Gerakan, MCA bantai Perkasa!




KUALA LUMPUR 3 April - Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. Teng Hock Nam dan Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Low Chew June enggan tunduk kepada desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar memohon maaf secara terbuka kerana melabelkan pertubuhan itu sebagai rasis.

Kedua-dua pemimpin tersebut sebaliknya tetap mempertahankan kenyataan mereka dan beranggapan bahawa perjuangan Perkasa bertentangan dengan gagasan 1Malaysia.

Hock Nam berkata, ucapan pemimpin dalam Mesyuarat Agung Perkasa pada 27 Mac lalu banyak menyentuh sensitiviti kaum yang boleh memecah belahkan perpaduan di Malaysia.

"Saya membawa ideologi parti Gerakan yang menentang perkara yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak perlu memohon maaf kepada sesiapa,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Perkasa mahu Hock Nam dan Chew June serta dua akhbar berbahasa Cina memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam kerana melabelkan pertubuhan itu sebagai rasis.

Selain itu, Perkasa turut mendesak Hock Nam dan Chew June untuk memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana melabelkan ucapan beliau sebagai menjijikkan dan bersifat perkauman semasa merasmikan mesyuarat agung berkenaan.

Hock Nam berkata, persidangan tersebut ada menyebut bahawa kaum Cina akan merampas Malaysia pada masa akan datang dan ini sama sekali tidak benar.

"Ini jelas menyentuh isu perkauman dan tidak wajar dilakukan oleh seseorang pemimpin. Dalam perlembagaan ada menyebut bahawa tiada diskriminasi ke atas mana-mana kaum dan agama di negara ini,'' jelasnya.

Hock Nam turut menafikan beliau menyebut ucapan Dr. Mahathir sebagai menjijikkan sebaliknya berkata, kenyataannya telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Keh keh keh, itu dia komponen BN sudah berbunyi! UMNO sudah pening kepala! tak lama lagi UMNO pulak kena bantai sebab jadi parti rasist keh keh keh. MCA dan Gerakan kalau tak mahu perkauman keluar jelah dari parti perkauman tu! Masuk PR, Parti ketuanan Rakyat!

CiLiK©: lebih 50 tahun merdeka isu perkauman tak habis-habis keh keh keh!

7 Comments

  1. kuikuikui..padan muka..
    Geng sendiri pun dah x suka..=P

    ReplyDelete
  2. lawan brahim!!!!

    amik keris pegi tikam sape yg racist!!!

    ekekekekekeke

    akhirnya perkasa telah diperkosa oleh perkasa sendiri...

    kikikikikiki...dont talk shit!!!!

    ReplyDelete
  3. last2 jadi 'pekasam'......padan muka ko, berahim!

    ReplyDelete
  4. Adalah lemah akal orang yang membawa Mahathir untuk dinobat konon memperjuangkan orang melayu. Dialah pengkhianat bangsa agama dan negara. Apa yang dia tidak buat untuk melemahkan orang melayu?

    Dalam Malay Dilema dia kata melayu teruk sebab genetik dan agama.

    Dialah penderhaka kepada raja2 melayu. Dia menarik balik keistimewaan melayu. Dia kutuk melayu mudah lupa dan melayu kayu umngok tepuk tangan sokong. Dia byk hina agama dan ulamak malah janggut Nabi saw pun kena.

    Dia menghina pemimpin hebat melayu iaitu Anwar Ibrahim dengan fitnah liwat. Dia nk tunjuk melayu ni teruk sungguh. Dialah yang bawa masuk yahudi ke mari. Dia yg jual banyak kemudahan asas kepada syarikat2 hingga tiada apa yang murahlagi sekarang.

    Dia kata melayu tk boleh diberi tongkat tapi anak2 dia semua dapat berlori2 tongkat. Dan amatlah bengap apabila seekor katak menobatkan dia untuk berlakun membela orang melayu.

    Tiba2 katak nobat dia seagai pejuang melayu. Dia sendiri pun geli dgn katak tu tp terpaksa hadir untuk jaga hati. Dia tau katak itu memang tk lebih dpd seekor katak yang tidak sekolah tinggi.

    Perkasa sebenarnya ialah PERKAKAS kepada umno dan umno itu dipengaruhi yahudi dan zionis. Dan zionis mahukan melayu islam ini lemah dan daif sentiasa kerana takutkan kebangkitan islam dari timur.

    Bukan MCA atau Gerakan yang sekongkol dengan yahudi tetapi umngok.

    Betul tak?

    ReplyDelete
  5. JAKA...kau taraf apa nak banding dgn Mahathir?

    Berkokok kat sini je lah kot...

    Nampak hujah kau sgt jumud....go to hell

    ReplyDelete
  6. Hujah yg jumud? Engko tu yg tak buka minda. Tgk apa yg dia dah buat pada org2 melayu, raja-raja Melayu, kunun nak bela melayu, pirahh...aku tgk anak dia gak yang bertambah kaya...bawak masuk kubur la segala kekayaan tu.

    ReplyDelete
  7. rendang
    SELAMAT PAGI BOSKU AYO MARI DATANG DAN BERGABUNG BERSAMA KAMI DI WWW S128AGEN COM
    KAMI MENYEDIAKAN PERMAINAN MENARIK YANG DAPAT ANDA MAINKAN
    - SPORTSBOOK
    - SABUNG AYAM { HOT GAME }
    - TEMBAK IKAN
    - TANGKASNET { HOT GAME }
    AYO MASIH BANYAK LAGI GAME YANG KAMI SEDIAKAN
    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 0878-6720-2559

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan