Thursday

Najib buka pekung! Busuk!


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) persoalkan kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak yang mengakui bahawa asas perolehan negara pada masa ini tidak kukuh dan Kerajaan tidak mampu untuk membayar gaji penjawat awam, sedangkan pada akhir tahun lepas kerajaan bangga mengumumkan bahawa ekonomi berkembang dengan baik iaitu 4.5% dan tahun ini dijangka melebihi 5.5% pula.

Najib (gambar kanan) terdesak membuat pengakuan itu demi untuk menarik perhatian kakitangan awam untuk menyokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang kini ditolak oleh majoriti rakyat. Kenyataan Najib itu membuka pekung pemerintahannya yang kini sedang sibuk menabur duit di Hulu Selangor sempena pilihanraya kecil.

Tindakan Najib memaksa kakitangan awam menyokong dasar ini secara membuta tuli adalah tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip demokrasi negara ini di mana setiap warganegara berhak untuk membuat pilihan sama ada mahu menyokong atau tidak.

Tidak guna gaji kakitangan Kerajaan dinaikan sedangkan dalam masa yang sama cukai GST diperkenalkan. Jika GST dilaksanakan, keadaan ekonomi kakitangan awam mungkin lebih teruk kerana kenaikan gaji hanya sekitar RM200-RM500 sahaja sedangkan pertambahan kos sara hidup berkemungkinan meningkat lebih dari kadar itu.

Najib juga dilihat zalim kerana menjadikan kakitangan kerajaan sebagai "hamba" yang kena terima apa sahaja yang kerajaan ingin lakukan. Oleh itu, kakitangan kerajaan harus bijak dan menolak dasar ini. Kerajaan boleh tangguhkan kenaikkan gaji sehingga ekonomi pulih sepenuhnya tanpa perlu perkenalkan cukai baru.

Jika GST dilaksanakan, bukan sahaja 1.2 juta kakitangan awam akan jadi mangsa, lebih 25 juta rakyat Malaysia akan terima kesannya. Pekerja swasta yang tidak mendapat kenaikan gaji akan menerima kesan yang lebih teruk, kerana kos hidup mereka secara purata bertambah 4%.

Oleh itu PAS berharap agar kakitangan Kerajaan tidak menurut sahaja kehendak Najib. Jika dasar ini dilaksanakan bersama Model Ekonomi Baru, maka rakyat negara ini akan lebih sengsara. Ketiadaan syarat ekuiti tempatan akan menyebabkan pasaran negara akan datang dimonopoli oleh pelabur dan perniagaan asing. Dan pastinya mereka tidak peduli kesusahan rakyat di negara ini dan mereka boleh kuasai harga jual beli pasaran dalam negara dengan mudah. Jika mereka naikkan harga, maka nilai 4% cukai GST juga naik. Kerajaan tidak mampu kawal perkara ini, malah Kerajaan kini cuba juga untuk hapuskan subsidi bagi melepaskan diri dari tanggungjawab membantu rakyat. Jadi bayangkanlah harga gula, beras, minyak tanpa subsidi tapi ditambah dengan cukai GST 4%.

Tidak cukup dengan itu, dengan begitu banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), pelabur dan peniaga tempatan juga akan bungkus kerana tidak dapat bersaing kerana harga barang mereka akan jadi lebih mahal jika dicampur dengan GST, berbanding harga barang China yang lebih murah kos pembuatannya.

Jadi, GST bukan sahaja akan beri kesan kepada Kakitangan kerajaan, ia akan memberikan kesan kepada seluruh sistem ekonomi negara. PAS tetap akan menentang dasar ini untuk kepentingan rakyat.

*Kenyataan media oleh Idris Ahmad selaku Ketua Penerangan PAS.





Aduhai scammer (penipu) besar BN si tok najib ni cakap berbelit-belit, bila nak dapat imej baik dari rakyat pukul canang konon ekonomi negara berkembang dengan baik, krisis ekonomi dah selesailah, pelabur banyak masuklah, negara makin majulah apa lah. Tiba-tiba dia pusing pulak cakap negara tak ada duit nak bayar gaji kakitangan awam ! Mana yang betul ni? Padanlah sibuk nak buat GST! nak dapat cukai cepat! Rupanya negara dah tak ada duit! Tak payah pening kepala lah tok, kalau dah tak boleh nak urus negara, bagi je kat pakatan rakyat! kita tengok diorang pulak memerintah lagi bagus ke lagi hampeh!

CiLiK©: Rakyat kene tipu sajalah dengan tok Najib and the gang, UMNO dan Be End Selamat berkubur PRU 13!

16 comments

Ah Najib ni gila kuasa je lebih!
Semua org dia nak tipu!
Apa nak takut APCO ada boleh
tabur propaganda!!!!

hmm... hampir setiap hari wife saya yg bekerja sebagai penjawat awam mengadu kat saya tentang perkara ni... memang serba salah dibuatnya.. dah jadi macam negara Komunis pulak Malaysia ni... tapi negara komunis pun... kebajikan rakyat tetap dijaga sebab komunis mengamalkan kadar sama rata... tiada yg miskin tiada yang kaya... (pemerintah je lah yang kaya)
tapi Malaysia ni... nak kata negara komunis pun tidak... apatah lagi kalau nak kata negara Demokrasi... negara Islam lagi lah sekadar retorik semata-mata...

Kalau nk cover loss tu balik mudah aje..cuba amalkan sikap berjimat cermat. Ini tidak, pakai harta kerajaan macam bekalan tu free. Memang la kerajaan yg bayar, dan xluak sikit pun duit kita tapi at least cuba la beringat nnt kesannya terkena balik kat kita.

Lagi satu, terlalu banyak ketirisan dan kebocoran dalam kerajaan. Mcm Cilik sebut sebatang skru smpai rm 2000. Skru ape tu? Skru platinum bertatahkan berlian bersalut emas 999 ke?

menanti gelombang kedua tsunami politik yang bakal menyaksikan calon2 PR bertanding diatas 1 lambang dan beroleh majoriti 2/3 di parlimen selain daripada menguasai semua negeri dan hanya meninggalkan negeri Johor dengan majoriti kerusi ADUN johor berbeza 1 kerusi sahaja.. doakan untuk kemenangan Islam... aminnn.. takbirrr

Cittt...nak bagi Pakatan memerintah????hehehe...aku ingat 3-4 thn je habis masa berlaga sama sendiri sbb masing2 lain perjuangan...skrg masing2 simpan kuku sbb nak tunjuk baik kunun sepakat....

GST belum laksana dah mcm2 kena 'seligi'...Bodoh benar ke BN nak buat benda2 yg menekan rakyat sdgkan skrg mereka sibuk nak ambik balik hati rakyat..logik ke?

semua tahu Pak jib ni pernah kawin dulu dengan Ku Yah bini no 1....bini no 2 rosma Rozy dulu ade suami pertama dan juga anak...

masa rozy pernabersama suami pertama, dia buat hubungan sulit dgn pemimpin umno yg last skali adalah najib....tapi skarang ada deepak (carpet man)

Pak jib ni pernah di tangkap berkhalwat dengan penyanyi terkenal ZZ di NS telah di cover up oleh Isa samed

bayar gaji x de duit, bayar APCO, komisen berjuta2, berlanja berbilion2 ada duit pulak? pirraaaa........

dasar pemerintah yang kuno umno

wei licik asal ko xpercaya sgt tolonglh jgn butakn dri anda sian...bg org perintah Malaysia dlu baru komen..ko tgk dh 50tahun bn/umno memerintah huhuhu hampas kelapa...klu btul ekonomi up sepatutnya harga minyak cam harga minyak kat arab saudi beb...huhuhu

licik | April 7, 2010 11:02 PM
Cittt...nak bagi Pakatan memerintah????hehehe...aku ingat 3-4 thn je habis masa berlaga sama sendiri sbb masing2 lain perjuangan...skrg masing2 simpan kuku sbb nak tunjuk baik kunun sepakat....

GST belum laksana dah mcm2 kena 'seligi'...Bodoh benar ke BN nak buat benda2 yg menekan rakyat sdgkan skrg mereka sibuk nak ambik balik hati rakyat..logik ke?
_____________________________________________________

JAKA :

Adalah menjadi tabiat pengikut umngok membuat spekulasi atau dalam bahasa melayunya tilikan/ramalan. Konon kalau PR memerintah, melayu akan hancurlah, negara tergadailah, bergaduh sesama sendiri 3 4 tahun lah.

Semenjak berkawan dengan Ayah Pin ni, mereka menjadi pandai dalam soal menilik masa depan. Dan sudah barang tentu tilikan mereka terhadap PR mestilah yang buruk2 saja.

Adapun ingin diperjelaskan di sini bahawa, berbeza dengan ulasan dan komen PR terhadap umngok dan BN. Ianya tidak berlandaskan spekulasi atau ramalan atau tilikan. Apa yang dikomen adalah perkara yang sedang dan telah berlaku. Perkara nyata yang berlaku. Daripada apa yang berlaku kita hanya meramal kesan jangka panjang berasaskan kesan jangka pendek yang berlaku.

Kalau pun ada PR meramal ianya adalah berasas sebagaimana ramalan cuaca yang ada data. Bukan seperti ramalan umngok yang meramal tanpa asas kukuh tetapi lebih kepada kepercayaan yang ada ciri tahyul.

BN memang bukan bodoh jika dilihat berusaha untuk mengambil hati rakyat tetapi penyokong merekalah yang bodoh kerana tidak mahu ambil tahu dengan halus pandangan kedua yang berbeza.

Pak Pandir pun berniat baik untuk mengambil hati isterinya apabila diminta memandikan anaknya dengan air panas yang terlebih panas hingga mati budak itu. Adakah niat mulia Pak Pandir ini melayakkan dia dilantik memimpin negara?

Sebagai bukti; bodoh sangat ke umngok melaksanakan pelbagai dasar dengan niat untuk meningkatkan taraf orang melayu seupaya lebih kuat?

Jawapannya ialah sehingga hari ini umngok jugalah yang membisikkan bahawa melayu terancam setelah 52 tahun mereka 'tidak bodoh' dalam melaksanakan pelbagai dasar utnuk orang melayu.

Kenyataannya penyokong umngok jawab sendirilah. Kalau begitulah hasil dari usaha umngok selama ini tidak dianggap bodoh, maka tidak tahulah apa makna bodoh bagi penyokong umngok ni.

Kita bukan menilai sesuatu dasar daripada kertas dan toeri yang cantik saja tetapi hasilnya akan berkata2 dengan benar.

Tutuplah bangkai gajah umngok dengan nyiru, najisnya tetap terhidu seantero dunia. Busyyuuuk lah!

Betul tak?

pak najib, oleh sebab hormatkan arwah pak razak dan bonda mu itu org2 kat pekan phg masih timbang rasa nak undi kera-jaan, masa pak najib jadi mb phg dgn tgku yah ramai org hormat tetapi skg nie dah kureng maaplah

bila kwn rapat dan sedaro maro cakap kamu kena buat@di bomoh oleh rosmah mu tak caya, org nasihat tak nak dengar, degill, tu lah kamu skg kena controll dgr ajer cakap si rosmah tue, si rosmah tue 70peratus org nogori sembilan tak suka dia! suruh berubat taknak skg apa dh jadi? baru padan muka

jauh sekali sifat2 kamu dengan sifat2 org bugis, banyak kamu dah langgar

Umno BN.keluar duit rakyat berbilion untuk misi angkasa lepas,galakkan pembelajaran aliran sains,galakkan pelajar ipt sambung master phd..kononnyer nk majukan negara dr segi sains n teknologi tp haramjadah semua ni.ruang utk sains n teknologi berkembang sgt kecik..peruntukan gune utk rasuah,tutup mulut bapak atlantuya n yg pling pnting duet rkyat utk blanje bini iblis.anak malaysia yg terjebak plak smakin blambak hancor pecah xgune.nape la xbuat aliran rasuah ke,ilmu hitam ataupun aliran2 yg seIBLIS dgnnyer supaye mase dpn rkyat lebih cerah....

aku pernah dgr org cakap.sebnarnya history malaysia nie dh tercatit semuanya.ada satu kuasa lag yg lebih besar sdg kontrol negara kita.najib nih boneka jer.bakal PM lepas najib pon dh diaorg yg tentukan.betul ker semua yg aku dgr tuh.

dasar kerajaan korupted... bini die belanje juta2 ade plak duit... jam harge berpuluh ribu boleh beli... bayar yahudi berjuta juta boleh plak.. last2 susahkan rakyat.. bagus sgt la tu...

Biasa ar...

Kata Streamyx untung berlipat ganda, tapi UNIFI takde laju cam speed luar negara dan bayar lak mahal . Harga ADSL cam dulu gak takde turun2

Minyak - Kita jual minyak, beli minyak banyak/kurang(tak pasti mana satu) sulfur yg murah

tapi duit belens takde ke bang? guahahah

-Salah seorang rakyat mesia yg terkeluh kesah dengan keadaan negara-

TO ORANG LAME..aku stuju ape yg ko ckp.aku org n9..aku rse bukan 70%.90 pratus.Dye x mgaku kiotrg ni sedara dye.Dye buang sdara mara dye smata2 cita2 nk idop selesa.Dye biarkan sdra mara dye idop susah...dye x ngaku kitorg sedara dye.Tp x smua org n9 cmtu.Jangn kite label org ikot negeri.Sungguhpun nabil..zaquan besaudara dan rosmah adalah org n9 dan bermasalah.,Arap korg x stretaip dgn org n9


EmoticonEmoticon