MCA dan UMNO bertelingkah

Usaha Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dengan agenda konvensyennya di Shah Alam, hari ini menerima tamparan apabila 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis itu.

Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai yang dihubungi melalui telefon berkata antara punca tidak puas hati mereka ialah kerana MCA dianak-tirikan pada konvensyen berkenaan.

Antaranya, hany
a lagu BN dan Umno dinyanyikan sedangkan lagu parti komponen lain tidak diendahkan.

“Konvesyen itu dianjurkan oleh BN, jadi menyanyikan lagu Umno tidak mencerminkan semangat BN dan juga 1Malaysia,” kata Song lagi.

Selain itu, katanya, hanya tetamu dan pemimpin utama dari Umno yang dijemput duduk di pentas utama. Mereka termasuk Datuk Mohd Zin, Datuk Seri Noh Omar, Shafei Abdullah dan seorang lagi.

Tiada tetamu ataupun pemimpin parti komponen lain yang dijemput ke pentas utama.

Menurut Song apa yang menghangatkan lagi suasana ialah ketika ucapannya, Noh Omar yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor berkata orang Melayu telah banyak berkorban demi rakan-rakan bukan Melayu. Menurut Noh, rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima-kasih kerana diberikan kerakyatan.

Noh Omar jug
a memetik ucapan daripada presiden keempat MCA, Tun Tan Siew Sin dan presiden kelima MIC, Tun VT Sambathan pada zaman era tahun 1960an yang memuji Umno kerana memberikan kerakyatan kepada bukan Melayu.

Song berkata bahagiannya menganggap ucapan Noh itu satu penghinaan kepada masyarakat Cina dan India di negara ini.

Di sebalik memulaukan sebahagian besar aktiviti konvensyen itu, Song dan ahli-ahlinya akan kembali petang ini untuk menghadiri pelancaran kempen 'BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN dan Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13.

Sementara itu, setiausaha agung MIC, S Murugesan juga melahirkan rasa kurang senang kerana tiada pemimpinnya diletakkan di pentas utama.

"Nampaknya mereka seperti tidak menghormati kami,” katanya.

Bagaimanapun katanya, aduan sudah disampaikan kepada pengerusi penganjur, Mohd Zin yang berjanji memperbetulkan keadaan.

"Mereka telah meletakkan kerusi tambahan di pentas dan berjanji kepada saya bahawa lagu Umno tidak akan dinyanyikan pada sessi petang apabila Perdana Menteri, Najib Razak tiba.

"Jadi buat masa ini, saya tiada masalah,” katanya.

Sumber: Malaysiakini


CiLiK©: Semakin parah keadaan politik dalaman Be End nampaknya, UMNO terus menerus bersikap rasist kepada rakan-rakan parti komponennya. Kalau ini berterusan, tak lama lagi karamlah kapal Be End ni... Selamat berkubur PRU13

5 Comments

  1. Sokong Cilik Selamat Berkubur kepada UMNO
    dan Barisan Nasional....!

    ReplyDelete
  2. Rupa-rupanya org mca Dan mic ni nak duduk Kay pentas je, bagi satu dua kerusi, pasti terus diam.

    ReplyDelete
  3. BN memang dah x relevan.. aku pelik.. nape masih ade yang x nampak..

    ReplyDelete
  4. salam

    yg masih xnmpk tu sbb dok tgk dan baca

    tv3suku, berita hairan, utusan meloya, dan seumpanya...

    ReplyDelete
  5. pepayaa
    SELAMAT PAGI BOSKU AYO MARI DATANG DAN BERGABUNG BERSAMA KAMI DI WWW S128AGEN COM
    KAMI MENYEDIAKAN PERMAINAN MENARIK YANG DAPAT ANDA MAINKAN
    - SPORTSBOOK
    - SABUNG AYAM { HOT GAME }
    - TEMBAK IKAN
    - TANGKASNET { HOT GAME }
    AYO MASIH BANYAK LAGI GAME YANG KAMI SEDIAKAN
    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 0878-6720-2559

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan