai kau nak bunuh dia.bila nak ckp tu pkir la dulu.hormat la arwah tu.

Aku sedih gila doe dapat tau pasal polis tembak Aminulrasyid. Apa lah dah jadi dengan dunia skrg. Aku cuma nak bagi pendapat kenapa polis kena tembak dia sedangkan polis sendiri tau yg dieorang takleh tembak selagi suspek mengancam nyawa dieorang. Banyak sgt lah kenyataan yg tak logik polis keluarkan. Mcm mana kereta tue boleh reverse? padahal kereta tue dah terbabas. takkan arwah sendiri yg terbabaskan kereta dia kalau bukan polis dh tembak dulu tanpa dia sempat berbuat ape-ape. cuba lah fikir logik sikit. Haihhh , budak tengok bola pun nak bawak parang ke? TAK LOGIK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku harap korang semua hormati keluarga arwah. Jangan mencaci dan menyalahkan 100% terhadap keluarga arwah. Bagi aku , arwah punya kesilapan cuma memandu bawah umur. Tapi selebihnya adalah kesalahan polis. Polis tak sepatutnya bertindak melulu.Mestilah arwah bawak kereta laju2 sbb dia dh bergesel dgn kereta lain. memanglah dia akan panik. tapi bila kwn dia nak serah diri; POLIS PULAK BELASAH DIA. Pelik2
Korang jangan lah nak kutuk arwah dan keluarga. Kalau korang punya family yg kena? Haaaa macam mana????????????????
Arwah memang baik orangnya lah. Ramai kawan2 dia ckp mcmtue.
Korang yg tak tahu pape pulak yg sibuk tuduh sana sini. Fitnah wehhh. Harap polis yg tembak arwah diberikan hukuman yg setimpal! Nyawa dibayar Nyawa! JUSTICE FOR AMINULRASYID!
=S=

Kuar kol 2 pagi pergi ketempat motor member rosak..niat nk tlg member laaa..Bingai btol la korang ni..nk tny ape2 baca la dulu repot polis tuhhh..aku x sebelahkan mana2 parti..tp ni atas dasar kemanusiaan aku..pupus la bdk2 kt Malaysia ni asal kuar awl pg ke,tgh mlm je kena TEMBAK! Nonsense!! Sape2 yg rase bdk ni dan keluarga dia ptt di persalahkan aku doakan semoga ada di kalangan ahli kelurga korg dpt nasib sedemikian.. Al - Fatihah utk arwah..

-Ejat-

=S=
JUSTICE FOR AMINULRASYID!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Agree with Ejat. Semua orang duduk rumah . jangan keluar pagi2 . nanti kena tembak! =S=

apa yg jd ni mmg totally salah xkirala kena kt anak org kaye ke...nak penoreh getah ke...yg salah tetap salah...bg golongan yang buta perut dan xde akal utk berfikir plak...diorg ni hanya nmpk pd kesalahan memandu tanpa lesen , kuar lewat malam n salah mak bapak...cuba korang cermin skit diri korang tu...korang ni dulu baik sgt ke?... ntah2 lebih teruk lg kan?...so xpayah nk tunjuk bagus...amat jelas korang ni bodoh,bangang n xde otak...setahu aku PDRM xleh nk menembak sesuka hati...klu self defense sekali pun hanya utk satu tembakan...tp ni tembak sampai berkali2...nak tunjuk hebat sgt kot....mcm dalam cerita gerak khas tu....apa salahnya jika pegawai polis ni mengaku jer kesilapannyer sebab dia dh tersalah anggap dan bertindak ikut emosi...xyah la sampai nk tutup kesalahan pastu tuduh plak arwah geng penyamun...klu setakat jumpa parang dh dikira bukti kukuh ke?...ada lg bukti lain?...xde kan...korang pikir la sendiri...aku tau mesti apa polis kat sini kan...tp aku xheran...imej polis dh lama tercemar...busuk!!!!

korg kt sini jgn tunjuk pandai
kalo betul PDRM tembak sesuka hati, kenapa kawan dia masih hidup?????

kalo dah betul jahat sangat polis tu, mesti polis tu dah bunuh mangsa dan kawan mangsa, pastu campak kt dlm sungai. betul x?

cuba jangan tabur fitnah sesuka hati. ape korg xleh tunggu ke smp habis siasatan polis?

korg xde kt tempat kejadian, ape yg korg buat hanyalah "SPEKULASI" dan spekulasi korg boleh dimanipulasi kan oleh politician.

lain kali kalo nk berdebat, kawal dulu perasaan marah. buat siasatan dahulu, jangan buruk sangka. kadang2 akhbar mcm harakah tu yg saja api2 kan pembaca

semoga ALLAH melindungi polis yg difitnah itu. AMIN~

Orang atas nie pun satu. Tak baca ke kenyataan rakan arwah? Dia baru nk keluar serah diri; polis dah belasah. Eh, tue bukan ke boleh membunuh rakan arwah? FIKIR FIKIR FIKIR. Macam mana nak maju kalau minda masih mundur? Cuba jgn tabur fitnah konon , habis tue kau comment kadang2 akhbar harakah tu yg saja api2 kan pembaca bukan fitnah ke????????????????????????????????
AL-FATIHAH . JUSTICE FOR AMINULRASYID.Nyawa dibayar Nyawa!
=S=

aku haykal yang pgng phone tuh... aku bkn saksi utama!! cube fikir gune otak fikiranlahkan, polis dah tembak 4empat tayar kereta.. pastu kereta dh pun msk longkang, mcm mane nak reverse langgar polis pulak? lagi satu logik ke tembak kat tayar melantun kat kepala... memang lah ini smua ajal , kadak dan kadar, tapi tak sepatutnya polis itu tembak.. kakanlah mse tu dh smpai rumah, mungkin bole meninggal dlm tidur ke, jalan ke, jatuh ke dll.. skian trima kasih..

knp dy lari law x salah? org salah jer lari

mengikut statistik PDRM aktiviti jenayah dikalangan remaja sangat membimbangkan. so..... kita tidak boleh melihat kepada remaja umur 15 thn, tidak melakukan kesalahan, dalam isu ini polis bertindak mengikut keadaan yang sewajarnya, setelah drama kejar mengejar, naluri seorg anggota polis perlakuan sedemikian (lari dari polis) adalah mereka yang melakukan jenayah.

umur 15 tahun adalah akil baligh bagi lelaki dan aminul mati pada usia tersebut.maka dia adalah bersih drp segala dosa2. dia sedang berbahagia disana dan orang yg masih menyalahkan dia harap cepat bertaubat.

Anonymous | April 30, 2010 7:55 AM
knp dy lari law x salah? org salah jer lari

Budak bro ...panik..kalau ko mase kecik pun mcm tu jugak ...kena sergah sket terkencing dalam seluar beb!!
Lain orang lain tabiat dia

mengikut statistik PDRM aktiviti jenayah dikalangan remaja sangat membimbangkan

- Polis ada prosedur dia untuk tembak ..guna pumpgun lg tuh ..ergghh! Pastu belasah dua2 budak tu plak isk..isk..isk! Takleh le main hentam sajer..!

Macam bagus je komen... X kena kat kepala adik beradik ko, x kena kat kuarga korang... x kena kat awek/balak ko... awek kena kaco dgn balak lain pun da nak mengamuk! ni kan pulak kalo adik ko polis tembak! cth, adik ko ni mmg nakal, suka menyakat org lain, suke menyakat pompuan, pastu pompuan ni report pada abg dia.. abg pompuan dtg pukul adik ko.. berdarah2.. adik ko balik report kat ko.. ko mesti hangin gak kan?? mesti nak marah kan? ko pun nak balas dndam.. padahal terang2 adik ko bersalah mula...ni kan palk mati d tmbk!! so skang x yah nk cakap byk la, coz ia x kena kuargak korang.. yang komen cakap name mmbr dia "haykal" macam la kenal sgt? ye ke kenal? pe bukti?? ckgu menangis pasal dia? wei../ x kan cikgu takot dgn budak 15thn?? budak lagi la 15 thn tuh..adoi.....

-cyrus-

knp dy lari law x salah? org salah jer lari

dia panik laa tue. of course dia lari. Comment yg tk berasas lah kau nie. Kalau kau dah terlanggar kereta orang , of course lah kau nk cari jalan supaya kau selamat. haihhhhhhhhh

sehari dua ni kiter akan kecoh dan bising2..pastu luper..cam india & kes kugan..mula2 kecoh bagai nk rak..pastu luper & berbondong2 kembali sokong UMNO/BN cam di hulu selangor..
melayu ngan india samer..sbb tuh UMNO/BN suker majoriti melayu & india terus miskin,bodoh & lemah sbb senang ditipu & ditindas.

die lari sbb tak ade lesen. lagi 1 asal polis terus tembak? asal

adik aminulrashid insan teraniaya...nasib bek time tu ada parang jer..klu polis time tu mmg dah spare dadah ker..duit yang byk ker..free2 jer adik ni kena cop pusher atau tokan dadah..moga Allah permudahkan proses pembelaan..polis skang IQ semua rendah..result SPM dl cukup2 mkn jer..dah xder kije sgt apply polis...terjamin ckit masa depan...sbb 2-3 mbr aku jd polis..bljr malas..polis ngan sampah masyarakat xder beza...

aper la korang kecoh2..budak tuh mati kena tembak jer..ader 1 pompuan mongolia tuh lg terok..sampai berkecai badan kena bom..saper yg bom arr? aku dh luper dh..melayu kn mudah luper..

Sudah2 la.. Yg prgi biarkan pergi.. Tunggu saja kputusan mahkamah.. X payah kecoh2.. Kita sptutnya redha.. Jika kputusan brat sbelah bru kita 1Malaysia ambil tindakan..

Kpd ssiapa disini, diharapkan jangan kaitkan hal ini dengan politik! Janganlah ambil kesempatan dalam kesulitan (kpd mana2 pihk sma ada pmbangkang maupun parti krajaan)..

Lebih baik kita semua sedekahkan al-fatihah banyak2 kpd arwah Aminulrasyid dari kita kecoh2 ni..

Salam...
x salah kot kalu aku selit IMP (ilmu medan perang)kt cnie

>Undang2 menembak:
1) Betol2 musuh
2) Ditembak musuh
3) Nyawa terancam

so....pikiaq logik la kan...
betolkn klu ade yg slh.

rasenyer dlm kes ni dedua pihak salah...nape dedua salah??
1st-ape bdk umur 15 tahun buat kat luar jam 2 pagi??
2nd-sejak bila umur 15 tahun dah ade lesen???
3rd-kenape keluarga allahyarham benarkan anak mereka berada diluar
umah jam 2 pagi???
4th-dedua mangsa umur bwh 17 tahun..langsung tiade org dewasa yg temankn mereka...
5th-kluarge buat statement tlalu awal..faham mereka marah n sedih tp tgk dulu kes ni lead ke mana sbb bkn semua org akan kate ye anak anda tak bersalah...tapi itu hak kluarge anda...maaf...
6th-sorg lagi bdk umur 15 tahun bjaye lari dr sekumpulan polis yg dikatekn sibuk menyepak die...mmg laju dia lari...wallahualam...
7th-pihak polis bila org kate friendly fire marah...tp kalo ikut statement, 4 tayar dah tembak..nape kpale jadi sasaran pulak??
8th-polis yg kejar tu xkan x prasan sehebat mane pun bdk umur 15 thn bawak, mereka ni bknnyer pemandu lesen 10 thn so pemanduan mereka mesti la sgt pelik...xkan penjenayah akan lantik pemandu yg sebegini utk kerja dgn mereka??
9th-dalam gerak khas polis slalunyer akan kejar keta smpi dpt...x penah diorg lepaskn tembakan in the middle of the road bimbang keselamatn org awam...tp nape realitinyer sgt laen??
10th-pegawai yg tembak tu x nak ke jumpe kluarge mangsa n bgtau side story die???mmg la kluarge marah n kalau saya pun mmg nak pijak plis tu tp itu yg sepatutnyer...
11th-org awam mcm kita plak sibok2 wat citer yg bebkn..nape kita nak curahkn lagi minyak dalam api kemarahan kluarge mangsa??saba rakyat malaysia...
11th-renung2 la semua ni...ikut hati mati, ikut rasa binasa...

N
Semoga Allah membantu....

Al-Fatihah Untuk arwah.... semoga di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman...

Bismillahhirrahmanirrahim.siapa salah siapa betul... entahlah biar Allah yang menentukan sebab saya tengok dua2 cam salah... tapi melihat kepada keterangan saksi dan laporan akbar pihak polis memang terlebih.... nampak pihak polis cam nak menutup kesalah sendiri... dah salah harus mintak maaf... tak payah nak membela kesalahan dengan mereka cerita dan menyalahkan orang lain...yang pergi tetap pergi yang tinggal ni kener muhasabah diri...aperpun polis tetap salah kerana mereka cerita yang bukan2. cerita sebenar di tokok tambah... perginya si Arwah, harap dapat di ambil ikhbar, ibu bapa patut memainkan peranan... peribadi diri sendiri juga harus dipertingkatkan... kalau dah buat salah, jangan lari nanti masalah akan lebih besar dan mungkin akan disalah erti seperti yang terjadi kepada arwah. polis hanya menjalankan tugas... tapi polis harus lebih berperi kemanusiaan... polis seharusnya mempunyai jati diri yang tinggi... tunggu sehingga suspek dikenal pasti sebagai penjenayah baru bertindak... polis tidak harus menembak terus kepada suspek selagi suspek tidak dikenal pasti... mempertahankan diri apabila suspek merbahayakan diri polis... itu etika polis yang dipegang... tetapi arwah hanya membawa kereta dengan laju sedangkan polis mengejar dibelakang... tindakan polis melepaskan tembakan pada tayar... betul... tembakan pada suspek mmg salah... jadi konklusinya.... polis tetap salah.... Arwah juga salah... tapi seperti yang diberitahu yang pergi tetap pergi... kita doakan semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman... yang hidup ni muhasabah diri... jangan lemparkan kata2 kesat kepada orang lain.... di akhirat nanti akan dikira juga... saya tidak menyokong mana2 pihak cuma setelah membaca komen2 anda semua dengan bahasa2 kesat terasa dunia kita semakin menghampiri kiamat... cuba mempertahankan yang benar dan melawan yang salah dengan cara yang diri sendiri akan mendapat dosa.... semakin lama semakin berkembang dosa... syaitan akan bertepuk tanya.... jadi elok kalau nak komen atau beri pendapat dengan menggunakan bahasa yang baik... pendapat sayapun bukan betul sangat sebab saya juga manusia.. pendapat yang diberikan atas pandangan saya sendiri yang baru berumur 29 tahun. jadi semua pendapat akan berbeza2 mengikut umur dan pandangan pemikiran sendiri... yang salah atau betul biar Allah menentukan... di dunia ini kita serahkah kepada yang dipertanggungjawabkan... kelak di akhirat akan di adili semula... jika keputusan yang diadili di dunia ini berpihak kepada yang salah sekalipun kita harus menerima dengan redha... Keputusan cerdik pandai yang mojoriti harus diterima.... hati insani... nak terima ke tak? yang salah tetap salah yang betul tetap betul.... tak boleh tegur dengan mulut tegur la dengan hati..... sebab itu kener selalu muhasabah diri.... belajar pandai2 supaya boleh jadi peguam... lawan untuk keadilan secara adil... aperpun masing2 ader tanggung jawab masing2.... jalankan tanggung jawab mengikut yang telah diamanahkan... serahkan kepada yang lebih arif... pendapat tetap sekadar pendapat kerana kita bukan yang arif dalam bidang itu... redha dengan pemergian... ambil sebagai pengajaran dan berdoa supaya negara kembali aman barulah senang untuk kita beribadat.... Al-Fatihah... CD

Al-FATIHAH...

sy+anti+polis+yg jahat

konon hero..polis berjaya mematahkan kes samun ..bla,,,bla,,bla...

sekali budak..

igt org indon ke nk tembak2 terus..pape pun selagi suspek x serang jgn la tembak..

bia saspek serang..kalo polis mati nasib la,,
aku leh dtg kenduri..

ngantok88

ini bukan masalah polis. tp masalah melayu

jika malaysia dipimpin oleh bangsa lain mesti perkara tersebut tidak akan berlaku

lihat lah betapa maju nya singapore jika dibandingkan negara2 dipimpin oleh melayu spt malaysia, indonesia atau brunei

suara anak muda delete 5 May 2010 at 02:06

stop police brutality!

kate polis siasat dulu sebelum tindakan diambil...ni tembak terus kenapa???butoh ang la...kate bdk 2 penjenayah sb dlm keta dyer ade parang..so atok n getahenek dorg dulu salah la duk kat ladang pegang parang tok menoreh..sohai..!!siau r...abes 2 org kat pasr duk pgg parang nk potong aym 2...salah ke???

ko gile ke ape weh!! sejak bile menoreh gune parang?? sembelih ayam gune parang?? x sekolah ke weh???? budak2 sekrang kan BAIK2 semua.. baru nie kes samun pulak.. polis X BLEY TANGKAP WEH.. BUDAK SEK NI SEMUA BAIK... JAHAT LA POLIS nie.. xpe2 klu depa ugut2 orang.. samun2 semua nie.. sebab depa BUDAK SEK G..

ramainya anonymous kat sini...anonymous ni ibarat baling batu sembunyi tangan(termasuk aku la)

wat tmbh2 dosa

POLIS BODO...

Dua² salah!! tu yang pasti

Dua² patut kena hukum pun tu yang pasti....

Tapi hukum macamana? Macam ni.

1. Arwah `adik` kita ni bawak kete takde lesen jam 2 pagi bersama kawan beliau cuma seorang(takleh claim perhimpunan haram!! sebab kena ada lima baru leh claim). Hukuman bagi kesalahan itu adalah di saman(rasanya Mak&Bapak la kena saman).

2. Brader polis kita ni lak kejar kereta `adik` kita pastu tembak 4 tayar dah tu terbias kene kepala `adik` kita dan pastu belasah lak kawan `adik` kita ni sampai terkincit lari dah tu letak lak parang dalam kereta. Hukuman bagi kesalahan tu adalah LU FIKIR LA SENDIRI!!!

So, dari apa yg korang bagi komen di atas tu terutama yang menyokong tindakan ala mafia polis kita ni semuanya betul. Tapi ada ke tak korang fikir²kan semasaknya2 perlu ke derang tembak budak tu? Oh lupa!! kita namakannya suspek ye...sebab nanti ramai salah faham!! perlu ke shot suspek tu? sedangkan beliau hanya melarikan diri daripada polis sahaja tanpa mengambil tindakkan offensif terhadap pihak polis??? perlu ke? lepas tu perlu ke letak parang dalam kete suspek tu??? apa tujuannya?? dari situ tak nampak lagi kesalahannya?? ok kalau la memang ade parang pun?? perlu ke tembak? apa yg budak tu leh buat dengan parang kalau nak kena lawan pistol? jadi kesalahan yang sangat besar ke dan gunakan enakmen apa yang melarang orang awam daripada membawa parang hatta pergi berkebun pun? macam ni ke cara polis selesaikan kes jenayah??? tembak je terus org tersebut tanpa di berikan keadilan pada mereka? macam ni ke? kalau begitu lah rasanya tak perlu la ada polis jika polis sendiri amalkan hukum rimba dalam mengawal keselamatan awam!!


EmoticonEmoticon