Kematian Aminul rashid adakah Polis berbohong?






Aminul Rashid dalam kenangan

Berbagai-bagai tanggapan dan pendapat yang diberikan berkenaan isu kematian seorang remaja 15 tahun, adik Aminul Rashid akibat terkena tembakan Polis (tentu sekalilah terkena, takkan sengaja pulak Polis nak bunuh budak tu). Masing-masing mempunyai hujah untuk menyalahkan Polis dan tak kurang juga yang menyalahkan pihak adik Aminul Rashid serta keluarga Allahyarham kerana membiarkan remaja seusia itu berkeliaran di waktu malam. Pada pendapat CiLiK©, Polis sekadar menjalankan tugas menjaga ketenteraman awam. Namun Polis juga bukanlah manusia yang sempurna, maka tidak terlepas dari salah dan silap. Jadi kejadian tembakan yang terkena belakang kepala adik Aminul Rashid adalah kesilapan Polis yang tidak disengajakan lantas memberikan kesan yang sangat buruk sehingga menggadaikan nyawa insan malang ini.

Satu perkara yang perlu diketahui, sekiranya Polis itu di dalam keadaan waras semasa menjalankan tugas, tentu sekali dia tidak akan menembak adik aminul sekiranya Polis sedar bahawa pemandu kereta itu hanyalah seorang remaja belasan tahun. Jadi di sini jelas Polis tersebut tentu tidak menyedari siapa yang memandu kereta iswara berwarna putih sehinggakan dia menyangka pemandunya adalah seorang penjenayah kerana kereta terus memecut walaupun telah diberikan tembakan amaran. Maka kesimpulan yang mudah ialah, Polis tertembak adik Aminul secara tidak sengaja kerana tidak tahu siapa yang memandu kereta tersebut. Maka tidak ada isu Polis kejam, Polis tak berhati Perut, Polis Zalim dan sebagainya. Apa yang kita perlu sedar ialah Polis Silap! Polis tak sengaja tertembak adik Aminul!

Jadi apa yang terlalu dimarahkan sangat di dalam isu ini? Setelah melakukan beberapa penelitian secara kasar, CiLiK© Lihat orang ramai berang apabila Polis seolah-olah sengaja berbohong untuk menutup kesalahan / kesilapan mereka. Apabila melibatkan nyawa, hal ini menjadi isu yang sangat besar! Nyawa tiada galang gantinya, hidup hanya sekali, kesilapan Polis ini telah menyebabkan kematian seorang insan kerdil yang mempunyai keluarga, ayah, ibu, dan adik beradik! Maka mahu atau tidak mahu Polis harus menerima kritikan masyarakat, kerana telah melakukan kesilapan. Adatlah dah buat silap mestilah kena tanggung! Takkan dah buat silap bunuh orang tak perlu tanggung apa-apa?

Apakah yang dilihat seperti seolah-olah Polis cuba menutup kesalahan? Di sini kita mempunyai dua sumber kenyataan yang boleh dijadikan hujah bagi melihat siapa yang benar?

  1. Kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar
  2. Laporan Polis yang dibuat oleh sahabat Allahyarham adik Aminul Rujuk di sini Salinan Laporan Polis yang dibuat oleh sahabat Aminulrashid
Berikut adalah gambar kereta Iswara berwarna putih yang dipandu oleh adik Aminulrashid.


Gambar ini menunjukkan percanggahan kenyataan Polis. Kata pihak Polis adik Aminul Rashid cuba merempuh Polis dengan cara mengundurkan kereta, tetapi gambar ini menunjukkan bahawa kereta ini telah terlanggar sesuatu dan tidak menunjukkan kereta ini mengundur (Kalau mengundur mestilah sebarang objek di hadapan kereta akan ditinggalkan, bagaimana Polis tahu kereta akan berundur ke belakang sedangkan kereta itu bergerak pun tidak?), tetapi lebih tepat untuk dikatakan sebagai kereta ini terbabas. Satu lagi kenyataan Polis mengatakan terjumpa sebilah parang panjang di dalam kereta sangat mencurigakan. Mengapa akhbar tidak menunjukkan parang panjang yang dimaksudkan? Mana dia parangnya?



Apabila diteliti, Cerita dari sahabat aminulrashid merangkap saksi utama adalah lebih konsisten untuk menjelaskan gambar di atas. Di dalam petikan cerita oleh sahabat adik Aminulrashid itu, ada kenyataan yang menjelaskan situasi yang konsisten dengan keadaan kereta di atas!

Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Cerita dari sahabat adik Aminul menjelaskan bahawa kedudukan terakhir kereta ialah di dalam keadaan terhimpit kerana kereta terbabas apabila Adik Aminul rebah ketika sedang memandu dan kenyataan ini konsisten dengan gambar di atas manakala dakwaan pihak Polis yang mengatakan Aminul cuba merempuh Polis terlalu meragukan. Anda nilailah sendiri.

Berikut kenyataan yang lebih meragukan sila klik untuk melihat dengan lebih jelas,

63 Comments

  1. Polis berbohong biasalah....
    Bohong rasuah memang kerja part time
    sebilangan besar polis!
    sape nak nafi? nafi ler aku nak tengok.......

    ReplyDelete
  2. sudah2 la tu. dah ade 5 entry isu yg same
    dah xde cerita lain lg hangat ke?
    bosan la hari2 berita yg sama

    ReplyDelete
  3. mcm mn mngsa nk undurkn keta ketika dia dh x brnyawa lg???? pelik sgt2

    ReplyDelete
  4. bodo aa ko ni, mesti la kawan dia undurkan. kawan dia kan duduk kat seat sebelah dia

    ReplyDelete
  5. kalau polis mati kena tembak, takde sape heran ea..tapi bila polis tersalah tembak, kecoh betul..ini adalah kesilapan dari pihak polis, dia tersilap, bukan sengaja..tolong berfikiran rasional sikit..apa2pun moga roh adik aminul rashid ditempatkan di sisi orang2 yang beriman.. saya turut bersimpati dengan apa yang berlaku, tapi tolong bersikap adil..

    ReplyDelete
  6. Orang kat atas aku ni komemn tapi tak baca
    ape yang ditulis kat sini...
    Kami marahkan polis sebab polis penipu!
    sebab polis nak lepaskan diri dari tanggung jawab..... ade paham?

    ReplyDelete
  7. posisi kereta tu sendiri tak memungkinkan ianya boleh bergerak selepas terhumban ke tepi longkang...kalo ikut statement kawan arwah..konsisten..arwah mati semasa proses kejar mengejar...Malaysia..oh..tanah airku...

    ReplyDelete
  8. Kereta dah masuk longkang macam mane nak undur?!!!
    MEMANG SAH POLIS PENIPU!
    JAGALAH KAU PEMBUNUH!!!!

    STANBYLAH MASUK PENJARA KEMUDIAN
    KE TALI GANTUNG!!!!

    ReplyDelete
  9. anonymous 5.54 ni bangang ke bonggok?klu dah panic mcm tu mcm mn nak undurkan kete?lg pun adik saksi tu x pandai bwok kete laa binatang bebal....

    ReplyDelete
  10. mane ko tau dia xreti bwk keta?
    kalo ko bukan kwn rapat dia atau ahli keluarga dia, aku mintak ko tutup mulut

    skarang ni kes diantara "keluarga arwah" dan "polis yg terlibat"

    korg smua yg xde kaitan, TOLONG JGN MASUK CAMPUR!!!!!!!!!

    kalo korg bising sbb ahli keluarga tgerkorbanc xpe la, ni korg smua xde kaitan ape2 langsung dlm kes ni. AHLI KELUARGA DIA PUN XDE KECOH2 CAMNI. TOLONG JANGAN JADI BATU API WAHAI PEMBANGKANG SEKALIAN WOIIIIIII

    ReplyDelete
  11. kene amik tau nnt kene kt adik ko baru ko faham.... sblm kene, beringat la..... bkn masalah pembangkang ke tak....

    ReplyDelete
  12. kalau aku org umno pun aku marah gak.. ni soal takde lesen tapi dibalas dgn tembak kepala.. kalau stakat saman takde hal punya boleh bayar.. paling2 aku pulas telinga anak aku kalau blik lewat malam.. apa hak polis dalam urusan menarik nyawa manusia?? dh la 15 tahun pulak tu..

    ReplyDelete
  13. A picture is worth of thousand words (gambar menceritakan segalanya lebih dari segala galanya)

    Laporan saksi pertama (rakan aminul) dengan laporan saksi kedua (penduduk di rumah berhampiran)
    Laporan saksi pertama: amirul ditembak sebelum terbabas, kereta terbabas & masuk longkang & langgar tembok, saksi terpaksa mengalihkan mayat amirul untuk keluar

    Laporan saksi kedua:mendengar beberapa bunyi letupan (tembakan) SEBELUM bunyi kereta terbabas,tidak memberitahu tentang bunyi tembakan setelah kereta terbabas, melihat kereta dipandu arwah dikelilingi peronda polis, tiada parang dikeluarkan dari bonet kereta.

    Gambar: Kereta iswara puth terbabas dengan kedua2 tayar terposok dalam longkang serta bahagian kiri kereta bergesel dengan tembok (mana boleh reverse!), kaki mayat arwah yang terbaring dapat dilihat (kawan dia alihkan mayat arwah & keluar melalui tempat pemandu)

    Dan sekiranya arwah masih hidup, sudah tentu arwah akan keluar dari kereta (tak mungkin akan cuba reverse kereta)kerana rakan arwah ingin keluar untuk menyerah dan pintu sebelah penumpang dihalang oleh tembok (tapi tidak, kerana arwah telah mati setelah ditembak sebelum kereta terbabas : baca kenyataan saksi kedua)

    Nampaknya polis didikan APCO cuba berbohong dan lebih memalukan cuba mengaibkan keluarga mangsa dengan menuduh mangsa sebagai penjenayah secara andaian sahaja dan tanpa bukti sahih.

    Budaya kezaliman polis israel didikan APCO sudah meresap ke dalam PDRM. Bukan polis sebegini (trigger happy, pengecut, cuai) yang boleh kita harapkan untuk melindungi keselamatan kita semua.

    Aku penyokong BN, tapi aku tak boleh terima benda2 macam ni.
    Imej polis betul2 terjejas kerana sikap cuai, sambil lewa, penakut dan cuba mengambil jalan mudah (melalui andaian semata2) dalam menghadap pesalah ke muka pengadilan.

    ReplyDelete
  14. Ko ingat hal nyawa ni boleh buat main2?

    Kalau keluarga ko mati nanti pasal kena tembak ngan Polis
    aku orang pertama gelakkan kematian keluarga ko....
    Sebab ko terlalu bebal....

    ReplyDelete
  15. Klau nak jadi polis mesti cerdik & bijak berfikir. Klau agak bangang elok letak jawatan & bagi org lain yg bnyak menggangur utk ganti kerja tu.....

    ReplyDelete
  16. Ini semue keje freemanson!!!....
    baik kaji betul2,semue yg belaku langsung xberkait rapat dgn kes...

    ReplyDelete
  17. -ma, putrajaya-
    al-fatuhah utk adik amirul, insyallah di dah pun berada di sisi-Nya..so tak perlulah kita nak bertekak kat sini..
    ambil benda nie sebagai pengajaran..tak perlu nak tunding jari pd mana2 pihak..sbb bg aku, dua2 pun salah..polis buat keja tak berhati2 n adik amirul lak memandu dlm keadaan mcm tuh n tanpa lesen..x dinafikan suma rakyat marah pada pihak PDRM, then after ni diaorg kena buat keja betol2 la, setau aku byk prosedur yg perlu diikot sblm melepaskan tembakan..so pihak polis kena telus la dlm benda nih, tak perlu nak tutup perkara yg benar..n semua parents pun kena ambik ikhtibar dgn benda dh jd nih..kena alert dgn kegiatan anak2 diluar..supaya tak jd pd keluarga kita sendiri..n benda nih tak der kena mengena dgn politik..so plz jgn buat benda nih bertambah rumit..if polis tak bole nak jatuh hukuman pada pihak yg bersalah..Allah kan ada insyallah suatu hari akan terbalas jugak..amin

    ReplyDelete
  18. ayien...
    korang percaya lah kata2 ku..
    tiada aper yg akan berlaku kt pihak polis..
    cam kes antatuya..
    polis ke tali gantung..
    muke polis pon xnmpak..
    tah sper la dier gantung..

    ReplyDelete
  19. -benci PDRM-
    kenapa kesalahan piahk polis keluarga mangsa xdpat ganti rugi??
    amerika yg jahil tu po thu nk hargai nyawa orang yg polis dorang silap tembak..

    ReplyDelete
  20. 1 malaysia
    1 kesilapan
    1 rasuah
    1 penipuan
    1 mangsa
    1 kekejaman

    ReplyDelete
  21. yg korang nak hentam kerajaan pesal...bahlol..melalut ke APCO la,1 Malaysia la, bangang la korang pembangkang celaka..isu ni mari kita sama2 ikuti..Anak bangsa kita adik amirul tu..mmg salah ada pada kedua2 pihak..namun biar siasatan di jalankan..kalau keputusan agak x tepat baru kita hentam polis..matang la sikit...jgn nak politikkan semua benda..jgn jadi bodoh..tahun 2010 ni pun ada lg makhluk dangkal macam korang..waras la sedikit kepala otak tu..

    ReplyDelete
  22. Ni la modal pembnagkang lepas ni..boleh la padam kejap isu menjubor anwar..hahahahahha..

    ReplyDelete
  23. pada pndanagn aku kes ni sebnarnya kes tersalah tebak...nak slhkan polis 100% pn xblh jgk, si arwah tu pn ada membuat kesalahan, memandu tanpa lesen,memandu dibawah umur, langgar kete org, cubaan lari dr polis dan berkeliaran di waktu awl pagi..
    tembakan yg polis lepaskan ke tayar tu sudah betol, ttpi tembakan ke pemandu tu mmg slh, pada pengamatan aku mungkin polis tu tersalah tembak..mklumla sewaktu menembak kete mereka sedang bergerak ngn laju....
    pada pihak arwah, perkara ini mungkin dapat di elakkan jika dia berhenti selepas menerima arahan untuk berhenti dr pihak polis....
    kepada pihak polis, kemungkinan yg wujud pd mereka terhadap target adalah pelbagai, pd kedudukan mereka, mungkin "penjenayah" yg dikejar itu pnjnayah besar...bnyak kemungkinan yg wujud, mahu x mahu, mereka kena memaksa target berhenti untuk dilakukan pemeriksaan....

    -kun fayakun-

    ReplyDelete
  24. Tragedi ini ada hikmahnya.pengajaran bagi ibu bapa yg amat berlembut dgn anak. Hargai anak kita dan pantau mereka. Di kawasan Ibukota bagaimana seorg kanak2 15 tahun boleh memandu keluar tanpa halangan keluarga langsung. kepada pihak polis, kesilapan jua ada di pihak anda. Sukar dijelaskan situasi ini. Biar siasatan ditentukan. Ini imej polis. Jujur dalam siasatan. Yang salah tetap salah.Buktikan secepat mungkin.Pembangkang sila jgn buat ini isu bodoh anda.Jgn zalim dalam berfikir. Al-fatihah kepada allahyarham adik amirul.

    ReplyDelete
  25. Pegawai Khas ADUN Kota Anggerik1 May 2010 at 09:08

    Saya sendiri pergi ke rumah kawan arwah di berek IPPD Shah Alam jumpa ibu, ayah, abang & ahli keluarga yang lain. Menurut beliau yang namanya Azamuddin tu, polis yang belasah dia sampai tergolek ke seberang jalan di Jln. Tarian 11/2 turut membuat kiraan 1,2,3 mengacukan pistol seolah2 ada niat nak membunuh dia tetapi dengan kehendak Allah lalu sebuah MPV dan dengan kesempatan itu dia cabut lari memanjat tebing dan pagar SMK Seksyen 11 dekat kuil Hindu menuju rumah kawan dia, tukar baju yang ada kesan di rumah kawan barulah balik ke rumah di berek IPPD Shah Alam di Psrn. Damai. Siapa yang membela polis, fikirlah! Ini bukan kesilapan pertama. Bagaimana tindakan menembak lelaki berparang di Perlis, ibu tunggal bernama Norizan dan lain2 kes lagi. Tiada tindakan lanjut. Selagi pengusung tilam tu jadi ketua, maka banyaklah lagi kes menambah masalah. Ni nak masuk kali ke-4 nak sambung kontrak, tak cukup lagi ka? Jangan nak tuduh PR buat isu bodoh! Cuba kalau anak awak jadi mangsa? Apa perasaan? Atau tiada perasaan? - from Pegawai Khas ADUN Kota Anggerik, Shah Alam

    ReplyDelete
  26. x tahu nk komen apa..nk ulas pon aku x tgk bnda2 gni depan mata...tp kcian kt keluarga arwah hasil dari KESILAPAN POLIS.

    ReplyDelete
  27. asalamualaikuumm semua...
    isu sekarang ialah jalan cerita antara saksi dan pihak polis tak seimbang...knpberlaku begini , ini menunjukan ada benda yg tidak di perjelaskan dengan jujur dan telus...tidak ada mana pihak yg mengambil kesempatan dalam kes ini...wakil rakyat setempat(pimpinan YB khalid samad -PAS) hanya lah sebagai wakil kpd rakyat di kwsn dia,,,so mmg tugas dia tidak ada isu pembangkang guna isu ini....so kita tunggu siasatan yg telus dan jujur ..hanya ALLAH yg tahu....alfatihah utk arwah....bagi polis yg jujur , berdedikasi kami sebagai masyarakat pembayar cukai mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjaga negara...bagi yg "badCOPS" ,tak jujur, makan rasuah , tak cekap sila letak jawatan....

    -tax payers.malaysia

    ReplyDelete
  28. zionst punyer stail ler nie main tembak ajer..tak caya cek dlm internet bukan dlm mediastream be-end tue..

    1 m'sia - 1 peluru didahulukan untuk rakyat...pencapaian zionist diutamakan...TQ najib kerana berjaya mengzioniskan m'sia!!!

    Mentor igp m'sia ialah dudi cohen iaitu igp zionist

    ReplyDelete
  29. aku pernah go oversea, dan aku tau.. bila ada aksi kejar mengejar kereta yg melibatkan polis dan orang awam, tak sekali pun aku dengar polis tembak keta utk hentikan keta tu.. (yg dalam movie, polis tembak keta tu, ngarut.. saja buat gimik lebih) Tetapi apa yg polis buat adalah dapatkan bantuan kereta peronda yg lain utk hentikan keta tu, dan buat road block.. polis di luar negara tak akan tembak sesuka hati sekiranya org yg dikejar tidak menembak.. menembak adalah pilihan terakhir bg polis di luar negara..

    Tetapi polis Malaysia, menembak tu pilihan utama.. seronok sangat agaknya menembak sana sini.. tangan dah gatal, trigger happy.. ketua polis negara, buat laa satu pekeliling bg memastikan anak buah ko tu, tak suka2 jer tembak orang..

    ReplyDelete
  30. cam mane parang panjang boleh jumpe dlm kete??lagi la hairan...malu la seyh kat negara jiran...Malaysia nie negara yg merdeka..xkn dlm hal nie kerajaan sendiri boleh wat begitu utk lepaskn diri...

    ReplyDelete
  31. Nak jadi Polis kena laa cool jangan amik rasuah jangan kutip duit perlindungan jangan nk tunjuk samseng kat mat-mat bangla/indon ugut2 mintak duit jangan laa cover2 budak2 dadah jangan la tangkap mat rempit mintak duit lepastu lepas balik barulaa orang respek. Tp klu nak wat jgk benda2 ni jgn laa jadi polis p la jadi samseng.Leh jgk pgg pistol pki dressing smart2 cam citer hong kong tu lg umph....Ke mmg penakut n jenis tunjuk samseng belakang2 je? Dalam kes ni mmg dua2 pihak ada silap tp bila memutarbelitkan fakta menggunakan media tu laen macam laaa sikit dia punya ADIL tu. Kes arwah adik aku pn lebih kurang camni laa orang tgh lemas bukan dia nk tolong tp sibuk pukul budak y selamat.

    ReplyDelete
  32. pengajaran bagi semua...
    1) Mak dan ayah,tolong ajar anak jangan kuar malam2
    2) Takde lesen,jangan bawak kete.carik penyakit
    3) Polis,jangan suka2 hati nak kuar pistol tu

    sekian

    ReplyDelete
  33. Sebagai wakil kerajaan Malaysian.... saya amat bersimpati dengan kejadian seperti ini...... yg penting pilihan raya baru2 ni dh menang.... kes2 camni small matter jer... ciput jer...

    ReplyDelete
  34. Salam...
    x salah kot kalu aku selit IMP (ilmu medan perang)kt cnie

    >Undang2 menembak:
    1) Betol2 musuh
    2) Ditembak musuh
    3) Nyawa terancam

    so....pikiaq logik la kan...
    betolkn klu ade yg slh.

    ReplyDelete
  35. bila yg atas2 korup yg bwh2 pun korup laa.. sape2 nak backup konon2 kerajaan x bkait dlm hal ni lu org bleh g mmpus.. bkait directly la wa cakap luu.. pemimpin2 pro israel korg korup mcm ni laa jadinya.. anak2 buah trigger happy sana sini.. Be End laa weh..

    ReplyDelete
  36. Poji-

    Isu budak tu takde lesen ke, keluar malam ke, polis tersalah tembak ke, itu dah jadi perkara kedua. Perkara UTAMA sekarang ni adalah percanggahan kenyataan oleh polis dan saksi. Ini sangat SERIUS kerana sekiranya polis menipu, ia melibatkan kredibiliti pasukan polis. Pasukan yang menjaga keselamatan negara.

    ReplyDelete
  37. owg y komen kat atas aku ni n owg y faham ttg artikel ni actually bijak (dr owg y kata ini isu politik o peribadi y xde kaitan dgn kita sume)..isunya knp polis perlu menipu n mengada-adakan cerita..da salah tembak,ngaku jer lah..inilah padah bila polis sudah terlalu sering mereka-reka bahan bukti/cerita o menghapus bukti (cth; bom mayat utk hapus bukti)..

    so korg y xfhm isu n artikel ni sebenarnya dlm kategori ngok r..maaf cakap,hehe (klu dah ngok,de aku kisah korang dr parti pe?)

    ReplyDelete
  38. kenapa lah polis ni, yes memng lah takde lesen tu salah,tapi tak bermakna kau orang boleh suka2 hati nak tembak orang,ni ke yang korang belajar dalam latihan polis?tembak orang sesuka hati.
    fuck gila,bodoh punya polis,cuba adik kau yang bawak keta tu,pastu kau tembak.best tak?lepas tu ada hati nk tembak budak lagi sorang.haish.tak boleh bla la perangai,!!Fuck Off!!!!

    ReplyDelete
  39. 1. Kepada mereka yang mengatakan bahawa ape yang kita perlu lakukan adalah "Kaji" dan "Selidik" dahulu, wahai Encik2 dan Puan2 yang bijaksana, agaknye lepas dah buat Research2 ni, lain sangat ek dengan hal yang sebenar? Eh, Si-Pandai x 2 sekalian, sudah terang lagi bersuluh. Tunggu terkena kat batang hidung sendiri, then suruh orng kaji selidik jugak la ek. Research la katekan....

    2. Abang2 Polis yang memakai sluar2 ketat tu, (mostly) memang lah educated dan bertauliah sebenarnye, sebab tu lah boleh jadi macam ni. Mereka kan terdiri dari golongan2 profesional, ahli cendekiawan, university graduates etc., tak gitu deh? PR2 pun bagus lah ya, buat statement2 cover yang sangatlah Bodoh, kalau nak cover pun, don't be so stupid lah, be more intelligent, ini kluar statement bodoh mcm ni. Apa2 pun, kalau dah "kesilapan besar" macam ni berlaku, dan polis memberitahu hal sebenar dan membuat public apology, public pun takdela akan kecoh mcm ni. Stupid. They never learn.

    3. Pada pihak keluarga arwah, sabarlah ya dengan dugaan ini. Sesungguhnya Tuhan adalah Adil, at the end, everything will be solved. Tunggu je dan lihat. If not now, wait for the punishments in the next world, Ok?? :)

    ReplyDelete
  40. sya sarankan kpd semua polis..mogok kerja...hahahahaah

    ReplyDelete
  41. pols penipu..!!oi org atas...ko ingat kalo polis mogok keje negara kter xaman kew??ak ase ag aman la...lu pk la sendri..!!

    ReplyDelete
  42. andai anda ditempat arwah..apakah yg akan anda lakukan..?
    1.mangsa mambantu adik yerk di sek 2
    2.kete yg dipandu yerk terlanggar kreta org awam .
    3.arwah panik lalu melarikan diri.
    4.arwah terserempak dgan peronda polis.
    5.berlaku kejar mengejar.
    6.polis melepaskan tembakan amaran tp arwah tidak membehentikan kereta.
    7.polis menembak tayar kereta arwah menyebabkan kereta dipandunya bergerak pelahan.
    8.polis terus melepaskan tembakan, dan mengenai kepala arwah yg sedang memandu.
    9.kereta hilang kawalan dan tersadai di longkang.
    10.adik mangsa keluar dari kereta apabila menyedari abgnya sudah tidak bernyawa.
    11.polis terus membelasah adiknya yg kuar dari kereta wlaupun adik nya hanya keluar untuk menyerah diri.
    12.adik yerk dapat melepaskan diri .
    skrg nilai la sndiri...??
    fikir la secara rasional..
    *HAMBA ALLAH

    ReplyDelete
  43. Aku setuju dengan post ni. Banyak blogs yang meluahkan kemarahan kepada POLIS kerana menembak budak 15thn. Isu ini perlu dibincangkan secara rasional dan bukan emosional.

    Dan pada aku apa yang dipertikaikan adalah kenapa statement POLIS lain dari kenyataan sebenar. Untuk menutup kesilapan atau ada sebab lain.

    Kejadian ini benar2 mencalar imej POLIS. Aku memang respect POLIS bukan kerana lencana tapi kerana kerja diorang.

    Kepada keluarga arwah takziah aku ucapkan - Al-Fatihah kepada Adik Aminul Rashid.

    ReplyDelete
  44. Ayah aku ex-polis gak. Tapi dah pencen lah.

    Polis dulu tak sama dgn polis sekarang. Maklumlah, barang dapur makin mahal. Gaji cukup2 mkn je...

    Andai aku di tempat keluarga arwah aminul. Aku jadi MARAH. Adik lelaki aku pun boy lagi. Umur 15 thn. Muka lebih kurang je dgn muka arwah. Dan mmg selalu kuar mlm. Biasa lah, budak. Kalau die cakap kuar g jumpa membe pun takkan nak menghalang walaupun mak memang dh bising.

    Adik aku pun pernah gak mintak nak drive kete aku.Tapi aku tak lah cakap tak bagi. Aku jawab, tunggu cukup 18thn dulu.

    Dan kalau aku kat tempat keluarga polis yg memukul atau menembak arwah pulak. Aku tentu rasa bersalah, sedih. Sebab ayah @ abang aku @ suami aku dah tersalah.
    Menipu utk menutup kesalahan mungkin cara yg paling mudah utk melepaskan diri. Andai aku kat tempat (polis) tu.

    Mungkin gak aku dlm masalah keje, nak cpat nek pangkat/gaji. So kene settlekan apa2 kes.Mana lah tau kalau2 yg aku tembak tu penjenayah ke. Dpt lah kebanggaan sikit.
    Kot2 ada kenaikkan pangkat.

    ReplyDelete
  45. suruh bapak ko comment
    aku xnk dengar komen2 org yg bukan polis

    -kamal-

    ReplyDelete
  46. ada bebearapa isu di sini.

    1. Polis tk tau sapa dlm keta budak ke dewasa ke
    2. Keta tk bhenti bila diarah, "make sense" bile polis anggap dlm keta tu adalah penjenayah yg sdng melarikan diri.
    3. Dlm keadaan keta laju ianya bole mndtgkn bahaya kpd pengguna jln raya yg lain dn inya juga bole meragut nyawa
    3. Bdk dlm keta baru 14 thun dan tk dikawal oleh ibubapa,. Its ok kalu dorang pg minum enjoy dn sbgnya tapi kalu terjebak dgn gejala kurang sehat mcm mana? Lg pun mrk remaja yg mudah dipengaruhi oleh rakan2 sebaya.
    4. Yg si polis ni pula kenapa nak tembak melulu. Kalu keta tk behenti, minta bantuan peronda lain utk kepung keta tu atau langgar jer dari belakang seperti yg kowang buat selalu tu. Penggunaan pistol adalah merupakan jalan paling terakhir., kowang polis mesti tau punya... so plsss
    5. Andaikata pun dlm tu penjenayah, tk wajar nak tembak, selagi mrk tk melakukan sesuatu yg mngancam nyawa polis..spt melepaskn tembakan, menyerang dgn parang dsbgnya.
    6. Pastu pandai2 pula buat crita nak "cover line"., keta nak undur nk langgar polis (Ni kononnya polis terancam lah nih hishishis) pastu ada parang (Maybe dorang cept2 balik umah amik parang taruh dlm keta tu).. apokobondonya kowang polis. Naib baik kwn budak tu dpt lari kalu tdk, mrk bole ancam bdk tu agar putarkn crita kes yg sebenar yg menyebelahi polis.. Satu hal lagi, kowang suka2 jer terajang belasah org tnpa soal siasat dulu, mcm nih ker perangai kowang?

    Kesimpulan

    Pengajaran kepada semua

    1. Kpd mak bapa sudara2 di sana, kawal lah sikit anak(remaja) tu,. sbb mrk ni kata orng masih lembik dn mudah dipengaruh. So tgk2kn anak kt umah tu yer.
    2. Kpd polis terutama yg ada pistol, baca balik buku undang-undang yg ada,. jgn tembak melulu,. tgk skrng sapa yg susah.. korang juga kan. Kerna nila setitik rosak susu sebelanga.

    Semoga polis yg menembak tu akan mendapat balasan yg setimpal dengan perbuatanya...

    Kpd Adik aminulrashid, alfateha saya sedekahkan.. semoga rohnya sentiasa aman dan tenang.. AMIN

    TigerII

    ReplyDelete
  47. ta paya la keco2 g..korang keco2 pon bukan le idop budak tu...aku nyampa la tgk...da bosan orang dok hina polis...apekate yg komen2 polis tipu,polis penipu ni masok polis..msti tade orang mati kene tembak polis..cakap kosong je xgune la...korang ader ke kat tempat kejadian yg nak cakap polis tipu..korang nampak ker?ta nampak kan..so.diam2 da la..ta paya keco2...cam orang tade otak..

    ReplyDelete
  48. Keadilan ada di pihak yang benar.Itu adalah pasti.
    Diskusi di sini bukan utk mengutuk mana2 pihak tetapi utk membuka minda masing2 tentang kes berkenaan. beringat lah, apa yang anda semua taipkan di sini mengambarkan tahap akal & rasional masing2. cuma saya ingin tahu cerita dari pihak polis iaitu dari "si penembak". seandainya saksi (kawan adik aminul)boleh dipanggil sehingga 3 kali utk disoalsiasat, kenapa tidak menyoalsiasat polis tersebut utk kali ke-2? seandainya ada parang yg kononnya dijumpai di kereta itu,pihak polis perlu buktikan "parang" itu wujud di tempat kejadian.

    -vic-

    ReplyDelete
  49. kesimpulannyer IMEJ n KEWIBAWAAN polis akan tercemar n terjejas d mata org awam sekiranyer polis gtau cerita sebenarnyer...itu ajeerrr..........salam......

    ReplyDelete
  50. hahha.. ko nk rasa penangan tentera yg kawal negara.. aku rasa.. dng ko pon x sanggup nk keluar malam.. hahaha.. silap ari.. army wat rondaan pakai kete kebal... lg hardcore punya.. x men2 la pistol.. tp meriam... sekali bang.. musti berderai... pdrm ttp d landasan yg benar.. tanpaMU.. negara xkan aman.. yg ktuk2 pdrm tu buat apa,, klau korang eksiden.. n then tinggalkan dunia.. korang nk repot kat sape... apa daaa...

    ReplyDelete
  51. due2 salah...esok presentasion pasal kes ni,,,mampus aku nak ckp pe ek?..
    but 4 me la fmly arwah x perlu nak perpanjangkn kes ni lg..salah pd arwah sndri..polis pun x d nafikan jg..hurmm ntahlah,,sape yg salah haaaaaaa?bpak aku polis peronde jugek..aku terase gak korg ktuk2 polis nieh..da memg kje la...aduhai..tak sbr tggu resultnye nnt..

    ReplyDelete
  52. cube korang fikir , kawan budak nih .dia boleh larikan diri ,lepas tengok kawan dia sendiri mati ?
    boleh dia larikan diri lepas polis tu terajang dia ?
    takkan senang2 polis tu nk kasi budak tu lari camtuh je ?
    yg aku tabik la kan , budak berusia 15tahun tengok org mati boleh berfikir spt org dewasa untuk melarikan diri ?
    kalau aku sendiri tgk kawan aku mati , mesti aku dah terggamam duduk diam..


    amirul nih pun korang fikir la sikit , kalau dia tu budak baik , kenapa dia curik2 keluar rumaah pkul 2 pagi ? dengan bawak kereta tak ade lesen ? dan berani nak langgar polis ?

    korang sendiri pikir la secara logik , kalau dah keluar rumah 2 pagi , bawak kereta takde lesen , lari drp polis . ade ke unsur2 budak nih baik ?

    dlm kes nih , memang tak boleh dinafikan , polis jugak bersalah sbb tembak budak tu ..

    aku salahkan kedua2 pihak ..

    aku plg tak suke , org2 munafik , menggunakan isu2 untuk kpentingan sendiri/politik .


    kpd admin , ingat sikit , kau dpt duit dari nufang dari sumber buat cerita2 fitnah/sumber tidak sahih nih . duit yg ko makan tu hukum nya haram..
    jgn gunakan untuk kepentingan diri sendiri ye.

    salam~~

    ReplyDelete
  53. tembak je semua yg degil

    ReplyDelete
  54. Apa2 pon oranng tak akan bercakap kalau polis buat benda betul .kalau di fikirkan kenapa setiap kereta polis kat malaysia nih tak letakan kamera kalau bab nak cari duit saman pandai tiru us la eropah lah padahal benda macam kemera tu berapa duit sangat.Lagi pun saya di sini sebagai seorang hamba Allah pernah terjadi pada saya merasuah polis dah tak ada jalan lain ketika kesempitan wang.Itu pun kesalahan tak pakai tali pingang di tahan pula oleh dua orang polis yang beermodal kan satu kon polis sekatan di kawasan kampung .Kesimpulan nya polis bukan maklaikat manusia macam kita semua ada naluri jahat ada naluri baik jadi pokok pangkal datang dari pemimpin juga syistem tu tak kena tiada pemantauan dari ketua tertingi ,goyang kaki anak buah di bawah buat macam-macam tu je.

    ReplyDelete
  55. Ni link gambar kronologi kejadian tembak allahyarham aminulrasyid.


    http://2.bp.blogspot.com/_MlS6fGz-GNE/TPCRf8UYx5I/AAAAAAAAAqQ/hw0EfIRENyM/s1600/grafik-tembak-bm.png

    ReplyDelete
  56. A tribute to Allahyarham aminulrasyid amzah...al-fatihah.

    http://www.youtube.com/watch?v=cte-ZDrf-D8

    ReplyDelete
  57. http://www.facebook.com/fuzzlei

    ReplyDelete
  58. sapa suruh bwk keta xdak lesen

    ReplyDelete
  59. Bila Nk Maju Jika Sesama Sendiri x Bersehaluan.. =)

    ReplyDelete
  60. mungkin polis salah, mungkin polis tak salah..tapi kalau tertembak, cakap tertembak, kalo takde parang dalam kereta, cakap takde..kalo ade, cakap ade..jgn tipu..yg ko pegi tembak budak tu pasal ape? dah lama xtembak orang? takpe la, akhirat esok2, kita tahu sape salah, sape tak salah..kes ni, KONFEM POLIS MENANG..

    ReplyDelete
  61. :)memg p0lis meng pnya.......
    pape..2 hal die n tuhan.....
    sedekhkn al-fatihah kpada AMINUL RASHID..siapa salh kita tdk thu...hnya tuhan sja yg thu.... :)
    sejhat2 bdax 2...............jgn la sho0t dia..sab02 laa..bwak bncg dlu k..

    ReplyDelete
  62. kalau pasal mengkritik, orang kita cukup hebat,contoh paling ketara apabila tonton bola sepak,pemain tu bodoh la,buta la,curi ayam la dan macam macam lagi.bila suruh main habuk pun tak tau.Nak tangkap ular sawa pun panggil Bomba.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan