Thursday

Muhyidin bakal dibogelkan di Hulu Selangor


Zaid Cabar Muhyiddin Isytihar Aset

Dalam kempen tidak rasmi hari pertamanya, calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau bersedia untuk mendedahkan kekayaannya tetapi mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar turut berbuat demikian.

Cabaran itu dibuat beberapa jam selepas Muhyiddin mengatakan bahawa Zaid dipilih sebagai calon PR kerana kekayaan beliau, bukannya kerana kemampuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sebahagian anggota Kabinet menentang idea mengisytiharkan harta ketika berkhidmat di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Zaid merupakan bekas menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perundangan dan kehakiman.

Zaid yang malam kelmarin diumumkan sebagai calon PR mengatakan demikian ketika berceramah di sini malam tadi.

Pendirian Zaid itu turut dimuatkan dalam blognya semalam.

Ketika bercakap di hadapan kira-kira 300 orang di dewan serba guna Kampung Sungai Buaya, bekas Ketua Umno Kota Baru dan Ahli Parlimen Kota Baru ini menyangkal dakwaan bekas rakan-rakannya dalam Kabinet bahawa beliau seorang yang mengamalkan rasuah.

“Isunya bukan sama ada kaya atau miskin tetapi sama ada wujud penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Zaid berkata beliau hanya merupakan menteri undang-undang dan kehakiman selama enam bulan.

Ketika itu katanya, beliau tidak pernah menyelia Petronas, tanah, air atau mana-mana sumber lain.

Saya diberi tanggungjawab terhadap aspek undang-undang dan kehakiman. Jadi di mana ada duitnya,” soal Zaid sambi berseloroh bahawa beliau hanya ada seorang isteri, tiga anak dan hidup sederhana.

Tambah Zaid, banyak dakwaan dibuat berkaitan dengan tahap kekayaan dengana ada yang membuat cerita kononnya memiliki rumah di Dubai, London dan Australia.

“Saya berharap ia betul tetapi saya hanya ada rumah di Kota Baru, yang mana saya beli 15 tahun lalu dan sebuah rumah di Petaling Jaya,” katanya.

Sehubungan itu beliau merayu kepada hadirin, kebanyakannya peneroka Felda supaya memberikan beliau peluang untuk berkhidmat kepada mereka.

“Saya ahli politik sepenuh masa. Saya tiada kerja lain,” katanya dengan merujuk bahawa akan mampu perkhidmatan sepanjang masa jika dipilih.

Semalam Muhyiddin berkata beliau percaya Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih Zaid sebagai calon PR bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor disebabkan kedudukan kewangannya, bukan semata-mata kerana keupayaan boleh berkhidmat.

Saya diberitahu bahawa beliau dipilih kerana mempunyai banyak duit, bukan kerana beliau boleh berkhidmat,” kata beliau ketika ditanya sama ada Zaid menjadi pilihan PKR kerana ketiadaan calon lain.

“Namun, keputusan itu milik mereka. Saya yakin kepada para pengundi, mereka mahukan pembangunan,” tambah Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Zaid anak kelahiran Kelantan telah dipilih secara rasmi sebagai calon PR malam kelmarin.


CiLiK©: Ha ha ha amacam din? berani ke istihar harta? Comfirmlah tak berani kang kantoi duit yang kat bawah bantal tu kah kah kah... Kita tunggu dan lihat kalau TPM kita ni bersih takda masaalah nak istihar harta...

16 comments

Ah mamposlah Din bengong tu nak istihar harta dia...
tak payahla nak kencing kalau ko bersih....!!!

Inilah muka wak yang pernah didakwa jual tanah kat singapura. sampai sekarang x berani nak nafikan. mana berani dia nak isytiharkan harta2nya bacul punya menteri .. cerita macam dia betul tapi bila kena diri sendiri membisu terus.. macam ni punya orang leh jadi menteri ka?? baik lantik Koh Soo Koon jadi TPM lagi bagus menteri KPI .. hahahaha

semua kakitangan kerajaan 'wajib' isytihar harta...tetapi kenapa menteri2 tak isytihar harta2 mereka???


black.

kt malaysia sape jd org politik or menteri adelah antra yg terkaya..tp sbb xpnah isytihar harta xde sape taw..kalo isytihar agaknye mst masuk snarai org terkaya dunia..raja gula pn leh kalah..huhu

mereka pasti tak berani buka pekung kerana dah pasti kena jengok kat sprm punya. bukan sehari dua mereka pegang jawatan. dah berapa banyak duit mereka dapat. rakyat jugak kempunan nak merasa kemewahan hasil bumi sendiri

Alaa...aku tak sokong PR pun rasa tak betul calon korang kali ni....letih korang nak cover si zaid...hmmm rasanya dlm PKR sendiri ada politik dalaman..politik dlm politik...hehehe

"saya hanya ada rumah di kota baharu dan PJ"..hehehe...taklah kaya sgt kot si zaid ni hehehe...

teringat kata2 Bang Nuar lepas kena pecat thn 98.."saya tak ada apa2.. ada rumah kat damansara tu ja..."...heheh hohoh horlicks

penipu nak ckp benar? kiamat dunia kalau pemimpin amno bercakap benar. hahahahha

pak din kalau hendak berjuang utk kesejahteraan rakyat cuba pak din perjuangkan nasib org2 di johor tu dahulu, bercakap biar ikhlas, mahathir tu dah pencen nyanyuk apa engko takut lagi dah nak jalan tak lama lagi, kita hidup atas dunia bukannya kekal pak din oii,

helo kawan2,jangan dok bising2.ambil contoh tok guru dan 20 tahun jdi menteri besar dok kat rumah kayu lgi.kita kan orang islam kena la ikut contoh yg baik2.jadikan tok guru sebagai contoh.ini tidak kalau dak kaya nk kaya lgi.apa nk jadi dgan org kita skarang ni.patutla org ckap umno ni haprak.

Yakkk...tok guru dah 20 tahun jadi menteri besar..bla,bla,bla.. tok sah percayalah ngan cerita mat jenin tu...N.Ajis tu lebih syaitan dari iblis.
Nak istihar harta bukan masalah, buatlah kenyataan awam..bukan atas pentas ceramah, yang terdiri daripada pengundi-pengundi yang tak tahu amende ke istihar harta tu....

Piiiiraaah.Kalau berani dan tulus bgi siaran dan ruang dalam TV.
Ni tidak bila tayang dalam TV dok potong sana sini.Macam ni yg dok kata baik.ckap tak serupa bikin.Kalau bagi pun jenuh dak tapis buat mcam kita ni org asing.Kalau siaran hiburan bagi ruang melalak sampai siang.BOdoh.sendiri mau fikir la kalau nak hukum orang yg mana bapak syaitan dan yg mana datuk iblis.

JomoSamaTuaran | April 17, 2010 10:47 AM
Yakkk...tok guru dah 20 tahun jadi menteri besar..bla,bla,bla.. tok sah percayalah ngan cerita mat jenin tu...N.Ajis tu lebih syaitan dari iblis.
Nak istihar harta bukan masalah, buatlah kenyataan awam..bukan atas pentas ceramah, yang terdiri daripada pengundi-pengundi yang tak tahu amende ke istihar harta tu....
_____________________________________________________

JAKA JAWAB :

Usia jomo dah 44 tahun masih tidak tahu berbahasa elok. Adalah biasa bagi syaitan dan iblis melabelkan ulamak sebagai setan dan iblis. Sama macam yahudi melabelkan manusia semua binatang walhal merekalah binatang. Bukan soal istihar harta, jika ada bukti bongkarlah harta tersembunyi yang diambil secara tidak sah oleh pemimpin PR.

Soal Zaid kaya atau miskin bukan masalah. Yang masalah ialah apakah harta dikumpul hasil daripada mendapat kuasa dalam umngok dengan syarikat RM2 atau memang sudah kaya sebelum masuk politik?

Sama macam Tan Sri Khalid yang telah sedia kaya. Nak dituduh rasuah bagi lembu korban hahaha. Sudah tentu yang menuduh itulah lembu yang patut dikorbankan (dah terkorban pun dlm pilihanraya). Yang menuduh terpalit rasuah lebih besar tiba2 tergamak menuduh bagi lembu korban sebagai rasuah.

Nak tuduh Khalid rausha kerana guna kereta peribadi utk tugas rasmi? Patutnya diucap tahniah kerana tidak perlu membazir duit negeri utk beli kereta baru.

Pemimpin PR tidak akan selamat jika mereka memang rasuah. Mereka sentiasa diintip umngok luar dan dalam. Sampai dalam seluar Anwar pun menjadi minat kepada umngok. Sesiapa yang dapat sehelai bulu Anwar sudah tentu boleh dijual pada umngok berjuta ringgit.

Kerana itu Anwar dituduh liwat. Kerana selepas dikaji2 semua jenis jenayah adalah biasa dalam umngok, hanya liwat aja dianggap pemimpin umngok tidak terlibat. Maka digunakan tuduhan bertaraf lembu(liwat)ini 2 kali tanpa jemu.

Umngok ni kalau boleh nak tuduh semua pemimpin PR dengan liwat sebab itu saja yang mereka tidak buat(setakat diketahuilah).

Takpe sikit masa lagi akan terdedah ada pemimpin mereka yang liwat. Liwat ni bukan semesti lelaki dengan lelaki saja tau. Masuk 'belakang' perempuan pun liwat namanya. Amacam ? Dah ada pemimpin umngok yang gigil dengar makna liwat ni. Hihihihiih

Kalau ada free time cuba tanya Rahim Tambi Kecik...mmmmm.

Ya!! aku sokong ko JAKA lima ratus peratus....hehehh... layan.... Klau cakap dgn org yg xblh terima kenyataan camtu la... melalut ler dianya.... porah!! UMNgOk..... yg gi pilih Ust Kamalanathan jadi calon tu buat apa.... kan dh susahkan org melayu UMNgOk nk bt pilihan... diharap Pengundi2 hantu tutup mata jer la bila mengundi... org melayu UMNgOk pakat2 la xyah gi mengundi... mengabihkan duit Kerajaan korang jer....

Nik Aziz bagi ceramah, ajak orang buat agama, stp talk pasti mula dgn ayat quran, ngajar kat pondok orang datang berduyun2 itu syaitan n iblis ka?? Kesian sapa yang bawak agama Islam rupanya syaitan sekarang ekk...

kita sesama islam n melayu,lu pikir la..assalamualaikum


EmoticonEmoticon