Ketua Polis Negara Merajuk


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.


"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, beritahu sahaja".

Saya boleh arahkan anggota saya supaya tidak bertindak, - termasuk tidak memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang menunggang tanpa lesen,” katanya yang dipetik The Star Online ketika kempen menderma darah sempena sambutan Hari Polis 203 di Kuala Lumpur hari ini.

Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.

Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.

Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu.

"Ia berlaku sekitar jam 2 pagi dan kenderaan itu dibawa dalam keadaan yang mencurigakan. Anggota saya tidak tahu sama ada pemandu kereta itu orang dewasa ataupun tidak kerana keadaan adalah gelap.

"Apabila seseorang enggan berhenti dan terus memandu apabila diarahkan oleh polis supaya berhenti, maka kenderaan berkenaan boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada anggota penguatkuasa,” kata Musa.

Sumber: Malaysiakini

CiLiK©: Macam ni ke cara Ketua Polis Negara bercakap? Polis sememangnya ditugaskan untuk menjaga ketenteraman awam. Kalau dah tak mahu menjaga ketenteraman awam berhentilah, jangan jadi Polis! Tetapi apa yang dah berlaku sekarang di dalam isu ini Polis bukan menjaga ketenteraman awam tetapi telah terbunuh orang awam kerana ketidak cekapan Polis. Seharusnya KPN memastikan anggota Polis cukup terlatih "well trained" kerana ini isu nyawa! Nyawa yang melayang tidak akan kembali lagi kerana kesilapan yang dilakukan oleh Polis. Kami tak marah Polis nak bunuh penjenayah! Yang kami marah dahla kamu silap terbunuh remaja 15 tahun, kamu tuduh lagi dia sebagai penjenayah! Kami tak kata semua Polis jahat semua Polis salah! Tapi kami salahkan Polis yang bunuh adik Aminulrashid, kerana ketidakcekapan kamu nyawa insan kerdil ini yang melayang! Ini satu kesilapan Polis! Polis harus bertanggung jawab bukan berdolak dalik untuk melepaskan diri!

71 Comments

  1. yer betul, kami respect profession polis tp bukan pembunuh budak 15 tahun. lepas tu tuduh arwah plak. malu lah polis keparat oi...

    ReplyDelete
  2. pelik sungguh kes ni.. macam dh tak ade bende lain nak ditembaknyer... tayar kereta tu pn bleh nak tembak kalau dh niat nak bg kereta tu benti..huhuh..~ dan kenyataan ketua polis amat mengecewakan.. beginikah pandangan mereka yang mahu menjaga ketenteraman negara?

    ReplyDelete
  3. putrajaya: Polis Bangang n BODOH.. main temBAK sesuka hati jer? NYAWA oiiiii.. KPN dah nyanyuk...berundur la, bagi org lain jadi KPN pulak...

    ReplyDelete
  4. MALAYSIA DAH JADI NEGARA POLIS.. BERHATI-HATI..

    ReplyDelete
  5. Misteries girl
    aku pelik la perangai dorg nie..patut ke sampai tembak mati??dorg sepatutnya usaha xsampi membunuh!lps tuh adil ke pegawai2 bersalah tuh di pindah tugas ke tempat lain??sepatutnya PECAT!!!macam mana la golongan polis nk di pandang tnggi kn..sama je xbergune langsung!

    ReplyDelete
  6. betul tu... mcm ni ke cara polis cakap?? merajuk??? xprofessional langsung...

    ni negara demokrasi, bukannya diktator... polis xada hak untuk tembak orang camtu. kenapa tak tembak tayar je klu nak suruh berhenti??? ke polis dah rasa tercabar sangat budak xde lesen pun xleh kejar???

    ReplyDelete
  7. pening betol....mmg la mencurigakan tp knp nk tembak...knp x sekat kereta tuh..x kan bdk 15 taun bwk kete pn x dpt kejar,,,

    ReplyDelete
  8. milo tabor-
    ko na majuk pn majuk ler..ko xnk tangkap mat rempit pn xyah ler..tp gaji bulan2 ko xyah la amek ..
    sedekah je kat org miskin..hang ingat hang wat muka sedih , org yg tgk hang ble sedih ka?? hang ingat hang tu pandai sangat ka jaga keamanan negara?? bila hang nk retired??

    ReplyDelete
  9. aku ingat polis ni pn mabuk mase tu..

    ReplyDelete
  10. putrajaya: Sepatutnya bukan PECAT... Sumbatkan dalam LOKAP.. KPN tu kenapa? cakap mcm orang kampung jer.. Tak kan merajuk kot.. sepatutnya dia pergi jumpa ibu arwah tu.. tunjuk keperihatinan.. ini Ketua Menteri Penang yg p ziarah.. PM and TPM tak p? kalau pasal pilihraya..cepat depa p....

    ReplyDelete
  11. well,,,, polis hrus thu mjga keselamatan negara adalah tugas mereka, jika mereka nk mgluarkan statement spt d atas,dia yg harus stop jdi anggota polis o.k?? sebagai pegawai atasan,ambillh prkara nih sbgai pegjrn bkn just nk cover kslhn aggta polis trsebut.

    ReplyDelete
  12. Alahaaiii..kenapa la budak tak da lesen bawak kete pagi2 buta..lepas tu tak berhenti pula bila diarahkan..bukan nak bela sesiapa..if salah polis 100 percent pun tak aci gak..IBU BAPA sila ambil perhatian..kadang2 kita tak tau ape yang anak kita lakukan pada waktu malam (bagi mereka yang suke kuar malam)..Ambil tahu dengan sapa mereka berkawan..pastikan mereka tidak membohonbgi kita..

    ReplyDelete
  13. ni lah polis sekarang...gopoh betol...rasa mcm org wt salah pstu tembak...tau la ada pistol...tp guna la cara btol..nanti silap haribulan, kena tickle sikit pun terus tembak..

    ReplyDelete
  14. Kalau pun bukan budak 15 tahun yang bawak kereta tu... boleh ke polis senang-senang nak tembak? boleh ke senang-senang atau suke-suke bunuh orang mentang-mentang die polis?
    Mana boleh nyawa orang buat main-main....
    hidup sekali je... kalau dah terlepas macam ni dah tak boleh tarik balik... kesian mak budak tu.... nak jumpa tunggu di alam akhirat jelah.....

    ReplyDelete
  15. buat bazir duit rakyat bagi gaji tinggi...akhirnya buat statement bodoh cam budak sekolah...

    ReplyDelete
  16. kalo kt negara maju jd camni,IGP dorang dah lama resign...tp malangnya benda ni jd kt m'sia...so IGP dgn muka x malu leh rilek pgg jawatan tanpa rs bersalah...dah tuh leh plak ugut2 public x mau jaga keamanan negara...mentaliti serupa cam org politaik!

    ReplyDelete
  17. xleyh gak salahkan polos 100%..mmg soal nyawa,tp polis pn ade visi sndiri..cube bygkan kalo kete 2 sbnanye kete penjenayah yg baru lpas bunuh org ke..ape ke..or baru nk bunuh org..kalo polis tembak,dh tentu polis dh selamatkn nyawa org lain..dhla pagi2 buta..pastu ble tahan xnk henti kereta..so polis syak la ade sesuatu yg xkena..kalo ade kes nnti polis jgk kene kutuk xbuat keje..so pk2 la sendiri..pepun,takziah buat keluarga arwah..sye jgk turut rse sdey..huhu

    ReplyDelete
  18. pada manusia2 yg nk pertahankan polis tu, satu je aku nk tanya.. KALAU YANG KENA TEMBAK MATI TU ADIK KORANG KE, BAPAK KORANG KE, ABANG KORANG KE, ANAK KORANG KE, ANAK SEDARA KORANG KE, SEPUPU SEPAPAT KORANG KE, APA KORANG NAK CAKAP LAK YEK? senang je cakap.. kt cni apapn ALASANNYA, polis mmg x berhak tembak sampai mati.. komen yg atas aku ni lagi bangang nak mampus. mana ada syak wasangka je blh terus bunuh! kalau ye pn mmg pnjenayah nk g buat keje jenayah, kn ada undang2 kt malaysia ni, pakai la, ikut saluran. kalau tak mansuhkan je semua undang2 tu, tutup semua mahkamah, senag cite! apa yg mangkuk sangat sampai nak tembak tang kepala tu? aku yang jahat ni mmg doa lepas ni adik kau ke, sapa2 la sedara mara kau mati katak kena tembak camtu, pastu aku nk suruh ko pegi jumpa polis n cakap dorang tak salah 100%, dorang cuma jalankan tugas je. walaupun ko tau relatives ko yang kena tembak mati tu tak salah pape. kat sini orang bukan kata SEMUA POLIS JAHAT! orang cuma marah kat polis yang pegi tembak budak tu. so takyah la nak bela polis2. dah terang lagi bersuluh! bangang betolla!

    ReplyDelete
  19. Ikhuwanul Muslimin30 April 2010 at 01:14

    kan ke dah diterangkan...jika pihak tertentu memulakan dgn senjata...barula polis gune senjata...ni tak...tak pasal2 kereta yg dipandu bleh jadi senjata plak...korg hati2 bwk kereta...pasal kereta korg tu senjata merbahaya...klo polis nak tembak ikut suke hati mak bapak kerajaan malaysia sekarang...ape2hal dorg kejar dulu...klo suspek melawan seperti melepaskan tembakkan barula polis gunekan senjata yg dibekalkan...bukan camtu prosedure nye tuan ketuam polis negara???...ni nak jadikan alasan kereta sebagai senjata merbahaya plak...cube tgk babak kejar-mengejar kt USA...dorg takde pun lepaskan tembakkan...dorg kejar sampai dapat...nampak sgt polis malaysia ni ketegori ayam...tau kejar betina atau duit utk kenygkan perut....

    ReplyDelete
  20. Kami x salahkan seluruh pasukan PDRM. Tapi kami salahkan pada polis yg menembak mati arwah tersebut..Head shot. terang2an kerajaan nak backup lg penembak tersebut. Salahh tetap salah..just hukum je polis tersebut.hukum untk bg PENGAJARAN pd anggota lain.

    Jika diteruskan lg mcm ni.. percayalah..akan berlaku lg kes2 mcm ni..sewenang2 nya polis akan tembak jika suspek org dlm kereta adalah PENJENAYAH, BERSENJATA.. apa nak takut...tembak je. nyawa aku terancam ni..1malaysia akan protect aku..

    ni lah jadinya..bila sesuatu parti TERLALU lama sangat memerintah.. semuanya tinndakan yangg dibuat BETUL..

    Kat malaysia ni, dah sedia maklum..ketelusan mahkamah pun bleh dipertikai.

    Dah sampai masa untuk kita sbg rakyat untk tunjukkan yg kita tdk setuju dengan perkara sebegini..

    alfatihah pada arwah...takziah pada keluarga arwah..

    ReplyDelete
  21. la...cam ni cara KPN jawab?? kalo cam tu, aku boleh jadi KPN cam nih.. jawab nak lepas tekak je.. adoyai..malunye ada KPN cam nih....

    -cyrus-

    ReplyDelete
  22. SALAM SEMUA... HEBAT LG KORANG KRITIK POLIS NIE.. KAN KES NIE MASIH DLM SIASATAN SABARLAH DULU.. KLU MCM NIELAH TABIAT KORANG BILA RUMAH KORANG KENA PECAH PERGI WAT REPOT KAT SAMSENG JGN WAT REPOT KAT BALAI POLIS. JIKA BERLAKU APA2 HAL BUKAN MAIN BATAK LG TABIAT KORANG TERHEGEH2 PI BALAI MENAGIH SIMPATI POLIS MINTA DI BANTU.. AGAK2LAH WOI KOMEN PASAI POLIS.. CUMA SY NAK NASIHATKAN KES MASIH DLM SIASATAN LG SO KITA TUNGGULAH TQ..

    ReplyDelete
  23. bkn nye kitorunk kritik sume polis..segelintir je..
    salah seorang nye yg buat statement bodoh mcm ni..

    ReplyDelete
  24. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan takziah..

    Beberapa menjak ini saya meneroka pelbagai laman web sosial, saya perhatikan:

    1. Ada antara web sosial yg menghina insititusi yg sepatutnya dihormati- PDRM dihina pelbagai gelaran- sebut apa sahaja; daripada Polis israel, polis ada lesen tembak orang sesuka hati, polis rasuah dan segala macam penghinaan diberikan.. tak tertulis

    2. Ada pula laman web sosial yg ditubuhkan khas kononnya utk menuntut keadilan utk Allayarham, tetapi hakikatnya 90% adalah utk mengutuk PDRM

    3. Ada yg menuntut agar KPN diberhentikan

    4. Perbincangan kata-kata kesat di forum mengenai PDRM

    5. Ada juga bersimpati dgn keluarga remaja tersebut

    Pendapat saya:

    1. Walau apapun, polis yg menembak tersebut adalah salah (sepatutnya beliau patut fikir dahulu sebelum buat keputusan]dan telah pun digantung tugas dan dlm siasatan - [tak cukup dgn itu, rakan sejawat yg turut bersama dan tiada kena mengena2 dgn tembakan tersebut turut digantung tugas].....apa lagi mahu? Biar mahkamah jatuhkan hukuman.

    2. Ada sesetengah pihak cuba mempolitikkan isu ini.

    POINT 1- Bagi mereka polis ialah kerajaan, maka kerajaan yg memerintah -persekutuan ialah BN, maka bg mereka yg berpihak pd pembangkang melihat apa yg polis buat mencerminkan kerajaan.

    Sempit betul fikir diorang ni. Mcm thp budak sekolah sungguh. Kalau begitu, Polis di Selangor & Kedah patut goyang kaki. Sebab kerajaan disitu ialah pembangkang.(Hm.. polis yg menembak pun di Shah Alam...)

    POINT 2- Kejadian yg sebegini memang ditunggu2 oleh mangkuk-ayun yg patut dibuang kewarganegaraan ini. Kalau kita fikirkan, penjenayah mcm Kugan pun dijulang dek kerana kemaruk politik, lagikan pulak kes budak, ini memang panas utk dibuat isu.

    Bagi saya, polis tersebut bukan sesuka hati utk menembak. Mungkin niat agar remaja tersebut tidak lari, tetapi dgn cara yg tidak kena. Manusia membuat kesilapan. Dan atas kesilapan ini, sememangnya polis ini telah menggadai jawatannya secara tidak langsung.

    Kalau betul polis suka tembak org sesuka hati, pasti yg mengutuk dlm web sosial tersebut dah mati (pasti hampir semua org ramai pernah at least sekali seumur hidup terserempak dgn polis.. jumpa polis pasti mati kena tembak punya. Nak kutuk pun dah tak dapat...)

    Tak adil maruah PDRM dipijak. PDRM bukanlah satu2 institusi kerajaan dinegara ini.

    Andaikata kalau doktor di hospital cuai hingga meragut nyawa, adakah kita akan hina hospital tersebut? Atau benci semua doktor dlm dunia ini. Kalau macam tu, kalau sakit ubat sendiri... (dalam konteks PDRM, kalau institusi ini seperti yg mereka katakan, kalau ada penjenayah... tangkap sendiri la..ada berani.Macam ni jelah. Buang semua polis yg ada. Biar diorag yg jaga keamanan.Bila ada masalah cari org2 ni. Penyamun datang hulur parang kat tekak sure terkencing dlm seluar punya. Mcm jiran aku..kutuk no 1.. last2 panggil polis jugak suruh dtg. )

    ReplyDelete
  25. POINT 3- Kalau perkara sebaliknya berlaku, tiada siapa yg ambil peduli.. ucap takziah lepas tu lupa.


    Hmm.. kalau polis lumpuh kena langgar mat rempit (aku ada kenal sorang, anak kecik2 lagi), atau mati ditembak penjenayah, takde sape pun nak buat inkues itu ini, tubuhkan akaun web sosial utk tuntut keadialan.. ( sbb isu ni tak panas kalau dibangkitkan).

    Hm.. ataupun kalau penjawat awam mati dilanggar pihak tertentu (contoh yg berlaku tak lama dulu, seorang ahli politik malas-nak-ckp-lmbang mana dgn drivernya telah terlanggar mati penjawat awam)... senyap membisu seribu bahasa.!!!!!

    3. Budak tu pun mcm problem je...? tapi dh tk bole nk hukum dah..

    KESIMPULAN

    1. Salah tetap salah

    Kalau salah kita bicara hukum. Macamlah takde polis langsung yg kena hukum. Kalau polis tu kebal sgt, takde la unit tatatertib. Takdela yg kena buang kerja (ko ingat polis takde ke yg tak kena buang kerja.. nak aku sebut?) takpun yg turun pangkat. Ada yg kena turun pangkat sebab anak buah punya pasal.. cth macam kes ini, superior dia mesti tk duduk diam punya.

    Konon kata polis jahat, rasuah... ada terkena ke polis mintak duit?

    Kalau ada polis rasuah, ambik nombor dia pergi lapor jgn ckp banyak

    Kalau polis buat salah, lapor je.



    2. Tak payah politikkan isu ni

    Bagi aku, ada politik yang dah sampai tahap busuk bangkai. Daging busuk mcm perut boleh makan lagi..(sedap buat kerabu) tapi yg ni dah tahap bangkai... Kenapa?

    Sebab agama dah dipermainkan,(isu peruntukkan masjid, kalimah Allah, zakat etc)... raja dah dihina, SPRM dan nah sekarang ni giliran PDRM pulak.

    Kalau ada salah betulkan.. jgn kutuk aja(mcm dlm konteks PDRM dgn hospital dalam point sebelumnya)

    Aku bengang sebenarnya bila kutuk polis ni.. polis buat kerja tak kira lambang mana (aku pun bukan suka politik pun). Tapi aku bengang bila kata polis itu ini.

    Penat apak aku kerja. Kadang2 nak suruh dia balik je.. Kerja pun korang tak hargai. Korang tido lenyak, apak aku ada kat balai. Kadang2 kena ronda.. (korang dah dibuai mimpi). Kalau yg polis trafik, sampai dapat kanser paru2 sbb ada kat j/raya utk tempoh lama. Panas terik toksah cakap. Paling tak best kalau tak dapat balik raya..

    Kalau bnyk sgt statement condemn sana sini, kalau pekerja lain sure mogok. Tak naik gaji dan bonus pun dah tensen nak piket(bayangkan kalau polis mogok... satu hari pun dah cukup..)

    Aku tak kata semua polis baik. Dan Aku tak kata semua polis jahat.

    Mcm aku ckp, kalau baik kita jadi tauladan, kalau salah kita lapor bagi hukuman.Jgn ckp banyak.

    Dah boring. Pikir sendirilah.

    Kita tunggu keputusan mahkamah. abis cite.

    ReplyDelete
  26. lagi satu .... kalo kes macam ni korang tak nak buat facebook ke .. inkues ke. Silap2 korang pun dah lupa...

    http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_d860e18d-cabec5bb-d1f0ad00-9a92212c

    Dua anggota polis ditembak mati, seorang lagi cedera parah dalam operasi



    Dua anggota polis ditembak mati dalam satu operasi membanteras dadah di Jalan TS2 Taman Suria, Kampung Desa Aman, Sungai Buloh Khamis malam.

    Sementara itu, dua lagi anggota polis yang terlibat dalam operasi yang dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Ibu Pejabat Kontinjen Selangor itu cedera parah.

    Anggota yang mati dikenali sebagai Lans Koperal Alagesan Malappan dan Lans Koperal Jayabalan Krishman.

    Anggota yang mengalami kecederaan parah dikenali sebagai Cif Insp Helmi Zakaria dan Cif Insp Rajkumar Laju.

    Kesemua anggota polis terlibat berusia dalam lingkungan 30-an.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian mengesahkan kejadian tersebut yang berlaku antara pukul 7 dan 7.30 malam.

    Bernama melaporkan beliau berkata ketika operasi itu dijalankan, empat anggota polis itu yang berpakaian biasa bersedia menyerbu sebuah rumah di taman terbabit, dipercayai menjadi tempat tinggal anggota-anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

    "Ketika anggota cuba memasuki rumah itu, suspek-suspek yang datang dengan dua kereta jenis Proton Wira dan Nissan Sentra menghentikan kereta di hadapan rumah itu dan melepaskan beberapa tembakan ke arah anggota terbabit.

    "Suspek-suspek berkenaan kemudian berjaya melarikan diri dengan kereta mereka," katanya.

    Musa menyifatkan penjenayah-penjenayah terbabit sebagai amat berbahaya kerana memiliki senjata api.

    Beliau juga berkata semua kontinjen polis negeri telah diarahkan membuat sekatan jalan raya bagi menahan penjenayah-penjenayah terbabit.

    Katanya Jayabalan mati di tempat kejadian manakala Alagesan mati ketika perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

    "Kamera litar tertutup (CCTV) (di pondok pengawal kawasan perumahan itu) berjaya merakamkan imej kereta penjenayah yang melibatkan lebih daripada empat orang dan kini pihak kami sedang meneliti rakaman itu. Mereka tidak boleh pergi jauh," katanya.

    Bernama difahamkan, Lans Koperal Jayabalan, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak sempat menghubungi pegawainya mengatakan bahawa penjenayah-penjenayah tersebut telah menyerang mereka dalam operasi itu.

    Suasana di Jabatan Kecemasan Hospital Sungai Buloh amat memilukan dengan tangisan keluarga terdekat dan rakan-rakan sekerja mangsa-mangsa yang mati.

    Sementara itu, seorang saksi Tan Ee Kuey, 45, berkata rumah yang diserbu didiami oleh suspek-suspek berkenaan sejak dua atau tiga bulan yang lalu dan mereka jarang berada di rumah.

    "Semasa kejadian saya tengah makan malam di rumah sebelum mendengar bunyi letupan seperti tembakan lebih 10 kali di luar rumah. Bila keluar saya melihat empat orang tersungkur di hadapan rumah jiran saya berlumuran darah.

    "Saya bergegas ke arah mereka dan memasukkan mereka ke dalam kenderaan polis jenis MPV yang tiba di situ. Saya tidak dapat percaya yang jiran saya adalah penjenayah," katanya kepada pemberita.

    Bernama juga difahamkan pihak polis akan mengadakan satu sidang akhbar rasmi dalam masa terdekat berkaitan kejadian ini.- 25/10/2007


    ---> macam aku ckp lah.. org ramai mesti lupa kes ni... nah! cepat..tak nak buat inkues ke.. akaun facebook ke...mana keadilan??

    sendiri fikirlah..


    -Case closed-

    ReplyDelete
  27. tolong lah ketua polis jgn bercakap tak guna akal..kecewa saya bila dia bercakap mcm tu..seperti dh tak ada pendoman lagi..seperti nyawa kita bergitu murah bagi diorg...

    ReplyDelete
  28. kepalahotak buka uniform la. Polis diberi tugas, bukan ikut selera nak tak nak, gaji dibayar. kalau tak nak lagi bertugas, resign bagi balik post kat Bakar.

    ReplyDelete
  29. hahaha..sedang letup mak orang pun dowg bole, ni kan plak nak tembak mati anak orang..biasa r tu,anak2 didik mami rosmah n bang najib..IGP pun dulu tukang usung tilam jer kan,sbb tu mentaliti low..malu r polis2 sekalian,klu kowg masih dok bwh ketiak IGP mcm ni n ikut jer telunjuk hisyam pondan tu..hahaha,gaji nek pun keje mcm haaaaraaaammmmmm....

    ReplyDelete
  30. Polis2 tu dah kena gantung tugas, tunggu keputusan mahkamah.

    *Dari zaman sebelum merdeka hingga skg sistem negara ini dikuasai oleh zionist yg mendakwa mereka ialah kelompok ke13 dari kabilah bani Nabi Ya'akob sedangkan bukan. Mereka nie berpura - pura gunakan nama Israel.

    chairman zionist = Rothschild

    ceo zionist = Rockfellar

    samseng zionist = zionist asia barat, mahathir master mason & the geng.

    polis m'sia ini cuma proxy kepada knight of malta iaitu CIA!!!

    ReplyDelete
  31. Kamen Rider Black~30 April 2010 at 10:50

    Merajuk? Baru org komen sket, baik x yah jd kpn mcm tu...
    bile org awam komen, inilah mase pihak polis boleh perbaiki lagi khodmat dan mutu kerja diorg...jgn bazirkan taxpayer's money...

    ReplyDelete
  32. dah sampai masenye org lain la plk jd KPN...
    dh nampak sgt dh x boleh nk pakai...
    kalau ketua x boleh nk buat kerja betul...
    mcmana anak buah nk betul...
    letak la jawatan tu woi..jgn nk gila kuasa la...
    dh lama dh tu...(black)

    ReplyDelete
  33. Yang patut disalahkan memang anggota berkenaan kerana cuai dalam tugas terutama dalam menggunakan senjata api.

    Kesannya kepada PDRM bukan kerana dirancang pembangkang. Umum tahu akan imej polis banyak terjejas akhir2 ini.

    Pelbagai isu yang menjadi punca mencemar imej polis terutama isu APCO. Jangan nanti perangai polis dilihat ada persamaan dengan polis israel yang separuh manusia itu.

    Secara tidak langsung KPN boleh diminta pertanggungjawaban walaupun bukan salah dia secara langsung.

    Untuk mengawal fizikal, peraturan, sistem dan perundangan sebuah organisasi besar bukan senang kerana ianya ciptaan manusia.

    Apa yang perlu KPN buat ialah muhasabah diri dan kembali mendekatkan diri keada ajaran agama, samada peribadi atau dalam PDRM sendiri. ATM telah ada KAGAT, polis bila lagi?

    Fenomena buruk polis ini kalau dilihat dari kacahati iman dan hakikatnya, boleh dikaitkan dengan penghayatan agama juga. Dalam bahasa kasarnya macam bala kepada PDRM.

    Sebagai KPN, dia kena menjadi rang paling tawadhuk dan beramal dengan agama lebih daripada org bawahan, kemudian terapkan dalam PDRM, baru akan datang pertolongan Allah yang akan 'mengamankan' PDRM secara ghaibiah.

    Kepada PDRM, jangan bergantung kepada kekuatan senjata dan latihan fizikal saja. Kena kembali kepada Allah dalam amalan dan perangai individu.

    Kempenkan hentikan rasuah kerana Allah dan takutkan api neraka, bukan kerana amanah utk negara semata2. Ketua2 PDRM perlu mulakan dulu muhasabah diri. Jauhi maksiat terang dan sembunyi. Kuatkan solat dan ibadah lain dalam PDRM.

    Kalau Allah menghendaki, PDRM akan lebih tenteram, disayangi rakyat dan dijauhi daripada gejala yang diluar kawalan manusia seperti yg mencemar imej PDRM akhir2 ini.

    Dan sebagai langkah awal, bertaubatlah daripada sekongkol dengan Yahudi APCO. Ia bukan semata2 isu politik tetapi ia adalah dosa besar yang mengundang kemurkaan Allah. Sekongkol dgn musuh Allah bermakna mengishtihar perang terhadap Allah.

    Dan Allah bisa saja menyerang balas dengan memburukkan imej PDRM. Akan ada saja perkara yang tidak elok berlaku dan akhirnya PDRM menjadi hina.

    Apa kata KPN ? Kenang2 lah kemuliaan ayahanda tuan itu supaya arwah tidak kecewa di alam sana dengan sikap tuan.

    Amiinn.

    ReplyDelete
  34. Jawapan "menyakitkan hati"!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    Klw xblh ckp xyah la...
    Klw xleh jd KPN xyah la jd KPN...

    ReplyDelete
  35. Musa hasan lagak macam polis diraja malaysia macam dia punya!! Polis Diraja malaysia HAK RAKYAT!!! ni apa punya ketua? main ugut ugut plak...

    ReplyDelete
  36. hidup PDRM!!!!!!!
    kerana adanya PDRM,malaysia dapat mengecapai kemamana yang begitu signifikan....

    ReplyDelete
  37. saya melihat dari sudut yang lain. Punca kejadian ini sebenar nya berpunca dari sikap ibu bapa sendiri yang memberi kebebasan kepada anak anak tampa pengawasan.Anak anak dibiar merayau rayau tengah malam yang sepatutnya mereka ini sebagai anak anak sekolah mesti berada dirumah dan tidak membenarkan memandu tampa lesen.Apabila berlaku kejadian seperti ini maka ibu bapa menyalahkan orang lain pula dan masyarakat menukuktampbah.Tidak sedar akan tanggung jawab sama lah apa yang berlaku pada murid sekolah yang melanggar displin apabila tindakan diambil para guru pula disalahkan.Sedar wahai ibu dan paba ia tidak berlaku jika tanggung jawab sebagai penjaga di jalankan. Jangan lah mencari salah orang lain sedang ia berpunca dari kita sendiri dan saya juga bersimpati atas ketidak cekapan segelintir anggota polis yang menyebabkan nyawa melayang.Sama lah kita memikirkannya.

    ReplyDelete
  38. BUDAK TU PUN 1 HAL GAK...BUAT MENDE KUL 2 PG MSH BERKELIARAN? MCM PG TU NTI TAK SEKOLAH!! PASTU KLU TAK BUAT SALAH YG G LARIK APASAL? POLIS DH TEMBAK PUN MSH GAK TAK BERENTI. G PECUT LAK LAGI...MSTI ADA SMTHING YG TAK KENA DGN BUDAK TU...

    KPD YG MENGATA, BILA POLIS TAK TANGKAP PENJENAYAH NTI, KO KATA JGK...TAK GITU??? SPI KIAMAT PUN TAK ABIS DAA...

    ReplyDelete
  39. xyah komen lebih2..
    kt padang masyhar nanti bru bley tau tru storinye..
    just tunggu & lihat..
    kte dok komen ntah ape2 ni mne tau btow ke salah..
    silap2 bley terfitnah..
    Doakan ALLAH spaya beri ptunjuk..

    -MLH-


    Hidup PAS

    ReplyDelete
  40. pd pendapt aq..
    1.KPN cube nk backup anggota..
    2.budak 2 mmg nasib dye kne tembak..salah masa dan tmpt..
    3.polis yg tembak 2 otak dye cam lembu..cam bru seminggu jd polis..
    4.malaysia skang nie dh jd cam lancau..segala2nye nk d politikkan..
    5.aq msh x phm isu parang 2..ke polis saje jer nk wat2 citer?
    6.asal polis 2 g pukul membe arwah plak?kuar2 kete terus kne pukul..otak cam letak kt jubo..
    7.lastly, aq rse malaysia nie makin teruk d bawah najib..seyes dowh..

    ReplyDelete
  41. milo tabor

    senang je kalu nk tau polis tipu ke x..
    kalu laporan ni ada kuar kat berita tv3 berterusan..kira ok la tu..
    kalu lepasni dia senyap je, kire auta la tu..
    rakyat da masak dgn game politik ni

    ReplyDelete
  42. Aku macam x percaya kenyataan cam nih boleh dibuat oleh seorang yang berjawatan KPN..ni la akibatnya bila rase diri terlalu berkuasa & x boleh di ganggugugat..PM tolong lah jgn dilanjutkan lagi servis KPN nih.. byk lg pegawai kanan polis yg lebih layak dan lebih berwibawa.

    ReplyDelete
  43. statement sungguh tak profesional and tak bertanggung jawab. Admit it or just say sorry lar lagi sedap dgr..

    ReplyDelete
  44. jgn lah kt terkejut kalu KPN yg bg statement macam ini pun boleh dismbg lg kontraknya..semua ini boleh berlaku sbb majoriti rakyat x syg kat negara..individualistik..lantaklah itu org lain punya hal..asal aku dpt makan..cukup lah..yg lain aper aku peduli.

    ReplyDelete
  45. kpn ni daqh tue srh la menteri tkr yg laen....rakyat x perlukan KPN yg mcm pondan tue x sedar diri...

    ReplyDelete
  46. org kita dh biasa begini,.. anak hilang, salahkan polis, anak mati salahkan polis,.... beranak buat apa kalau tak tau nak jaga?..jangan salahkan orang lain..

    ReplyDelete
  47. sedap la hang ckp pak itam hoi..sbb x kena kt adik bradik hang..kalu 1 ari terkena kt adik bradik hang..salahkan lah mak pak hang yg x tau jaga anak..apa punya turrrr..pemikiran hang pown itam gak...

    ReplyDelete
  48. haha..rakyat malaysia perlukan ketelusan polis..
    inilah masenye polis malaysia nk buktikan ketelusan..
    bukannye berdolak dalik cam KPN duk cakap tue..
    merajuk laa konon..
    kalau merajuk bek tukar jantina jer..x profesional lgsg..

    ReplyDelete
  49. CAMNI KE ketua polis jawapan!

    LETAK JAWATAN jer!!!!!!!!!!!!!!!!1

    ReplyDelete
  50. petir_senja

    tua2 pn nk mrajuk....p la blah
    klu dh huru hara
    sistem tersebut perlu diubah
    cm ne nk ubah????
    tggu PR13....

    ReplyDelete
  51. depa x brani gantung tugas 4 org polis tu mngkn ada rahsia yg 4 org polis ni pgng, besa la bl hg gantung maka pecah la rahsia..wallahualam...

    ReplyDelete
  52. sudh la....jgn dk kta2 lg..pa yg jd tlh Allah tetapkn...da hikmah disebalik kejadian...mgkin Allah sygkn adik aminulrasyid psai 2 Dia ambil nyawa adik aminul awal2..mga Allah tmptkn almarhum di tmpt org yg beriman...

    ReplyDelete
  53. Tiger

    ada bebearapa isu di sini.

    1. Polis tk tau sapa dlm keta budak ke dewasa ke
    2. Keta tk bhenti bila diarah, "make sense" bile polis anggap dlm keta tu adalah penjenayah yg sdng melarikan diri.
    3. Dlm keadaan keta laju ianya bole mndtgkn bahaya kpd pengguna jln raya yg lain dn inya juga bole meragut nyawa
    3. Bdk dlm keta baru 14 thun dan tk dikawal oleh ibubapa,. Its ok kalu dorang pg minum enjoy dn sbgnya tapi kalu terjebak dgn gejala kurang sehat mcm mana? Lg pun mrk remaja yg mudah dipengaruhi oleh rakan2 sebaya.
    4. Yg si polis ni pula kenapa nak tembak melulu. Kalu keta tk behenti, minta bantuan peronda lain utk kepung keta tu atau langgar jer dari belakang seperti yg kowang buat selalu tu. Penggunaan pistol adalah merupakan jalan paling terakhir., kowang polis mesti tau punya... so plsss
    5. Andaikata pun dlm tu penjenayah, tk wajar nak tembak, selagi mrk tk melakukan sesuatu yg mngancam nyawa polis..spt melepaskn tembakan, menyerang dgn parang dsbgnya.
    6. Pastu pandai2 pula buat crita nak "cover line"., keta nak undur nk langgar polis (Ni kononnya polis terancam lah nih hishishis) pastu ada parang (Maybe dorang cept2 balik umah amik parang taruh dlm keta tu).. apokobondonya kowang polis. Naib baik kwn budak tu dpt lari kalu tdk, mrk bole ancam bdk tu agar putarkn crita kes yg sebenar yg menyebelahi polis.. Satu hal lagi, kowang suka2 jer terajang belasah org tnpa soal siasat dulu, mcm nih ker perangai kowang?

    Kesimpulan

    Pengajaran kepada semua

    1. Kpd mak bapa sudara2 di sana, kawal lah sikit anak(remaja) tu,. sbb mrk ni kata orng masih lembik dn mudah dipengaruh. So tgk2kn anak kt umah tu yer.
    2. Kpd polis terutama yg ada pistol, baca balik buku undang-undang yg ada,. jgn tembak melulu,. tgk skrng sapa yg susah.. korang juga kan. Kerna nila setitik rosak susu sebelanga.

    Semoga polis yg menembak tu akan mendapat balasan yg setimpal dengan perbuatanya...

    Kpd Adik aminulrashid, alfateha saya sedekahkan.. semoga rohnya sentiasa aman dan tenang.. AMIN

    ReplyDelete
  54. Alamak..kawan2-kawan..cubalah kita jangan cepat melatah..janganlah kita fikir selepas kejadian..fikarkanlah situasi semasa kejadian..jangan asik nak salahkan polis je..bila disempitkan fikiran mcm nihlah jadinya..apa plak nak fikir ahli keluarga plak...

    ReplyDelete
  55. alaai...lau polis tembak orang jer salah...bapak aku dulu kene seret gn mat rempit mase wat roadblock takder pon orang keco2 camni...mmg arr masok paper,tb...tapi tade pon orang nak mik pot camni...korang ta paya la nak pakai huja budak 12 taun...perlu ke tembak..perlu ke tembak..mmg perlu...cikgu skola budak tu sdri cite kat aku sal budak tu...hentikanla kutuk2 polis...polis yg tembak budak tu pon aku kenal sangat2...pasni yg kutuk2 polis,cakap polis binatang tu...lau kene samun ke ape,jgn repot polis...g repot kat pejabat kadi ke..abes cite...

    ReplyDelete
  56. kawan dier tu anak polis gak..anak kawan bapak aku...budak tu da diajar camaner nak wat statement...lau polis blasa budak umo 15 taun...siap kene sepak kepale...da tentu pecah muke..ni kesan lebam sikit sangat...kat tangan lak tu...tak masok akal...polis2 tu da tentu tenage kuat dari budak tu...rentikanla ye...bapak aku dari puti sampai skg da jd cam tamil sebab bekerje utk keselamatan krang...siap koma sebab orang yg xbelesen...

    ReplyDelete
  57. sebab tu la lam islam xdigalakkan kua malam tanpe ade sbb yg sangat ta ley elak...malam ni seribu satu kejaatan...ley timbul fitna...tgk da jadi camtu...tak ker sie2 idop...jgn dok blame polis je...orang jaat jer ske kua malam suke2..malam utk beribadah,berehat2...pade ibu bape...bgn la tgh malam,jenguk2 anak kat bilik...

    ReplyDelete
  58. baek ker budak tu yg korang nak sokong..siap wat akaun fb..korang ta kenal pon...polis tembak tu asbab je..mmg ajal budak tu da sampai...tak blaja ke..ajal maut ditangan Allah..jgn arr kutuk2 polis...lau korang kt tmpt polis tu msti syak bukan2 kan,asal lari,takat tade lesen benda remeh la...benti je suda..XDER POLIS TU SAJE2 NAK TEMBAK ORANG...die pon kene turun naik makamah gak...jadi isu gak kan..

    ReplyDelete
  59. hohoho woi bdak je pn xkn sampai tembak LOL

    klu yer pn dak tu lari xleh kejar ker?hohoho stamina xkuat ker?wah2 xleh ka klu tembak kaki ka tgn ka?tp sampai mati ni pe cer?

    wei korg yg sokong polis tembak tu...ko cari balik law tembak cmner?

    kkdg tu yg bdoh bdoh gak...

    skrg ni yg salah polis tembak ngaku jelh ni nk berdalih2...

    aaah aku kisah peee...kat akhirat jwblh yerr ngn org yg skong polis tembak tu yerr

    xpelh korg xde anak klu dh de anak kene tembak dek polis sendri rslh...

    korg pn leh pkir dak lari kejarlh tgkap ni sampai tembak2 pe citer?

    oi pkir tu pkir yg leh dtrima akal...

    ReplyDelete
  60. Aku rasa bagus takde polis, sebab nanti kes-kes cam ni sure takkan berlaku. Anak-anak aku pun bebas keluar malam, takde polis nak ditakutkan. Polis tak leh KEJAR anak aku. Polis tak leh TANGKAP anak aku. Polis tak leh PUKUL anak aku. Polis tak leh TEMBAK anak aku. Aku sebagai bapa pun leh tidor nyenyak malam-malam sebab percaya dan yakin anak aku tu baik.

    Lebih baik seme polis berenti jer jadi polis, aku rasa masa tu barulah malaysia ni aman damai. Aku dan keluarga aku pun selamat dan bahagia.

    ReplyDelete
  61. nasib bek bukan penembak evo10 pdrm yg buat... klau depa buat.. UTK it right.. die for something, or die for nothing... klau dengar cerita2 bekas komando.. korang tau laa apa itu jenayah.. ancaman.. ada yg terpaksa bergadai nyawa.. demi menjaga keselamtan orng awam..
    kpd en zali.. UPSR ko mesti gagal kan... hahahaha
    KPN adalh benar.. aku sokong 100%.. jga negara bukan semudah jga keluarga.. beliau menjaga jutaan rakyat malaysia... di manakah tanggungjwb ahli keluarga dalam menjga keselamatan anak2.. jika ibu bapa tegas.. semestinya.. anak2 mendegar kata2.. bila dah jadi bubur.. pihak lain yg menjadi mangsa.. KPN tu.. dah bnyk kes yg dia tau soal kematian anggota bwahan beliau gara-gara jenayah.. dia pon manusia juga.. apa yg berlaku takdir NYA... semoga adik amirul d tempatkan orang2 yg beriman.. al fatihah...

    ReplyDelete
  62. Anak merayap pukul 2-3 pagi tak kisah pulak. Bawak kereta tak ada lesen tak salah. Bila polis tahan kereta tak mahu berhenti. Pecut kereta pulak lari dari polis... Kalau korang jadi polis ada ke nak kata pemandu & penumpang kereta tu orang baik-baik? Dah kena tembak salahkan polis pulak.... Manusia tak terlepas dari kesilapan. Kalau asyik tuding jari memang tak akan selesai. Ibu bapa kena pantau anak-anak jangan sampai jadi cerita 'Anakku Sazali'. Pasukan polis pula kena lebih berhati-hati mengendalikan situasi macam ni. Segala tembakan senjata harus dapat kebenaran pegawai atasan seblum dilepaskan. Baru nampak S.O.P. tu.... Zaman sekarang zaman orang nak saman jer!

    ReplyDelete
  63. Hehehe..
    to max power.. ini dinamakan 'reverse psychology'.
    Komen tu utk menyedarkan mak bapak supaya jaga keluarga sendiri sebelum dok salahkan org lain seperti polis, cikgu, internet, TV ataupun rakan sebaya anak.

    Anak adalah amanah Allah dan kita bertanggujawab mendidik mereka. Kalau anak buat salah, maknanya mak bapak depa ni yang SALAH dan mak bapak yg perlu muhasabah diri sendiri dulu, sebelum salahkan faktor dan org lain.

    ReplyDelete
  64. Yang bercakap tu salah mak bapak budak tu n salah arwah budak tu....aku nak jugak tau kalau kena atas muka korang, anak korang yg kene tembak mcm arwah ni, apa korang nak cakap? Ada tak korang akan salahkan diri korang sendiri sebab tak pandai jaga anak atau korang salahkan anak korang yg mencurigakan tu? SEBELUM CAKAP SESEDAP MULUT, LETAK ANDA N ANAK ANDA DI TEMPAT MANGSA.

    ReplyDelete
  65. kepada pemberi komen anonymous korg tau pa sal keja polis.klu nk ckp & memaki hamun sapa pn blh.korg kn sedar diri ckit ma...
    klu korg susah @ ditimpa malapetaka yg mensabitkan @ memerlukan polis,polis jgk korg cr.korg sedap ckp ja.mgkn korg ni sekolah tinggi2 TP BODOH TINGKAT2....

    ReplyDelete
  66. 1. Dakwa melepaskan 4 das tembakan, bila diperiksa hampir 15 kesan tembakan pada kereta sahaja.... yang tersasar belum tau lagi (Peluru penabur ke MP5 punya peluru tu?)

    2. Mula2 dulu kata parang dalam boot kereta, sekarang kat tempat duduk penumpang pulak. ada 2 barang kes ke?

    Memang salah lah jugak pada mangsa tu sebab melarikan diri, xnak berhenti, bawah umur, xda lesen etc etc..... Tapi kalau dah tertembak mengaku aje lah. Jangan la mereka-reka cerita xtentu pasal pulak. Kalau nak bandingkan dengan polis yang mati kena tembak, kena langgar, tengok semula, ada ke mangsa ni buat semua tu? keluar bawa pistol, parang ke serbu polis tu? kalau ada bolehlah digunapakai senjata api tu sewajarnya atas faktor keselamatan. bukan jadi "trigger happy". Faham fahamlah yang ramai di sini tidak berpuas hati kerana selepas kejadian, make up cerita.

    Salute pada polis2 yang betul2 bertugas dgn prinsip. Xambil rasuah dan ikhlas menjalankan tanggungjawab.

    ReplyDelete
  67. Anonymous | October 16, 2010 5:20 AM

    kepada pemberi komen anonymous korg tau pa sal keja polis.klu nk ckp & memaki hamun sapa pn blh.korg kn sedar diri ckit ma...klu korg susah @ ditimpa malapetaka yg mensabitkan @ memerlukan polis,polis jgk korg cr.korg sedap ckp ja.mgkn korg ni sekolah tinggi2 TP BODOH TINGKAT2....

    Reply:
    oooh...dia ni polis rupanya. patut la marah bebeno. tak pun abang dia polis, tak pun bapak dia bekas polis, tak pun abang ipar dia polis, tak pun mak tiri kakak ipar dia polis....
    rilek bro rilek...tak payah emotional sangat. Apa-apa pun...aku cuma nak tambah sikit je kat sini. Bukan semua polis bangsat dan kurap dalam PDRM. Ada yang betul-betul ikhlas berbakti untuk negara kerana Allah. Yang ni aku memang respect giler ah.
    Tapi yang tak sedapnya, ramai betul yang bangsat dan kurap. dan kerana merekalah, negara kita dah tak macam malaysia lagi dah. Kadang-kadang bila aku turun KL hujung minggu, kat kawasan Pudu dah jadi macam Bangladesh. Petaling Street dah memang macam Hong Kong punya black area dah. Bukan setakat aku orang biasa ni je yang tak berani nak jejak kaki kat situ. Polis sendiri pun takut nak usik ganster-ganster situ!!! Then bila gi Chow Kit pulak macam bukan negara sendiri. Macam kat Jakarta. Kat Kepong dan Puchong dengar citer dah banyak geng Africa.
    Dan mereka-mereka inilah yang sering buat kacau di negara kita. Takde lesen berniaga, tapi apa pihak berkuasa buat?
    Dah banyak laporan polis dibuat sebab Negro yang duduk kat apartment suka buat bising, tapi apa polis buat? Visa/passport dah lama expired, tapi tak mau balik. Sebab diorang "hulur" je...pihak berkuasa (semua yang terlibat, aku malas nak sebut, korang pikir la sendiri) bagi green light tinggal tanpa permit seminggu dua lagi. Nanti diorang datang lagi kutip "cukai kepala, cukai pintu", ntah apa jenis lagi "cukai".
    Sorry sebab aku bercakap berpandukan kebenaran yang suci. Kebenbaran yang nyata yang tidak ada dalam TV atau suratkhabar edisi kerajaan. Tapi kebenaran ini yang aku dapat sendiri daripada mulut-mulut mangsa keadaan (yakni pekerja-pekerja asing yang terpaksa bayar untuk tinggal di sini secara haram)

    ReplyDelete
  68. Bapa perihatin | April 30, 2010 12:14 AM

    saya melihat dari sudut yang lain. Punca kejadian ini sebenar nya berpunca dari sikap ibu bapa sendiri yang memberi kebebasan kepada anak anak tampa pengawasan.Anak anak dibiar merayau rayau tengah malam yang sepatutnya mereka ini sebagai anak anak sekolah mesti berada dirumah dan tidak membenarkan memandu tampa lesen.Apabila berlaku kejadian seperti ini maka ibu bapa menyalahkan orang lain pula dan masyarakat menukuktampbah.Tidak sedar akan tanggung jawab sama lah apa yang berlaku pada murid sekolah yang melanggar displin apabila tindakan diambil para guru pula disalahkan.Sedar wahai ibu dan paba ia tidak berlaku jika tanggung jawab sebagai penjaga di jalankan. Jangan lah mencari salah orang lain sedang ia berpunca dari kita sendiri dan saya juga bersimpati atas ketidak cekapan segelintir anggota polis yang menyebabkan nyawa melayang.Sama lah kita memikirkannya.


    Reply:
    Awak ni pun satu hal. Kalau tak tau citer sebenar baik diam je.
    Masa tu tengah malam, keluarga dia semua dah tido. Adik ni keluar senyap2 ambik kunci kereta. Sebab dia dan kawan dia nak gi kedai mamak nak tengok bola live. Mungkin rumah xde astro ataupun takut mengganggu orang lain yang tidur kat umah kalau pasang TV. Itu aku tak pasti. On the way, terserempak polis, budak2 ni kecut perut la sebab mandu takde lesen. bila polis suruh berenti, diorang takut nak berenti. So, polis tembak. Itu la kisahnya.

    Aku rasa takde mak bapak dalam dunia ni yang suka anak remaja dia keluar tengah2 malam, wahai bapak prihatin oi. Jangan salahkan mak ayah dia. Diorang sendiri pun tak tahu yang adik ni keluar senyap2. ada paham?

    ReplyDelete
  69. see more..

    http://www.facebook.com/fuzzlei

    ReplyDelete
  70. kalu aku jd polis tu mmg aku tembak je xperlu persoalan bdk umur berapa tgk arr skrg budak pun sgp bunuh mak bapa sendiri

    ReplyDelete
  71. mulai hari ni, polis dah boleh tembak mat rempit..ha, puas ati kan ENCIK POLIS..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan