Kugan dipukul Polis kata saksi

Seorang lagi saksi pendakwaan mengesahkan di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya hari ini bahawa Konstabel V Navindran telah memukul suspek kes curi kereta mewah, A Kugan, dengan hos getah.

L/Kpl Junid Harun memberitahu mahkamah bahawa beliau melihat Navindran meninggikan suara dalam bahasa Tamil sebelum memukul Kugan.

Katanya beliau melihat kejadian itu sebelum beliau mengambil alih tugas di bilik soal siasat pejabat jenayah berat (D9) di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya, pada jam 4 petang, 16 Januari 2009.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali, Junid berkata tertuduh terus beredar dari situ apabila beliau menegurnya dengan menyatakan bahawa ketika itu bukan gilirannya untuk melakukan soal siasat terhadap suspek berkenaan.

Sebelum ini, pada 6 April lalu, seorang lagi saksi pendakwaan Konstabel Mohd Fauzi Mohd Nor turut memberitahu mahkamah perkara yang serupa di mana Kugan telah dipukul dengan hos getah berwarna hijau yang dilipat dua.

Ketika ditanya Lailawati sama ada beliau ada melihat Navindran telah membawa masuk hos getah berkenaan ke dalam bilik itu, Junid berkata beliau tidak ingat dan hanya nampak tertuduh masuk ke dalam bilik itu.

Junid berkata beliau dan empat anggota lain bertugas mengikut giliran daripada 16 hingga 20 April dalam mengawal Kugan dan tugasan soal siasat.

Sepanjang tempoh itu juga, katanya, Kugan telah dibawa keluar dari balai berkenaan ke Ipoh, Jelapang, Ipoh dan Tanjong Karang, Selangor untuk mengesan suspek lain yang disyaki terbabit dalam sindiket curi kereta mewah.

Junid saksi ke-19 memberi keterangan pada perbicaraan kes Navindran, 28, yang mengaku tidak bersalah pada 1 Oktober lalu terhadap dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada Kugan, 23.

Navindran yang diwakili peguam Datuk P.M. Nagarajan, didakwa melakukan perbuatan itu di bilik soal siasat pejabat D9, di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya, 7 pagi, 16 Januari tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Bagi dua pertuduhan pilihan menyebabkan cedera kepada Kugan, Navindran turut mengaku tidak bersalah di tempat dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Kugan, yang ditahan 14 Januari tahun lalu, meninggal dunia enam hari kemudian semasa berada dalam tahanan polis.

Menjawab satu lagi soalan, Junid berkata Kugan tidak pernah mengadu tentang kesihatannya ataupun dipukul oleh anggota polis yang lain termasuk Navindran.

Junid juga memberitahu mahkamah beliau tidak membuat sebarang catatan pada buku rekod balai mengenai kejadian memukul tersebut ataupun memaklumkan perkara itu kepada pegawai atasannya.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan 29 April ini untuk Junid disoal balas oleh pihak pembelaan.

8 Comments

  1. Penjenayah macam A.Kugan telah di julang sebagau hero oleh puak pembangkang, semasa perarakan pengebumian mayat A.Kugan ni ada sorang apek tua cakap.

    "Hello kawan, apa pasai sibuk-sibuk pasal itu olang, lu olang tahu ke itu olang banyak buat kami susah, curik kereta, pukul olang, sikalang lu olang mau angkat dia jadi helo ka".

    Lepas ni harap Pihak Polis melutut dan merayu kepada penjenayah, jangan sesekali menggunakan kekerasan. Inilah yg puak pembangkang mau.

    Mr.Puaka

    ReplyDelete
  2. menentang kekerasan dgn kekerasan jugak??
    dgn membunuh dgn kejam??
    2 yg kerajaan mau???

    ReplyDelete
  3. Hello Anonymous April 22,
    Walau dia penjenayah sekalipun, polis tak berhak ambil nyawa dia. Setiap nyawa adalah berharga, hanya Allah saja yang berhak amibil nyawa seseorang. Alasan untuk mendapatkan maklumat dari soal siasat tak menghalalkan perbuatan itu. Dalam etika polis pun tak membenarkan, inikan pula hak asasi manusia.

    ReplyDelete
  4. haha.... baguslah nak cepat setel kes
    mana-mana penjenayah besar ke kecik polis boleh
    bunuh je... ambik pisau tikam leher die.. setel kerja..
    sebab diorang tu penjenayah tak perlu dibela... kah kah kah ape la mr.puaka padanlah ko berpuaka... hahaha

    ReplyDelete
  5. Penjenayah mati bukan main bela...polis mati masa operasi sekor pun tak ambik tau...tak adil beb!!

    ReplyDelete
  6. mencari kebenaran dlm kegelapan23 April 2010 at 05:01

    aku setuju ngn licik....wlaupun aku ni pihak pmbangkang, tapi aku dlm kes kugan ni aku x berapa selari dngan pendirian mereka,...
    anggota polis tu bkn nk bunuh pn si mendiang, benda ni out-of cntrol..mn ada soal siasat dilakukan dlm "gelak ketawa"...
    lagi satu, knapa kmlngan2 yg menimpa anggota polis x diendahkan oleh "pihak2 ini", kat lua tu ramai polis yg cedera, lumpuh hinggakan tekorban demi memastikan rakyat malaysia hidup dlm aman damai...
    tup2, tiba2 suspek ni pulak yg di agung-agungkan??-buka minda, luaskan penghayatan, keadilan akan menjelma

    ReplyDelete
  7. Tegur penjenayah mati dlm tahanan polis patut jadi isu kerana imej polis akan terjejas, rakyat akan anggap polis tidak boleh dipercayai hingga doktor Thailand yang terlibat kes Beng Hock pun takut dengan penguatkuasa negara ini.

    Bukan kerana membela penjenayah. Sama seperti Anwar ditumbuk dlm jagaan polis.

    Mana2 jabatan kerajaan pun akan menerima nasib yang sama. JKR contohnya sentiasa dipersalahkan walaupun belum tentu setiap isu berkaitan mereka adalah salah mereka.

    Ini semua bagi memastikan agensi kerajaan berjalan betul dan sentiasa berintegriti walaupun dibawah pemerintahan pembangkang. Walaupun kes 1 saja, imej dan kredibiliti akan dipersoal sentiasa.

    Mayat Kugan memperlihatkan begitu teruk dia disiksa hingga mati walaupun kita belum tahu siapa yang bersalah.

    Apabila polis pula yang kena, bukan kita tidak simpati dan sokong polis tetapi undang2 dan seluruh sistem negara sudah ada untuk membela mereka.

    ReplyDelete
  8. benda nih kita boleh umpamakan berat mata memandang berat lagi keluarga mangsa tuh yg memikul.. x kena batang hidung sendiri boleh la cakap macam..

    cuba kene kat family sendiri.. hari nih kene,, hari nih gaks isytihar blacklist dengan polis n government.. silap2 habis satu jabatan kerajaan yg terlibat semua d samannya.. manusia2.. hipokrit

    sham, shah alam

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan